26Mei2020

Agenda Daily

Game plan Mahathir pecahkan UMNO dan PKR dari dalam...

Orang yang merasakan dirinya paling tidak selamat sekarang ini ialah Tun Mahathir. Beliau dan PPBM hanya ada 13 kerusi Parlimen. Tetapi ingat, senjata utama iaitu “kuasa” masih di tangannya.

Berdasarkan track record, Mahathir tidak pernah gagal dalam menggunakan kuasa untuk berkuasa. Dengan kuasa di tangannya itu, dia mampu bertahan selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri yang keempat sebelum ini.

Dia mampu menumpaskan “Reformasi Anwar” pada 1998, dia mampu menamatkan riwayat Parti Semangat 46 yang wujud pada 1988, malahan mengurangkan kuasa Raja waima memecat Ketua Hakim Negara.

Maka apakah game plan terbaharu beliau? Dengan kuasa di tangannya, beliau akan memecah belahkan UMNO dan PKR dari dalam. Mereka yang serah diri kepada Mahathir akan menambahkan kerusi Parlimen PPBM.

Sudah tentu akan ada individu duri dalam daging yang akan digunakan untuk memujuk beberapa MP UMNO menyerah diri. Sebab itu layanan buruk diberikan kepada bekas Perdana Menteri yang dikenakan puluhan dakwaan.

Beliau dan Rosmah terpaksa turun naik pejabat SPRM dan PDRM beberapa kali. Dan jika benar Zahid sebagai Presiden UMNO juga ditahan dan didakwa, ia bertujuan untuk gertak dan menakutkan pemimpin UMNO yang lain.

Mahathir sudah ada Azmin untuk memecahkan PKR menjadi dua. Mahathir memang berasa tidak selamat apabila Anwar Ibrahim menang dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson nanti.

Ingatlah, “game plan” Mahathir melalui “kuasa” belum pernah gagal. Kepada semua MP UMNO, tolonglah “jangan belot”.-5/10/2018

Penulis merupakan bekas Ketua Pengarah JASA

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 351  tetamu dalam talian