01Disember2020

Agenda Daily

Ahli UMNO dipelawa sertai PAS jika parti itu diharamkan...

Ramai yang dakwa nasib UMNO di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad ini akan 'kelam'... parti yang membawa kemerdekaan kepada Malaysia ini akan diharamkan, dengan alasan teknikal, seperti dedah Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Janda Baik pada Ahad.

Berikutan PAS mempelawa ahli UMNO agar menyertai parti itu untuk membentuk gabungan yang kuat selepas parti berteraskan bangsa Melayu itu tewas besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkataparti itu sentiasa membuka pintu kepada anggota UMNO untuk berbuat demikian kerana pada masa sama tidak mungkin parti itu akan membentuk kerjasama dengan Umno.

"Saya sudah lama ajak mereka (Umno) masuk PAS. Bila mereka sudah hilang kuasa pada PRU lalu, saya rasa sudah tiba masanya untuk mereka sertai PAS, bukan PAS yang akan sertai Umno.

"Apa yang berlaku pada PRU lepas adalah kerana rakyat tolak Barisan Nasional (BN), jadi atas sebab itu kita buka pintu kepada BN dan Umno untuk sertai PAS," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bahawa Umno dan PAS perlu bergabung dan membentuk kerjasama yang dapat memberikan cabaran kepada Pakatan Harapan (PH) dan dalam masa sama menjaga kepentingan Melayu.

Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim menyatakan kesediaan PAS sekiranya dijemput untuk berada dalam jawatankuasa yang akan ditubuhkan kerajaan bagi melihat dan mengkaji semula peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Saya minta kerajaan kekalkan peranan Jakim selain mempertingkatkan jabatan itu. Jakim mendapat pengiktirafan dunia apabila cop halalnya diiktiraf seluruh dunia selain jabatan tersebut bertanggungjawab untuk menyelaras isu-isu agama Islam dan sistem perundangan negara," katanya.

Sementara itu, diminta mengulasmengenai tawaran PAS kepada Pakatan Harapan untuk mewujudkan kerajaan gabungan di Kedah, beliau berkata perkara itu disuarakan bagi mengelak berlakunya Pilihan Raya Negeri (PRN) berikutan isu perlantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Itu jalan keluar yang ada tetapikalau mereka tidak terima kita sedia untuk hadapi PRN. Tetapi rakyat baru sahaja selesai mengundi jadi kalau boleh kita ingin elak PRN daripada berlaku, namun kitalihat sahaja keputusannya nanti," katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkatatimbul sedikit kesulitan berhubung pelantikan jawatan Speaker di DUN Kedah berikutan Pakatan Harapan (PH) yang membentuk kerajaan negeri memperoleh 18 kerusi DUN pada PRU14, menyamai jumlah 18 kerusi yang dimiliki PAS dan BN iaitu masing-masing 15 dan tiga kerusi.-29/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 514  tetamu dalam talian