08Disember2019

Agenda Daily

Abdullah Sani 'surrender'... minta ampun dengan Mahathir

Seorang pemimpin PKR yang lantang menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid pagi Selasa mengibarkan 'bendera putih'.

Ahli Parlimen Kapar itu memohon maaf kepada Mahathir atas dakwaan wujud kempen menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri ke-8.

Katanya, beliau sudah menghantar surat kepada perdana menteri untuk menjelaskan situasi itu.

“Saya bangkit (isu itu) sehingga ia menjatuhkan nama baik Dr Mahathir.

“Kenyataan itu tidak benar,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, Anwar sudah menjelaskan perkara itu kepadanya dan kini beliau memahami peralihan kuasa antara dua pemimpin itu.

Beliau berharap tiada konspirasi terhadap persetujuan antara pimpinan Pakatan Harapan untuk melantik presiden PKR itu sebagai pengganti Mahathir.

Semalam Anwar berkata beliau sudah memberi nasihat kepada Abdullah Sani.

Kata Anwar beliau tidak menghadapi sebarang masalah dengan Dr Mahathir. Justeru, katanya, beliau memberikan nasihat kepada Abdullah Sani supaya membetulkan keadaan.

Menurut Abdullah Sani, beliau terpanggil untuk membuat tindakan tersebut selepas yakin Dr Mahathir mampu melaksanakan persefahaman yang diambil oleh parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan.

Namun katanya pihak yang tidak terlibat dalam perjanjian sesama anggota PH diingatkan supaya tidak menggagalkan usaha tersebut.

"Mereka yang ada di luar sana dan tak ada kena-mengena dengan PH, jangan campur tangan atau cuba gagalkan peralihan kuasa ini," katanya.

Menjelaskan perbualan berkenaan, Abdullah Sani berkata, beliau berada di Kota Kinabalu apabila dihubungi Anwar.

Katanya beliau berpuas hati dengan penerangan dan arahan Anwar, malah ia memang seiring dengan apa difikirkannya berhubung pelan peralihan jawatan perdana menteri.-21/8/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 363  tetamu dalam talian