Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Wednesday, 10 March 2010 | [] atau []





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web

Menyelami pendirian dan dilema Peguam Negara

Saya bukan diletak dalam Majlis Tertinggi Umno untuk jadi ‘Pak Pacak’ - Norza

Tiga kali kekalahan beri ‘kekuatan’ kepada Isa

Jaga parlimen:Seperti saya mengantuk PM sorong bantal…

‘Lets move’ dari bawah:Saya sanggup jadi ketua dalam gerakan ini…

Saya kecil…lembut tapi tak semestinya ' not in control '...

Setelah hampir 50 tahun...Jins Shamsudin masih mengejar impian

Antara jawatan politik dan pegawai PM:Tak benar kata kami 'tertinggal bos' - Reezal

Datuk Fatmi - Setiausaha Politik Datuk Seri Najib - kata tugasnya 'ranging from nothing to everything'...

Menyusuri ‘ gerak ’ Anwar menerusi Azmin Ali…

Malaikat masuk UMNO pun kena label …

Saya bukan mastermind Dr Mahathir – Tan Sri Abdullah

Datuk Azeez:Jutawan kereta terpakai nak ' jual ubat ' jayakan Putera UMNO

Industri musik...indah khabar dari rupa

Pencapaian Melayu “…I am not happy at all..” – Ibrahim Abu Shah

Saya jumpa PM sebulan dua kali….

Datuk Aziz mahu Melayu buat Melayu untung



Sistem pemilihan pimpinan UMNO sudah 'outdated'...

Mana ada lulusan Universiti Oxford dan Cambridge di tingkat 4….



Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….



“Mengapa dia? Bukankah dia masih muda dan mentah? Masih ramai lagi yang lebih senior! Alah, dia baik dengan PM!” Itu adalah antara reaksi yang bertiup kencang di kalangan wartawan, blogger, pemerhati politik mahupun pemimpin UMNO sendiri apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan perlantikan Datuk Ahmad Maslan sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia pada April tahun lalu.Dalam pertemuan dengan Agendadaily di pejabatnya di Menara Dato Onn ,PWTC minggu lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang juga Ahli Parlimen Pontian, tersenyum apabila diminta mengulas mengenai cakap-cakap berhubung perlantikannya yang masih kedengaran itu.“Saya tahu memang ada yang terkejut. Mungkin Perdana Menteri mengambil faktor “meremajakan UMNO. Yelah, jika dilihat dalam barisan depan UMNO, tidak ramai yang berusia awal 40an atau di bawah 40 tahun, kecuali Ketua Pemuda, Naib Ketua dan Ketua Puteri.Ketua Penerangan UMNO sebelumnya semuanya kalangan yang senior seperti Tan Sri Muhammad Muhd Taib,Allahyarham Tan Sri Megat Junid, Datuk Mustapha Mohamad,Tan Sri Yusof Nor dan Tan Sri Hussein Ahmad.KLIK PADA TAJUK UNTUK LAPORAN LANJUT.-18/1/2010
Berita Lanjut


Masalah jadi orang Nombor 2…

Bermula dengan menang jawatan Naib Ketua Pemuda kemudian dilantik Timbalan Menteri, dan terbaru dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO menyebabkan Datuk Razali Ibrahim dilihat lebih ke depan berbanding bosnya, Khairy Jamaluddin.Maka macam-macam cerita disebalik perlantikan beliau tambahan pula Khairy, walaupun menang Ketua Pemuda tidak tersenarai dalam kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Malah ada yang sudah buka cerita kononnya jawatan Ketua Pemuda UMNO seolah-olah dalam tangannya jika ada perebutan jawatan itu pada masa depan.Bagaimanapun, bagi sesiapa yang mengenali Ahli Parlimen Muar itu, beliau bukanlah seorang yang mudah terpengaruh...
Berita Lanjut

Tugas UMNO paling mencabar ialah bagaimana nak buat orang percayakan apa yang kita cakap…-Syed Hamid

Selepas hampir dua bulan tidak berada dalam kabinet, kehidupan mantan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar masih sama. Beliau masih sesibuk dahulu, termasuk pada hujung minggu.Beliau menganggap dirinya masih bekerja dan mengatakan orang politik tak pernah bersara, cuma “menghilang”. Bak kata bidalan Inggeris, a general never retires but fades away. Walaupun tiada dalam kabinet, Syed Hamid masih aktif berpolitik. Beliau sering menerima undangan untuk berucap atau meluahkan idea dalam forum atau seminar.
Berita Lanjut


Ini semua gara gara kamu…

Tengok betul betul gambar siapa di sebelah kiri.Rasa macam kenal.Kalau tidak gara gara beliau mungkin Perak kini tenang tenang saja.Siapa lagi kalau bukan YB Jamaluddin Mohd Radzi,Ahli Dewan Undangan Negeri PKR kawasan Behrang,Perak yang lompat jadi ADUN Bebas bersama dua lagi ADUN pembangkang,YB Osman Jailu,bekas PKR Changkat Jering dan YB Hee Yit Foong,bekas DAP Jelapang.Kenapa Jamaluddin tunjuk kad keahlian parti DAP? Sebenarnya banyak cerita yang orang tak tahu kenapa Jamaluddin menyinga sampai kerajaan negeri pakatan pembangkang Perak terbalik.Tuduhan biasalah.Beliau kena beli,kena culik dan sudah dapat ‘ bulan bintang’.
Berita Lanjut

Saya bukan sangat seorang ' go-getter '...

Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Datuk Ahmad Shabery Cheek sebagai Menteri Belia dan Sukan dalam kabinetnya, ramai yang terkejut dan terlopong, termasuk pemerhati politik dan pihak media.Malah, itu bukan kali pertama Shabery membuat kejutan. Ramai juga yang terkejut apabila mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kabinet baru pada 19 Mac, 2008, Shabery dilantik Menteri Penerangan.Shabery mula mencipta nama dalam politik selepas memenangi kerusi Parlimen Kemaman pada pilihanraya umum 2004. Berikutan kemenangan itu beliau dilantik...
Berita Lanjut


Buat rumah...tiang perlu elok


Bagi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, apabila beliau melakukan reformasi dua institusi penting dalam negara iaitu pencegahan rasuah serta institusi kehakiman, niatnya jelas.K
ata Perdana Menteri, “Buat rumah elok, tiang mesti kuat”.Tidak sukar mentafsir maksud kata-katanya itu. Ringkasnya, beliau mahu Malaysia mempunyai undang-undang yang boleh memberi keyakinan dan keselesaan kepada rakyat, pelabur mahupun peniaga pada masa depan.Ini juga bagi membetulkan persepsi kononnya bidang pencegahan rasuah dan kehakiman di negara ini kurang berwibawa.Sebab itu, Abdullah membentangkan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman (SPK) 2008 pada sidang Parlimen ini.Beliau berkata, usaha untuk menambahbaik dua institusi berkenaan melalui perubahan undang-undang dua badan itu adalah janji kerajaan pada pilihan raya umum 2004.
Berita Lanjut

Saya tak marah dan saya tak kecewa - Chua Soi Lek

Setelah menyepi hampir 10 bulan ekoran skandal video seks dengan teman wanitanya,

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, kembali ke arena politik apabila dia memenangi jawatan Timbalan Presiden MCA dalam pertandingan empat penjuru.Chua memperoleh sebanyak 1,115 undi, mengalahkan Setiausaha Agung yang juga abang kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan (1,001), Donald Lim (209) dan Lee Hack Teik (10).Dilahirkan di Batu Pahat, Chua mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Lim Poon, Sekolah Menengah Tinggi Batu Pahat dan Sekolah Tinggi Muar. Beliau meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Malaya pada tahun 1968.Pada 1974, beliau bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Batu Pahat sebelum membuka kliniknya sendiri pada 1977. Pada 1986 beliau dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penggaram selama 18 tahun sehinggalah pada 2004 apabila dia memenangi kerusi parlimen Labis...
Berita Lanjut


Noh Omar tidak mahu lagi MARA hanya indah khabar dari rupa ....

Berbicara dengan Datuk Noh Omar mengenai Majlis Amanah Rakyat (MARA) nyata nadanya penuh kekecewaan kerana agensi itu dianggapnya belum banyak yang berubah.Sewaktu berbual hampir satu jam dengan Agendadaily di bangunan Parlimen, beliau melihat MARA masih ditakuk lama disegi peranan serta tanggungjawabnya bagi membantu penduduk luar bandar.Sikap sesetengah pegawai dan kakitangan MARA yang bekerja sekadar makan gaji, tidak berinovasi serta kurang kreatif semakin memburukkan keadaan sehingga ada pihak melihat agensi indah khabar dari rupa.Bagi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi ini, MARA hampir sebati dengannya kerana beliau pernah berkhidmat dengan agensi berkenaan.Pendek kata, pegawai atau kakitangan MARA yang ada sekarang sukar hendak kelentong beliau jika Noh minta jawapan sekiranya berlaku kesalahan urus atau kepincangan dalam pentadbiran.
Berita Lanjut

Kenapa Mukhriz mahu Pemuda UMNO ‘Berani Berubah'

Apapun orang kata tentang Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir tidak boleh tidak terfikir atau tidak terlintas nama mantan Perdana Menteri yang menerajui negara selama 22 tahun.Mukhriz sememangnya boleh mendapat apa saja keistimewaan, tidak kira di mana mahupun untuk memegang jawatan tinggi dalam kerajaan mahupun parti sekiranya Tun masih menerajui parti dan jadi Perdana Menteri.Tapi hakikat itu hanya boleh diperkatakan saja, ianya tidak berlaku. Kalau berlaku pun, bukan Mukhriz tapi mungkin abangnya Mokhzani yang satu ketika sudah berada dikalangan pimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.Kini, dalam usia 44 tahun anak ketiga Tun menawarkan diri untuk menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bersama calon-calonnya Khairy Jamaluddin Datuk Abu Bakar yang kini Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, mantan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Khir Toyo dan pemimpin muda Perlis Datuk Zahidi Zainol Abidin.
Berita Lanjut


Saya nak tanya dia nak tubuh kerajaan apa…

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang portfolio tugasnya jaga urusan dan hal ehwal Parlimen Malaysia melihatnya dari sudut yang berbeza.Mungkin atas sebab itu beliau tenang-tenang saja semasa bercakap tentang senario sidang Dewan Rakyat nanti dengan adanya Datuk Seri Anwar Ibrahim mengepalai pembangkang menerusi kerusi Parlimen Permatang Pauh.Hingga setakat ini semua ramalan tentang pilihanraya kecil di kubu kuat Parti Keadilan Rakyat itu terus memihak kepadanya.“Baguslah”,kata Nazri dalam interbiu ringkas dengan Agendadaily di bangunan Parlimen petang Isnin.Maksud bagus itu adalah dalam kontek mereka kelak akan dapat berentap dalam pentas yang sama.“Kalau tidak nanti…kalau kita bercakap dalam Dewan, kata tidak adil kerana dia tidak ada di situ untuk membela diri dia. Bagi saya elok dia duduk dalam Dewan supaya kita akan dapat secara langsung jawapan...
Berita Lanjut

Tanpa kuota saya menang – Ku Li

Setiap kali berlakunya pertandingan di peringkat Majlis Tertinggi UMNO, nama Tengku Razaliegh Hamzah pasti menjadi sebutan bukan sahaja di kalangan ahli-ahli UMNO tetapi juga orangramai.Tengku Razaliegh (Ku Li) pernah mencabar dan hampir-hampir menyingkirkan Tun Dr. Mahathir Mohamed dalam pertempuran yang sangat sengit pada tahun 1987 sehingga mewujudkan Team A dan Team B dan membawa kepada pengharaman UMNO melalui proses mahkamah.Kini, dalam usia 71 tahun iaitu usia orang lain mencari jalan keluar dari gelanggang politik, Ku Li masih mahu bertanding merebut jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan Disember ini. Berbeza dengan pemilihan sebelumnya di mana beliau hanya mendapat satu pencalonan daripada bahagiannya sendiri iaitu Gua Musang, Ku Li yakin kali ini beliau akan dapat melepasi halangan utama itu.“Halangan yang paling besar ialah sistem kuota.
Berita Lanjut


Dato’ Enal…orang kecil yang besar di Parlimen

Zainal Abidin Abdul Rahim bukanlah nama besar di Parlimen Malaysia, tetapi hampir semua orang mengenalinya. Dia bukan Ahli Dewan Rakyat dan bukan juga Ahli Dewan Negara atau kakitangan Jabatan Parlimen.Namun, namanya menjadi sebutan setiap orang. Bukan sehari dua ini tetapi sejak tahun 1981 lagi. “Enal’’ atau “Jenal” itulah panggilan mesra oleh setiap ahli parlimen dan kakitangan kerajaan, hatta para menteri atau timbalan menteri. Malah, para Yang diPertua Dewan juga memanggil beliau dengan nama itu.Jika dihitung dari segi kehadiran di Parlimen, kehadiran beliau mengatasi kehadiran sesiapa sekalipun. Ada sahaja persidangan, dia akan berada di Bangunan Parlimen. Dia juga menjadi orang terakhir keluar dari Parlimen.Siapa dan apa sebenarnya kerja si Enal ni….? Banyak orang tertanya-tanya soalan ini dan Agendadaily cuba menghayati pengalaman watak ‘gila-gila’ ini...
Berita Lanjut

Mana ada parut di muka saya…

Apakah rahsianya? Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo sebenarnya layak menjadi duta produk keterampilan lelaki. Transformasi wajah dan fisikalnya begitu ketara sekali.Dari seorang yang dulunya kelihatan flabby beliau kini lebih fit dan steady. Jangan kata para suri rumah dan orang biasa malah orang politik sendiri hairan apa yang buat Dr. Khir jadi berubah begitu. Plastic surgery …cucuk sana …cucuk sini..botox? Kalau rajin pasang telinga ada cakap-cakap bernada sindiran berlegar kata sekarang ni jangan buat jemputan minta Menteri Besar Selangor datang ke acara waktu panas terik. Ikut empunya cerita mukanya akan cair. Kisah ini mencetuskan deraian ketawa panjang sewaktu beliau mengadakan pertemuan dengan para pengarang laman media internet di sebuah hotel di Shah Alam petang Selasa 11 Disember.
Berita Lanjut


Menyusuri jejak 'salesman' Malaysia...

Sewaktu hendak berlepas ke Medan dari KLIA pagi Khamis 29 Mac Menteri Pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor nampak agak pucat sikit.Sebelum itu kelihatan beliau berjalan perlahan masuk ke balai berlepas sejurus turun dari kereta. “Saya mula ingat nak cancel saja trip ni…tapi dah banyak jadual promosi yang diaturkan,”katanya.Tengku Adnan mengeluh bahawa bahagian belakangnya terasa amat sakit.Beliau tidak dapat memastikan puncanya. “Mungkin slipped disc ,”katanya dengan nada suara menahan sakit.Pada minggu sebelum ini beliau berkereta lebih tujuh jam dari Phuket ke Hadyai sewaktu acara promosi Tahun Melawat Malaysia 2007 di wilayah Selatan Thai.Sebelum itu beliau ke Sri Lanka dan India.Juga banyak negara lain yang dijelajahinya untuk tujuan berkenaan.Kali ini acara promosi di Medan dan juga di Banda Aceh juga amat padat.
Berita Lanjut

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bukan lagi 'kilang permit'...


Kalau kita rewind sejarah politiknya,Datuk Khaled Nordin boleh dikira antara mereka yang bernasib baik kerana telah meniti diatas laluan mulus setapak demi setapak dari peringkat usia yang muda sehingga mencapai kedudukannya sekarang.
Satu-satunya titik hitam dilalui seketika.Ini bila terpelanting bersama bosnya,Datuk Shahrir Samad yang diigugurkan dari jawatan Menteri Kebajikan pada tahun 1987.Bahana ini berlaku selepas Team B yang diterajui oleh Tengku Razaleigh Hamzah tewas ketika menentang Tun Dr Mahathir dalam pemilihan UMNO yang bersejarah.Shahrir,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,Tan Sri Musa Hitam dan beberapa pemimpin utama lain belayar dalam kapal Tengku Razaleigh. Khaled yang menjadi Setiausaha Politik kepada Shahrir sejak beliau Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini turut ‘menggangur’.
Berita Lanjut



Saya boleh jadi jutawan segera kalau gelap mata – Khairy (Interbiu Julai 2004)

Tan Sri Muhammad: Patah sayap terbang jua…



Satu petang bersama Timbalan Menteri Kerjaraya...

Kelab Penyokong Kerajaan di Parlimen (BNBBC) hanyalah kelab sosial…

Tan Sri Rahim Thamby Chik:Apa lagi yang beliau mahu?

Datuk Mustapha Mohamad:Boleh ke Tok Pa…?

Kenapa pilih saya...Ali Rustam

Ezam Mohd Nor: 2 September sangat bermakna…

Sekarang saya tidak layak nak bercita-cita tinggi seperti bapa saya...ajukan soalan itu 10 atau 20 tahun lagi - Mukhriz

Tugas berat... Azim pikul jawatan yang biasanya disandang oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan

Saya tidak mahu jadi ayam…bertelur sebiji riuh sekampong

The Good,The Bad and The Ugly dalam industri filem...

Jangan pegang jawatan..kalau tak buat kerja

'The Giant Killer of Marang' bicara tentang PAS dan pengaruh Hadi Awang…

Kayveas masih terus berharap…

Dr Hilmi...' tersepit' antara atap genting dan atap rumbia...

Susah senang mengurus Pemuda UMNO…

GPMS tak perlu glamour


Bunuh atau dibunuh



Dihalau dari rumah jadi pendorong...




Agenda Tips


Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.