Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Friday, 10 September 2010 | [Daftar] atau [Log Masuk]





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web

Menyelami pendirian dan dilema Peguam Negara

Saya bukan diletak dalam Majlis Tertinggi Umno untuk jadi ‘Pak Pacak’ - Norza

Tiga kali kekalahan beri ‘kekuatan’ kepada Isa

Jaga parlimen:Seperti saya mengantuk PM sorong bantal…

‘Lets move’ dari bawah:Saya sanggup jadi ketua dalam gerakan ini…

Saya kecil…lembut tapi tak semestinya ' not in control '...

Setelah hampir 50 tahun...Jins Shamsudin masih mengejar impian

Antara jawatan politik dan pegawai PM:Tak benar kata kami 'tertinggal bos' - Reezal

Datuk Fatmi - Setiausaha Politik Datuk Seri Najib - kata tugasnya 'ranging from nothing to everything'...

Menyusuri ‘ gerak ’ Anwar menerusi Azmin Ali…

Malaikat masuk UMNO pun kena label …

Saya bukan mastermind Dr Mahathir – Tan Sri Abdullah

Datuk Azeez:Jutawan kereta terpakai nak ' jual ubat ' jayakan Putera UMNO

Industri musik...indah khabar dari rupa

Pencapaian Melayu “…I am not happy at all..” – Ibrahim Abu Shah

Saya jumpa PM sebulan dua kali….

Datuk Aziz mahu Melayu buat Melayu untung



Sistem pemilihan pimpinan UMNO sudah 'outdated'...

Mana ada lulusan Universiti Oxford dan Cambridge di tingkat 4….



Agenda Tips: Datuk Fatmi - Setiausaha Politik Datuk Seri Najib - kata tugasnya 'ranging from nothing to everything'...

Datuk Fatmi - Setiausaha Politik Datuk Seri Najib - kata tugasnya 'ranging from nothing to everything'...

Oleh: ROSLI ISMAIL



Sebagai pegawai kanan kepada Timbalan Perdana Menteri…paling tidak kita akan menduga pejabatnya pasti berselerak dan bertimbun dengan segala macam fail seperti suasana dalam pejabat kebanyakan ‘orang sibuk’.

Namun begitu melangkah masuk ke pejabat Datuk Fatmi Che Salleh di Aras 4,bangunan Perdana Putra kita akan dapat merasai kelainan itu.

Pejabat Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang agak luas dan mengadap ke pemandangan Putrajaya yang scenic itu tidak lebih seperti sebuah bilik mesyuarat …kemas,teratur dan rapi di semua sudut.

Ada meja tugasnya, ada meja untuk perbincangan dan ada set sofa.

Persekitaran pejabatnya itu sebenarnya memberi sedikit gambaran tentang nature atau apa sebenarnya tugas beliau sebagai seorang Setiausaha Politik.

Yang pasti beliau lebih seorang groundman yang banyak turun ke bawah berurusan dengan orang dan tidak bergelumang sangat dengan urusan kertas.

Sebenarnya bukan sahaja orang kebanyakan malah para pegawai kanan kerajaan sendiri tidak begitu faham status dan bidang tugas seorang Setiausaha Politik.

Kerana title ‘Politik’ di hujung jawatan itu ada juga yang beranggapan mereka adalah wheeler and dealer atau tukang main politik untuk bos mereka yakni menteri mana yang mereka ditugaskan.

Berikutan anggapan itulah,Fatmi mengakui ada jabatan kerajaan dan pegawai kerajaan yang menolak surat sokongan untuk orangramai yang mereka tandatangan.

Ini kerana orangramai yang tidak dapat jumpa menteri biasanya akan menemui Setiausaha Politik untuk mendapat berbagai surat sokongan seperti permohonan biasiswa anak dan bantuan untuk projek kampong.

“Kata mereka ini politik… mana boleh campur dengan hal pentabiran,”katanya menjawab soalan mengenai bidang tugas mereka.

“Ada orang yang tak faham bila dia lihat Setiausaha Politik.Jawatan politik itu telah beri salah tanggapan dikalangan pegawai kerajaan.Dia membayangkan kita ini adalah politik.

“Sebenarnya perlantikan kita ini adalah dibawah Akta Kabinet.Kita ini adalah sebahagian dari anggota pentabiran kerajaan.

“Siapa anggota pentabiran?…Perdana Menteri,Timbalan Perdana Menteri,Menteri,Timbalan Menteri,Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.



“Dari segi status kita adalah anggota pentabiran yang boleh dari wakil rakyat atau tidak… Bezanya Menteri,Timbalan Menteri,Setiausaha Parlimen adalah anggota pentabiran yang semestinya kena jadi ahli Dewan Rakyat atau senator di Dewan Negara…tetapi Setiausaha Politik adalah angota pentabiran yang tidak semestinya Member of the House.

“Dalam hiraki kita adalah anggota pentabiran kerajaan yang terendah untuk membantu menteri-menteri,”katanya.

Fatmi gembira kerana dalam satu perhimpunan dengan para pegawai kerajaan baru-baru ini Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Shamsuddin Osman telah address Setiausaha Politik sebagai anggota pentabiran.

“Kami merasa gembira kerana ini pertama kali kami di address begitu.Ini penting kerana selalunya berlaku salah faham dikalangan jabatan dan pegawai kerajaan.Bila ada surat sokongan Setiausaha Politik..mereka anggap ini politik tak boleh layan.

“Pada hal kita ini kategorinya sama dengan Menteri,sama dengan Timbalan Menteri…sama dengan Setiausaha Parlimen.Makanya surat kita rasmi...bukan surat parti.“Saya harap perkara ini jelas.”

Ditanya apakah tahap ‘tak layan’ itu serius dan berleluasa,beliau berkata “Adalah sesetengah tu tak layan…kerana anggap politik tak boleh campur urusan pentabiran.

“Sebenarnya everything is politic .Kekuatan sebuah negara itu adalah kerana kekuatan politik.”

Fatmi,48 mula bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Najib pada bulan Jun tahun lalu.Beliau mengantikan Datuk Alies Nor yang sudah lebih 10 tahun bertugas sebagai Setiausaha Politik Najib di berbagai kementerian sebelum jadi pemimpin orang nombor dua negara.

Walaupun kurang dari setahun Fatmi bukanlah orang baru dalam circle Najib.Beliau rapat dengan Najib sejak hampir 15 tahun lampau bila menang jawatan Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia pada pemilihan tahun 1990.Ketika itu Najib adalah ketua pergerakan itu.

Fatmi mula aktif dalam pergerakan Pemuda sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian Pengkalan Chepa Kelantan pada tahun 1989.

Dalam pemilihan tahun 1993 Fatmi mengekalkan jawatan exconya.Najib ketika itu bertanding jawatan Naib Presiden Umno dan menang.Namun begitu hubungan mereka tidak pernah putus. Pada tahun 1993 selain memegang jawatan exco Fatmi juga dilantik sebagai Ketua Pemuda Umno negeri Kelantan.



Fatmi kini adalah Timbalan Ketua Umno bahagian Kota Bharu,jawatan yang disandangnya sejak tahun 1995 bilamana berlaku pecah sempadan dimana cawanganya yang dulu dalam Pengkalan Chepa masuk ke dalam kawasan Kota Bharu.

Beliau mendapat pendidikan awal dan menengah di Kota Bharu dan lepas lulus cemerlang peperiksaan MCE ditawarkan biasiswa MARA melanjutkan pelajaran dalam bidang pemasaran di Southern Illinois University di Amerika.

Selepas itu Fatmi menyambung pelajarannya mengambil Master in Business Administration di Tulane University di New Orlean.

Beliau kembali ke tanahair pada tahun 1981 dan terus bergiat sepenuh masa dalam bidang perniagaan pengedaran makanan di Kota Bharu sehinggalah dilantik sebagai Setiausaha Politik Najib.

Sekalipun mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang sebenarnya ia bukanlah kelayakan utama untuk seseorang menjadi Setiausaha Politik mana-mana menteri.

Sebab itu jawatan Setiausaha Politik tidak diiklankan dalam suratkhabar dan tidak ada temuduga seperti jawatan lain.

Ada juga Setiausaha Politik terdiri dari ‘orang kawasan’ seseorang menteri di kawasan parlimennya.

Mereka adalah pegawai pilihan seseorang menteri.Biasanya ‘orang kepercayaan’ menteri.Namun begitu secara rasminya pemilihan untuk lantikan mereka perlu diluluskan oleh Perdana Menteri.

Semua Setiausaha Politik mengangkat sumpah jawatan di depan Perdana Menteri.Fatmi secara berjenaka tidak mahu ditulis sebagai ‘orang Najib’.Katanya, “ you boleh tulis saya kenalan rapat beliau saja.”

Di dalam sebuah pejabat menteri pegawai utama yang menjadi tulang belakang penggeraknya ialah Setiausaha Sulit Kanan,Setiausaha Sulit,Setiausaha Akhbar,Pegawai Khas dan…Setiausaha Politik.

Kita mungkin terkejut bila Fatmi berkata, “bidang tugas saya ranging from nothing to everything”.

Bunyinya antara macam orang tak ada kerja… hingga terlalu banyak kerja…yakni urus segala-galanya.



Maka dimana letaknya bidang tugas mereka secara spesifik?

Bagi menjawab soalan ini Fatmi memetik ucapan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa majlis perlantikan beliau dan beberapa orang lain sebagai Setiausaha Politik.

“Masa saya angkat sumpah…PM dalam ucapannya kata kerja Setiausaha Politik adalah serba serbi.Dialah Setiausha Sulit Kanan,Setiausaha Sulit…dia juga Setiausaha Akhbar dan dia juga adalah Pegawai Khas.Semua ini meliputi bidang tugas Setiausaha Politik.

“Apa makudnya di sini?..Setiausaha Sulit Kanan..selalunya Menteri-menteri beri tugas untuk mengatur program,atur appointment .Setiausaha Poltik pun boleh campurtangan.

Setiausaha Sulit pula selalunya Menteri bagi tugas…(ini terpulang pada Menteri masing masing)...selalunya jaga hal-hal peribadi dan keluarga Menteri itu.Setiausaha Politik pun boleh bagi pandangan misalnya tentang keluarganya...contohnya keterampilannya macam mana…pakai baju melayu tak butang atas ke..kita boleh bagi komen.


Semuanya ada hubung kait.”

Setiausaha Akhbar apa bidang tugasnya?...jaga media.Saya sendiri juga ada berhubung baik dengan para wartawan.

“Sebab itu PM bagitahu Setiausaha Politik kena ambil tahu semua bidang tugas.

“Pegawai Khas pula kebanyakannya diberi tugas buat ucapan menteri .Selalunya Setiausaha Politik juga campur untuk beri imput untuk ucapan itu.Walaupun secara fisikal Pegawai Khas tulis ucapan.

“Itulah saya sebut from nothing to everything . It can be nothing if you don’t do anything..nobody can check you .Kalau Menteri tak arah apa-apa… you tak buatlah.

Jadi sebenarnya kerja Setiausaha Politik bergantung atas inisiatif sendiri atau bagaimana?

Kata Fatmi, “kebanyakanya memang inisiatif sendiri.Misalnya bila saya tidak ada assignment tertentu yang ditugaskan oleh TPM …saya banyak luangkan masa berbincang dengan para pemimpin pelbagai peringkat untuk kenali dan tahu apa masalah di bawah.

“Ini bukan sahaja bagi peluang saya kenali mereka tetapi untuk dapat input dari mereka bagi membolehkan diadakan program yang menepati keperluan orangramai.

“Mengenali orang juga adalah adalah sebahagian dari tugas Setiausaha Politik.

“Diatas kertas menang tak ada termaktub secara spesifik apa kerja seorang Setiausaha Politik…sebab itu tugas saya sangat memerlukan kreativiti,”kata Fatmi.

Kreativiti yang dimaksudnya ialah cara bagaimana beliau dapat memainkan peranan jadi orang perantaraan yang efektif antara kerajaan dan menterinya dengan orang ramai serta orang parti.

“Tugas utama adalah memastikan kerajaan mantap.Jaga kepentingan pemimpin maksudnya jika pemimpin lemah maka negara pun lemah.Hal ini berkait dengan kepentingan negara.Jadi kita kena perkuatkan kepimpinan negara kita.

“Apa yang patut kita buat dalam mempertahankan pemimpin.Nombor satu pemimpin di sini ialah Perdana Menteri.Macam mana pun kepala nak kena jaga.Badan manusia pun yang paling penting kepalalah…yang lain nak potong pun tak apa.Tak ada kepala… tak adalah. What do we do… kita kena pertahankan beliau macam mana sekalipun supaya negara ini kukuh dan parti ini kukuh.



“Selain itu pastikan masalah orang dapat di selesaikan…pastikan apa tak puashati orang dapat diubah dan diperbetulkan. Itu on general term…of course you cannot go on individual nak puaskan hati semua orang…itu memang tak mampu kami buat.

“Dari imput yang diperolehi kita boleh bagi pandangan…nasihat kepada Perdana Menteri…Timbalan Perdana Menteri.

“Contohnya baru-baru ini saya ada terima laporan dari orangramai mengenai satu kepincangan dalam sebuah jabatan.Makanya saya maklumkan kepada pihak berkenaan mengenai hal ini.Jika keadaan ini berleluasa dan tidak dibendung segera… orang akan tuduh kerajaan ini tidak prihatin.”

Atas sebab itu beliau segera menjawab adalah tidak tepat orang buat tanggapan Setiausaha Politik adalah tukang wheeler and dealer untuk seseorang menteri dalam urusan politik saja.

“Pandangan itu tidak tepat… wheeling and dealing adalah istilah dalam urusan perniagaan tetapi dalam politik kita berbincang .”katanya.

Fatmi menjelaskan dalam bidang ini faktor minat dan pengalaman dalam politik adalah sangat penting.

“Kalau you tak minat memang you tak boleh dan tak tahu nak buat apa.

Dalam hubungan ini Fatmi amat bersetuju mengambil mereka yang tidak ada pengalaman luas dalam bidang politik akan menimbulkan masalah besar.

“ Yes of course pengalaman sangat penting.Ada beberapa Setiausaha Politik yang tak ada basic berpolitik di bawah memang susah mereka nak sesuaikan diri.

“Sebab kalau you tak minat you tak tahu nak buat apa.Kalau you minat you boleh kerja dari pagi sampai malam… tujuh hari seminggu.

Fatmi memberitahu kerja mereka ibarat kena siapsedia on call 24 jam.

Sepanjang interbiu lebih sejam itu ia kerapkali ‘terganggu’ oleh beberapa panggilan telefon dari Menteri dan Menteri Besar yang ingin bertanya sesuatu darinya yang melibatkan urusan dengan pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Deringan pangilan masuk ke telefon bimbitnya juga datang dari Ketua-ketua Umno bahagian dan ‘sahabat-sahabat politik’.

“Sebenarnya weekend pun tak ada sebab kita on call 24 jam”.

Katanya beliau pernah menerima panggilan dari seorang menteri pada jam 3 pagi untuk menyampai sesuatu mesej kepada Timbalan Perdana Menteri.



Ditanya pula adakah Menteri yang tak mau dengar nasihat atau imput dari Setiausaha Politik?

Beliau mengaku ada juga.”Saya tak mahu sebut nama.Ada Menteri yang tak peka tentang politik.Dia tak tahu nak guna khidmat Setiausaha Politik.Ada Menteri yang suruh Setiausaha Politik duduk dalam pejabat saja...jangan keluar.Dia tak galak Setiausaha Politik keluar.

Apa sebabnya?

“Mungkin dia tak peka dengan politik.Selalunya menteri ini tak naik dari bawah.Tidak harungi pahit maung berpolitik.”katanya.

Walaupun terpaksa meninggalkan dunia perniagaannya di Kota Bharu dan berkerja dan tinggal sepenuh masa di ibukota dengan jawatan baru ini,Fatmi tidak pernah merasa menyesal.

“Saya amat minat dengan kerja ini.”

Katanya beliau tidak menghadapi apa-apa masalah mengendalikan urusan sekalipun mengambilalih dari Datuk Alies yang sudah lama jadi Setiausaha Politik kepada Najib.

“Saya kenal Datuk Seri Najib lama.Juga saya merasa amat comfortable bertugas untuknya.Bila kita sudah lama kenal kita tahu siapa bos kita…siapa produk kita dan juga kita tahu apa yang boleh buat dan tidak boleh buat”,kata Fatmi.

Beliau tetap gembira berada pada kedudukan sekarang walaupun beberapa orang bekas anggota Exco Pergerakan Pemuda Umno yang seangkatan dengannya kini sudah jadi Menteri dan Timbalan Menteri dan Menteri Besar.

Antara mereka ialah Datuk Seri Nazri Aziz,Datuk Khaled Nordin,Datuk Hishamuddin Tun Hussein,Datuk Idris Jusoh ,Datuk Zin Mohamad dan Datuk Noh Omar.

“Itu pencapaian politik masing-masing.Saya gembira atas kejayaan rakan-rakan saya itu. Anyway I am very happy here ,”katanya.

Bagaimana pula dengan politik di Kelantan.Mampukah Umno menawan Kelantan dalam pilihanraya umum akan datang?



Sebagai orang lama dalam arina politik di negeri itu dan pegawai kanan kepada Timbalan Perdana Menteri ,Fatmi memang ada authority untuk bercakap mengenainya.

Katanya mungkin ramai yang tidak sedar sebenarnya Barisan Nasional cuma kekurangan 20 undi sahaja untuk memerintah Kelantan.

“ Yes Umno ada harapan besar dalam pilihanraya umum akan datang.Masa pilihanraya 2004 pun kita kalah dengan tipis...cuma tak cukup dua kerusi jadi kerajaan.

“Kalau kira dari dua kerusi itu cuma tak cukup 20 undi saja jadi kerajaan.Dua kerusi terendah kita kalah di kawasan Dewan Undangan Negeri Kemuning dalam parlimen Macang…kalah dua undi..makna perlu dua undi untuk menang.

“Dalam parlimen Kota Bharu…di Dewan Undangan Negeri Kota Lama…Umno kalah 34 undi..maknanya perlu 18 undi untuk menang.”

Beliau berkata peningkatan besar BN berbanding pilihanraya tahun 1999 adalah kerana perubahan minda dikalangan rakyat Kelantan terutama pengundi muda.

“Kalau tengok 1999 sebahagian besar orang muda tak sokong BN.Fenomena ini bukan sahja di Kelantan tetapi across the board di seluruh negara.

“Perubahan minda ini kerana anak-anak muda perlu perkara- perkara baru...mereka mahu negeri yang suasana dinamik dan tak statik macam sekarang.

Apakah beliau yakin tidak mood sekarang boleh kekal hingga pilihanraya akan datang?

“Saya percaya boleh…jumlah anak-anak muda dan pengundi muda semakin bertambah”,katanya.

Apakah pembebasan bekas Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim beri kesan kepada senario politik Kelantan?

“Kesannya adalah sikit tetapi tidak akan menyebabkan BN kurang undi banyak.Orang Kelantan tahu pembebasan Anwar kerana sebab teknikal,”katanya.

Mengenai lawatan Anwar ke Kelantan baru-baru ini yang dikatakan menarik perhatian orangramai di negeri itu Fatmi berkata , “Saya dapat laporan jumlah yang datang tak sampai 7,000 dan tidaklah seperti setengah pihak dakwa sampai 30 atau 40 ribu orang.

“Saya percaya laporan saya itu tepat kerana waktu itu saya sendiri ada di Kota Bharu.Ketika itu jalan di sekitar bandar tidak sesak.Rumah saya dekat dengan stadium.Kalau ramai pasti ada kesesakan lalulintas yang teruk.

“Ia bukan macam masa kemuncak reformasi atau masa PAS hebat menganjur ceramah dulu.

Menurut Fatmi orang Kelantan sudah fedup dengan ketiadaan perubahan dan penjanaan ekonomi.

“Ramai orang Kelantan yang berhirjah di luar nak balik ke negeri…tetapi tak ada apa,”katanya.

Kalau bercakap pasal politik Kelantan,soal cah keting iaitu kegiatan sabotaj sesama sendiri dalam politik Umno sering menjadi bualan.

Fatmi melihat soal cah keting di Kelantan telah di overhighlight .

Baginya soal cah keting dalam politik parti ini berlaku di semua negeri baik di Selangor,Johor,Kedah,Sabah dan lain-lain.

“Cuma orang lebih nampak pada Kelantan kerana Umno kalah di negeri ini …itu saja”katanya.

Beliau yang pernah jadi calon pilihanraya anggar paling banyak gejala cah keting boleh jejaskan undi semasa pilihanraya tidak sampai 5 peratus.

“Populariti individu tidak begitu jadi hal sangat dalam pilihanraya….orang lebih utamakan parti.Katakan ada orang cah keting saya…berapa ramai sangat yang mereka boleh pengaruhi.Orang Umno macam mana sekalipun tak suka tidak akan undi PAS.Paling teruk kalau tak suka calon mereka akan rosakan undi,”kata Fatmi.- 9 Februari 2005.



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Tips


Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.