Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Friday, 03 September 2010 | [Daftar] atau [Log Masuk]





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web

Menyelami pendirian dan dilema Peguam Negara

Saya bukan diletak dalam Majlis Tertinggi Umno untuk jadi ‘Pak Pacak’ - Norza

Tiga kali kekalahan beri ‘kekuatan’ kepada Isa

Jaga parlimen:Seperti saya mengantuk PM sorong bantal…

‘Lets move’ dari bawah:Saya sanggup jadi ketua dalam gerakan ini…

Saya kecil…lembut tapi tak semestinya ' not in control '...

Setelah hampir 50 tahun...Jins Shamsudin masih mengejar impian

Antara jawatan politik dan pegawai PM:Tak benar kata kami 'tertinggal bos' - Reezal

Datuk Fatmi - Setiausaha Politik Datuk Seri Najib - kata tugasnya 'ranging from nothing to everything'...

Menyusuri ‘ gerak ’ Anwar menerusi Azmin Ali…

Malaikat masuk UMNO pun kena label …

Saya bukan mastermind Dr Mahathir – Tan Sri Abdullah

Datuk Azeez:Jutawan kereta terpakai nak ' jual ubat ' jayakan Putera UMNO

Industri musik...indah khabar dari rupa

Pencapaian Melayu “…I am not happy at all..” – Ibrahim Abu Shah

Saya jumpa PM sebulan dua kali….

Datuk Aziz mahu Melayu buat Melayu untung



Sistem pemilihan pimpinan UMNO sudah 'outdated'...

Mana ada lulusan Universiti Oxford dan Cambridge di tingkat 4….



Agenda Tips: Interbiu Agendadaily dengan Ezam Mohd Nor: 2 September sangat bermakna…

Interbiu Agendadaily dengan Ezam Mohd Nor: 2 September sangat bermakna…

Ketua Pemuda Parti Keadilan ,Ezam Mohd Noor berkali-kali mengulangi kata-kata bahawa tidak ada dalam agenda Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk masuk Umno.

Bahkan beliau beranggapan Anwar kemungkinan besar tidak akan menyertai mana-mana parti politik termasuk KeADILan. “Anwar harus di luar parti untuk melaksanakan tugas yang lebih besar,”katanya kepada wartawan Agendadaily Helme Hanafi dalam pertemuan di rumahnya di Shah Alam,pagi Sabtu.


Hampir sejam beliau mengulas mengenai pembebasan Anwar dan padanya pentadbiran baru pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi jelas telah memulakan reformasi apabila tidak campur tangan dalam urusan kehakiman.

Dalam pada itu beliau melahirkan rasa kagumnya terhadap minda bakal Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. “Saya bersedia untuk mengakui bahawa saya kagum dengan banyak pandangan beliau dan kita bersetuju dengan banyak perkara tentang membuka ruang demokrasi, perubahan yang harus ada pada anak muda , cara berpolitik dan sebagainya.”.

Ezam mengakui beliau sendiri menelefon KhairY untuk meminta bantuan memudahkan urusan pasport Anwar .Ini mendorong pemergian Khairy di rumah Anwar pada malam 2 September lalu.Kata Ezam “Saya yang memilih saudara Khairy sebab saya selesa dengan beliau dan saya tidak melihat Khairy sebagai menantu Pak Lah tetapi lebih jauh dari itu.”

Berikut ialah interbiu penuh dengan Ezam Mohd Noor:


Boleh saudara ulas mengenai pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2
September lalu?


Ezam : Pertamanya kita bersyukur kepada Allah SWT.

Kita merasa lega kerana antara matlamat kita menubuhkan parti ini dan saya memimpin Angkatan Muda KeADILan adalah untuk membebaskan Anwar Ibrahim tetapi dari sudut yang lebih besar sebenarnya pembebasan Anwar ini membawa signal yang amat penting
dari sudut pengukuhan negara dan dalam kes ini adalah mahkamah.

Pada tanggal 2 September itu apa yang berlaku bukan sekadar Anwar bebas tetapi salah satu institusi paling utama di negara ini terbukti bebas ataupun dibebaskan setelah
6 tahun dibelenggu oleh pemerintahan politik.

Mahkamah pada 2 September 2004 bebas dari tekanan politik dan ini merupakan satu tanda yang cukup baik bagi negara. Sebagai pemimpin pemuda saya melihat ini satu keadaan yang cukup positif dan saya tidak segan untuk mengatakan bahawa perubahan ini berlaku disebabkan oleh perubahan sikap pentadbiran baru Datuk Seri Abdullah Badawi.

Apakah ini tanda bahawa perubuhan atau reformasi telah dilakukan oleh
pentadbiran baru pimpinan Datuk Seri Abdullah Badawi?

Ezam: Banyak aspek yang perlu dinilai, apa yang berlaku pada 2 September dari
sudut kebebasan kehakiman itu tergambar dengan jelas dengan keputusan pada 2
September.

Bagi saya Pak Lah telah melaksanakan sebahagian besar daripada
reformasi yang kita perjuangkan melalui KeADILan dan Gerakan Reformasi 1998.

Bukan saja sebahagian besar tetapi aspek terpenting daripada reformasi iaitu
membebaskan kehakiman daripada tangan-tangan politik dan ini berlaku pada 2
September.

Juga aspek-aspek lain, kerana kita berjuang saya sendiri merengkok
dalam penjara bukan sekadar ISA tetapi juga OSA kerana kita tahu bahawa rasuah
itu satu barah yang cukup besar pada negara dan mesti diselesaikan.

Bagi kita langkah yang diambil pada 2 September itu ada harapan perubahan diperingkat
lain juga akan berlaku.

Mengenai perancangan Anwar selepas ini, apakah beliau berminat untuk kembali
ke
Malaysia dan aktif berpolitik?

Ezam: Terlalu awal untuk saya membuat sebarang ramalan dan dengan Anwar
sebagai seorang yang bebas keputusan terletak ditangan beliau, tetapi kalau
kita melihat kenyataan beliau selepas dibebaskan yang paling penting adalah
beliau menghargai proses reformasi telah bermula walau sekecil manapun pada 2
September di zaman Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

Yang kedua Anwar mengatakan bahawa dia sedia berkerjasama dengan pimpinan baru Abdullah Ahmad Badawi dan ketiga beliau mengatakan secara jelas bahawa beliau membuka segala kemungkinan samada untuk beliau kembali aktif dalam politik atau
sebaliknya.

Ini yang beliau katakan dan hingga hari ini bermacam-macam tawaran
yang dibuat di luar negara dan parti politik di dalam negara KeADILan atau PAS
dikalangan pembangkang dan NGO.

Bagi saya terpulang kepada Anwar untuk memikirkan langkah yang terbaik untuk beliau.

Maknanya Anwar tidak akan menyertai mana-mana parti politik, begitu?

Ezam : Macam saya katakan tadi, Anwar tidak pernah mengatakan bahawa beliau
tidak akan kembali aktif berpolitik, itu faktanya, tetapi dari perbincangan
saya dengan beliau dan rakan-rakan lain di peringkat Asean, kebanyakkan mereka
berpendapat bahawa peranan Anwar dari pengalamannya sebagai pemimpin
gerakan Islam satu ketika dulu perlu disumbangkan untuk menjernihkan kembali
pandangan orang bukan Islam terhadap Islam terutamanya selepas peristiwa 11
September, peperangan Iraq dan sebagainya.

Saya kira Anwar akan bergerak dalam kerangka yang lebih besar dari politik partisan dan penumpuan utamanya adalah untuk menyelesaikan malahat-maslahat umat melalui diolog dan perbincangan.

Tidak akan masuk Umno?

Ezam :Saya rasa teori masuk Umno ini bukan fokus dan tumpuan kita.

Setelah lama dalam penjara melalui proses yang sukar untuk digambarkan, kita keluar dengan harapan untuk melakukan sesuatu yang lebih besar untuk negara dan lebih umum.

Kuasa dan jawatan bukan sesuatu yang penting. Saya tidak tahu apa yang di hati
Anwar tetapi yang saya nampak Anwar jelas lebih melihat kepada agenda yang
lebih besar, agenda umat, agenda dunia, tentang terorisime yang cukup parah
sekarang ini, dan itu tumpuannya, saya merasakan bahawa politik-politik parti
ini bukan dalam agenda Anwar pun.

Ada khabar angin Anwar akan masuk Umno?

Ezam: Tidak terlintas pun (Wajah serius dengan tangan bergewang) tidak pernah
ada dalam perbincangan kitapun, agenda Anwar adalah to help the world dalam
krisis yang mencemaskan sekarang ini.

Saya rasa agenda kepartian ini, bukan soal Umno saja, parti KeADILan ke, PAS ke masih belum masuk dalam agenda Anwar Ibrahim lagi. Kita tidak bergerak atas agenda itu.

Mungkin orang lain punya pandangan lain tetapi saya sepanjang saya bertemu dengan rakan-rakan Anwar di luar negara, mereka berpendapat dalam keadaan sekarang tumpuan Anwar harus di luar parti untuk melaksanakan tugas yang lebih besar dan dalam masa yang sama berkerjasama dengan kerajaan yang ada untuk tugas itu.

Jadi persoalan kepartian ini, masuk Umno dan sebagainya tidak timbul sama sekali.

Boleh saudara ceritakan mengenai pertemuan antara Anwar Ibrahim dan menantu
Perdana Menteri Khairy Jamaluddin?


Ezam : Ya, pertemuan antara Anwar dan Khairi ini bermula daripada inisaitif
saya yang ingin mencari ruang untuk menyelsaikan masalah-masalah teknikal yang
mungkin wujud untuk Anwar berlepas seberapa segera ke luar negeri.

Atas dasar itu saya berhubung sendiri dengan Khairy dan meminta beliau bantu dari segi
proses pasport dan sebagainya.

Beliau tidak menolak permintaan saya dan bersetuju untuk bertemu dengan Anwar bagi mendengar sendiri pemintaan Anwar dan menyampaikan kepada Pak Lah.

Apakah ada rundingan lain selain urusan pasport?

Ezam : Tidak ada… hanya urusan pasporat dan bersilaturahim. Saya berterus-terang
bahawa kami ada beberapa kali bertemu dengan rakan-rakan lain, bukan untuk
berbincang politik tetapi lebih kepada pertemuan sosial.

Kami banyak bertukar pandangan dan terus-terang saya katanya saya mengikuti Khairy, …beliau sekarang merupakan satu nama yang besar dalam politik dan saya sebagai anak muda dan sebagai ketua pemuda parti pembangkang di Malaysia saya mengikuti beliau dari dekat.

Saya ada ruang untuk mendengar sendiri dari mulut beliau tentang
berbagai pandangan beliau terhadap hala tuju negara dan sebagainya.

Dan saya bersedia untuk mengakui bahawa saya kagum dengan banyak pandangan beliau dan kita bersetuju dengan banyak perkara tentang membuka ruang demokrasi,
perubahan yang harus ada pada anak muda , cara berpolitik dan sebagainya.

Malah saya mengalu-alukan pemilihan beliau sebagai Naib Ketua Pemuda Umno
sebagai satu harapan untuk melihat reformasi dalam Umno berlaku, Pemuda
khususnya dengan beliau sebagai pemimpin.

Kenapa mesti Khairy yang berada di rumah Anwar pada malam itu, kenapa tidak
orang lain?


Ezam : Bagi saya itu kerana saya yang memilih saudara Khairy sebab saya selesa
dengan beliau dan saya tidak melihat Khairy sebagai menantu Pak Lah tetapi
lebih jauh dari itu.

Saya melihat beliau sebagai tokoh muda yang cukup terbuka, very open minded, beliau punya kualiti penting sebagai pemimpin pemuda yang saya hormati dan secara semulajadinya saya agak selesa dengan beliau dan rasa selesa untuk berkongsi masalah dan mendapat bantuan melalui beliau dan sebab itulah saya membuat keputusan untuk menghubungi beliau.

Tidak timbul soal kenapa tidak menghantar orang lain, kerana saya yang membuat
keputusan untuk menghubungi Khairy sendiri.



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Tips


Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.