Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Friday, 10 September 2010 | [Daftar] atau [Log Masuk]





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web

Menyelami pendirian dan dilema Peguam Negara

Saya bukan diletak dalam Majlis Tertinggi Umno untuk jadi ‘Pak Pacak’ - Norza

Tiga kali kekalahan beri ‘kekuatan’ kepada Isa

Jaga parlimen:Seperti saya mengantuk PM sorong bantal…

‘Lets move’ dari bawah:Saya sanggup jadi ketua dalam gerakan ini…

Saya kecil…lembut tapi tak semestinya ' not in control '...

Setelah hampir 50 tahun...Jins Shamsudin masih mengejar impian

Antara jawatan politik dan pegawai PM:Tak benar kata kami 'tertinggal bos' - Reezal

Datuk Fatmi - Setiausaha Politik Datuk Seri Najib - kata tugasnya 'ranging from nothing to everything'...

Menyusuri ‘ gerak ’ Anwar menerusi Azmin Ali…

Malaikat masuk UMNO pun kena label …

Saya bukan mastermind Dr Mahathir – Tan Sri Abdullah

Datuk Azeez:Jutawan kereta terpakai nak ' jual ubat ' jayakan Putera UMNO

Industri musik...indah khabar dari rupa

Pencapaian Melayu “…I am not happy at all..” – Ibrahim Abu Shah

Saya jumpa PM sebulan dua kali….

Datuk Aziz mahu Melayu buat Melayu untung



Sistem pemilihan pimpinan UMNO sudah 'outdated'...

Mana ada lulusan Universiti Oxford dan Cambridge di tingkat 4….



Agenda Tips: Menyelami pendirian dan dilema Peguam Negara: Saya tidak boleh buat kerja dan buat keputusan berasaskan pada apa orang nak kata

Menyelami pendirian dan dilema Peguam Negara: Saya tidak boleh buat kerja dan buat keputusan berasaskan pada apa orang nak kata

Oleh: ROSLI ISMAIL DAN LUKMAN ABDULLAH



Dari penerangan yang panjang lebar bila satu-satu soalan diajukan semasa interbiu Agendadaily dengannya,jelas sekali Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail ingin orangramai faham masalah,dilema dan bidang tugas sebenar jabatan yang diketuainya.

Persepsi bagi kebanyakan orang ialah Jabatan Peguam Negara ibarat pemegang ‘pancung’ yang menentukan samaada orang itu boleh didakwa di mahkamah atau tidak.Ini dengan sendiri membuatkan jabatan itu sentiasa digeruni.

Memang itupun kerja jabatan berkenaan tetapi dalam membuat keputusan yang ‘berat’ itu banyak proses yang perlu dilalui.

Ini yang kata Peguam Negara banyak orang tak faham.Bagaimanapun dalam membuat kita faham mengenainya banyak yang perlu beliau terangkan.Ada yang boleh ditulis dan ada yang off the record – khususnya bila mengambil contoh mengenai sesuatu kes melibatkan orang tertentu.

Dari penerangannya kita dapat memahami dengan jelas mengapa ia begitu dan begini.Masalahnya kebanyakannya tidak dapat ditulis.

Apa yang tidak kurang menarik ialah Peguam Negara berusia 49 tahun dan berasal dari Lahad Datu,Sabah ini cukup terbuka orangnya.

Bagi yang tidak biasa berinteraksi dengannya dan menduga Peguam Negara ini sukar didekati adalah silap.

Sekalipun dalam mengendalikan tugas rasminya beliau agak reserve dan go by the book tetapi Tan Sri Abdul Gani berkata sebagai manusia biasa beliau gemar pada hidup tanpa protokol.

Berikut ialah transkrip antara yang dapat ditulis hasil interbiu Agendadaily hampir dua di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini.




Agendadaily: – Bila Pak Lah ambilalih jawatan Perdana Menteri timbul semacam harapan yang tinggi kepada ketelusan dan keterbukaan pada perundangan .Tan Sri sebagai Peguam Negara dianggap sebagai gatekeeper .Macam mana Tan Sri menangani harapan itu?

Gani: Dulu pun sama….masa pentabiran Tun Dr Mahathir… did he ever tell me what to do….instruct me what to do. .tidak pernah…itu dapat saya beri jaminan.Pimpinan Pak Lah sekarang … did he ever tell me what to do…never.

Cuma sebagai proses formaliti biasa..jabatan ini beritahu kerajaan jika ada sesuatu kes besar whatever .Itu natural kerana kita mesti melihat pada isu yang melibatkan dasar awam ataupun soal keselamatan,melibatkan public interest …maka kita beritahu kerajaan… tetapi untuk kata kerajaan suruh kita buat itu ini… tidak.

Dalam hal ini saya meletakan outmost respect kepada Pak Lah dan Tun Dr Mahathir.Kedua-duanya tidak pernah arah kita apa yang perlu buat.

Setengah orang bertanya misalnya dalam kes Tan Sri Eric Chia…kenapa sekarang?Dalam soal Eric Chia ini lain sikit….saya harap sekarang semua orang sudah faham terdapat banyak hal rumit untuk mendapatkan bukti dari Hong Kong dan Geneva.Jadi kita perlu buat step by step.As we got it we move .Kebetulan ia (pendakwaan dibuat) pada tahun ini.

Agendadaily: Masalah di sini kerana masa Tun Dr Mahathir ia nampak seolah tak bergerak tetapi bila Pak Lah ambil alih tiba-tiba Tan Sri Eric terus didakwa.Ini yang mencetuskan pelbagai anggapan dan prejudis?

Gani: Kita tidak boleh bergerak begitu sahaja.Semua usaha pengumpulan bukti ini dijalankan sejak sekian lama.Bukan senang nak kumpul bukti begitu saja.Mula kita kumpul bukti dari Hong Kong dan Geneva dulu.

Lepas tengok tu baru kita putuskan samaada kita ada kes atau tidak.Lepas tu kita perlu check pula samaada kita boleh perolehi bukti dalam bentuk bagaimana.Kita harus tunggu dan sebagainya.

Ingat tidak, dulu pernah Tun Dr Mahathir sendiri komplen kenapa Switzerland tidak berkerjasama.Ingat tidak ia dilaporkan dalam akhbar hingga pihak Swtizerland tidak begitu senang kerana ketika Tun Dr Mahathir buat kenyataan tu Swtizerland dah bagi kita.

Agendadaily: Bagaimana Tan Sri nak justify Pak Lah benar-benar tegas hendak memastikan ketelusan perundangan negara ?

Gani: Waktu Pak Lah terdapat special emphasis .Pak Lah telah menyatakan dengan jelas pada saya beliau ingin membasmi rasuah dan mahu saya bergerak lebih pantas.Jadi kita pun gerakan manpower kita kearah itu. We went into it like nobodys business .

Selain rasuah …Pak Lah juga memandang berat soal pengedaran dadah,jenayah berat..soal kemalangan jalaranraya.Saya gembira misalnya beliau beri perhatian dalam soal kemalangan jalanraya..dulu kita hanya anggap ia sebagai hal kemalangan …tak sengaja.

Soalnya cuba lihat kepada angka berapa ramai orang yang mati setiap tahun.Pak Lah mau kita berbuat sesuatu dalam hal ini.I think he is correct.

Kita kena ingat setiap peimimpin ada stail mereka sendiri.

Contohnya bila saya ambil ambilalih Jabatan Peguam Negara.Kita tubuhkan bahagian hal ehwal antarabangsa…bahagian syariah…dan lain-lain.





Agendadaily: Pokoknya di sini…dalam melaksanakan tugas dan membuat keputusan …apakah Tan Sri tak peduli apa orang nak kata… and you will go straight by the book ?

Gani: Ya,saya tidak boleh buat keputusan dan kerja berasaskan apa orang nak kata.Saya perlu buat keputusan.Kalau saya fikir betul saya perlu laksanakannya.Siapa saya yang tak bersetuju dengan saya…saya tak ada pilihan.

Kerajaan berdiri dibelakang saya…kerajaan tidak pernah menyekat saya…tidak pernah bagitau apa yang perlu saya buat.

Itu sebabnya saya berani kata di sini the government uphold the rule of law .Bagi saya kerajaan sentiasa menghormati undang-undang negara ini.

Agendadaily: Kadang-kadang yang buat sesetengah orang mempersoalkan the rule of law ini bila melihat yang banyak kena ialah golongan ikan bilis …bukan ikan jerung ?

Gani: Kalau ikan jerung tu tak buat salah macam mana pula nak kena tangkap.Kita tak pernah kelaskan ini ikan jerung ke …ini ikan bilis ke.Siapa yang salah dia kena jawablah.

Kerja Jabatan Peguam Negara bukan nak dakwa saja.,Semua orang sama.

Untuk berlaku adil pada pihak Badan Pencegah Rasuah dan Jabatan Peguam Negara..lihat apa yang berlaku dalam tempoh setahun dua tahun kebelakangan ini.

Lihat pada jumlahnya.Bukan saja pada jumlahnya.Tengok siapa yang didakwa di mahkamah.

Adakah Pak Lah bagitau kita…orang ini orang itu tak boleh dakwa… No.

Semuanya ambil masa….you tuduh 200 orang…sampai bila nak selesai.Tengok kes Tan Sri Eric Chia… inipun takes time.

Bagaimana pula soal tenaga kerja..bukan tenaga kerja Jabatan Peguam Negara saja…ia melibatkan tenaga kerja pihak polis…pihak mahkamah.Mahkamah pun tak boleh handle everybody kalau kita dakwa semua.

Agendadaily: Pandangan umum ialah orang tak puashati…nak tengok lebih ramai…dan lebih ramai lagi yang kena dakwa baru kata OK bagus ?

Gani: Adakah tanggapan itu betul.My point is this…kalau orang itu tak buat salah…tak buat salahlah.Adakah baru kata betul bila kita…bariskan ramai-ramai kena dakwa.

Bukan jumlahnya yang penting…tetapi sejauh mana tekad kita untuk membenteras rasuah dan undang-undang dihormati.

The numbers dosen’t count …katakan misalnya tahun ini ada dua orang sahaja yang boleh didakwa…apakah anda harapkan kita dakwa empat lima orang.

Lagi satu… orang nak kita dakwa sana ..dakwa sini…tetapi kita juga perlu berlaku adil.Kita perlu kaji dengan teliti setiap kes dan tidak ragu-ragu lagi baru dakwa.

Bila kita tidak dakwa seseorang itu tidak bermakna orang itu salah atau tidak salah.

Adakalanya kita tak dakwa orang itu pasal memang dia tak buat salah…adakalanya kita tak dakwa orang itu kerana tak ada cukup bukti.

Tahu tidak bila nak dakwa ..kita harus yakin beyond reasonable doubt.

Sebagai orang biasa… you mungkin ingat cukup dah…tetapi bagi kita tak semestinya begitu.

Sesetengah orang ingat…orang tu dah buat pengakuan dengan polis mesti betul.Bagi saya…kena tengok dulu pengakuan itu macam mana dia dapat…kalau katakan pengakuan itu dibuat secara paksa…kalau pengakuan tu kena tendang…apa yang saya ada…nothing.

Semua perkara ini harus diambil kira.

Tanggapan orang dengan cara kita buat kerja adalah berlainan.Bukan senang.Cuba tengok ada banyak kes kena buang.

Misalnya dalam kes dadah ada yang buang kes dan ada yang kena sekalipun ada bukti.Semuanya ada sebab-sebab tertentu.

Conntohnya dadah ditemui di bakul motosikal orang.Dia lepas…masalah di sini apakah pemilik motosikal itu tau tidak apa ada di dalam.

Bagi orang biasa kalau jumpa dalam kereta you…mesti you punya.Dalam rumah you mesti you punya.

Bagi kita kita kena pastikan ada lain orang tidak boleh masuk rumah tu.

Saya sedar…masalahnya jabatan ini juga sukar untuk menjelaskan kepada orangramai hal-hal begini.

Kalau kita terangkan…maka orangramai akan faham.Atas sebab ini kita sekarang nak open up.



Agendadaily: Ada orang yang menggangap benchmark rule of law negara ini pada kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.Apa komen Tan Sri pasal ini?

Gani: Bagi saya semua kes harus menjadi the benchmark untuk the rule of law.Sebabnya senang saja…semua kes itu harus dihakimi dan dan diadili dengan betul.Kita tak boleh kata satu kes sebagai benchmark.

Kita harus lihat pada keseluruhan.

Katakan satu kes itu ada hakim buat keputusan yang salah…maka patutkah anda kata Jabatan Kehakiman salah.

Sebab itu kita ada Mahkamah Rayuan dan sebagainya.

Saya pun pernah buat silap.Banyak juga kes kena buang..Kalau kes itu kena buang maka mahkamah tidak setuju dengan saya.Jadi saya dah buat silap.

Sesuatu kes tak semesti menang.Orang selalu ingat bila ke mahkamah mesti kena menang.

Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa sebenar berlaku.Semua pegawai Jabatan Peguam Negara duduk sini.Apa yang berlaku bukan depan mata kami.Siasatan polis yang buat..kita baca kertas siasatan.Lepas baca kita putuskan samaada ada kes atau tidak.

Kalau ada bukti kita dakwa.Katakan kemudiannya ada bukti lain timbul…orang yang kena dakwa terlepas… OK its fine.

Saya sendiri pernah bawa kes…dakwa dan menang….tetapi kemudiannya membuat rayuan supaya buang kes.Kalau kita dah nampak dakwaan itu salah…apakah perlu kita biarkan ia berterusan.Kita tak boleh benarkannya.

Agendadaily : Sekarang Tan Sri kena hidup dengan persepsi sesetengah orang yang ragu terhadap Tan Sri…kerana kes Datuk Seri Anwar..?

Gani : Saya melihatnya begini.Kes Datuk Seri Anwar adalah salah satu kes yang dibawa ke mahkamah satu ketika dulu.Bagi Jabatan Peguam Negara …kita melaksanakan tugas.

Conscience
kita adalah clear . We don’t do this…we don’t do that …tak ada.


Orang harus melihat pada semua kes yang kita bawa…adakah kes itu berlainan dengan kes lain…tidak.Adakah kita do this… do that …tidak.

Pernah anda lihat kita fix anybody..no.

Saya gembira sekarang ramai orang awam menulis kepada kita komplen pasal macam-macam…termasuk pasal peguam.Nampaknya mereka dah menaruh keyakinan pada kita.Kita juga buka Biro Pengaduan Awam jabatan ini.

Agendadaily : Bagaimana pula dengan tanggapan Jabatan Peguam Negara ini hanya alat kerajaan…?

Gani : Lihat pada persepsi itu…Bila kita dakwa orang politik…kita dakwa pegawai kerajaan…itu betul…bila kita tak dakwa…kita dituduh begitu.Harus ddiingat dari sudut pandangan jabatan ini semua orang sama sammada dia orang politik,pegawai kerajaan atau orang biasa.

Sebenarnya dari apa yang saya tahu perbuatan rasuah dalam sektor swasta lebih teruk lagi berbanding dengan sektor awam.Adakah anda tau.Kenapa orang tak komplen pun.

Untuk pengetahuan anda…pihak Badan Pencecah Rasuah sedang berkerja keras untuk menangani kes rasuah dalam sektor swasta.

Saya bukan cakap soal salahguna kuasa (CBT) . tetapi soal rasuah.

Contohnya kalau you nak buat pinjaman..ada orang minta 10 persen…itu rasuah.

Kontraktor,arkitek bagi itu ini….baru buat…tahukah anda itu semua rasuah.



Agendadaily: Soalnya dimata orangramai sentiasa bertumpu kepada pegawai kerajaan dan orang politik kena dakwa kerana mereka pemimpin…ini kerana orangramai tak mahu pemimpin mereka dilabel begitu.?

Gani: Saya akui di sektor awam pun ada…tetapi kedua sektor kita kena tengok secara serius.

Saya tak salahkan sesiapa sebab kita sentiasa diperhatikan orang.Berapa ramai orang berurusan dengan institusi kewangan atau Suruhanjaya Sekuriti.Orang biasa tidak.Semua orang berminat pasal politik…tokoh politik.Soalnya jangan buat perbandingan.

Saya bukan nak bagi excuses untuk sektor awam. Yes we go after them too. Tapi tak adil bagi saya nak bantai saja kiri kanan.

Adakalanya tahap syak kita pada seseorang itu kuat sekali…tapi tak boleh buat apa.Kita tak bagitau pada wartawan kenapa?...sebab kita nak tunggu hal-hal lain untuk dapatkan bukti atau kita nak tangkap kuncu-kuncu dia…itu adalah major problem .

Bukan tak nak cakap.Contohnya kalau kita umum dalam akhbar kita akan dakwa si anu..si anu pada sekian hari…ah,lari dia…

Kerja kita agak rumit…walaupun adakalanya kita tahu orang itu buat salah…tapi kita tak ada kes…jadi kita diam saja.

Agendadaily: Bagaimana pula dengan pandangan bahawa jika seseorang itu sudah banyak berjasa pada negara…apa perlunya dia didakwa….tidakkah jasa itu diambil kira?

Gani: Kalau banyak jasa tu…you boleh minta pertimbangan ringankan hukuman.Namun begitu siapa saja pemegang jawatan adalah dutybound…tak kira besar mana asanya.Contohnya macam kes CBT..you dah sapu duit tu..lepas tu you bayar balik..tak bermaksud you boleh lepas.Bayar balik tu boleh timbang untuk ringankan hukuman saja.

Kalau nak kira jasa baik pada negara ini…semua orang ada…pegawai-pegawai saya di jabatan ini…tengok kerja siang malam…tak berjasa kepada negara? You fikir budak pejabat tak ada bagi sumbangan…drebar tak ada sumbangan.

Jangan pandang bagi sumbangan kepada negara itu…kerana you ada kedudukan.Hari ini saya sebagai Peguam Negara buat banyak kepada negara…sebab apa?...sebab kedudukan saya.

You nak bagitau saya orang yang jaga alam sekitar misalnya tak berjasa kepada negara.

Lagi tinggi kedudukan you …macam saya sendiri saya merasa lebih terkongkong.

Agendadaily: Apakah Tan Sri tak suka dengan kedudukan sekarang?

Gani: Maksud saya…bila you pegang jawatan tinggi..you mesti kena terima tanggongjawab yang dipikul.Macam you all sebagai wartawan…ada tanggongjawab tersendiri..salah tulis kena.

Saya percaya beginilah… you are paid to do the job ..jadi kena buat sebaik mungkin.You tak boleh alih-alih cakap…saya buat itu buat ini..maka saya berjasa kepada negara…come on man.

Kalau kita tak buat kerja dengan betul haram gaji yang diambil.Apa kerja saya sekarang?...saya perlu pastikan undang-undang dihormati…beri.nasihat perundangan yang betul diberi kepada kerajaan.

Apapun yang saya buat… nothing to be proud of …samaada saya buat lebih atau tidak…itu adalah sebahagian dari tugas saya…saya dibayar gaji untuk melaksanakan tugas itu.



Agendadaily: Apa harapan Tan Sri dari sudut pandangan rakyat pada Jabatan Peguam Negara?

Gani: Saya tak minta sesiapa menyokong kita. I don’t believe in that .Hormatilah undang-undang.Kita sendiri pun bukan 100 peratus perfect .Sebab itu kita ada Biro Pengaduan Awam.

Kalau ada rasa yang tak betul….datang beritahu kita.Datanglah dengan komplen yang konstruktif…Kita sendiri harus sentiasa diberi maklumat supaya kita tidak silap jalan.
Bagi saya amat baik orangramai sedar akan hak mereka. Ini amat penting.

Saya merasa gembira dapat email dari orangramai.(Beliau membuka komputer di atas meja dan membaca beberapa email yang dihantar kepadanya terus).Ada orang bagitau dia kena tahan secara tak adil.Ada yang mengadu dah dilepaskan oleh mahkamah kena tangkap balik. Ini semua bagus…sebab saya boleh check balik…kalau tidak kita tak tahu.

Saya berpandangan penting kita saling check on each other.Saya juga baca surat pembaca di akhbar-akhbar.

Agendadaily: Satul hal yang kita kena akui…orang awam ni dia cukup takut dengan polis,dengan peguam, dengan mahkamah dan siapa saja penguatkuasa undang-undang. Wajarkah semuanya penguatkuasa undang-undang termasuk Peguam Negara menampakkan dirinya mesra rakyat?

Gani: Bagi saya .. I try to make my life as simple as possible …kadang-kadang kalau saya tengok apa-apa yang tak betul saya bising…Dalam kehidupan harian…saya tak ada protokol…you all boleh datang bila-bila masa jumpa saya…saya berjalan dalam bandar saya pakai jean…saya dengan pegawai-pegawai saya tak ada protokol…saya tak suka bila melawat ke negeri-negeri…pegawai saya tunggu di lapangan terbang.Saya memandu sendiri.

Disebalik semua ini ‘membuka diri’ lebih-lebih pun ada dua kemungkinan boleh berlaku…ia baik dan ada yang cuba ambil kesempatan.

Bila you kata mesra rakyat tu…hakikatnya susah….kerja saya ni bukan macam orang politik.

Apapun kita sentiasa terbuka… You all (wartawan) datang saya terima …walaupun saya sebenarnya agak keberatan nak buat kenyataan akhbar selalu.

Malah wakil parti-parti pembangkang…DAP pun datang…saya tak ada masalah terima mereka.



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Tips


Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.