Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Tuesday, 07 September 2010 | [Daftar] atau [Log Masuk]





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web

Menyelami pendirian dan dilema Peguam Negara

Saya bukan diletak dalam Majlis Tertinggi Umno untuk jadi ‘Pak Pacak’ - Norza

Tiga kali kekalahan beri ‘kekuatan’ kepada Isa

Jaga parlimen:Seperti saya mengantuk PM sorong bantal…

‘Lets move’ dari bawah:Saya sanggup jadi ketua dalam gerakan ini…

Saya kecil…lembut tapi tak semestinya ' not in control '...

Setelah hampir 50 tahun...Jins Shamsudin masih mengejar impian

Antara jawatan politik dan pegawai PM:Tak benar kata kami 'tertinggal bos' - Reezal

Datuk Fatmi - Setiausaha Politik Datuk Seri Najib - kata tugasnya 'ranging from nothing to everything'...

Menyusuri ‘ gerak ’ Anwar menerusi Azmin Ali…

Malaikat masuk UMNO pun kena label …

Saya bukan mastermind Dr Mahathir – Tan Sri Abdullah

Datuk Azeez:Jutawan kereta terpakai nak ' jual ubat ' jayakan Putera UMNO

Industri musik...indah khabar dari rupa

Pencapaian Melayu “…I am not happy at all..” – Ibrahim Abu Shah

Saya jumpa PM sebulan dua kali….

Datuk Aziz mahu Melayu buat Melayu untung



Sistem pemilihan pimpinan UMNO sudah 'outdated'...

Mana ada lulusan Universiti Oxford dan Cambridge di tingkat 4….



Agenda Tips: Saya bukan mastermind Dr Mahathir – Tan Sri Abdullah

Saya bukan mastermind Dr Mahathir – Tan Sri Abdullah

Oleh: ROSLI ISMAIL

Tan Sri Abdullah Abdullah or Dollah Kok Lanas -- DKL, as he is affectionately called, has his share of fans and detractors. But then, he is not a man who lives by what others think of him, or what others think he should do.

What drives him, a man who has been up and down fortune's wheel?

"Life is like that. Life is not a bed of roses. In life you take risks. I am not one of the faceless chaps. If you don't take risks -- no venture, no gain.

"If you are happy to be faceless, don't do anything. Move along with the crowd, be a team-player," Abdullah says.

"People say I've got nine lives. I don't know what will happen next but I am an optimist. I look at the bright side of life. What will be, will be.

"I have not done anything wrong in my perception- I have not sent any one to jail or put pasir dalam periuk orang. I trust God, let God decide. I know what I am doing and I think I will persevere.I have succeeded most of the time." - begitu antara bunyi tulisan satu interbiu dengan bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times (NSTP) ini yang tersiar dalam akhbar The Sun tidak lama dulu.

Mendiang wartawan bebas yang kritikal MGG Pillai pula berkata beliau sudah kenal Abdullah lebih 30 tahun.Beliau menilai kelemahan terbesar Abdullah ialah beliau bukan dirinya sendiri tetapi seorang operator belakang tabir yang boleh menakutkan musuh untuk sesiapa saja yang beliau berkerja.

Katanya bila Tun Razak meninggal dunia pada tahun 1976, Abdullah seolah telanjang bogel di dalam dunia tanpa perlindungan dan tiada siapa yang mahu berkejar menyelamatnya secara terus terang.

(Sebenarnya terdapat beberapa orang cuba membantunya termasuk termasuklah Dr Mahathir Mohamad , Ghafar Baba,Musa Hitam,Rahman Yaakob dan Syed Nasir Ismail )

Satu tulisan dalam akhbar luar negara menyebut Abdullah sebagai salah seorang ahli politik yang cukup berkuasa pada tahun 1970han.

“ He has a reputation as a difficult man, holding decided political views and possessing the guts to preach, even to the most powerful.”

Satu surat pembaca dalam sebuah laman web tempatan pula berkata: “Saya - dan saya percaya, ramai lagi -- menarik nafas lega selega-leganya membaca berita bahawa Dolah Kok Lanas tidak lagi menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar NST.

Lama sebelum ini saya sudah jadi semakin loya membaca tulisan-tulisan beliau dalam akhbar kumpulan itu. Seolah-olahnya beliaulah tonggak penggerak dan pemikir di belakang tabir kerajaan dan UMNO semasa zaman Tun Razak.

Rasa loya semakin memuncak apabila membaca tulisan-tulisan beliau yang menjulang diri sendiri (self-importance), menggunakan (menyalahgunakan) kedudukannya membalas dendam ke atas musuh-musuh lamanya (seperti Tan Sri Ghazali Shafie yang menahannya dibawah ISA) dan membantai dan mengutuk sesiapa saja yang tidak disukainya.

Dan paling tidak tahan ialah akhir-akhir ini apabila beliau dengan penuh angkuh membuat promosi menggunakan 'editorial power'nya menjulang individu tertentu untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ini sewajarnya dikira melampau. Apakah beliau menganggap dirinya seorang 'elder statesman' atau seorang 'king-maker'?


Apabila anggapan penulis surat pembaca ini saya tanya dalam interbiu dengannya,jawab Abdullah “ siapa orang ini ?Kenapa dia tidak menulis secara terbuka mengunakan namanya? Bukankah Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri?

Abdullah menghabiskan ayatnya dengan ketawa besar.

Interbiu itu diadakan lanjutan dari perbualan telefon denganya untuk mendapat ulasannya mengenai penyebaran DVD ucapan dan dialog bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kritikal terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bersandarkan kepada berbagai label yang kontrovesial ….termasuk dilihat sebagai ‘budak jahat’ oleh musuh-musuhnya dalam arina politik Malaysia makanya bila timbul isu penyebaran DVD ada yang mendakwa beliau dalangnya.

Apa lagi Dr Mahathir bercakap dalam majlis anjuran Institut Kajian Politik dan Ekonomi (Ikape) yang diterajui Abdullah sendiri pada bulan Disember lalu.

Abdullah mengaku kepada Agendadaily Ikape merakamkan majlis itu dan buat 10 keping DVD yang antaranya dijual dengan harga RM100 sekeping cukup modal saja bukan sebagai komoditi komersial.

Namun begitu beliau segera mengasingkan diri dari penyebarannya.Katanya beliau tidak boleh buat apa-apa jika ada yang cetak rompak DVD itu untuk dijual kepada orangramai.

Abdullah seperti yang dinyatakan dalam interbiu dengan akhbar The Sun memberitahu ada orang kata beliau ada sembilan nyawa.

Apakah mungkin penyebaran DVD ini satu modus operandinya untuk cuba mencetuskan sedikit excitement dicelah kelesuan dan kesunyian dalam hari-hari persaraannya sekarang?

Sebenarnya bukan senang nak bersoal jawab dengan Abdullah.

Selain bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP…bekas ahli parlimen,timbalan menteri,ahli majlis tertinggi UMNO dan Ketua Penolong Whip dalam parlimen,Duta Khas Malaysia ke Bangsa-bangsa Bersatu ini menang jenis very particular orangnya.

Beliau bertanya apakah saya sudah membaca habis bukunya ‘ On the Record’ .Katanya buku itu akan membolehkan saya tahu banyak mengenai dirinya.

“ So that you don’t ask irrelevant and even stupid questions ,’katanya.

Abdullah bercerita beliau pernah halau balik seorang wartawan barat yang datang nak interbiunya kerana tak tahu apa-apa pasal Malaysia,.

Sejak kegemilangnya di zaman pentabiran Tun Razak ,Abdullah telah melalui naik turun dimana terakhir beliau kena singkir sebagai Ketua Pengarang Kumpulan NSTP pada bulan November 2003 kerana artikelnya yang mengecam keluarga diraja Arab Saudi.

Ia dikatakan mencetuskan kerumitan dalam hubungan diplomatik Malaysia-Arab Saudi.

“Apa yang you nak dengar dari saya…saya ni orang tua…sudah kira barang purbakala,..dah tak boleh pakai”katanya.

Tambahnya dengan tegas “ Rosli, kalau you percaya itu… I’m so sorry for you .Sebenarnya artikel tentang Saudi tu tiada rahsia dan satu dunia dah tahu.Tindakan keatas saya itu hanya seperti retak menunggu belah.

Abdullah berkata beliau sendiri tidak tahu mengapa ada orang yang tak suka padanya.

Beliau semacam bertanya mungkinkah stailnya yang elitis.Gaya,pakaiannya dan begitu juga rumahnya terletak di kawasan elit dan diplomat di Ampang Hilir.

Rumahnya terletak di seberang jalan tidak jauh dari ‘Rumah Putih’ Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau dikenali sentiasa bangga dengan pendidikan menengahnya di Malay College Kuala Kangsar dan belajar di Universiti Harvard dan Cambridge yang kerap tertera dalam tulisannya di NST dulu iaitu On the Record dan dalam The Dairy .

“Salah apa kalau kita merasa diri kita elit”katanya.

Alasannya bukankah semua berebut nak duduk hotel elit seperti Mandrin Oriental dan Shangrila dan semua ibubapa nak hantar anak-anak ke sekolah-sekolah berjenama dan ternama.Itu baginya adalah kehendak naluri natural setiap insan.” Please don’t be a hypocrite’ ,”katanya.

Tidak kurang menarik ialah perbualan yang berkisar mengenai isu the power behind the throne .

Abdullah berkelayakan dan ada kredibiliti bercakap soal ini kerana dikenali sebagai orang kepercayaan yang paling berkuasa semasa pentabiran Allahyarham Tun Razak.

Dalam setiap pentabiran ada saja orang yang diihat ‘jambatan’ cukup berpengaruh dengan orang nombor satu.Tan Sri Ghazali Shafie atau "King Ghaz' dan Tengku Razaleigh Hamzah di zaman Tun Hussein Onn.

Tan Sri Megat Junid,Tun Daim Zainuddin dan Datuk Aziz Shamsuddin semasa Tun Dr Mahathir Mohamad.

Semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri ramai yang ‘jaga’ Setiausaha Sulitnya, Azmin Ali.

Dalam pentabiran sekarang nama Khairy Jamaluddin,menantu PM paling top.

Perbualan kami berlangsung di wakaf terbuka di kediamanya.

Sekalipun dalam mood yang relaks,beliau cukup berhati-hati mengatur jawapannya kepada setiap soalan yang ditujukan.

“Saya sekarang di dalam persaraan...dibersarakan…syukur dalam persaraan…saya sihat waalfiat..tahun depan usia saya 70 tahun…Saya tak faham kenapa Agendadaily nak interbiu saya…kerana saya ni kira orang bekas-bekas itu ini sahaja.

“Bukan sahaja bekas tetapi barang purbakala pula…sepatutnya Agendadaily tumpu perhatian kepada dewa-dewa dan dewi-dewi baru yang berpengaruh sekarang,”katanya.

Abdullah juga menilai dirinya sebagai salah seorang yang the most misunderstood person .

Di wajahnya jelas terpancar rasa geram bila diberitahu ada pihak yang mendakwa beliau mastermind dibelakang penyebaran DVD Dr Mahathir.

“ Who are these stupid persons ?” beliau bertanya.

“Siapalah saya ni…saya ketawa orang kata saya jadi mastermind…maybe one time … masa saya dalam umur 20han dan 30han…waktu zaman Tun Razak…itu pun mungkin …waktu zaman purbakala dulu…you ingat senang nak jadi mastermind kepada Dr Mahathir…

“Mahathir tak payah ada mastermind … he is his own man …Dia Perdana Menteri selama 22 tahun…

“Dia orang ni menobatkan saya yang bukan-bukan…saya bukan begitu.

Perbualan kami sering terganggu oleh panggilan telefon hingga satu ketika beliau berkata, “tengok tu…dah bersara pun orang dok cari saya lagi”.

Beliau menunjukkan sepucuk surat yang diterima dari sekumpulan 14 profesor universiti dari Amerika yang mahu beliau memberi ceramah kepada mereka mengenai politik Malaysia sewaktu kunjungan mereka ke sini.

“Saya sudah jawab saya tak boleh sebab waktu itu,bulan Julai saya ada diluar negeri….saya tak ada advertisement pasal diri saya tetapi orang tahu juga.

Abdullah menegaskan beliau digam oleh media arus perdana sepanjang tiga tahun kebelakangan ini selepas disingkir sebagai Ketua Pengarang Kumpulan NSTP.

“Tak payah you gembar gemburkan…buat apa cari saya...saya bukan pakar…banyak lagi pakar dan dewa-dewi baru..,”ujarnya semacam menyindir.

Abdullah juga kurang senang bila diminta mengulas dakwaan bahawa ada sekumpulan golongan old guards UMNO kini sedang berkomplot untuk menyerang pentabiran sekarang.

Contohnya bila beliau dan Datuk Seri Sanusi Junid bercakap mempersoalkan pembatalan projek jambatan bengkok dalam satu forum anjuran UMNO Bahagian Pulai,Johor baru-baru ini.

“Siapa cakap tu… level mana mereka tu…di kedai kopi..di kantin Putrajaya atau di bilik jemaah menteri.…dan apa istilah old guards ?

Katanya masalah dengan orang Melayu ni lepas bangun sembahyang Subuh dah nak dengar gosip politik.

“ Who are they ?…kalau you nak dengar semua cakap manusia..tak boleh.Bagi saya …saya lebih merasa bimbang jika isteri atau anak dan kawan-kawan rapat saya merasa saya dah buat kesilapan.Kalau orang lain kata… it dosen’t matter one bit to me. .apa lagi yang tak kenal saya secara dekat.

Katanya ada sesetengah orang sentiasa merasa mereka saja yang betul …siapa mereka?apa rekod mereka?

Beliau bertanya balik UMNO Bahagian Pulai itu diketuai oleh siapa?

“Bukankah Datuk NurJazlan…anak kepada bekas Menteri Penerangan dan Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Mohd Rahmat…

“Kenapa dia jemput kita orang…kenapa bahagian anak Tok Mat jemput saya ,Sanusi,Mukhriz dan sebagainya...tanyalah Jazlan…dan Pemuda UMNO Pulai”

"Saya diberitahu ada usaha dijalankan agar tidak ramai yang hadir di majlis itu.Sebaliknya masa kami sampai tu ada 200 orang sudah hadir.

Katanya beliau sendiri tidak tak tau Sanusi akan hadir sama di majlis itu.

”Saya diminta jadi ahli penal,saya terima…masa sampai saya baru saya tahu ada Sanusi …ada Ron (Datuk Ruhaine Ahmad,bekas ahli parlimen Parit Sulong) ..Mukhriz saya tahu akan hadir pasal dia penyampai keynote address .



“Saya cuma ambil bahagian…siapapun boleh ajak saya. Saya baru saja bersyarah di Seremban…baru ni juga ke Singapura ...ISEAS. Saya juga dipanggil oleh Promuda bagi ceramah di bangunan Petronas untuk 70 orang profesyenal.Juga di Taylor’s College…untuk pelajar kursus ijazah sebaran am.

“Esok (semasa interbiu) saya akan cakap di Bankers Club untuk CEO dan duta-duta.Saya tak ada lagi jawatan…pandangan saya berterus terang.

“Ingat… saya ni masih ahli UMNO…saya menyokong kerajaan yang ada…cuma saya nak pimpinan lebih laju…lebih tegas supaya orang Melayu tak ternanti-nanti…itu saja.

“Saya pernah dipujuk oleh berbagai pihak sertai parti mereka …saya tak mahu…saya tetap dalam UMNO.Saya ahli UMNO all the way…cuma anak-sanak saya tak masuk politik.

“Orang yang tuduh saya bukan-bukan ni don’t know what they are talking about nor do they know anything about me.Muchless about my thought.

“Kami ni golongan dinasour ..patutnya these idiots pergi tanya Jazlan...Jazlan is a good chap…he gives a good speech;well-mannered.He can go far.

Abdullah mempertikaikan golongan yang suka mempersoalkan kebebasan membahaskan sesuatu isu.

“Apa salahnya membahaskan sesuatu isu…kita semua ahli UMNO.Kalau you jadi makmum…kalau imam salah.. you kena tegur….itu rukun.


”Jadi apakah tak boleh tegur kalau pemimpin kita buat salah..atau dianggap buat salah…mungkin juga dia tak salah...mereka maksum kah?


“ Idiots yang cakap ni patut tahu ini.Kenapa mereka curigai kami…kami tak boleh pergi kalau tanpa jemputan. It’s basic …itu satu adat resam orang Melayu.

Mengenai isu jambatan …apakah imam (Pak lah) tak betul?

“Dalam isu jambatan…yang penting saya nak tanya dua soalan…benar atau tidak benar kerajaan telah bersetuju dengan syarat-syarat yang diberi oleh Singapura kita akan buat jambatan lurus tetapi kena bagi pasir dan ruang udara…

“Benar atau tidak kerajaan telah bersetuju nak jual pasir dan beri ruang udara pada mesyuarat bulan Februari dan pertengahan Mac..lepas tu setelah melihat pendapat dikalangan UMNO yang membantahnya Pak Lah secara mengejut batalkan,direstui pula oleh kabinet.

”Kabinet yang tukar fikiran PM atau PM tukar fikiran kabinet?


“Itu hak Pak Lah…dia berhak berbuat apa saja pun selagi dia PM.Dr Mahathir kata pembatalan itu satu hal yang mencabul kehormatan,kedaulatan dan hak asasi kita…

“Macam nak kahwin …dah setuju…nak naik pelamin dah…tiba-tiba batal…kenapa ?..“Itu saya tak tau… itu kena tanya Pak Lah”.

Ditanya bukankah kerajaan sudah menjelaskan hal ini,beliau berkata kerajaan perlu menjelaskannya lagi kerana ada sesetengah orang yang tidak yakin dengan penjelasan yang diberi.

“ Not convincing …pasal tiba-tiba dan mengejut …kita tak usah soal samaada Pak Lah betul atau Dr Mahathir salah atau sebaliknya”

Katanya orang mempersoalkan bukankah ini juga kabinet yang meluluskannya dulu.Lagipun kebanyakan ahli kabinet sekarang ahlinya masih anggota lama.

”Itu hak kerajaan sekarang…seperti juga hak kerajaan Dr Mahathir dulu…hak kerajaan sekarang mahu jambatan…hak dia juga batal jambatan..orang nak tau apa sebabnya batal secara mengejut.
“Soalnya manusia mana yang boleh pengaruh PM dan kabinet hingga batal secara mengejut.“Kalau bukan manusia… faktor apa?

“Kerajaan kata kerana bantahan rakyat tak mahu jambatan…Saya rasa rakyat mahu jambatan tu…Betul tidak?

“Yang Rakyat tak mahu khususnya orang Melayu Johor dan orang Melayu lain mereka tidak mahu pasir Johor dijual dan ruang udara Johor digunakan oleh Tentera Udara Republik Singapura.

“Hal ini tak boleh tanya saya….kalau zaman Tun Razak atau zaman Dr Mahathir saya boleh tolong jawab...tanyalah mereka yang berkuasa dan insiders sekarang.

Diminta mengulas cakap-cakap yang mengatakan kerajaan terpaksa membatalkan projek itu kerana tidak mahu terus menerus terpaksa membayar ganti rugi kepada kontraktor jika Singapura membawa kes itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) beliau berkata:

“Bukankah Menteri Luar dua hari sebelum tu kata kalau pergi ICJ pun kita boleh menang…Ini yang saya kata flip flop…

“Kalau macam ni macam mana rakyat rakyat nak diyakini…sekali yakin (nak teruskan projek jambatan)…lepas tu tiba-tiba batal,sekali boleh menang di mahkamah esok legal problems …kalau dah terlepas cakap itulah padahnya.

"Kalau di Amerika dan Eropah …menteri dah berhenti…Kita sini mana ada orang berhenti…melainkan kerana dibuang..dinasihat berhenti sebelum dibuang…mana ada prinsip.."

Ada yang menilai kenyataan Dr Mahathir mengenai jambatan,Proton dan sebagainya berupa satu campurtangan?

“Tidak…Dr Mahathir kata dia tak mahu campurtangan..bagi pandangan saja…tengok kamus…beza antara campurtangan dan beri pandangan.

"Campurtangan…misalnya kata kat Pak Lah you jangan lantik orang ni..jangan buat itu ini…

"Dia bagi pandangan tentang jambatan kerana ini kabinet dah putus..kenapa dah ubah..kenapa tak mau.

"Pasal Proton kerana dia lahirkan Proton dan kini penasihat..di Petronas..dia penasihat…dia tak kacau Petronas…

"Pak Lah dan Datuk Seri Najib bagus…mereka tidak respond kepada kenyataan Dr Mahathir …hulubalang dan tok-tok penghulu berbuat demikian….ada dengan angkuh dan biadap.. ini bukan cara dan adat orang Melayu.Dulu orang ini jugalah yang cium tangan Dr Mahathir.

"Macam soal AP macam mana Rafidah boleh kayakan hanya dua orang…"

Menjawab satu soalan,Abdullah yakin Dr Mahathir tidak akan meninggalkan UMNO.

“Dato Onn Jaafar jadi pengasas Parti Kemerdekaan Malaya dan selepas itu Parti Negara.Tunku Abdul Rahman meninggal dunia di luar UMNO kerana jadi Penasihat Parti Semangat 46…Tun Razak meninggal dalam jawatan.Tun Hussein Onn tak jadi ahli tapi pro Semangat 46…

“Dr Mahathir… dia akan kekal dalam UMNO tapi dia akan terus vokal…kalau dia anggap satu-satu tak betul…dan rasa terlalu lari dari landasan…dia kena jaga warisan dia.

Menurut Abdullah beliau sudah lama bersahabat dengan Dr Mahathir.“You harus bersahabat secara jujur dan ikhlas bukan berkawan masa senang sahaja.Saya bersahabat dengan Dr Mahathir masa dia kena buang oleh Tunku Abdul Rahman..

"Malah sebelum kena buang pun …saya dah bersahabat dengan dia …saya jumpa dia di Alor Star...masa tu doktor biasa saja..

Mengenai hal Tan Sri dilabel sebagai ‘ the power behind the throne ‘ iaitu orang yang sangat berkuasa di zaman pentabiran Tun Razak…juga berpengaruh di zaman Dr Mahathir…Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah amat berkuasa…dan sekarang orang letak Khairy Jamaluddin dalam kategori itu.Bagaimana Tan Sri melihat isu ini?

“Saya tak kata saya powerful... itu tulisan-tulisan dari dalam dan luar negeri dan cakap-cakap kawan dan musuh saya…saya sendiri tak pernah kata begitu.“Apalagi di zaman Dr Mahathir….

“Bagi saya saya jalan tugas…saya berkerja dengan Tun Razak sekembali dari Amerika ketika berusia 25 tahun hingga dia meninggal dunia..

“Label macam tu adalah anggapan orang…mungkin betul mungkin tak betul…ada orang kata terlampau betul..ada orang kata indah khabar dari rupa…

”Saya amat senang…kalau orang kata saya putera mahkota pun saya senang….orang kata saya nobody pun saya senang… I know who I am dan Tun Razak tahu siapa saya…begitu juga Dr Mahathir.


“Pada usia 25 tahun…dia ambil saya kerja tanpa ada kaitan dengan dengannya….saya bukan menantu dia…saya bukan saudaranya.

“Saya kerja dengannya sampai dia meninggal 14 kemudian (mulai 1962-1976)

“Selepas enam bulan pentabiran Datuk Hussein Onn…saya ditahan ISA atas dakwaan terlibat dengan komunis oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu Tan Sri Ghazali Shafie.Itu pun saya tak dendamnya.Apa saya tulis tentang dia adalah kenyataan.Kalau tidak saya boleh didakwa.

“Kemudian masa pentabiran Dr Mahathir saya diambil balik…masuk parlimen jadi Duta Khas ,Ketua Pengarang Kumpulan NSTP dan sebagainya.

“Saya juga tak ada kaitan apa-apa dengan Dr Mahathir baik melalui darah ataupun perkahwinan.

“Apa yang mereka lihat pada saya kenalah tanya mereka… They took me to work with them thoughs I was not related to either.


Tentang khairy..” saya amat simpati dengannya kerana kebetulan saja dia menantu PM…saya kenal keluarga Khairy…bapanya Dato Jamaluddin Abu Bakar…enam tahun senior dari saya masa di Malay College Kuala Kangsar.


“Dia jadi Duta masa isteri saya jadi penasihat politik di Persuruhjaya Tinggi Malaysia di London.

“Itu nasib dia…dia ada jumpa interbiu saya masa saya jadi Duta Khas di Bangsa-Bangsa Bersatu…waktu tu dia ada majalah di England.

“Saya dapati dia pemuda yang pintar …barangkali orang marah dia ni seperti orang marah kat saya dulu.

“Bukan senang nak jadi orang berpengaruh pada usia yang muda….barangkali perkataan yang terbaik ialah envy… saya tak mau kata hasad dengki….ramai yang mimpi nak jadi macam Khairy.

“Tuhan bagi masing-masing rezeki..masing-masing potensi..masing-masing peranan.

“Saya cukup simpati dengan dia…barangkali ada tindakannya tidak disenangi..

“Asal conscience nya clear …apa peduli apa orang kata…asal dia dapat tidur senang lenang setiap malam …asal dia ada niat baik…

Apapun menurut Abdullah ada kata pujangga Inggeris yang kata there is no substitute for experience …

“Tak ada alternatif pada pengalaman…pandai melangit pun tanpa pengalaman you tidak boleh bertahan lama.

“Contohnya Anwar…kesalahan besar sekali …dia dikeliling oleh mereka yang muda-muda..orang ni semua ada idea bagus…tapi satupun tak ada yang benar-benar berpengalaman dan berani...bukan berani sebagai hulubalang.



“Sebaik kerajaan...sebaik organisasi…kena ada orang yang berpengalaman,yang telah diuji dan teruji dan tahan diuji berterusan.


Abdullah menilai keistimewaan Tun Razak ialah beliau pandai kenalpasti bakat dan seorang pentabir dan diplomat yang cemerlang.

”Tun asuh bakat dan beri peluang pada bakat..selepas dia percaya dia beri kuasa penuh pada bakat itu.


“Pak Lah pun ada bakat…tetapi dia mesti disertai dengan orang yang ada pengalaman…Pak Lah sendiri berpengalaman…saya ingat..banyak sedikit lagi kombinasi lebih baik.

Menurut Abdullah beliau tidak pernah pergi ke pejabat PM atau mana-mana menteri kecuali satu selepas dibuang dari NST.

“Tetapi saya tahu….saya baca…cuma saya tak baca surat layang…orang yang tulis surat layang bodoh…kalau berani terus terang..kalau berani kena ambil risiko…I nak kata apa I kata kalau ia benar…kalau tidak saya akan dibawa ke mahkamah.

Katanya banyak orang yang jenis bermuka-muka termasuk yang dok cium tangan PM…belakang hentam…

“Saya boleh bagi nama mereka kalau mahu.Dulu mereka cium punggung Dr Mahathir,lutut Anwar,peluk Tengku Razaleigh,pegang Musa Hitam…sekarang giliran Pak Lah dan Najib.Lepas itu Khairy pula?

“Kalau benar..benarlah ...biasanya kebenaran itu menyakitkan …ubat mana tak pahit…

“Kita memang cepat lupa ..mereka dah lupa Dr Mahathir…sikit masa lagi mereka akan lupa Pak Lah..

“Sekarang mereka tumpu pada Pak Lah kerana Pak Lah berkuasa.

“Saya ni apa orang tak saya kata masa 14 tahun dengan Tun Razak…mereka hanya berani ambil tindakan ISA selepas Tun Razak meninggal.

“Tanpa kuasa yang diwakilkan kepada saya..apalah saya?

“You ingat Tun Razak bodoh ..kalau tidak mana saya boleh tahan..bukan 14 hari…tapi 14 tahun…

Kata Abdullah mindsetnya adalah antarabangsa.“Saya ditawar jadi Menteri Besar Kelantan masa UMNO berkuasa dulu..saya tak mahu…politik saya bukan politik mukiman…politik saya politik negara dan antarbangsa.

”Semasa pilihanraya tahun 1986 Dr Mahathir tanya saya nak tanding negeri atau federal …saya kata federal …dia setuju.


“ I am international minded .. ada peringkat-peringkatlah…bukan kita ni bagus sangat…MB bagus...MB Perlis pun dia macam Perdana Menteri Perlis…


Selepas pergolakan UMNO tahun 1987 Abdullah pernah ditawar jika beliau nak masuk balik kabinet tetapi beliau telah menolaknya kerana waktu itu beliau menjadi Pengerusi Ekskutif Syarikat Permodalan kebangsaan (SPK) .

“Ofis saya dekat suku ekar…Musa Hitam datang masa dia TPM …dia kata Dolah now I know why you tak mahu masuk balik kerajaan.

“Orang nak masuk politik nak kuasa…nak buat duit buat business…kuasa boleh tolong orang…terus jadi…apa PM kata jadi.

Katanya sejarah telah menunjukkan bahawa nak jadi PM tak boleh dirancangkan.

“Siapa sangka Pak Lah jadi PM ….takdir…tengok Datuk Harun Idris.. siapa tak rancang… Ghazali Shafie mana tak rancang...Musa Hitam,Tengku Razalegh,Anwar Ibrahim …tak sangka-sangka Pak Lah ..itu nasib dia...jadi kita sokong dia..

Mengenai pandangannya terhadap pentabiran sekarang,katanya beliau nak Pak Lah lebih tegas dan praktikal...lebih telus kerana actions speak louder than words.

“Saya terima dasar UMNO…sebab itu saya ahli UMNO sampai sekarang…saya mahu dasar itu dilaksanakan secara transparent ..dan segera empower kan kuasa ekonomi Melayu Melayu..dalam soal politik kita dah berkuasa..

“Kita berkuasa..jalan sajalah…memperkasakan ekonomi Melayu…politik tak akan jatuh kecuali orang melayu sendiri tak mahu UMNO.

“Kalau Melayu tak mahu UMNO ..dia ambil PAS ,.,,dia tak akan ambil DAP.

Ditanya tentang masa depan Parti Keadilan Rakyat ,Abdullah berkata Datuk Onn gagal nak tarik orang Melayu dari UMNO pada tahun 1951 …dia merajuk keluar UMNO ...UMNO tak pujuk pun setelah dua kali merajuk.

Mengenai hubungannya dengan Pak Lah,Abdullah berkata beliau tidak menyimpan apa-apa perasaan marah kerana disingkir sebagai Ketua Pengarang Kumpulan NSTP.

“Cuma rasa kecil hati sikit…kenapa tak tunggu selepas Hari Raya iaitu sehari selepas itu …itu sahaja,”katanya.

Menurutnya sejurus itu Pak Lah ada menawarkan kepada beliau menjadi duta di sebuah negara Eropah tetapi beliau menolaknya.

“Tawaran itu ada saya catatkan dalam buku saya On The Record ….you boleh baca di situ,”katanya.



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Tips


Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.