Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Friday, 03 September 2010 | [Daftar] atau [Log Masuk]





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web

Menyelami pendirian dan dilema Peguam Negara

Saya bukan diletak dalam Majlis Tertinggi Umno untuk jadi ‘Pak Pacak’ - Norza

Tiga kali kekalahan beri ‘kekuatan’ kepada Isa

Jaga parlimen:Seperti saya mengantuk PM sorong bantal…

‘Lets move’ dari bawah:Saya sanggup jadi ketua dalam gerakan ini…

Saya kecil…lembut tapi tak semestinya ' not in control '...

Setelah hampir 50 tahun...Jins Shamsudin masih mengejar impian

Antara jawatan politik dan pegawai PM:Tak benar kata kami 'tertinggal bos' - Reezal

Datuk Fatmi - Setiausaha Politik Datuk Seri Najib - kata tugasnya 'ranging from nothing to everything'...

Menyusuri ‘ gerak ’ Anwar menerusi Azmin Ali…

Malaikat masuk UMNO pun kena label …

Saya bukan mastermind Dr Mahathir – Tan Sri Abdullah

Datuk Azeez:Jutawan kereta terpakai nak ' jual ubat ' jayakan Putera UMNO

Industri musik...indah khabar dari rupa

Pencapaian Melayu “…I am not happy at all..” – Ibrahim Abu Shah

Saya jumpa PM sebulan dua kali….

Datuk Aziz mahu Melayu buat Melayu untung



Sistem pemilihan pimpinan UMNO sudah 'outdated'...

Mana ada lulusan Universiti Oxford dan Cambridge di tingkat 4….



Agenda Tips: Menyusuri ‘ gerak ’ Anwar menerusi Azmin Ali…

Menyusuri ‘ gerak ’ Anwar menerusi Azmin Ali…

Oleh: ROSLI ISMAIL



Azmin Ali pasti mempunyai suatu ‘ kelebihan’… jika tidak bagaimana dalam usia yang sebegitu muda Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pernah ‘ tertarik ’ dengannya semasa beliau menjadi pemimpin pelajar ketika menuntut di Amerika dulu.

Mungkin ramai yang tidak tahu beliau pernah jadi semacam anak angkat kepada keluarga bekas Perdana Menteri itu sebelum ‘dipinang’ oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Setiausaha Sulit di pejabatnya,jawatan yang disandangnya selama 12 tahun.

Azmin kenal rapat Dr Mahathir dulu sebelum beliau jadi ‘orang Anwar’.Kini Azmin menilai Dr Mahathir adalah musuh politik nombor satu baginya.Katanya beliau secara peribadi tak kisah kalau Anwar nak jumpa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Datuk Seri Najib…tetapi tidak sekali-kali Dr Mahathir.

Dalam circle politik semua orang tahu beliau adalah orang paling rapat dengan Anwar.

Malah sewaktu menjadi Setiausaha Sulit dulu ada yang berkata… you can get to Azmin…you get Anwar.

Di celah-celah interbiu dengan Agendadaily Azmin ada juga menceritakan antara cabarannya jadi gatekeeper ke pejabat Anwar dulu termasuk ditumbuk oleh seorang pemimpin UMNO kerana bertegas tidak membenarkannya mengunakan nama Anwar sebagai ‘ laluan’ untuk bertemu dengan seorang tokoh korporat terkemuka ketika itu.

Sejak 2 September lalu,walaupun hilang kelayakan untuk bertanding semula kerusi Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang yang diwakilinya selama sepenggal kerana kes mahkamahnya, kehidupan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat ini jadi ‘ligat semacam’ kerana beliau terpaksa kembali mengurus bosnya seperti dulu.

Azmin berada sepanjang masa Anwar di rawat di Munich dan kini berulang alik ke Oxford dan menyertai bekas Timbalan Perdana Menteri itu dalam berbagai acara dan pertemuan penting di dalam dan luar negara.

Anwar sudah banyak memberi prespektif hala tujunya menerusi berbagai interbiu …soalnya sebagai orang yang terdekat, bagaimana pula Azmin melihat semua ini ?



Berikut ialah transkrip interbiu Agendadaily dengan Azmin Ali:

AGENDADAILY :Saudara telah ambil balik peranan sebagai pembantu peribadi Datuk Seri Anwar macam dulu dan kini kerap berada di luar negara.Dulu sebagai pegawai tetapi kini ada tanggongjawab sebagai Naib Presiden PKR.Dimana tumpuan utama saudara sekarang ?

AZMIN: Sejak DSAI dibebaskan sambutan terhadap beliau di dalam dan luar negara cukup luarbiasa.Pertemuan dengan tokoh-tokoh besar luar negara itu memerlukan perancangan yang cukup teliti.Dulu kita ada kedutaan…ada Duta,ada pegawai Kementerian Luar bantu..hari ini beliau tidak mempunyai kemudahan tersebut.

Jadi untuk sementara waktu ini memang saya banyak menghabiskan masa di luar negara menemani DSAI…pertama mengaturkan temujanji dengan tokoh-tokoh dan pemimpin dunia.Kedua untuk susun program dan ,agenda lawatan kerja beliau ke beberapa buah negara termasuk speaking engagement ..iaitu ucapan beliau dalam beberapa forum antarabangsa.

Apapun saya tak lari dari tanggongjawab saya sebagai Naib Presiden PKR..sebab tu adakalanya..saya pulang ke tanahair untuk menyampaikan beberapa maklumat kepada pimpinan parti dan turun ke bawah supaya tidak berlaku kerenggangan antara pimpinan dan ahli bawah.





AGENDADAILY: Ada yang hairan kenapa beliau banyak bertumpu di luar negara…apakah ini untuk cool off atau antara strategi politik Datuk Seri Anwar?

AZMIN: Perkara ini kita bincang panjang lepas beliau dibebaskan…apa peranan beliau …apa pendirian beliau..apa pendekatan yang harus diambil dalam politik tanahair….tapi ini soal strategi…tak boleh saya dedahkan…kalau didedahkan bukan lagi strategi…

Kita kena faham dulu adalah era kemarahan…DSAI telah jelaskan pada satu majlis di Kelab Century Paradise,Taman Melawati baru-baru ini bahawa era kemarahan sudah berlalu.. Pada ketika itu kita tak boleh salahkan kebangkitan rakyat..sekarang ini lain…kalau kita marah secara berterusan…akhirnya kita tak dapat atur strategi dengan baik.

Lanskap politik sudah berubah…bukan sahaja dalam negara tetapi seluruh dunia..bila ini berubah… era kemarahan sudah berlalu…sekarang masa kita maju ke depan.Untuk maju ke depan kami kena atur strategi dengan cukup terancang dan rapi supaya kami tidak lakukan kesilapan lalu.

Saya teringat syair penyiar agung Indonesia Rendra ketika saya jemput beliau ke Malaysia beberapa tahun lalu.bersama seorang penyair lain.Dalam syairnya beliau melahirkan kebimbangan tentang kebangkitan rakyat Indonesia dimana cukup sesuai kita teliti dalam kontek di Malaysia ini.

Kebangkitan rakyat Indonesia ketika itu kalau kita tengok...perhimpuannnya bukan sepuluh ribu tetapi ratusan ribu.Saya amat tertarik dengan apa yang diungkapkan oleh penyair itu dalam syairnya iaitu …“ kita pandai berhimpun tetapi kita tidak pandai berbaris .”

Makanya bila dipanggil berhimpun..kita kumpulan yang cukup pakar aturkan perhimpunan puluhan ribu…tetapi lepas itu orang yang datang berhimpun tidak tahu apa perlu dibuat.Untuk ' berbaris ' perlukan disiplin..perlukan perancangan yang rapi…strategi yang diatur dengan cukup baik.

DSAI meminta kepada parti agar beri sedikit tempoh kepada beliau untuk mengadakan dialog di peringkat antarabangsa…kerana itu juga penting.

Pada masa yang sama beliau akan teruskan agenda perjuangannya dengan parti-parti pembangkang di tanahair.Kami dapati ada masalah besar dalam percaturan politik dunia.Sikap benci membenci makin menebal khususnya antara negara Barat dengan negara Timur,khususnya dengan Amerika Syarikat.

Maka DSAI merasa bertanggongjawab main peranan untuk meredakan keadaan itu dengan mengadakan dialog.Kita tidak boleh cepat prejudis ataupun buruk sangka tanpa kerana kalau itu sikap yang kita ambil..kerana kedegilan kita. tidak boleh sesaikan masalah…yang menjadi rugi ialah umat Islam termasuk di rantau kita.

DSAI merasa beliau ada peranan untuk dimainkan bukan sahaja untuk mewujudkan tolerasni antara Barat dan Timur tetapi juga menghormati antara satu agama dengan agama lain.Alhamdullilah beberapa pimpinan Barat merasakan mereka perlukan satu rakan kongsi dalam usaha ini sebab mereka tengok kegagalan mereka di Iraq dan Palestin.Masalah ini tak boleh selesai dengan senjata tetapi masalah ini boleh selesai menerusi dialog.

Orang yang ada kemampun berdailog dengan Barat dan dimasa yang sama ada hubungan yang akrab dengan Negara-negara Islam di Timur Tengah ialah DSAI.

Sebab itu mereka minta DSAI terima permintaan supaya jadi rakan kongsi dalam dialog ini agar ada dialog berterusan dan wujud hubungan yang akrab antara negara Islam dan Barat.





AGENDADAILY :Bagaimana dengan prasangka orang terhadap motif sebenar Datuk Seri Anwar.Misalnya ada yang curiga terhadap hubungan akrabnya dengan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Paul Wolfowitz yang merupakan bakal CEO Bank Dunia?

AZMIN :Soal pandangan serong dan curiga tentang motif tu…itu tafsiran dan pandangan masing-masing.Pokoknya kalau kita dapat berhujah dan meyakinkan mereka..banyak masalah boleh selesai.

DSAI tidak bertemu dengan apa yang didakwa oleh kumpulan yang saya kira desperate itu …beliau bertemu dengan ulamak-ulamak besar.Misalnya beliau berada di Qatar dan mengambil masa lima jam bertemu dan berbincang dengan Dr Yusof Qardawi.

Mengapa ini tidak jadi isu.Beliau juga bertemu dengan gerakan-gerakan Islam di Eropah termasuk di London.Kenapa itu tidak jadi isu.Kenapa harus fokus kepada satu dua individu sahaja?

Ini bermakna mereka yang main politik.Sepatutnya semua pertemuan DSAI di luar negara itu didedahkan kepada umum supaya rakyat tengok beliau bertemu pemimpin Barat dan juga Islam.Biar rakyat tahu apa perbincangan yang berlangsung.

Memang Wolfowitz seorang yang dilihat sebagai keras dan angkuh…saya tidak menafikan.DSAI juga mengakui..tetapi sekurang-kurangnya beliau bersedia mengambil sikap terbuka untuk duduk dan berbincang dengan DSAI.

Sebagai contoh.. pimpinan di Washington DC telah menyenaraihitamkan Dr Yusof Qardawi…ulamak besar hari ini..yang diterima oleh majoriti umat Islam.

Washington menyenaraihitam beliau semata-mata kerana beliau didakwa pernah buat kenyataan boleh di bunuh orang awam Amerika Syarikat..halal darah mereka.

Tetapi dalam pertemuan selama lima jam dengan Dr Yusof Qardawi …DSAI mohon penjelasan betulkah beliau pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu… Dr Yusof Qardawi menafikan sekeras-kerasnya.

Anwar guna kesempatan dengan Wolfowitz…dan saya sendiri ada dalam pertemuan itu, untuk jelaskan tanggapan terhadap tokoh besar Islam itu tidak betul.

DSAI minta agar Washington betulkan persepsi ini.Makanya tanpa dialog dengan Wolfowitz apakah kita mampu selesaikan masalah itu…sebab mereka kuasa besar.Ini peranan DSAI.Satu lagi soal Tsunami di Aceh..pendekatan yang diambil oleh Amerika ialah untuk membantu pembangunan di Aceh tetapi mereka tidak mahu membantu sekolah-sekolah yang ada unsur agama.

Inj juga DSAI bantah keras dalam pertemuan dengan Wolfowitz.DSAI bagitau 90 peratus sekolah-sekolah di Aceh adalah sekolah-sekolah agama pesantren,sekolah pondok…kalau kamu ambil sikap menyisihkan mereka..makanya kamu bantu 10 peratus dan menafikan 90 peratus.

Kamu tidak boleh salahkan 90 peratus ini kalau mereka ambil dari sumber lain yang ekstrim kerana mereka dalam keadaan terdesak akan terima apa jua bantuan.

DSAI kata you kena engage dengan semua sekolah-sekolah di Aceh termasuk sekolah-sekolah agama walaupun kamu tidak mahu dikaitkan secara khusus dengan agama..sekurang-kurangnya kamu bantu dari segi prasarana.

Ini makna melalui hubungan baik dengan Wolfowitz kita boleh berdebat dan berhujah dengan jiwa yang merdeka.Kita tidak mahu hubungan yang baik itu… kita tunduk kepada mereka.

Salah satu isu yang DSAI cakap kepada Wolfowitz..ialah menyatakan pendirianya dan mendesak sementara Amerika minta tentera Syria keluar dari Lebanon…DSAI kata saya setuju…tetapi kamu juga mesti keluar dari bumi Iraq..mesti keluar dari Palestin…jangan double standard.

Saya harap soal pertemuan dengan Wolfowitz ini tidak jadi perkakas politik oleh orang-orang yang desperate seperti Dr Chandra Muzaffar..Ini orang yang sudah tidak relevan lagi…dia tidak tahu senario politik.

Kami bertemu dengan tokoh-tokoh Amerika…kami datang dengan jiwa merdeka..maknanya kami mampu berhujah dengan mereka.Ini saya saksi sendiri.





AGENDADAILY :Dalam pertemuan-pertemuan itu apakah saudara nampak ada ‘titik temu' ?

AZMIN: Ada titik temu …dimana kedua pihak bersetuju untuk tidak bersetuju...itu penting.Saya tak kata masalah ini boleh selesai dalam satu pertemuan tetapi dialog ini adalah proses yang berterusan.Tetapi kalau you sudah tutup pintu tidak mahu berdailog..sedangkan kita ini kecil…mereka kuasa besar..kita akan ketinggalan.

DSAI mahu satu pendekatan sikap baru bukan sahaja di Washington tetapi di Malaysia.Sebab itu DSAI pergi bertemu Datuk Seri Abdullah di Kepala Batas (masa acara rumah terbuka Hari Raya) …dia ambil pendekatan politik baru…bukan lagi politik kebencian..bukan lagi politik permusuhan dimana kita boleh satukan semua pihak dalam keadaan kita tidak bersetuju.

Kami tidak bersetuju dengan UMNO tetapi tidak semestinya kami bersengketa dengan mereka.Kita harus mengadakan dialog.

Kami tidak pernah bersengketa dengan ahli-ahli UMNO biasa…cuma ada satu dua tokoh diatas.Makanya pendirian kita konsisten …di sini begitu…di Eropah begitu.




AGENDADAILY: Bagaimana dengan sambutan bagaikan lawatan rasmi pemimpin negara yang diberikan kepadanya oleh beberapa negara.Ini juga jadi bahan bualan dan tentu ada yang bertanya siapa Datuk Seri Anwar?

AZMIN: Nak buat macam mana.Soal orang hormat ni bukan boleh diminta-minta.Orang hormat kita kerana pinsip kita.Macam mana sambutan DSAI di Indonesia sehingga mencetuskan kemarahan satu dua tokoh. You tak boleh dictate kata Indonesia you tak boleh layan DSAI.

Mereka tahu siapa yang perlu dihormati.Masalah kita... yang saya lihat dalam pemerintahan hari ini kadang-kadang memalukan kita..kita marah Indonesia kerana beri sambutan kepada DSAI...kita marah Australia kerana sambut DSAI...orang tanya dimana kematangan kita berpolitik…ini satu perkara yang tidak sihat.Sepatutnya ini satu perkara yang cukup baik bagi Malaysia.





AGENDADAILY: Datuk Seri Anwar ada dilaporkan merungut pasal apa yang didakwanya sekatan keatas para pelajar Malaysia di luar negara untuk bertemu dan menghadiri majlis anjurannya.Boleh saudara huraikan pasal ini?

AZMIN: Kami terima maklumat dari para pelajar Malaysia..inilah kali pertama mereka hadapi tekanan yang cukup luar biasa yang dikenakan oleh pemerintah.

Saya sempat berbincang dengan beberapa wakil pelajar yang terdiri dari tajaan TNB,MARA dan JPA.Mereka terima email bukan sahaja melarang bertemu tetapi juga adakan dialog dengan DSAI.

Ini satu perkara yang tidak sihat dimana pemerintah cuba kongkong minda anak-anak muda yang sedang mendapat pendedahan di negara-negara Barat.

Anihnya ini satu pertembungan….di negara Barat semuanya terbuka…ada demokrasi yang cukup sihat..

Saya gembira ada pelajar yang sekalipun dihalang tampil dalam dialog terbuka.Kita mengadakan pertemuan-pertemuan kecil dengan mereka.

Pandangan mereka yang datang bertemu dengan DSAI jelas tidak mahu beliau masuk semula UMNO dan minta beliau segera kembali ke tanahair pimpin parti-parti pembangkang.Dalam pertemuan-pertemuan itu DSAI jelaskan pendirian beliau …kita sedang siapkan satu strategi yang cukup komprehensif untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Masalahnya kami pergi sana pemerintah pergi sana..sini ke sini.Dulu pembangkang ikut jejak pemerintah…sekarang pemerintah ikut jejak pembangkang.DSAI tidak kisah kalau mereka nak memantu pergerakan beliau.Kami got nothing to hide .Apa yang Anwar tidak mahu jangan aniaya para pelajar ini.

Dalam pertemuan dengan Canselor Universiti Oxford Chris Patten (bekas Gabenor Hong Kong) dan Menteri Kewangan Britian Gordon Brown soal tekanan ini berbangkit.Mereka telah bagi jaminan kepada DSAI supaya bagi satu tindakan khusus keatas mana-mana pelajar Malaysia…kerajaan Britian akan buat bantahan yang keras.Ini jaminan mereka.





AGENDADAILY: Tidak kah ini boleh dilihat Datuk Seri Anwar cuba mengunakan ‘kuasa luar’ untuk pulas tangan kerajaan Malaysia?

AZMIN: Sebagai contoh Chris Patten… dia canselor universiti…dia tidak mahu anak-anak yang belajar di Universiti Oxford minda mereka macam pelajar tadika..ini universiti dia.. don't impose condition dari negara you .

Bukan sahaja di negara Barat…saya nak bagi contoh di Indonesia…bila DSAI bagi kuliah di Universiti Gajah Mada..Jogyakarta…benda yang sama berlaku...pelajar Malaysia di sekat.

Akhirnya Rektor universiti itu sendiri terpaksa buat bantahan keras kepada Kementerian Pengajian Tinggi.Katanya ini universiti saya…jangan impose syarat-syarat… so you don’t blame them …apakah Jogyakarta ini Eropah…ini maruah universiti.Ini soal prinsip.





AGENDADAILY :Soalnya waktu Datuk Seri Anwar dalam kerajaan dulu ada juga cerita yang mengatakan hal yang sama bila pelajar nak jumpa pembangkang.Jadi kenapa komplen sekarang?

AZMIN: Masa dalam kerajaan.DSAI sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran…kami tidak pernah membenarkan mana-mana pihak ugut mana-mana pelajar jangan pergi ceramah Ustaz Hadi..atau parti pembangkang.

DSAI kata biar mereka pergi…tetapi bila beliau buat lawatan ke negara-negara berkenaan beliau ambil kesempatan untuk jawab semua tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang.Itu pemimpin namanya.

Dalam satu dialog (masa dalam kerajaan dulu) ada pelajar yang tanya kamu Timbaan Perdana Menteri…kenapa kamu bersetongkol dengan tindakan mahkamah keatas Lim Guan Eng…walaupun ia soalan kritis..DSAI jawab saya tidak boleh hujah kerana itu keputusan mahkamah…tetapi kalau tanya pendirian saya... saya tidak bersetuju…hingga Ketua Hakim Negara buat aduan rasmi kepada Dr Mahathir ketika itu ..Anwar buat kenyataan ini di London…

Maknanya you mesti ada kemampuan ..pemimpin-pemimpin UMNO yang ada dalam kerajaan hari ini mesti ada kemampuan untuk berhujah dengan generasi muda…bukan ambil budaya ugut dan takutkan mereka...ini satu benda salah.Biar mereka buat penilaian sendiri.Dalam soal ini saya pertahankan…kami tak pernah buat kerja-kerja begini…



AGENDADAILY :Ada yang terdengar komen yang mengatakan dulu nampak Datuk Seri Anwar tidak begitu kritikal pada kerajaan tetapi akhir-akhir ini nadanya berubah dan semakin kritikal .Apa sebabnya?

AZMIN: Tidak begitu …saya rasa itu konsisten ..seperti saya kata tadi kami tidak mahu politik permusuhan tetapi perpaduan.

Maknanya kalau apa yang kerajaan buat itu betul..kami akan sokong.Diperingkat awal memang nampak kenyataan kita lebih longgar…kerana apa ?Pada ketika itu kenyataan-kenyataan Perdana Menteri cukup positif..sebenarnya itulah sebahagian dari perjuangan kita ..benteras rasuah…kami akan sokong habis-habisan.

Malah DSAI ada menyatakan kepada Pak Lah secara terbuka…dalam usaha ini beliau akan beri sokongan padu pada Pak Lah.

Kalau saudara merasakan sekarang agak berbeza sikit ini kerana keletihan kami menunggu tindakan itu dilakukan.Kami tidak mahu hanya slogan tetapi tidak diterjemahkan.Keletihan ini bukan sahaja dirasai oleh pembangkang tetapi oleh majoriti rakyat dalam Malaysia termasuk kalangan ahli UMNO yang datang bertemu dengan DSAI.

Saya nak bagitau ramai yang bertemu dengan Anwar di luar negara memberitahu mereka merasakan lemas dan letih dengan kenyataan retorik politik tetapi nampaknya gagal diterjemahkan.

Melihat kegagalan ini sudah tiba masanya kami bangun semula menyedarkan… lihat apa yang kamu janji… tak buat lagi ni.

Kami lihat tempoh bagi Pak Lah berbulan madu dah selesai.Ini adalah tempoh beliau bertindak tanpa dibayangi oleh Dr Mahathir.Sebab kalau beliau dibayangi oleh orang lama rakyat akan hilang keyakinan pada beliau.

Dah hampir setahun pilihanraya berlalu belum ada agenda besar yang hendak dibawa oleh Pak Lah.



AGENDADAILY: Sesudah bermukim di luar negara….selepas ini apa?

AZMIN: Untuk tempoh sekarang pun adakalanya DSAI akan kembali untuk hadir majlis dalam negara.Cuma lebih banyak masa di luar dari dalam.Perlantikan terakhir ialah sebagai pensyarah di Georgetown University bermula semester dari September hingga Disember.

Untuk sekarang beliau jadi pensyarah di Universiti Oxford dan John Hopkins University.Sebelum beliau kembali secara total ke negara…tahun ini beliau telah isytihar sebagai tahun memperkasa parti.Makanya untuk beliau kembali aktif mulai tahun depan kami dalam Parti Keadilan bertanggongjawab sediakan platform yang mantap bagi beliau.

Tahun memperkasa parti maknanya tambah keahlian ..cawangan…kukuhkan pengurusan parti di semua peringkat.Makanya asas itu kita diberi tempoh sampai Disember..bila DSAI kembali sudah ada asas kukuh…ahli ramai,pengurusan baik dan ahli ada disiplin.

Mulai Januari kita akan aturkan strategi dalaman untuk persiapan pilihanraya akan datang.AGENDADAILY :Bagaimana tentang pandangan yang menyatakan tidak mungkin Anwar ke mana dalam politik tanah air tanpa melalui UMNO?

AZMIN: Saya akan tentang habis-habisan sekiranya DSAI menyertai UMNO. I will be the first person. ..tak perlu orang lain untuk halang beliau.

Baru-baru ini pada 21 Februari lalu ada berbagai usaha untuk menemukan DSAI dengan Dr Mahathir.Saya mengaku hari ini... sayalah orangnya yang menghalang pertemuan itu.Yang cuba aturkannya termasuk dua orang Tan Sri.Mereka mengepung saya dan DSAI supaya adakan pertemuan dengan Dr Mahathir.

Saya dengan tegas kata tak mahu.Saya kata kepada DSAI beliau boleh bertemu dengan Pak Lah… saya tak halang…dengan Datuk Najib… juga saya tak ada halangan.

Ini kerana fitnah yang dibuat oleh Dr Mahathir terhadap DSAI bukan sahaja menyebabkan beliau dan keluarganya menderita tetapi juga ratusan rakyat menderita.

Saya tidak mahu penderitaan yang dialami oleh rakyat ini kita mudah lupa.Itu juga asas saya tak benarkan DSAI masuk UMNO…kerana bagi saya ini satu pengkhianatan bagi rakyat Malaysia.

Dari pertemuan dan dialog yang diadakan di luar negara…saya cukup yakin platform DSAI bukan lagi UMNO tetapi Keadilan.

Soal masuk UMNO tidak tidak timbul.Kalau orang kata hanya UMNO saja boleh perintah…saya nak ingatkan mereka sejarah di Jepun,India,Indonesia..buktikan tidak ada perkara yang mustahil.

AGENDADAILY: Sebagai Naib Presiden Keadilan ..adakah saudara menduga ada harapan muncul lebih baik dalam pilihanraya umum akan datang berbanding 2004?

AZMIN: Saya cukup optimistic …salah satu faktor pembebasan Anwar bagi suntikan baru.Kita kena ingat yang sokong DSAI bukan sahaja ahli PAS dan Keadilan tetapi juga rakyat biasa yang tidak berparti..lebih besar jumlahnya.Tak perlu DSAI berparti.

Kedua kena ingat kami tak pancit dalam pilihanraya lalu…perjuangan kami ni bukan boleh dikaitkan dengan satu pilihanraya.

Jangan kaitkan perjuangan kita ini dengan satu tempoh tertentu.Ada juga yang beranggapan DSAI dah bebas..selesailah masalah you…itu harapan yang salah.Bagi saya perjuangan itu tidak berhasil kalau hanya dikaitkan dengan seorang insan…tak boleh.

Apa lagi dengan suasana sekarang.Kita kena ingat pilihanraya lalu....sentimen Perdana Menteri baru kuat ketika itu.Bagi chan lah kepada Pak Lah.

Ada kawan-kawan saya sendiri kata begitu.Kedua faktor persempadan semula.Ingat pada pilihanraya umum akan datang faktor-faktor utama ini tidak ada…ditambah pula dengan kelebihan kami dengan adanya DSAI.

AGENDADAILY :Apakah pembangkang ada kekuatan nak tewaskan BN?

AZMIN: DSAI ni adalah faktor penyatu semua parti pembangkang.Dalam bebebapa pertemuan DSAI ingatkan mereka..mereka mesti sedia untuk lakukan perubahan…kena realistik…kalau tak mampu buat perubahan… you go on your own.

Untuk menang pilihan pembangkang kena bersatu…pembangkang tak mungkin menang kalau tak bersatu.kuat dan ada agenda jelas.

Sebab itu sekarang ini kami sedang adakan perbincangan secara agresif dengan PAS dan DAP dan dalam masa terdekat kami akan ada satu permuafakatan baru yang tidak dapat saya beritahu hari ini.

Namun begitu DSAI ingatkan para pemimpin Parti Keadilan sementara nak bersatu mereka juga kena bersedia untuk bergerak bersendirian dalam pilihanraya umum akan datang.AGENDADAILY: Bagaimana hasil perbincangan dengan parti pembangkang lain.PAS dan DAP tak boleh bertentang mata kerana isu Negara Islam?

AZMIN: Setakat ini nampak positif…tetapi belum ada yang muktamad.Kami harus selesaikan misalnya isu Negara Islam yang sensitif itu dan beberapa isu besar lain sebelum pilihanraya umum akan datang.

AGENDADAILY: Dari segi pandangan mata kasar parti Keadilan nampak begitu lesu sekali kebelakangan ini sampai ada yang berkata kalau tidak kerana pembebasan Datuk Seri Anwar ia sudah hilang hala tuju dan boleh berkubur ?

AZMIN: Saya tak nafikan kalau saudara kata kami nampak lesu…sebab saudara bandingkan hari ini dengan tahun 1999…

Dulu ada demonstrasi..ceramah-ceramah..dan sebagainya.

Keadaan sudah berbeza..maka pendekatan kita hari ini tidak lagi pergi ke jalanraya…tidak lagi demonstrasi…reformasi ini bukan sahaja dari segi jeritan…untuk buat reformasi sekarang you kena sit down and discuss secara baik.

Kami sudah ada think tank dan sebagainya.Kami pun tak mau buat ceramah-ceramah kerana kami fikir cara itu tidak berkesan.

Sekarang kami nak pergi direct to the heart of the voters.

Sebab itu saudara tengok lepas DSAI dibebaskan selain buat program kepartian…beliau banyak membuat pertemuan dengan NGO dan pertubuhan-pertubuhan profesional seperti peguam-peguam,jururtera dan lain-lain .

Mereka nak tahu kemana arah DSAI…ini tak boleh kita selesaikan melalui ceramah umum.

Memang tak nampak di mata luaran..soalnya apakah pandangan luaran itu penting...Saya akui kami tak ada kemampuan melalui media cetak dan elektronik…makanya kami kena pergi hit the grounds …itu yang kami buat sekarang.- 12 April 2005



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Tips


Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.