20Ogos2017

Artikel

Pak Lah yakin BN menang di Kajang dengan syarat...

pak-lah-interbiuxxBarisan Nasional (BN) mampu merampas semula kerusi DUN Kajang dalam pilihan raya kecil akan datang, itu keyakinan yang disuarakan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menurutnya, kejayaan itu bagaimanapun hanya boleh dicapai jika jentera pilihan raya BN kawasan itu bekerja lebih kuat dan mengelak daripada sebarang masalah dalaman.

''BN ada peluang untuk menang kalau semua kerja kuat, kempen kuat dan tak bergaduh,''katanya kepada pemberita selepas seminar Memperingati Tokoh Akademik, Allahyarham Prof. Datuk Dr. Mohamed Mackeen Abdul Majid di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Rabu.

"Peluang itu ada kalau kita (BN) boleh menjelaskan dan memberi keterangan dengan baik kepada pengundi di sana. Jika perlu kita menghadapinya, kita perlu buat dengan baik.

"Jika kita mampu menyampaikan hujah-hujah yang baik kepada pengundi untuk meyakinkan mereka, saya percaya kita tidak akan menghadapi masalah," katanya.

Abdullah berkata, sekiranya BN gagal memberi penerangan atau tidak bersatu padu dalam melaksanakan kempen pilihan rayanya, maka peluang untuk merampas kerusi DUN Kajang itu, yang sebelum ini disandang PKR, agak sukar.

Ditanya mengenai tindakan BN yang masih belum mengumumkan calon untuk bertanding di PRK DUN Kajang itu, Abdullah berkata terpulang kepada pimpinan tertinggi BN untuk mengumumkannya pada bila-bila masa yang mereka rasakan sesuai.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendakwa tindakan calon PKR bagi PRK Kajang,  Datuk Seri Anwar Ibrahim menyentuh isu penggunaan kalimah Allah di sebuah gereja di Kajang sebagai tindakan seorang yang terdesak.

“Apa yang berlaku di Kajang mutakhir ini membayangkan bagaimana Anwar Ibrahim cukup terdesak untuk mendapatkan undi – secara khusus bagi menyembunyikan permasalahan dalaman parti yang semakin meruncing.

“Tindakan untuk memprovokasi isu yang jelas mempunyai parameter agama, boleh memberikan kita bayangan bahawa keterdesakan ini adalah amat nyata dan menampilkan Anwar sebagai ‘political animal’ yang sangat berbahaya kepada politik Malaysia,” kata Reezal menerusi satu kenyataan.

Tambah Reezal lagi, cendekiawan dan ahli fikir dihormati dalam negara sudah hampir sepakat bahawa isu kalimah Allah ini adalah satu perkara yang tidak wajar dipermainkan oleh mana-mana pihak.

Reezal yang juga ahli parlimen Kepala Batas turut menyatakan Anwar bukanlah ‘hero’ sebenar dalam isu kalimah Allah, sebaliknya perbuatan beliau ini hanya mengesahkan kesanggupan Anwar melakukan apa sahaja atas nama politik.

“Mungkin kita sama-sama perlu bertanya ‘Apa lagi yang Anwar akan jual demi kuasa dan jawatan; selepas daripada ini?’

“Jika isu seperti kalimah Allah pun boleh dilawak jenakakan di dalam gereja, apakah rakyat Malaysia masih mahu percaya dengan ahli politik murahan dan rendah adab seperti ini?,” katanya lagi.-19/2/2014


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 793  tetamu dalam talian