22Oktober2017

Artikel

Makin ramai yang geram...

joiMenjelang 31 Disember, makin ramai yang tampil ke depan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penganjur dan penyokong pembangkang yang terlibat dengan Himpunan Guling Kerajaan minggu depan.

Sehingga petang Khamis, sudah 400 laporan polis diterima di seluruh negara, antaranya dari tujuh NGO Putrajaya.

NGO berkenaan iaitu Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa), Persatuan Gerak Harmoni, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Belia kawasan Putrajaya, Jaringan Kasih Ixora Putrajaya, Persatuan Belia Putrajaya dan Gerakan Selempang Merah, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Wakilnya, Safian Mohd Salleh berkata perhimpunan seumpama itu akan mengganggu ketenteraman awam sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya dan peniaga akan menanggung kerugian kerana takut untuk beroperasi.

"Selain itu, ia juga menakutkan pelancong asing yang datang untuk menyambut tahun baharu di negara ini dan memberi persepsi negatif tentang Malaysia," katanya selepas membuat laporan itu.

Beliau berkata laporan hari ini juga mewakili NGO seluruh Putrajaya dan meminta NGO lain di seluruh Malaysia membuat laporan polis sebagai tanda menentang perhimpunan haram itu.-26/12/2013

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 715  tetamu dalam talian