Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 22 August 2008 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT DAN EMAIL KAMI
- Berita Utama
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Reme Ahmad
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY







Anwar pernah hentak meja minta lesen empat ekor diluluskan di Sabah, kata Najib

Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, pernah menghentak meja dan membuang fail meminta kerajaan Sabah meluluskan lesen empat ekor kepada syarikat yang beliau mempunyai kepentingan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.Timbalan Perdana Menteri berkata kejadian itu berlaku semasa Datuk Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri Sabah."(Beliau) nak lesen itu kerana abangnya pengerusi syarikat berkenaan," katanya semasa berucap di Peti Undi Barisan Nasional di Simpang Empat Seberang Jaya di Permatang Pauh Rabu malam.Yong dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada 1996 hingga Mei 1998, sementara Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dari 1993 hingga beliau dipecat daripada Umno pada September 1998.Najib berkata beliau bangga dengan tindakan kerajaan Sabah yang berprinsip daripada Anwar kerana tidak meluluskan lesen itu."Sekarang dia menyebut-nyebut tentang masyarakat Madani tetapi dulu minta luluskan lesen judi," katanya. KLIK PADA TAJUK UNTUK LAPORAN LANJUT.-18/8/2008

---------------------------

PENGUMUMAN....

AGENDADAILY KINI DALAM PROSES PEMINDAHAN DATA UNTUK TUKAR KE SERVER YANG BARU.INI MENYEBABKAN BERLAKU KEROSAKAN PADA MUKA DEPAN LAMAN INI DIMANA RUANGAN BAHASA INGGERIS DAN IKON-IKON PENULIS DAN BLOG DI KOLUM SEBELAH KANAN TELAH HILANG SEPANJANG RABU MALAM HINGGA TENGAHARI KHAMIS.SEHINGGA URUSAN INI SELESAI DALAM MASA DUA TIGA HARI LAGI BUAT SEMENTARA WAKTU DIJANGKA AKAN BERLAKU SIKIT GANGGUAN TEKNIKAL YANG MUNGKIN MENYULITKAN KAMI UPDATE DENGAN BERITA DAN RENCANA BARU.- HARAP MAKLUM.

----------------------------



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bekas Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon telah berentap sakan dalam siri kedua Debat Agendadaily Rabu malam.Debat dibawah tajuk "Kisah Benar Disebalik Kontroversi Tanah di Pulau Pinang" itu berlangsung di Balai Budaya Tun Syed Nasir,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur.Kira-kira 300 orang kebanyakannya pemimpin dan penyokong parti Gerakan dan DAP hadir di dewan itu menyaksikannya.Ia disiarkan secara langsung pada jam 9 malam menerusi TV9 dan NTV7 manakala siaran tertunda pada jam 12.30 malam di TV3.Debat siri pertama antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diadakan pada 15 Julai lalu. Gambar atas di Balai Budaya Tun Syed Nasir,DBP manakala gambar bawah para pengunjung di sebuah warung di Permatang Pasir, Permatang Pauh,Pulau Pinang sedang menonton beramai-ramai debat itu .- 20/8/2008

----------------------------


Rasuah:Kenyataan BPR mengenai penahanan Exco Kerajaan Negeri Perak

Satu kenyataaan akhbar yang dikeluarkan oleh ibupejabat BPR Putrajaya memberitahu BPR menahan enam orang termasuk dua Exco Kerajaan Perak kerana disyaki terbabit dengan rasuah membabitkan satu projek perumahan di Seri Iskandar, bernilai RM180 juta, petang semalam dan pagi tadi. Katanya tiga daripada suspek termasuk Exco Kerajaan Perak ditahan sejurus menerima suapan lebih RM105,000 sebagai balasan mempercepatkan proses permohonan projek perumahan itu.Lima daripada suspek berumur antara 45 dan 57 tahun ditahan jam 6 petang, kelmarin, manakala salah seorang Exco Kerajaan Perak ditahan jam 10 pagi tadi.Suspek lain yang ditahan ialah ahli Majlis Daerah Perak Tengah dan seorang juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).


Berita sebelum ini : Dua Exco PKR Perak dipanggil bagi keterangan BPR

Badan Pencecah Rasuah pagi Rabu telah memanggil dua Ahli Exco Kerajaan Negeri Perak dari Parti Keadilan Rakyat dipercayai untuk bagi keterangan berhubung kes rasuah.Mereka ialah Jamaluddin Mohd Radzi,Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perdagangan dan Kapt (B) Osman Mohd Jailu,Exco Pelancongan, Pembangunan Insan dan NGO. Jamaluddin ialah ADUN Behrang manakala Osman ADUN Changkat Jering.Kes ini dikatakan ada kaitan dengan dakwaan rasuah melibatkan sebuah projek perumahan.Ini berikutan satu aduan diterima BPR.Semuanya lima orang ditahan.Tiga antaranya ditahan sejurus selepas mereka dikatakan terima rasuah RM 100,000 untuk bantu percepatkan proses dalam permohonan projek berkenaan.- 20/8/2008

----------------------------

Tuduhan pembangkang makan diri

Ada peribahasa, kata dulang paku serpih. Barangkali, itu yang hendak digambarkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengulas penahanan dua Exco Kerajaan Perak oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).Katanya, dulu pembangkang sering tuduh pemimpin UMNO dan BN korup.``Ini baru enam bulan. Jadi janganlah nak menyatakan bahawa parti itu lebih baik dari kita,'' ujarnya selepas mengadakan lawatan ke Bilik Gerakan Wanita UMNO di Tanah Liat, Permatang Pauh Rabu.Penahanan itu katanya, sebagai bukti `betapa hebatnya' pakatan pembangkang yang memerintah negeri itu. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT .- 20/8/2008

----------------------------

Lompat parti: Kelentong lagi...

Semua orang faham kempen pilihan raya sering diwarnai dengan retorik politik untuk meraih sokongan. Malah kadang kala ada yang ‘terlepas’ cakap bila dah ‘naik minyak’ atas pentas.Demi untuk meyakinkan betapa hebatnya sokongan yang diterima, kadang kala tersasul juga kalimat yang berbau ‘kelentong’. Matlamatnya hanya satu biarlah ada kelentong sikit-skit, ia tak jadi hal. Apa yang penting, orang yang dengar ceramah seronok dan terhibur.Inilah gambaran terbaru yang boleh diberikan terhadap taktik perang saraf berterusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung dengan rancangan mereka ‘menuju Putrajaya’ 16 September 2008. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT .- 18/8/2008

-----------------------------

Gus Dur oh Gus Dur...


Bekas Presiden Indonesia, Abdul Rahman Wahid atau lebih popular dengan panggilan Gus Dur menjadi ‘meriam’ bagi pihak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menghadapi isu liwat.
Selain menyatakan sokongan kepada Anwar, Gus Dur turut mempertikaikan kaedah bersumpah dengan menggunakan Al-Quran yang dilakukan oleh bekas pembantu peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan kerana ia tidak pernah diamalkan di mana termasuk di negaranya sendiri. Gus Dur yang juga pemimpin umum pertubuhan agama terbesar di dunia, Nahdlatul Ulama berkata, tiada amalan dalam perundangan Islam seseorang bersumpah di depan al-Quran bagi menzahirkan kesahihan dakwaannya. Berita sebelum ini: Sokongan sama waktu dengannya..... KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT.-19/8/2008

---------------------------------

Sumpah Saiful: Kenapa kaedah dipertikai..?

Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan sumpah laknat (mubahalah) 15 Ogos lalu dengan tujuan membuktikan dakwaannya diliwat oleh bekas majikannya itu adalah benar.Bapanya, Azlan Mohd. Lazim dan Imam Ramlang Porigi menyaksikan upacara tersebut yang berlansung Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pada pukul 6.25 petang. Dalam sumpahnya itu, Saiful dengan jelas dan terang menyebutkan “Wallahi, Wabillahi, Watallahi”. Ekoran upacara sumpah itu, pelbagai pihak telah memberikan pandangan yang bertentangan. Yang paling ketara tentulah datangnya daripada Mahaguru PAS iaitu Presidennya, Datuk Seri Haji Hadi Awang. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT .- 20/8/2008

---------------------------------

Ada apa-apa ke ni…?

Lama sungguh dua YB kita ni dok sosek di satu penjuru bilik rehat Ahli Parlimen di bangunan Parlimen petang Selasa.Entah apa yang serius dibincang antara Khairy Jamaluddin (BN - Rembau) dan Razali Ibrahim (BN- Muar) selama lebih setengah jam.Apakah tentang strategi pilihanraya kecil Permatang Pauh?.Khairy adalah Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia manakala Razali pula Ketua Pemuda UMNO Johor.Atau mungkinkah pasal pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO?.Khairy dan Razali gam mulut dan tersenyum saja bila wartawan Agendadaily menghampir mereka.Dalam keadaan biasa melihat mereka berdua soksek bukan satu berita.Namun menjelang pemilihan UMNO ni ia tentunya agak menarik.Ini kerana ikut ceritanya Razali nak bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.Namun beliau dikatakan ‘ kena tekan brek buat sementara waktu ‘ kerana Khairy sendiri belum buat apa-apa pengumuman jawatan yang nak ditandinginya.Razali dikatakan hanya akan bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda jika ia kosong…maksudnya bila ( jika) Khairy umum nak tanding jawatan Ketua Pemuda nanti. - 20/8/2008


---------------------------------

P.Ramlee pun menangis tengok lakonan Anwar

KALAU Tan Sri P.Ramlee atau M.G.R (pelakon terkenal India) masih hidup, mereka pasti menangis melihat lakonan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Itu jawapan calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah ketika ditanya Agendadaily mengapa ada rakyat masih percaya Penasihat PKR itu bakal jadi Perdana Menteri pada 16 September ini.Katanya, diantara pekerja (wakil rakyat) dan pelakon, Anwar adalah pelakon yang terbaik.“Dia pandai buat cerita propaganda, fitnah serta janji-janji yang mengkhayalkan rakyat. Pada masa ini, ada yang rasa Anwar sedang dendangkan sesuatu yang enak tetapi tak jadi kenyataan,” ujarnya. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT .- 18/8/2008


---------------------------------

Saiful juga minta pembelaan…mengapa hanya utamakan Anwar – PM

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempersoalkan tindak tanduk sesetengah pihak termasuk pemimpin PAS yang terus mengutamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan lupa ‘orang kecil’ seperti Saiful Bukhari Azlan yang meminta pembelaan. "Jangan lupa kepada dia (Saiful) kerana dia minta pembelaan dan dia menjadi mangsa, mengapa kita sibuk hal-hal lain pula, yang lain kita nak utamakan, yang dituduh ( Anwar) kita utamakan, tapi pada dia kita tidak ambil berat pula," katanya. Perdana Menteri menyatakan demikian ketika menjawab soalan wartawan selepas satu majlis di Permatang Pauh, Ahad, mengenai kecenderungan sesetengah pihak yang terus mempertikaikan cara bekas pembantu Datuk Seri Anwar itu bersumpah. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT.-16/8/2008

---------------------------------------




MERIAH.... Suasana di lobi Parlimen petang Selasa meriah dengan kehadiran pemenang pingat perak badminton Sukan Olimpik, Lee Chong Wei. Kalangan Ahli Parlimen tidak lepas peluang bergambar sambil ucapkan tahniah atas kejayaan itu. Pasukan badminton negara datang ke Parlimen dibawa oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob yang jadi 'ketua rombongan'. Pemain badminton itu juga dibawa bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat mereka di bangunan Parlimen.- 19/8/2008


KLIK LINK INI UNTUK LAMAN RASMI OLIMPIK BEIJING 2008

KLIK LINK INI UNTUK IKUTI BERITA ATLIT MALAYSIA



BERITA RINGKAS AKTIVITI KBS

KLIK PADA LINK INI UNTUK ARKIB BERITA DAN PROGRAM KBS




Lagi pasal makan…awas ’ikan terbang’

Catatan kali ini diteruskan dengan lagi dengan hal-hal berkaitan dengan makan, tetapi percayalah, ini adalah catatan terakhir khusus mengenai makan. Dalam masa kurang sedikit daripada empat minggu lagi, kita akan berpuasa Ramadhan – tak makan waktu siang tapi banyak makan pada waktu malam.Minggu ini saya teringat kisah makan di Pattaya, Thailand bersama-sama dua orang lagi sahabat wartawan yang seselera dan sesaiz dengan saya. Pendek kata, kami bertiga punyai saiz XXL.Sahabat-sahabat itu ialah Yong Soo Heong, kini Ketua Pengarang Bernama dan Zulkifli Talib dahulunya bersama The Star tetapi hari ini saya tak tahu di mana dia. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT.
Berita Lanjut


Peguam ternama VS orang 'sengal otak' ..Klik pada ikon Sembang Kawan-Kawan" atau gambar dibawah untuk baca selanjutnya



Sepanjang hari Ahad satu Malaysia sudah tengok macam mana Datuk Shafee Abdullah punya geram bercakap pasal si Raja Petra kamaruddin @ Malaysia Today.Siapa yang tak kenal Datuk kita ni.Peguam terkemuka ini sudah menang banyak kes besar.Kawan sendiri tak sempat nak ke sidang akhbar yang diadakannya di pejabatnya Shafee and Co di Bukit Tunku,Kuala Lumpur.Namun bila tengok berkali-kali aksi Datuk Shafee dalam berita di televisyen...

Berita Lanjut

Mustahil …kata Dr Latif
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Latif Ahmad sendiri terkejut mendengar dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau telah melihat laporan pemeriksaan yang dibuat oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL) keatas bekas pembantunya,Saiful Bukhari Azlan.Ketika dihubungi Agendadaily petang Ahad untuk mengulas dakwaan Anwar dalam sidang akhbar di Penanti pagi tadi Dr Latif menjelaskan mengikut prosedur kerahsiaan kerajaan laporan itu hanya boleh dikeluarkan atas perintah mahkamah masa perbicaraan nanti.Katanya beliau sebagai Timbalan Menteri malah Menteri sendiri dan begitu juga orang yang diperiksa tiada akses pada laporan pemeriksaan itu.Dr Latif berkata dakwaan yang dibuat oleh Anwar beliau dah lihat laporan pemeriksaan HKL keatas Saiful mengesahkan andaian bahawa Penasihat PKR itu memang nak jadikan pilihanraya kecil Permatang Pauh sebagai ' mahkamah rakyat ' dimana beliaulah peguam,pendakwa dan hakim sekali.
Berita Lanjut

Shahidan dakwa perayu undi turut diancam dengan racun serangga
Beberapa perayu undi Barisan Nasional (BN) mendakwa telah diancam untuk disembur dengan racun serangga jika terus mempengaruhi para pengundi untuk menyokong calon BN pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, beliau menerima laporan daripada beberapa wanita perayu undi dari Perlis itu dan menyifatkan ia sebagai ancaman yang serius.Ketika menghubungi Bernama di Kangar Ahad, bekas Menteri Besar Perlis itu kecewa dengan sikap agresif para penyokong parti pembangkang sehingga ada yang sanggup untuk menyembur racun serangga kepada para perayu undi pada hari pertama kempen itu bermula.

Berita Lanjut
Anwar 'main catur'....

Bagaikan satu drama... penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh menyaksikan percaturan politik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau yang selama ini begitu yakin akan membentuk kerajaan baru melalui pemilihannya sebagai Ahli Parlimen menerusi pilhanraya kecil itu, terpaksa pasang ‘ spare tyre’ semasa proses penamaan calon berlangsung.Berdasarkan kenyatannya sebelum ini, beliau bukan sahaja yakin akan menang dalam pilihan raya kecil tersebut tetapi akan membentuk kerajaan baru pada 16 September depan.
Berita Lanjut


Muktamar PAS ‘ pecah kebisuan’

Sejak tsunami pilihanraya umum lalu lagi, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim beria-ia benar pukul canang menyatakan beliau bakal menjadi Perdana Menteri. Bermula dengan angan-angannya pada bulan April, membawalah kepada Mei dan Jun dan terakhirnya 16 September 2008, mantan Timbalan Perdana Menteri itu bertegas menyatakan beliau tetap akan menjadi Perdana Menteri.Malah, beliau sudahpun menjanjikan pelbagai tawaran termasuk menurunkan harga minyak sehari selepas memegang tampuk pemerintahan. Pilihanraya kecil bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh adalah landasan terakhir bagi membolehkannya bergelar Yang Berhormat dan kemudiannya dipilih oleh ahli-ahli parlimen lain, termasuk 31 orang yang didakwa akan melompat dari Barisan Nasional (BN) menjadi Perdana Menteri.
Berita Lanjut

Jadi Perdana Menteri?...ini jawapan Haji Hadi


“Mat Jenin, baru panjat pokok kelapa saja, belum dapat buah dah bercita-cita nak jadi raja.” Itu antara kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berdepan dengan para wartawan yang nak tahu apa pendiriannya berhubung pandangan dalam Muktamar PAS bahawa beliau lebih layak menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang benar-benar dapat membentuk kerajaan pada 16 September ini seperti didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim.Muktamar yang sedang berlangsung di Ipoh itu juga mendengar luahan rasa kalangan perwakilan parti itu yang tidak...
Berita Lanjut


Permatang Pauh: Gempar lelaki meluru masuk pejabat UMNO bahagian

Orang ramai terutama petugas jentera pilihan raya sekitar pejabat UMNO Bahagian Permatang Pauh di Jalan Kubang Semang gempar dan cemas berikutan kejadian seorang lelaki Cina yang tiba-tiba meluru masuk ke pejabat UMNO itu kira-kira jam 9.45 Ahad malam.Pada mulanya, beratus-ratus petugas yang sibuk menyiapkan poster dan bendera UMNO serta Barisan Nasional menjangkakan sesuatu yang buruk akan berlaku menyebabkan beberapa orang daripada mereka terus menahan lelaki berusia lingkungan 40 tahun.Setelah disoal, rupa-rupanya lelaki itu cuba menyelamatkan diri kerana khuatir keselamatannya selepas...
Berita Lanjut

Dah le jurugambar kena pukul…Anwar pula hentam wartawan

MACAM angin satu badan . Reaksi itu dapat dilihat pada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menjawab beberapa soalan semasa ‘dibom’ wartawan mengenai insiden jurugambar NST dan jurugambar agensi berita asing dipukul sekumpulan lelaki memakai T-shirt PKR, Sabtu.Dalam sidang media pagi Ahad di pejabat PKR Yayasan Aman di Penanti, Anwar mulanya seronok hentam beberapa media terutama Utusan Malaysia dan RTM yang didakwanya, melaporkan jumlah penyokong PKR ketika penamaan calon di Institut Perguruan Tuanku Bainun dekat Bukit Mertajam, semalam sama banyak.


Berita Lanjut


PAS kena pandang belakang sebelum sokong Anwar

Macam-macam ada kalau disorot Muktamar Dewan Pemuda PAS yang berlangsung di Ipoh, Khamis.Paling panas cerita hubungan parti itu dalam Pakatan Rakyat serta pandangan Pemuda PAS bahawa Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih layak jadi Perdana Menteri jika barisan pembangkang dapat bentuk kerajaan baru pada 16 September ini.Nampaknya, barisan perwakilan Pemuda PAS yang bercakap dalam muktamar itu hebat-hebat belaka.Biasanya orangramai hanya berpeluang mendengar suara kalangan pemimpin atasan parti itu.Kini golongan pemimpin akar umbi parti itu pula berbunyi sejak kemenangan besar barisan...
Berita Lanjut

Timbalan Presiden PAS bersuara...kenapa boleh bersekutu dengan DAP tapi tak boleh dekati UMNO

Kenyataan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa ini dikira agak mengejutkan.Ia satu teguran terbuka terhadap golongan dalam PAS yang menentang muzakarah parti itu dengan UMNO.Berucap merasmikan Muktamar Tahunan Pemuda PAS ke-49 di Ipoh Rabu selain menjelaskan pertemuan yang diadakan dengan kalangan pimpinan UMNO itu adalah keputusan Majlis Syura yang merupakan pimpinan tertinggi parti, beliau turut mempersoalkan kenapa PAS tidak boleh dekati UMNO sedangkan ia boleh bersekutu dengan DAP yang memusuhi Islam.
Berita Lanjut




CLEAN GOVERNMENT OR
CLEANING THE GOVERNMENT'S
COFFERS

When two Perak state exco
members were
called by the
Anti Corruption Agency on

Wednesday, one will remember
the Pakatan
Rakyat’s call for
a “clean and fair government”.

READ MORE

JEFFREY KITINGAN'S
DREAM

PKR’s Vice president Datuk Dr

Jeffrey Kitingan has expressed

his confidence that 13 Sabah

MPs would crossover to Pakatan

Rakyat.This coming from a

“senior” Sabah politician who

has lost his grip on the reality

of Malaysian politics and

rejected by almost all political

organizations in the state.

READ MORE


A BIRD OF A FEATHER

PKR candidate Datuk Seri
Anwar Ibrahim is on “cloud
nine” as he received support,
not only from his hardcore
supporters, but also certain
foreign leaders
.READ MORE

BETWEEN GUS DUR AND PAK SHEIKH

When former Indonesian President,
Abdul Rahman Wahid, Gus Dur
came forward in full support
for Datuk Seri Anwar Ibrahim,
last Monday, one cannot escape
from comparing the two leaders.

READ MORE



WALKING A ‘DEAD LINE’

ANTARA SI ALIM DAN SI ZALIM

KLIK IKON DIATAS UNTUK BACA TERUS LAMAN INI

KLIK IKON DIATAS UNTUK BACA TERUS LAMAN INI

TAHNIAH SHAFEE ! BERSAMA KITA PERANGI RAJA LANUN

2008 GENERAL ELECTION

BN BOLEH MENANG DENGAN SYARAT...

BN MAMPU MENANG DI PERMATANG PAUH

MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

KLIK IKON DIATAS UNTUK BACA TERUS LAMAN INI

KLIK IKON DIATAS UNTUK BACA TERUS LAMAN INI

NOMINATION DAY AT PERMATANG PAUH

KLIK IKON DIATAS UNTUK BACA TERUS LAMAN INI

PAS PRES SAY IT WILL LEAVE PAKATAN IF...