Printing Instructions: Select File and then Print from your browser's menu --- Article Information --- This article was printed from http://www.agendadaily.com:8080. Article's URL: http://www.agendadaily.com:8080/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_a22fdcf4-7f000010-c0e88800-4361ea7c ---------------------------
Saya patut dapat 10 undi saja…
Cerita pasal pilihanraya kecil Pengkalan Pasir belum reda lagi.Selain PAS masih pening lalat menerima kekalahan, ramai yang tertanya apa jadi dengan Datuk Ibrahim Ali.Batang hidungnya tak nampak masa malam pengiraan undi dan begitu juga masa pengiraan semula.
Bukan setakat itu beliau seolah ‘ghaib’ terus sejak pilihanraya selesai.Ada yang kata calon bebas yang dapat 415 undi itu menyorok kerana merasa malu.Desas desus turut berlegar di Pasir Mas mendakwa beliau buat pakatan sulit bagi memenangkan Barisan Nasional.
Antara indikasinya Ibrahim Ali didakwa slow down kempennya sehari dua menjelang pilihanraya dan ‘buat perangai’ hingga mencetuskan kemarahan para penyokongnya yang secara langsung membuatkan mereka buang undi kepada BN.
Betulkah begitu?
Agendadaily kebetulan terserempak dengan Ibrahim Ali sewaktu sidang akhbar Tengku Razaleigh Hamzah mengenai Kongres Kepentingan Melayu di kampus Universiti Teknoloji Malaysia (UTM) Jalan Semarak, Beliau hadir pada mesyuarat persiapan menjelang kongres itu sebagai salah seorang ahli jawatankuasa penganjur.
Sebelum itu Ibrahim Ali kelihatan rancak bersembang dengan beberapa orang ahli jawatankuasa lain semasa jamuan minum petang sejurus selesai mesyuarat itu.
Wajahnya kelihatan ceria seperti biasa dan riuh bersembang dengan stail biasanya bersuara nyaring dan sekali sekala ketawa berdekah-dekah.
Ketika ditemui selepas itu untuk mengulas kekalahan teruknya dalam pilihanraya kecil itu,Ibrahim Ali secara bersahaja berkata, “ 415 undi itu kira sudah banyak…patutnya saya dapat 10 undi saja.”
Beliau juga menafikan menyorok dari para wartawan.”Saya terima banyak call dari para wartawan tetapi saya malas nak jawab,”katanya.
Ditanya mengenai pandangan bahawa beliau patut pencen saja kerana terbukti menang tidak popular di Pasir Mas yang jauh berbeza dengan apa yang didakwanya semasa kempen,beliau lantas berkata, “:Ini Ibrahim Ali lah… you all kenal I kan.Mana boleh saya give up pasal itu.Saya sudah banyak kali ada pengalaman menerima kekalahan termasuk dalam pemilihan UMNO dulu.
“Itu pilihanraya kecil…tunggulah pilihanraya umum nanti..tak lama, 20 bulan lagi..
“I tak malu…kenapa nak malu.Pilihanraya kecil semua turun.Timbalan Perdana Menteri sendiri berhari-hari ada di Beliau juga mendakwa pihak BN telah ‘mengempur’ habis-habisan para penyokongnya termasuk “membeli’ mereka.
Ditanya apakah beliau ada bukti atas dakwaannya itu,Ibrahim Ali berkata…”kalau you ada di Pasir Mas tentu you tahu…macam-macam hal."
Beliau mendakwa jentera BN telah menghantar beribu SMS mengatakan beliau telah menarik diri sebagai calon untuk mengelirukan para pengundi.
“Satu dua malam sebelum pilihanraya ramai yang dapat SMS kata saya nak tarik diri.”
Dakwanya SMS berkenaan dihantar tidak lama selepas Datuk Seri Najib Tun Razak membacakan Bagaimana dengan dakwaan mengatakan beliau ada main mata dengan BN menerusi taktik tertentu sehingga undi para penyokongnya swing kepada BN?
“Mana ada…itu semua dakwaan karut,”tegasnya.
Kepada pertanyaan lain,beliau mengesahkan sejak kekalahan itu beliau belum lagi pulang ke Pasir Mas.
Sebelum mengakhiri perbualan,Ibrahim Ali berkata, “Kalau you tengok saya terlantar di hospital…mungkin waktu itu saya pencen dari politik.Selagi saya begini (sihat) I will be around."
Tengku Razaleigh yang berada dekatnnya secara berjenaka mencelah,”saya tak fikir orang macam Brahim akan pencen sekalipun atas katil hospital."
------------------------
Disangka ‘pencuri’ rupanya Ibrahim Ali kena ‘rompak’…
Sewaktu pilihanraya umum Mac 2004,Datuk Ibrahim Ali mendapat 1,600 undi dari kawasan Pengkalan Pasir ketika bertanding kerusi Parlimen Pasir Mas.
Ini mencetuskan kebimbangan yang amat sangat pada jentera Barisan Nasional kemungkinan bekas Ketua Penaja UMNO Bahagian Pasir Mas ini boleh ‘mencuri’ undi calon BN dan menguntungkan calon PAS. Bagaimanapun dari keputusan rasmi dimana beliau hanya memperolehi 415 undi nyata sekali undi Ibrahim Ali yang bertanding atas tiket bebas yang kena rompak.Beliau hilang 1,185
undi.
Nampaknya kedua-dua BN dan PAS Seperti yang kuat diramalkan sebelum ini jumlah undi PAS berbanding dengan plihanraya umum lalu yang diperolehi oleh Allahyarham Wan Aziz Wan Jaafar tidak berganjak malah bertambah.
Wan Aziz yang bertanding dengan calon BN Hanafi Mamat yang bertanding semula kali ini mendapat 7,168. Hanifa Ahmad berjaya meraih 7,288 iaitu pertambahan 120 undi. Hanafi pula berjaya mendapat tambahan 310 undi.Dulu 7112 dan kini 7,422. Keputusan ini juga menepati ramalan kalangan petugas kempen BN bahawa ‘nyawa’ mereka bergantung penuh pada pertambahan jumlah mereka yang keluar mengundi. Seramai 82.95 peratus pengundi keluar mengundi berbanding 77.64 peratus masa pilihanraya umum 2004.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang hadir semasa pengiraan undi berkata kepada para wartawan kemenangan itu bermakna rakyat memberi sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan mereka dapat menilai dengan baik rekod perkhidmatan cemerlang kerajaan BN.
Kalangan penyokong PAS kedengaran mendakwa BN menang atas undi Pos iaitu sebanyak 195 dari kalangan anggota polis dan tentera iaitu penduduk kawasan itu yang bertugas di luar. Dakwa mereka jika tolak undi pos kememenangan menyebelahi mereka. Apapun Ibrahim Ali telah menyatakan adalah satu keajaiban beliau boleh menang. Penyokongnya berkata mereka banyak berharap pada undi protes dan undi simpati sahaja. Keputusan ini membuktikan isu individu yang dibawa oleh Ibrahim Ali tidak mengena. Juga tepat seperti katanya orang Pengkalan Pasir mahukan orang yang boleh bantu mereka yakni samaada PAS atau BN. Sebagai calon swasta dia tidak boleh menjanjikan apa-apa. Soalnya sekarang apakah Ibrahim Ali melihat ini sebagai penamat ‘politik merajuk’ beliau? Lumrahnya beliau patut angkat bendera putih kerana 414 undi itu tidak menepati dakwaanya selama ini yang beliau masih ada pengaruh di Pasir Mas. -----------------------
Politik orang Kelantan macam Bursa Saham Kuala Lumpur – Ibrahim Ali
Kehadiran pada majlis ceramah terbukanya sepanjang tempoh kempen memang ramai.Semua nak tahu apa yang ingin disuarakannya. “Saya bertanding untuk menang, tapi saya tidak tahu sejauhmana saya boleh menang, saya tidak buat sebarang analisa. “Bagaimanapun apa juga boleh berlaku dengan kuasa Allah, dulu kita tidak sangka boleh berlaku tsunami membunuh beribu orang tapi ia telah pun berlaku.”katanya kepada Agendadaily selepas berceramah di Banggol Chica malam kelmarin. Menurut Ibrahim Ali melihat pada sambutan orangramai yang hadir ceramah, beliau rasa beliau patut menang “Saya bersyukur kerana ramai yang hadir ke ceramah saya.Kalau diambilkira khidmat saya selama ini, saya patut menang kecualilah pengundi itu bertuhankan duit,”katanya. Pada malam berkenaan ramai hadir memenuhi kedai kopi di mana termpat Ibrahim Ali berceramah.Dianggarkan hampir seribu orang. “Saya tidak buat sebarang perkiraan boleh menang atau tidak kerana saya tidak berparti, saya serah segala-galanya pada rakyat,”ujarnya. Ibrahim Ali menganggap politik orang Kelantan semacam Bursa Saham Kuala Lumpur. “Mereka tidak pernah statik dari segi sokongan… mereka akan melihat siapa yang boleh membantu mereka,”katanya. ----------------------------
Payung menjadi lambang pilihan calon bebas Datuk Ibrahim Ali.Lambang itu diharapnya menjadi simbol pelindung bagi Pengkalan Pasir. Dalam salah satu strategi kempennya beliau akan sedekah 1,000 kaki payung.
Payung-payung itu akan dipacak di depan rumah kalangan pengundi di kawasan Pengkalan Pasir. “Siapa nak ambil…ambilah,”kata Ibrahim Ali.
Sementara itu diminta mengulas mengenai kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pasir Mas Ahad malam untuk berkempen atas pentas PAS ,katanya beliau tidak kisah.
Beliau yang melawat Anwar semasa menjalani rawatan di “Itu hak Anwar…saya tak boleh kata apa,”katanya.
-----------------------
UMNO tidak perlu gentar dengan Ibrahim Ali- Ku Li
Tengku Razaleigh Hamzah berkata UMNO perlu menempuh ‘dengan tabah’ keputusannya buang Datuk Ibrahim Ali sebagai Ketua Penaja UMNO Bahagian Pasir Mas dulu dan tidak perlu merasa gentar dengan hasratnya nak bertanding sebagai calon bebas dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir boleh mencuri undi UMNO.
“Kalau kita orang politik tak usah fikir sangat pasal Ibrahim Ali.Kalau saya …saya akan buat apa saja untuk kemenangan parti,”katanya ketika diminta mengulas isu Ibrahim Ali sewaktu interbiu khas dengan Agendadaily mengenai Kongres Kepentingan Bangsa yang akan berlangsung di Dewan Universiti Teknoloji Malaysia,Jalan Semarak Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Disember ini.Interbiu itu akan disiarkan tidak lama lagi.
Bekas ‘orang kuat’ UMNO Kelantan dan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu mengakui Ibrahim Ali tetap ‘orangnya’.Katanya mereka sudah kenal lama dan sama-sama dalam Semangat 46 dulu.
Tengku Razaleigh menjelaskan beliau tidak pernah berkecil hati bila Ibrahim Ali meninggalkan Semangat 46 untuk masuk balik UMNO dulu.
Namun begitu,katanya kerana mereka sudah berlainan pegangan politik – beliau kini UMNO manakala Ibrahim Ali bebas – jadi dalam kontek pilihanraya kecil Pengkalan Pasir beliau akan berbuat sedaya upayanya bagi memenangkan UMNO.
Katanya beliau sendiri sudah berjumpa dengan Ibrahim Ali dan bercakap dengannya dan begitu juga beberapa orang pemimpin UMNO lain.
“Ibrahim bukan bodoh…dia cerdik Itu hak dia.Dia kata dulu buang dia dari jawatannya (sebagai Ketua Penaja UMNO Bahagian Pasir Mas)…kata dia apa salah dia…itu kata dia.
“Dia ada perhitungan dia….saya sebagai orang yang dah berusia lama dah…faham..tak perlu bercakap berulang kali.”
“Bila mati ( sewaktu wakil rakyat PAS meninggal) tu saya ada jumpa dia..saya cakap dengan dia you tak usah bertandinglah…katanya ini soal peribadi dia…kalau soal peribadi dia macam mana saya nak campur..hak dia.
“Dia ada pilihan dia…dia nak cuba..cubalah… tapi saya dah nasihat.
Saya tak ada hak nak kata dia betul ke tak betul…ini ikut perhitungan dia …kita kena respect pendirian dia..saya dah buat apa yang saya patut buat.
“Sekarang ni kalau UMNO dah rasa kuat..fikirlah strategi nak memenangi kawasan tu...ada ke tak ada ibrahim…dah buang dah Ibrahim… apa kita nak risau..bukan tak ada usaha (bercakap dengannya) …”katanya.
Ditanya apakah beliau turut merasa faktor Ibrahim Ali akan mengugat UMNO dalam pilihanraya kecil ini,Tengku Razaleigh berkata “tak taulah..saya boleh bercakap secara amnya saja iaitu PAS kuat di kawasan itu (Pengkalan Pasir) …walaupun dalam keadaan swing begitu besar dalam pilihanraya umum lalu.
Beliau mengakui keadaan agak getir bagi UMNO kerana kemungkinan undi PAS dalam pilihanraya umum lalu di situ tidak berganjak. “Apatah lagi Ibrahim akan curi undi lagi,”katanya.
Tetapi menurut Tengku Razaleigh ada kemungkinan keadaan boleh berubah semasa kempen-kempen lepas penamaan calon nanti.
Mengimbas balik mengenai isu Ibrahim Ali beliau berkata “saya dah bela dia dalam Majlis Tertinggi dulu masa nak buang dia.Dia orang tak nak dengar saya.jadi sekarang kita tanggonglah.”
Ditanya apakah maksud beliau bila berkata UMNO Kelantan perlu bersatu padu jika hendak menang di Pengkalan Pasir,Tengku Razaleigh menjelaskan maksudnya ialah “kena selesai masalah dalaman UMNO…UMNO tak boleh fikir sekerat-sekerat..macam kes Ibrahim… sebagai satu contoh.
“Adakah adil..adakah you buat tu atas kepentingan peribibadi atau kepentingan diri..you buang Ibrahim atau kepentingan kelompok…sekarang ni you rasa Ibrahim ni boleh mengancam kita.Mengapa you tak fikir dulu.Ini yang saya kata.
“Kalau Ibrahim tu penting untuk kita menang…ambil dia balik..
“Saya tak ada kuasa nak buat begitu…orang lain lebih penting…Ibrahim out tak mau Ibrahim pun tak pa..apa sibuk-sibuk pasal Ibrahim ni.
Tengku Razaleigh mengakui ada pihak yang telefon beliau agar memujuk Ibrahim.”Saya boleh selesai masalah ni... kalau parti nak ikut kehendak sayalah.
“Kehendak saya kita bersatu balik.Ibrahim dok dalam tak timbulah masalah nak lawan kita. Jadi sekarang kita dok bimbang Ibrahim boleh curi undi UMNO…apa perlu bimbang kalau rasa kita dah kuat.Itu mesej sayalah… -----------------------
Pengkalan Pasir: Pilihanraya kecil dalam banjir…?
Ramai dikalangan penyokong Barisan Nasional,parti pembangkang dan para pemerhati yang sudah merancang untuk membanjiri Pasir Mas menjelang pilihanraya Pengkalan Pasir dilanda keresahan.
Cuaca yang saban hari mendung dan hujan di Kelantan mungkin menyekat limpahan puluhan ribu orang dari negeri itu maupun dari luar khususnya pada hari penamaan pilihanraya kecil itu Ahad ini.
Unit Hidrologi Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan telah mengingatkan penduduk yang tinggal di tebing beberapa batang sungai utama di Kelantan supaya bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir apabila tiga batang sungainya kini mencatatkan bacaan di atas paras waspada berikutan hujan sejak tiga hari lalu.
Sungai Lebir mencatatkan bacaan 30.04m (paras waspada 27m/bahaya 35m), Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai 21.05m (waspada 20m/bahaya 25m), Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah 12.03m (waspada 12m/bahaya 16m) dan Sungai Golok 7.69m (waspada 7m/bahaya 9m).
Bagaimanapun Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberitahu para wartawan di Kota Bharu Selasa bahawa pilihan raya kecil itu akan diadakan seperti yang ditetapkan walaupun banjir akan berlaku.
Sejumlah 18,411 pengundi layak mengundi pada hari itu.
Mawi pagi Sabtu menghadiri satu majlis penyampaian basikal kepada para pelajar cemerlang di sebuah sekolah di kawasan pilihanraya kecil Pengkalan Pasir,Pasir Mas Kelantan.
Namun begitu Ketua Pegawai Eksekutif Maestro Talent, Freddie Fernandez ketika dihubungi Agendadaily petang Sabtu menolak ia ada kaitan dengan kempen pilihanraya kecil di situ.
“Mawi hadir untuk satu program anjuran Kementerian Pendidikan bagi memberi galakan kepada para pelajar.Kita tidak ada halangan untuk hadir program seumpama itu,”katanya.
Hadir sama di majlis itu ialah Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein. Freddie memberitahu ketika menerima undangan itu yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (2), Pasir Mas, Mawi kebetulan berada di Terengganu.
“Kami berkereta ke sana.Kami hadir sekejap saja.Lepas terus ke lapangan terbang balik kerana ada acara di Shah Alam pada sebelah petang,”katanya.
Ditanya tidakkah nanti pihak PAS akan mendakwa majlis itu ada kaitan dengan kempen pilihanraya,Freddie berkata terserahlah pada mereka jika hendak tuduh demikian.
“Bagi saya kehadiran kami semata-mata atas program pendidikan,”katanya.
Kepada satu soalan Freddie memberitahu setakat ini itu sahaja undangan yang Mawi terima untuk datang ke Pasir Mas.
Beliau tidak menolak kemungkinan Mawi sedia menerima undangan ke “Semuanya bergantung kepada jadual Mawi,”ujarnya. ------------------------
Mawi sedia 'bekerja' di Pengkalan Pasir
Penyanyi kegilaan golongan tua dan muda masakini Asmawi Ani atau Mawi bersedia untuk menerima undangan 'kerja' iaitu menyanyi oleh mana-mana pihak termasuk parti politik di kawasan berlangsungnya kempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri N12 Pengkalan Pasir, Pasir Mas Kelantan.
Menjawab soalan wartawan Agendadaily di sidang media sempena pelancaran album solo Mawi di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Rabu malam, Mawi dengan jelas memberitahu sekiranya dipanggil untuk menyanyi beliau bersedia menerima undangan tersebut.
"Kalau panggil untuk menyanyi, mungkin saya akan pergi…untuk menyanyilah," jawab Mawi yang kemudian disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Maestro Talent, Freddie Fernandez yang berada disisinya, "undangan untuk menyanyi…itu kerja dia".
Ketika ditanya samada Mawi ada menerima undangan parti pemerintah (Barisan Nasional) untuk turut berkempen membantu calon BN di kawasan tersebut, Freddie memberitahu setakat ini Mawi belum menerima sebarang undangan untuk tujuan berkenaan.
"Setakat ini tidak menerima sebarang undangan berkempen, setakat ini Mawi tidak melibatkan diri dalam politik dan kita akan teruskan pendirian itu, sekiranya ada juga undangan 'kerja' serta berbayar, mungkin kena pertimbangkan", kata Freddie.
Mawi sebelum ini telah membuat persembahan hiburan secara terbuka di Kelantan pada 30 September dan 1 Oktober lalu atas jemputan kerajaan PAS dan kemudian menerima undangan menyanyi di Majlis Jamuan Aidilfitri Pemimpin Bersama Rakyat anjuran UMNO Bahagian Pasir Mas di Stadium Mini Pasir Mas.
Pada majlis tersebut, Mawi menyanyi dihadapan lebih dua ribu penonton yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Datin Seri Rosmah Mansor, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan Datuk Seri Annuar Musa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mustapa Mohamed, Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Muhammad Haji Mohd Taib dan lain-lain pemimpin UMNO negeri.
Pemuda yang menjuarai Akademi Fantasia 3 kelahiran Kulai Johor itu merupakan satu-satunya penyanyi yang melancarkan album solo di Dewan Merdeka PWTC sekaligus mengadakan Konsert amal Fabricganza Islamic Fashion Wear 2005 anjuran D'Reka Batik Sdn Bhd dengan kerjasama MawiFC dan Maestro Talent & Management sdn Bhd.
Mawi melahirkan rasa syukur kerana dapat bekerjasama dengan komposer-komposer terkenal tanahair seperti M.Nasir yang juga peneraju konsep serta arah tuju album solo Mawi, Fauzi Marzuki, Ajai dan Yasin.
Di sidang media itu juga, M.Nasir mengakui bahawa Mawi telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai penyanyi dengan baik sekali terutama dalam menyanyikan lagu-lagu yang dicipta khusus dalam album berjudul 'Mawi…Yang Tercinta'.
Album tersebut yang mengandungi 8 buah lagu kini sudah mencapai jualan sebanyak 60,000 unit.
Antara lagu-lagu yang terdapat dalam album tersebut, Cinta Hakiki (Yasin), Kurniaan Tuhan (Ajai), Kian (Fauzi Marzuki) dan lima buah lagu disumbangkan oleh M.Nasir, antaranya, Aduh Saliha, Perempuan, Lagu Jiwa Lagu cinta, Di Pintumu dan Yang Tercinta.
Ini kerana semua menduga kelebihan undi padanya pasti menguntungkan PAS.
Beliau kedengaran bercerita kisah pilihanraya kecil itu pada mereka yang duduk bersamanya di salah sebuah meja di dewan makan.
Semasa pilihanraya umum lalu ketika bertanding kerusi parlimen Pasir Mas,beliau mendapat 1,600 undi dari kawasan Dewan Undangan Negeri Pengkalan Pasir.
Pengkalan Pasir ialah salah satu dari tiga kawasan Dewan Undangan Negeri di kawasan parlimen Pasir Mas.
Kemenangan ini adalah hasil kegigihan semua jentera pilihan raya parti walaupun persaingan agak sengit.
Najib berkata rakyat sedar bahawa kerajaan Kelantan pimpinan PAS tidak boleh mentadbir dengan baik dan kini terpulang sama ada mereka akan terus memimpin negeri ini atau membubarkan dewan negeri.
Katanya BN sudah pasti akan menunaikan janjinya kepada pengundi Pengkalan Pasir yang dahagakan perubahan mengikut kemampuan yang ada.
Semua orang tahu stail Datuk Ibrahim Ali yang lantang berucap dan sedap di dengar.Apa lagi beliau turun dengan nada berapi-api hentam
Ibrahim Ali sedekah payung
”Saya dah jumpa Ibrahim…kata Ibrahim ini soal peribadi dia…dia bukan UMNO lagi…saya nak pujuk-pujuk… atas apa hak.
Menurut laman web unit itu mengenai paras sungai, empat batang sungai itu pada bacaan terkininya pada pukul 4.15 petang Selasa adalah di Sungai Lebir di Tualang Gua Musang, Sungai Kelantan dan Sungai Golok di Rantau Panjang.
Sungai-sungai lain bagaimanapun masih berada pada paras biasa tetapi dilaporkan semakin meningkat berikutan hujan yang masih melanda Kelantan ketika ini.
Kemungkinan berlaku banjir ini telah mencetuskan khabar angin hingga kedengaran di
Katanya pilihan raya kecil itu akan diteruskan kerana kawasan berkenaan bukanlah sentiasa dilanda banjir.
SPR telah menetapkan Ahad ini sebagai hari penamaan calon dan 6 Dis ialah hari mengundi.
Wan Ahmad memberitahu SPR akan mengerahkan lebih ramai anggota keselamatan ke kawasan itu jika berlakunya banjir atau hujan lebat di samping menyediakan payung dan baju hujan kepada pengundi.
"Kaki pengundi mungkin basah sedikit tetapi persediaan itu bagi memastikan pengundi berkenaan diberikan laluan mudah ke tempat mengundi bagi melaksanakan hak mereka", katanya.
"Bagaimanapun hujan lebat atau banjir kilat mungkin menghalang sesetengah pengundi yang menyebabkan bilangan pengundi adalah kurang", kata beliau.
---------------------
--- end ---