Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 03 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Dr. M ajak singkir Pak Lah

Dr. M ajak singkir Pak Lah



‘Serangan’ bekas Perdana Menteri terhadap penggantinya diteruskan lagi dan kali ini Tun Dr. Mahathir Mohamad mengajak seluruh ahli UMNO untuk menyingkirkan segera Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi demi untuk menyelamatkan parti itu daripada terus musnah.

Beliau turut menyebut nama Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara nama-nama yang layak menggantikan Abdullah.

Katanya, beliau tidak kisah siapa yang akan menjadi pengganti asalkan Abdullah disingkirkan segera.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada forum bertajuk ‘UMNO Pasca Pilihan Raya Umum 12: Suara Hati Rakyat’ yang dianjurkan oleh Badan Bertindak Gabungan Ahli-Ahli Akar Umbi UMNO Johor di Johor Bharu tengahari Sabtu.



Antara ahli panel forum berkenaan ialah anak Dr. Mahathir yang juga Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz, bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk A. Kadir Jasin.

Dr. Mahathir turut diiringi oleh isterinya Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dan turut hadir veteran UMNO, Tan Sri Abdul Aziz Tapa.

Semasa sesi soal jawab dengan para hadirin Dr Mahathir mengulangi hal sama ketika ditanya apakah langkah-langkah yang akan dilakukannya segera jika katakan beliau diberi kuasa untuk tempoh 100 hari.

Katanya banyak yang akan dilakukan tetapi yang pertama ialah singkir Abdullah.

Ditanya mengenai hasrat anaknya Mukhriz nak bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia,Dr Mahathir berkata itu adalah haknya.

"Dulu masa saya Perdana Menteri...saya tak bagilah,"katanya.

Ditanya apakah ini bermaksud beliau merestui Mukhriz bertanding,Dr Mahathir lantas berkata," ini bukan soal restu tetapi hak dia."

Mengenai andaian Mukhriz kelak akan hanya menjadi penyambung lidahnya menerusi jawatan itu,bekas Perdana Menteri itu secara sinis berkata semua orang patut tutup mulut.


"Saya patut tutup mulut semua orang.Banyak orang dok bercakap semacam saya suruh Pak Lah turun jadi semua orang yang kata sedemikian adalah penyokong saya dan patut tutup mulutlah."– 17/5/2008



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.