Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 03 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: BN susun semula imej parti kembalikan keyakinan rakyat

BN susun semula imej parti kembalikan keyakinan rakyat

Barisan Nasional menerima kekalahan calonnya Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan perasaan terbuka kerana percaya pada prinsip demokrasi selain menghormati pilihan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini bukan bermakna akan melemahkan iltizam dan semangat BN untuk terus berkhidmat kepada rakyat tetapi akan melipatkan gandakan usaha memberi khidmat berbakti kepada rakyat.

“BN akan melakukan apa-apa yang perlu untuk menyusun semula imej parti dan dasar serta pendekatan bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN. Saya amat yakin, kesudahannya rakyat akan merasakan BN masih parti terbaik memimpin negara kita,” katanya.

Beliau yang juga timbalan pengerusi BN berkata demikian pada sidang media di kediaman Menteri Besar Terengganu di Seri Iman , Sabtu malam selepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said; Setiausaha Agung Umno dan BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut memenangi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 2,631 undi apabila memperoleh 32,883 undi.

Wan Ahmad Farid pula meraih 30,252 undi manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 193 undi dan hilang wang pertaruhan.

Mengenai majoriti lebih besar yang diperoleh calon PAS itu, Najib berkata, BN tidak boleh membuat kesimpulan terhadap perkara itu walaupun ia memberikan tamparan terhadap UMNO dan BN.

"Ini pilihan raya kecil...banyak faktor yang boleh tentukan keputusan dan faktor tempatan tidak boleh dibaca sebagai pertimbangan politik peringkat nasional," katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri berkata, BN memandang serius keputusan itu dan akan mengkaji secara mendalam hala tuju UMNO dan BN.

Beliau bagaimanapun berkata, terlalu awal untuk menentukan punca kekalahan namun sepertimana biasa BN akan melakukan kajian terperinci.

Ditanya sama ada keputusan itu bermakna rakyat menolak BN, beliau berkata: "Ini hanya pilihan raya kecil. Semestinya ia satu tamparan kepada kita (BN) tetapi kita akan terus berkhidmat kepada rakyat dan tidak akan tawar hati dengan keputusan ini.

Najib menolak andaian bahawa rakyat kini tidak lagi mahukan BN apabila parti itu kalah dalam dua pilihan raya kecil termasuk di Permatang Pauh pada Ogos tahun lalu.

"Kita pernah kalah dulu (Permatang Pauh) tetapi kita akan sifatkan ini sebagai satu pengajaran yang harus kita timba hikmah dari kekalahan ini (di Kuala Terengganu) untuk kita mengorak langkah ke hadapan dengan lebih positif lagi," katanya.

"Ia satu tamparan, tetapi hakikatnya ialah BN masih berkuasa di Terengganu," katanya.

Sementara itu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh ketika ditemui para wartawan berjanji bekerja lebih keras bagi memastikan pengundi-pengundi yang tidak mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu, mengubah fikiran dan mengundi parti itu di masa depan.

Beliau turut berterima kasih kepada pengundi-pengundi BN walaupun jumlah diterimanya tidak cukup untuk memastikan beliau menang bagi mengekalkan kerusi yang dimenangi Datuk Razali Ismail pada pilihan raya umum Mac tahun lalu.

“Saya juga ucapkan tahniah kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut kerana diberikan kepercayaan oleh majoriti pengundi bagi mewakili mereka di Dewan Rakyat dan selamat jalankan tugas sebagai ahli parlimen Kuala Terengganu,” katanya.

Bekas senator dan timbalan menteri dalam negeri itu turut berterima kasih kepada jentera BN dalam dalam dan luar Terengganu yang membantunya berkempen.

“Saya tahu mreka sudah kerja kuat dan keras tetapi akhirnya rakyat yang buat keputusan dan rakyat harus terima,” ujarnya enggan menjawab sebarang soalan daripada pihak.- 17/1/2009















Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.