Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Tue, 09 February 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT DAN EMAIL KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Reme Ahmad
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY
- test section



KLIK UNTUK SITUASI TERKINI INFLUENZA A (H1N1)


KLIK SINI UNTUK PERBANDINGAN HARGA DARI LAMAN KPDNHEP




|




Agenda Daily: Soi Lek sedia lepas jawatan...Tiong Lai tetap mahu EGM

Soi Lek sedia lepas jawatan...Tiong Lai tetap mahu EGM

Belum ada tanda-tanda kemelut kepimpinan dalam MCA dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat walaupun Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sedia menawarkan jawatan itu kepada naib presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai demi perpaduan parti.

"Jika beliau mahukan jawatan timbalan presiden, saya boleh letak jawatan. Demi perpaduan dan kestabilan MCA, saya bersedia untuk melepaskan jwatan saya," kata bekas Menteri Kesihatan itu.

Bagaimanapun bagi Liow pula, krisis dalam MCA ketika ini bukan soal jawatan presiden mahupun timbalan tetapi mahu mengembalikan kepada akar umbi membuat pemilihan baru pucuk pimpinan menerusi Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang baru pada 28 November ini.

Liow dalam sidang media bersama lapan lagi ahli parlimen MCA di lobi parlimen, Rabu dengan yakinnya berkata, EGM yang bakal diadakan itu akan dapat menyelesaikan semua masalah dalaman parti.

"EGM adalah hak perwakilan dan ia tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun, walaupun presiden," katanya.

Naib Presiden MCA, itu dan kumpulannya mempertahankan tindakan memanggil EGM MCA yang baru pada 28 November ini mendesak diadakan pemilihan parti yang baru.

Beliau menegaskan, EGM yang dicadangkan itu adalah sah dan dipanggil mengikut perlembagaan parti serta perlu dihormati pimpinan atasan.

Beliau menolak kenyataan setiausaha agung MCA, Datuk Wong Foon Meng bahawa EGM yang dicadang itu "bertentangan dengan perlembagaan parti".

EGM itu dipanggil oleh 16 anggota Jawatankuasa Pusat (CC) MCA, termasuk Naib Presiden Tan Kok Hon, Ketua Pemuda Datuk Wee Ka Siong dan Ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun.

Mengikut perlembagaan parti itu, EGM boleh diadakan melalui tiga cara - atas arahan presiden, diminta oleh satu pertiga anggota CC atau satu pertiga perwakilan pusat.

Liow percaya pemilihan baru parti adalah satu penyelesaian bagi membina integriti parti itu.

Turut hadir di sidang akhbar itu ialah Wee, Chew dan bekas setiausaha agung, Datuk Ong Ka Chuan.

Ong pula menegaskan EGM baru itu menurut Artikel 30(2) perlembagaan parti, satu pertiga anggota jawatankuasa pusat, boleh memanggil EGM.

Menurut Liow lagi, mereka bukan menghalang pelan damai yang dikemukakan Ong Tee Keat tetapi EGM itu adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah dalaman MCA.

"Jadi, adalah jelas bahawa EGM itu tidak melanggar perlembagaan. Proses memanggil EGM itu adalah telus... agendanya juga mengikut Artikel 27, yang menyebut bahawa EGM boleh membincang sebarang tajuk. Kali ini tajuknya ialah isu pemilihan baru parti," tambahnya.

Beliau memberi jaminan kepada 2,380 perwakilan MCA bahawa mereka tidak perlu bimbang tentang kesahihan EGM tersebut.

Liow pula dengan yakinnya berkata, EGM yang bakal diadakan itu akan dapat menyelesaikan semua masalah dalaman parti.

Wee pula berkata EGM itu akan membincangkan dua resolusi iaitu bagi mendapatkan mandat baru dari perwakilan untk mengadakan pemilihan baru parti.

Satu lagi adakan untuk membatalkan pemecataan empat anggota jawatankuasa pusat dan semua janji yang dibuat oleh presiden.

Terdahulu Soi Lek dilaporkan bersedia menawarkan jawatan Timbalan Presiden kepada Liow jika Naib Presiden itu mahupun jawatan berkenaan.

“JIka beliau mahukan jawatan timbalan presiden, saya boleh letak jawatan. Demi perpaduan dan kestabilan MCA, saya bersedia untuk melepaskan jwatan saya," katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan Liow mesti membuat kenyataan terbuka bahawa beliau mahu menjadi timbalan presiden.

“Dia mesti menyatakannya... bahawa saya, Liow Tiong Lai, mahu jawatan timbalan (presiden) MCA... sila beritahu saya dengan jelas. Saya sedia melepaskannya," katanya. - 11/11/2009



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.