Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 03 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: UMNO tidak fikir nak kacau dia...

UMNO tidak fikir nak kacau dia...

“UMNO tidak fikir nak kacau dia…tak ada…BN pun tak fikir nak menyusahkan dia,” itulah yang ditegaskan Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika diminta mengulas laporan polis yang dibuat terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat pembantu khasnya.

Sehubungan itu katanya, memandangkan laporan polis telah dibuat, pihak polis akan menyiasat perkara berkenaan dan terserah kepada pihak polis untuk menentukan tindakan selanjutnya.

Beliau menafikan kononnya laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhri Azlan itu adalah perancangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menganiaya Anwar bagi memastikan beliau tidak boleh bangkit semula dalam politik.

"UMNO tak fikir nak kacau dia macam ini, tidak ada. BN pun tak fikir nak menyusahkan dia, nak kacau dia atau nak timbulkan perkara yang macam ini...tidak ada niat seumpama ini, tak terlintas dalam fikiran saya langsung kot-kot nak buat khianat dia dan saya percaya kawan-kawan saya... Datuk Seri Najib Razak dan siapa pun tak berfikir begitu.

"Benda itu sudah berlaku dan orang yang berkenaan yang terbabit sudah buat laporan. Kita nak buat apa lagi, dia ada hak membuat laporan, kita tidak boleh tegah dia daripada buat laporan. Kita serah kepada polis, kita tidak ada sebarang rancangan untuk buat sesuatu kepada dia kerana dia kata dia dah pulih balik dalam politik," katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Bumi Hijau Warga Putrajaya hari Ahad.

Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas laporan polis yang dibuat oleh pembantu khas Anwar, Saiful Bukhri Azlan yang mendakwa diiwat oleh Anwar. Laporan polis berkenaan dibuat hari Sabtu.

Sambil menyatakan terkejut dengan laporan polis itu, Abdullah yag juga Presiden UMNO berkata, UMNO dan BN tidak terlibat dalam soal berkenaan apatah lagi hendak menggunakan isu berkenaan bagi menghalang kebangkitan semula Anwar di dalam politik tanah air.

Katanya, kerajaan tidak boleh menghalang individu terbabit dariapda membuat laporan polis kerana ia adalah hak individu berkenaan sebagai mana Anwar juga berhak untuk menafikan melakukan perbuatan tersebut.

"Kalau dah begitu pihak polislah kena ambil apa-apa tindakan yang wajar, laporan polis sudah dibuat dan polis yang akan membuat sisatan dan menentukan sama ada perkara itu betul atau tidak betul. Soal Datuk Seri Anwar apa yang dia nak kata, bukan sesuatu yang kita boleh tentukan. Dia tentulah buat penafian, lazimnya orang yang dituduh buat penafian tetapi kalau sudah ada bukti dan pihak polis akan siasat, siasatlah,” ujar beliau. – 29/6/2008



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.