Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 03 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Daftar penulis blog belum tentu selesai masalah - PM

Daftar penulis blog belum tentu selesai masalah - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Isnin kerajaan belum bercadang mewajibkan semua penulis blog tempatan mendaftar kerana tidak yakin ia akan menyelesaikan sepenuhnya masalah penyebaran maklumat tidak berasas itu.

Katanya sekalipun diminta berdaftar, mungkin sesetengah daripada mereka tidak mematuhi arahan dan menggunakan saluran lain melalui server luar negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan berpendapat undang-undang dan peraturan sedia ada sudah mencukupi untuk bertindak terhadap penulis blog yang melampau jika diperlukan.

"Undang-undang sedia ada sudah mencukupi. Ia akan dikuatkuasakan bila ia perlu dikuatkuasakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kampus Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) di
Kuala Lumpur.

Perdana Menteri berkata beliau turut menerima maklumat bahawa ramai pihak menyatakan kekesalan dengan aktiviti penulis blog yang menyebarkan maklumat tidak berasas.

Ditanya mengenai satu laporan luar negara tentang urusniaga balak yang mengaitkan nama Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Abdullah berkata: "Saya tidak sedar mengenainya".

Menurut laporan agensi asing pada 29 Mac, Taib dibabitkan dengan sogokan daripada eksport balak berjumlah 1.1 bilion yen (RM32 juta).

Laporan itu menyebut bahawa sembilan syarikat perkapalan Jepun yang mengangkut kayu gergaji dari
Sarawak didakwa gagal melaporkan pendapatan keseluruhan berjumlah kira-kira 1.1 bilion yen bagi tempoh tujuh tahun sehingga Mac lepas.

Laporan itu mendakwa wang terbabit merupakan sogokan kepada pegawai
Sarawak menerusi sebuah ejen di Hong Kong yang mempunyai hubungan dengan Taib dan keluarganya.-9/4/2007

----------------------------



Blog bersifat politik mesti dipantau dan didaftarkan


Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin menyuarakan sokongan terhadap cadangan untuk mendaftarkan laman blog, terutamanya yang bersifat politik.

Beliau berkata jika media arus perdana tertakluk kepada pendaftaran, pemantauan dan undang-undang tertentu, tidak ada sebab kenapa pengendali blog boleh dikecualikan.

"Kita mesti tahu siapa mereka, jadi mesti ada undang-undang yang akan menyebabkan mereka kita kenali," katanya kepada pemberita di Singapura Jumaat.

Beliau bagaimanapun berkata keperluan untuk mendaftarkan blog yang memuatkan hiburan atau komentar sosial mungkin tidaklah sebegitu besar sebagaimana blog yang didorong oleh politik.

"Apabila ada golongan politik yang hendak menggunakan blog untuk kepentingan politik atau seseorang pengendali blog yang mempunyai dorongan politik, maka kita harus kenal siapa dia.

"Politik adalah untuk mencari pengaruh di kalangan awam, politik adalah untuk mencari kuasa. Kalau kuasa, kita kena pergi kepada rakyat.

"Apabila kuasa pergi kepada rakyat, maka dia kena perkenalkan diri dia. Dia tidak jujur kalau dia menyembunyikan diri apabila dia bercakap tentang politik," katanya.

Bernama melaporkan Zainuddin berkata untuk mencari kuasa politik, orang sanggup membuat fitnah dan juga menyebarkan hal-hal yang tidak benar, menggunakan sumber yang tidak disahkan atau tidak memeriksa sumber sesuatu maklumat.

"Maka ini adalah amat berbahaya sebab mereka menulis dan bertindak untuk mencari kuasa. Cita-cita mereka ialah untuk menjatuhkan kerajaan dan juga untuk mengembangkan fahaman politik mereka dan membantu mana-mana pihak untuk tujuan politik," katanya.

Zainuddin berkata beliau setuju dengan cadangan pemantauan dan pendaftaran seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.

Zainuddin turut membincangkan isu blog dan bagaimana pendekatan Singapura terhadap perkara itu ketika beliau menemui rakan sejawatannya Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kesenian Singapura Dr Lee Boon Yang pagi tadi.

Zainuddin berkata Singapura mempunyai mekanisma pendaftaran bagi blog yang secara konsisten memuatkan tulisan politik.

Kata beliau, Singapura juga mempunyai rangkakerja pelesenan secara kelas untuk mengawalselia media baru termasuk juga blog dan menaklukkan mereka kepada kod etika tertentu di bawah kawalseliaan Lembaga Pembangunan Media (MDA).

Pelesenan secara kelas secara amnya, membabitkan penggazetan terma dan syarat bagi sesuatu industri dan sesiapa sahaja yang menyediakan perkhidmatan dalam skop kelas lesen yang berkenaan, akan dianggap telah membaca terma dan syarat berkenaan dan dianggap telah dilesenkan.

Zainuddin berkata beliau berpendapat cara yang digunapakai di Singapura adalah praktikal dan mungkin boleh diubahsuai untuk di
Malaysia.

"Kita akan tengok sama ada versi ini boleh dibuat di Malaysia, saya tidak tahu tapi saya rasa cara ini praktikal," katanya .-6/4/2007

----------------------------

Penubuhan perikatan bloggers dapat liputan meluas media luar negara

Penubuhan National Alliance of Bloggers (NAB) oleh para penulis laman blog tempatan Khamis telah mendapat liputan meluas di luar negara termasuk media terkemuka seperti The Washington Post,Sydney Morning Herald,International Herald Tribune,Aljazeera,Fox News,Forbes dan MSNBC.


Seluruhnya 41 buah media yang dikesan setakat ini menyiarkan laporan ajensi berita Associated Press mengenai penubuhan perikatan bloggers itu.


Laporan berkenaan antara lain memetik Presiden Jawatankuasa Protem NAB ,Ahirudin Attan @ Rocky’s Bru sebagai berkata tujuan utama penubuhan NAB adalah untuk melindungi para bloggers dan cuba membuat pihak kerajaan faham pandangan mereka dan kenapa mereka menulis mengenai hal-hal tertentu.

"Bila sesetengah pihak dalam kerajaan menjadi hostile terhadap bloggers ,saya percaya mereka cuba menujukannya terhadap sebilangan kecil bloggers yang pandangan mereka mengenai hal ehwal semasa menjadi kebimbangan,”katanya.

Laporan itu juga memetik Timbalan Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak sebagai berkata bloggers telah menjadikan urusan kerajaan menjadi semakin mencabar.

"Sesetengah cuma memberi penerangan,setengah pula membahaskan sesuatu pandangan dan ada sebilangan kecil yang memutarbelit dan sensasikan (isu),”katanya .-7/4/2007

KLIK DI SINI UNTUK IKUTI SENARAI PENUH MEDIA LUAR NEGARA YANG MENYIARKANNYA:

NAB: An avalanche of good press & unified tone


---------------------------


Bloggers kini sudah ada ‘payung’ sendiri




Seramai 40 orang penulis laman blog di internet berkumpul di Kelab Wartawan Kebangsaan di Kuala Lumpur petang Khamis dimana kata sepakat dicapai bagi penubuhan sebuah badan untuk menyatukan dan menjadi suara rasmi para bloggers di negara ini.

Perikatan Bloggers Kebangsaan atau dalam bahasa Inggeris National Alliance of Bloggers – itulah nama yang dipersetujui.

Badan itu kelak akan didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan dan akan menjalankan berbagai aktiviti termasuk memberi kursus kewartawan kepada para penulis laman blog yang kurang pengetahuan dalam selok belok menulis berita,rencana dan komentar cara yang betul.



Idea penubuhan sebuah badan untuk menjadi payung kepada para bloggers tempatan muncul berikutan tindakan saman beberapa pegawai kanan New Straits Times keatas penulis laman blog Ahirudin Attan (Rocky’s Bru), dan Jeff Ooi ( Screenshots).

Selain itu ia didorong oleh hasrat untuk bersatu suara dalam menangkis komen-komen negatif oleh para pemimpin politik kerajaan terhadap para bloggers tempatan.

Bagi mereka para bloggers juga mempunyai peranan tersendiri sebagai ‘media rakyat’.



Para penulis laman blog terdiri dari berbagai kategori.Kebanyakannya adalah ‘bloggers ringan’ yang menulis hal-hal peribadi mereka sendiri.Kontroversi bertumpu kepada ‘media bloggers’ yang menulis hal-hal politik serta komentar yang kritikal.

Dalam kategori ini pula ada penulis blog dari kalangan bekas wartawan berpengalaman yang menulis secara profesional dan ada juga penulis laman blog tak bernama yang dikira ‘pakai hentam’ saja tanpa mengikuti norma etika kewartawan sebenar.



Laman blog di internet boleh diwujudkan dengan pantas dan secara percuma oleh sesiapa saja mengunakan enjin seperti Blogspot,Wordpress dan lain-lain.

Pertemuan selama hampir dua jam itu telah memilih Ahiruddin yang juga bekas pengarang akhbar Malay Mail sebagai Presiden jawatankuasa protem.Timbalannya pula Jeff Ooi,Setiausaha Nuraina Samad dan Bendahari Tony Yew.

Lapan orang ahli jawatankuasa protem pula terdiri dari Patrick Teoh, Bernard Khoo, Syed Azidi Syed Abdul Aziz, Syed Jamal al-Idrus, Rajahram Ramalingam, Annuratha K, Ami Husni, and Soon Li Tsin.



Ahiruddin dalam ucapan aluannya antara lain menyatakan tentang perlunya para bloggers bersatu untuk menjaga hak dan kepentingan mereka.

Beliau juga menceritakan pengalamannya merasa keseorangan pada peringkat awal menghadapi tindakan saman NST.



Ini sehinggalah rakan-rakan bloggers lain kemudian tampil memberi sokongan moral.


Perikatan Bloggers Kebangsaan akan beroperasi seperti mana-mana persatuan lain.Ia kelak akan mempunyai pejabat sendiri.

Menurut Ahiruddin perlembagaan badan itu akan digubal dan permohonan pendaftarannya akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan secepat mungkin.

Hadir sama pada pertemuan itu ialah Datuk Ruhanie Ahmad (Kuda Kepang) dan Datuk Rejal Arbee yang kini menulis di sebuah laman web.



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.