Beberapa Ahli Parlimen blok kerajaan juga membangkitkan isu kenaikan cukai tersebut selepas menerima kecaman banyak pihak dan tentangan daripada blok pembangkang, Perikatan Nasional (PN) di Parlimen semasa sidang kali ini.
Menerusi notis usul yang difailkan Khamis lepas di bawah Seksyen 30(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid memohon Mahkamah Sesyen memberikan suatu perintah untuk merujuk soalan mengenai kesan peruntukan Perlembagaan Persekutuan kepada Mahkamah Tinggi.
Beberapa Ahli Parlimen membangkitkan isu kejatuhan nilai ringgit di Dewan Rakyat dan mempertikaikan jawapan Anwar yang juga Menteri Kewangan meminta Gabenor menjawab isu tersebut, walhal beliau adalah menteri yang bertanggungjawab.
Untuk rekod, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada September tahun lalu juga dibebaskan tanpa dilepaskan pembebasan (DNAA) untuk 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
Isu melibatkan laman media sosial itu difahamkan juga dialami seluruh pengguna seluruh dunia dengan pengguna di Malaysia juga berdepan situasi sama apabila secara tiba-tiba tidak dapat akses masuk ke akaun masing-masing.
Wan Saiful dalam permohonan maaf itu mengakui bahawa kenyataan yang dibuat ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada 28 Feb lepas memang ditujukan kepada Anwar.
Ahli Parlimen Pagoh berkata rakyat mengulang kembali kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menjadi pembangkang apabila sering membidas kerajaan dengan mengatakan tidak pandai menjaga negara susulan kejatuhan ekonomi dan mata wang ketika itu.
Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan yang memerintah ketika ini perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya ekoran kejatuhan nilai ringgit ke paras terendah dalam sejarah sejak krisis kewangan pada 1997.
Pengarah LFL Zaid Malek mempertikaikan kod etika tersebut kerana ia memberi kuasa kepada pihak kerajaan untuk memutuskan bentuk berita yang akan disiarkan, selain Jabatan Penerangan (Japen) berkuasa untuk membatalkan akreditasi kad media.
Selepas setahun lebih bersama dalam kerajaan campuran, UMNO mula merasai rimas dan tidak selesa dengan tindak-tanduk DAP walaupun pada mulanya dilihat nampak serasi ketika membentuk kerajaan bersama.
SPAN dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelarasan tarif itu tidak lagi boleh ditangguhkan agar tidak menjejaskan kemapanan industri perkhidmatan air dalam jangka panjang sekali gus memberi impak kepada kualiti perkhidmatan bekalan yang dinikmati rakyat.
Pada 9.36 pagi, ringgit menyusut kepada 4.7075/7110 berbanding dolar AS daripada penutup pada Selasa 4.6925/6965, labor Bernama.
Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), daripada jumlah tersebut, 99 mangsa daripada 42 keluarga masih berlindung di dua PPS di Daerah Beluran, Sabah, lapor Bernama.
Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari membidas Perdana Menteri (PMX) kerana memainkan isu dana tersebut bagi mengaitkan langkah untuk menjatuhkan kerajaan tanpa sebarang mengemukakan bukti kukuh, malah ia bukan kali pertama perkara tersebut dibuat kerana sebelum ini pernah menuduh isu dana judi diterima Perikatan Nasional (PN).
Sekurang-kurangnya 101 kawasan di daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah dijangka menerima bekalan air selepas 48 jam, manakala 157 kawasan membabitkan daerah SPT, Seberang Perai Selatan dan Timur Laut serta Barat Daya di kawasan pulau akan mula menerima bekalan air selepas 72 jam, lapor Bernama.
Berita tepat dan menyeluruh.