Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 03 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Pendirian rasmi Badan Perhubungan UMNO Kedah terhadap tindak tanduk Mukhriz

Pendirian rasmi Badan Perhubungan UMNO Kedah terhadap tindak tanduk Mukhriz

Datuk Mukhriz Mahathir ada pandangannya tersendiri… dan begitu juga Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah yang tidak senang dengan tindak tanduknya mengkritik dan mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan.

Oleh itu ia mahu Ahli Parlimen Jerlun itu hentikan segera tindakan itu yang disifatkannya tidak beretika.

Baginya Mukhriz harus memberi tumpuan kepada tugasnya sebagai wakil rakyat.

Pendirian Badan Perhubungan UMNO Negeri itu dalam isu ini dinyatakan oleh pengerusinya Datuk Seri Mahdzir Khalid selepas mempengerusikan badna itu di Alor Star Isnin malam.

Katanya mereka memandang serius tindak tanduk Mukhriz kerana beliau adalah Ahli Parlimen dari negeri itu.

Menurut Mahdzir badan itu menyerahkan kepada Jawatankuasa Pengurusan UMNO untuk mengambil tindakan ke atas Mukhriz .- 26/5/2008

--------------------------


UMNO bukan milik PM atau Dr. M dan keluarganya

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Mukhriz Mahathir terus menerima ‘tekanan dan kritikan’ ekoran kenyataanya untuk terus kekal dalam UMNO tetapi pada masa yang sama mendesak sekeras-kerasnya Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan segera.

Sebelum ini Ketua Pemuda UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengecam kenyataan Mukhriz dan hari Khamis, dua lagi rakan exco Mukhriz memberikan kenyataan pedas terhadapnya.

Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharudin berkata, Pemuda UMNO Perak mencabar Mukhriz untuk keluar daripada parti dan mendesak Jawatankuasa Pengurusan UMNO untuk mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen Jerlun itu.

"Kalau beginilah sifat Mukriz dan rakan-rakannya kepada UMNO, hanya perjuangan yang penuh prasangka buruk dan jumud, mereka wajar letak jawatan dan keluar UMNO," katanya dalam satu kenyataan di sini.

“UMNO tidak boleh biarkan ahli-ahlinya sewenang-wenang buat kenyataan sebegini. UMNO adalah institusi yang bermaruah dan ada integritinya, hak milik semua ahli, bukan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir mahupun keluarganya,” ujar beliau.

Exco Pemuda UMNO, Md Jais Sarday, menegaskan UMNO tidak memerlukan ahli politik bersifat pembangkang terutama kepada pucuk pimpinan dalam partinya.

Serentak dengan itu, Jais berkata, Mukhriz tidak layak menawarkan diri untuk bertanding Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti Disember ini kerana meminta Perdana Menteri meletak jawatan.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Latihan Pemuda UMNO, berkata bahawa pada masa ini semua anggota UMNO perlu menumpukan perhatian kepada usaha memperkukuhkan parti dan bukannya bercakap mengenai jawatan.



Sementara itu. Hishammuddin dalam kenyataan terbarunya bersedia memberi peluang kepada Mukhriz untuk menjelaskan maksud sebenar beliau mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan kepaa Jawatankuasa Pengurusan UMNO.

Bercakap kepada pemberita di Parlimen, beliau gembira jika ada ruang untuk menjernihkan keadaan.

“Elok Mukhriz jelaskan kerana kita tidak mahu kelak timbul persoalan daripada mana-mana pihak mengenai pemimpin Pemuda yang sanggup pertaruh kedudukan dan keahilan UMNO apabila diuji pada sebarang keadaan,” jelasnya.

Ketika ditanya apakah bentuk tindakan tatatertib yang boleh dikenakan terhadap Mukhriz, Hishammudin berkata, isu yang disuarakan Mukhriz pernah disuarakan oleh pemimpin lain yang lebih tinggi dan dengan itu mengapa mesti dilihat kepada Muhkriz sahaja dalam hal ini. – 22/5/2008


----------------------------

Datuk Hishammuddin bersuara

Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Seri Hishamuddin Hussein hari ini mengecam tindakan anak buahnya Datuk Mukhriz Mahathir yang semalam umum beliau nak kekal dalam UMNO tetapi bagi syarat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mesti letak jawatan.

"Saya tak boleh terima dalam konteks kesetiaan dan tergamaknya beliau untuk meletakan keahliannya dalam parti dengan memberi tempoh kepada Presiden untuk letak jawatan,"katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen.

Kenyataan Exco Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir yang mengugut akan keluar daripada parti sekiranya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak meletak jawatan menjelang Julai ini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pengurusan Umno.

Menurut Hishammuddin, yang kesal dengan tindakan Mukhriz itu,kesetiaan terhadap parti tidak boleh dipersenda dan dipermainkan dengan mempertaruhkan keanggotaan seseorang anggota sebagai tebusan.

"Sebagai Ketua Pemuda saya tegas dengan apa yang berlaku ini dan terpulang kepada jawatankuasa itu sama ada akan mengenakan tindakan disiplin terhadap Mukhriz atau tidak memandangkan Pemuda tidak mempunyai kuasa untuk bertindak sedemikian,” katanya.

Selain itu, beliau juga akan bertemu tiga lagi anggota Exco Pemuda Umno iaitu Pengerusi Biro Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Azizul Nizam Bidin, Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan, Harisson Hassan, dan Timbalan Pengerusi Biro Pendaftaran dan Daftar Pemilih, Kamarulzaman Kamdias yang hadir bersama Mukhriz pada sidang akhbar itu.

"Saya nak tahu apa sebenarnya pendirian mereka...apakah mereka bersetuju dengan tindakan Mukhriz...tetapi berdasarkan maklum balas yang diterima dari akar umbi, tindakan (Mukhriz) meletakkan syarat itu merupakan prinsip dan dasar perjuangan yang tidak boleh diterima dan amat mengecewakan.

"Sebelum ini (Mukhriz) pernah menyatakan akan berbincang terlebih dahulu dengan rakan-rakan exco sebelum mengambil sebarang pendirian. Jelas prinsip ini bercanggah dengan semangat perjuangan dalam berpasukan,” katanya.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ketika diminta mengulas isu Mukhriz berkata, beliau bersetuju dengan kenyataan Hishamuddin dan menegaskan itu adalah pendirian rasmi Pemuda UMNO.

Hisham dalam kenyataannya kecam tindakan Mukhriz yang beri kata dua kepada Pak Lah dan menyerahkan kepada Jawatankuasa Pengurusan UMNO untuk menentukan bentuk tindakan disiplin yang hendak diambil terhadap Mukhriz.

Sementara itu Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata adalah tidak wajar untuk mengenakan sebarang syarat dan tekanan atau desakan dalam menentukan pucuk pimpinan kerana itu bukan budaya UMNO.

Menurutnya, kedudukan pucuk pimpinan ditentukan melalui perhimpunan agung parti dan tidak boleh juga mendesak Perdana Menteri meletak jawatan dengan cara sedemikian kerana beliau telah menang dalam pilihanraya umum lalu.

"Tidak boleh suruh beliau berhenti. Tidak boleh diganti dalam soal ini,'' katanya.- 21/5/2008



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.