Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 03 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Tok Guru pertahan Nizar sebab Husam...

Tok Guru pertahan Nizar sebab Husam...



Sesiapa sahaja yang tengok gambar Datuk Seri Nizar Jamaluddin pegang lilin di akhbar baru-baru ini tahu membezakan sama ada ianya sidang media atau majlis memperingati kematian mendiang Teoh Beng Hock.

Namun Nizar, mantan Menteri Besar Perak yang juga Timbalan Pesuruigjaya PAS negeri itu, memilih menyalahkan media dalam melaporkan berita itu.

Tindakan itu bukannya pelik kerana selama ini, antara budaya pemimpin pembangkang adalah bercakap bohong, salahkan media, boikot akhbar dan saman akhbar.

Nizar pula dalam kontroversi terbarunya ini memilih untuk menuntut di akhirat kelak terhadap dakwaan salah lapor oleh akhbar Utusan Malaysia mengenai perkara itu.

Sebenarnya, tidak perlu dihairankan kenapa Nizar bersama-sama pemimpin DAP menghadiri majlis itu kerana hubungan beliau dengan pemimpin parti itu memang rapat.

Jika tidak mustahil beliau ketika pembangkang mentadbir Perak, ada gelaran tiga N, merujuk pada Nizar, Ngeh dan Nga dua pemimpin utama DAP yanbg mencaturkan pimpinan kerajaan negeri walaupun Nizar adalah Menteri Besar.

Selain itu ada certia kononnya Nizar juga ada kaitan kekeluargaan dengan orang Cina, sama ada sebelah emak atau bapanya, entahlah.

Berbalik perbuatannya mememang lilin, jelas Nizar kini sudah semakin rapat dengan suasana kehidupan dan politik DAP bukannya parti PAS yang diwakilinya.

Nizar sudah ibarat masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum.

Beliau sudah membiasakan dirinya dengan tindak-tanduk DAP dan mungkin terikut-ikut kehendak Ngeh dan Nga yang jadi sekutu rapat dan kerap mempertahankannya.

Cuma dalam isu Nizar memegang lilin ini, Nga belum jadi ‘ustaz’ untuk komen sama ada perbuatan ahli parlimen Bukit Gantang itu betul atau salah.

Dalam PAS pula, Nizar terselamat kerana Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat mempertahankan perbuatannya itu sebagai tidak bercanggah ataupun haram di sisi Islam.

Nizar bertuntung kerana Datuk Husam Musa lebih awal menyatakan perkara itu tidak menyalahi ajaran Islam.

Seperti biasa, bila Husam kata OK, Nik Aziz pun akan kata OK. Ini kerana sebilangan pemimpin dan ahli PAS mengetahui, Menteri Besar Kelantan itu akan mempertahankan apa juga diperkatakan Husam dan geng beliau yang dikaitkan dengan kumpulan Erdogan yang pro Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pandangan Tok Guru jelas tidak sama dengan pandangan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakari dan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib.

Apapun disebalik cerita Nizar pegang lilin ini, ianya sekali lagi mendedahkan bahawa dalam mempertahankan sesuatu kepentingan politik dalam PAS, parti itu sanggup menghalalkan apa saja caranya.

Ianya juga menunjukkan kaitan rapat Nizar, Husam dan Tok Guru Nik Aziz yang kini sudah mula jadi topik perbualan kalangan ahli dan pemimpin PAS yang melihat watak-watak berkenaan semakin hilang haluan dan perjuangan dalam parti.-25/7/2009





PAS serah pada Dewan Ulama tentukan tindakan Nizar

PAS menyerahkan kepada Dewan Ulama untuk mengeluarkan fatwa atau hukuman terhadap tindakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Dr Mohd Nizar Jamaluddin yang menyertai majlis nyalaan lilin di Ipon bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada seorang anggota Exco Selangor.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaacob berkata pihaknya tidak mahu terburu-buru mengeluarkan sebarang kenyataan dan membiarkan Dewan Ulama PAS untuk kemukakan sebarang pandangan.

"Kita serah sahaja kepada Dewan Ulama PAS untuk tentukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek fasa kedua di Rantau Panjang Rabu.

Bernama melaporkan beliau mengulas kenyataan Zambry yang mahukan ulama PAS memberikan pandangan agama terhadap tindakan Nizar yang menyalakan lilin untuk memperingati kematian Teoh.

Di KOTA BHARU, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan mengulas tindakan Nizar itu.

Ketika ditanya, Menteri Besar Kelantan itu sebaliknya mempersoalkan aspek politik mengenai Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Perak.

Nik Abdul Aziz mempersoalkan kesahihan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambri Abdul Kadir kerana ianya dianggap bertentangan dengan amalan demokrasi.

"Usahkan fatwa Islam, fatwa demokrasipun dia (Zambri) tak pakai....Itulah jawapan saya, saya dah jawablah tu", katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim.-22/7/2009





Biar tok guru dia beri fatwa - Dr Zambry

“Dia banyak Tok Guru, biar dia orang komen,” itulah ulasan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengenai penyertaan bekas Menteri Besar Perak yang juga Timbalan Pesuruhjaya Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengambil bahagian dalam acara menyalakan lilin bagi memperingati kematian setiausaha politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas.

Menurut Dr Zambry, mereka yang bergelar ulama dalam PAS yang arif tentang hukum agama perlu membuat fatwa berhubung penyertaan Nizar tersebut.

"Saya bukan ulama nak komen tentang tindakan Nizar. Biar orang agama komen tentang ini. Biar tok guru komen. Dia banyak tok Guru. Dia (Nizar) pun tok guru juga. Dia pandai baca Quran, bagi ceramah, bagi khutbah di masjid. Dia lagi tahu apa yang dia buat," katanya.

Dr Zambry berkata demikian kepada para pemberita ketika diminta mengulas penyertaan Nizar dalam majlis menyalakan lilin dengan berpakaian hitam. Acara tersebut dikatakan lebih merupakan amalan penganut Kristian terutama mengiati si mati.

Penyertaan Nizar itu mengundang persoalan apakah seseorang yang beragama Islam wajar menyertai majlis yang mempunyai mirip kepada amalan agama lain. Sedangkan ada riwayat yang menyebut Nabi Muhammad s.a.w. hanya menundukkan kepala semasa sekumpulan orang Yahudi membawa mayat lalu tidak jauh dari Baginda sebagai tanda hormat kepaa mayat.

Malah dalam menyambut acara perayaan di negara ini seperti kongsi raya, juga pernah ditegur oleh para ulama kerana dikhuatiri akan membuka ruang kepada umat Islam turut terlibat dalam amalan agama lain.

Selain itu umat Islam juga sering diingatkan bahawa mereka dilarang mengamalkan amalan atau budaya agama lain seperti setiap kali tibanya tanggal 14 Februari atau Valentine Day. Bagaimana dengan upacara memperingati kematian.

Persoalannya apakah hujah Nizar selepas ini kerana dalam era politik PAS yang semakin liberal kini terutama untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu, banyak yang sudah dikompromi termasuk membiarkan kilang arak terus beroperasi di Selangor walaupun sebelum pilihan raya dalam manifestonya menutup kilang arak adalah perjuangan PAS yang sering dilaungkan. - 20/7/2009



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.