Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 10 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Apa cerita kes maklumat rahsia negara…

Apa cerita kes maklumat rahsia negara…

Kedutaan asing mana yang memperalatkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mendapatkan maklumat rahsia negara seperti yang diberitahu Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Khamis?

Jawapanya tidak akan diketahui kerana kerajaan telah memutuskan tidak akan mendedahkan kedutaan asing mana yang terlibat demi menjaga hubungan diplomatik dengan negara berkenaan.

Bercakap kepada wartawan di Bagan Datoh Jumaat Zahid berkata beliau sudah member penjelasan terperinci mengenai perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Namun katanya Perdana Menteri meminta supaya tidak didedahkan kedutaan yang terbabit dalam kes ini.

"Perdana Menteri berharap supaya Kementerian Pertahanan memberitahu melalui kaedah diplomatik dalaman kepada pihak berkenaan agar perkara ini dapat dijelaskan dengan baik tanpa mendedahkan identiti negara terbabit," katanya.

Zahid berkata beliau mengharapkan cubaan untuk mendapatkan maklumat rahsia negara tidak akan diulangi oleh negara jiran berkenaan yang mempunyai hubungan pertahanan dengan negara ini.

"Kita berharap hubungan diplomatik dan diplomasi kententeraan dengan negara berkenaan terus terjalin dengan baik," katanya.-5/2/2010





Anggota tentera bocor rahsia kepada pihak ssing,kata Ahmad Zahid

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan ada kedutaan asing yang memperalatkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mendapatkan maklumat rahsia negara.

Katanya beliau akan memaklumkan segera penemuan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tindakan membocorkan rahsia negara dan usaha mendapatkannya oleh sebuah kedutaan asing merupakan jenayah yang serius.

Katanya tindakan tegas akan diambil terhadap semua pihak yang terlibat.

"Saya akan membuat satu pengumuman selepas berjumpa dengan Perdana Menteri secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan Bulanan Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur, pada Khamis.

Ahmad Zahid berkata berdasarkan siasatan melalui Kor Risik ATM, pihaknya yakin terdapat individu yang diupah oleh kedutaan terbabit yang mengambil peluang berada di negara ini menjalankan kegiatan itu.

Katanya, pihaknya sedang mengemaskinikan maklumat yang tertakluk dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 untuk diperketatkan agar tidak lagi berlaku kebocoran terutama selepas kes kehilangan enjin jet F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Beliau berkata kegagalan mengawal kebocoran maklumat rahsia kepada anasir luar adalah tidak wajar kerana ia boleh menjatuhkan kredibiliti penjawat awam dan menjejaskan keharmonian negara.

"Sejak berlaku kes kehilangan enjin dan beberapa kes (kebocoran maklumat) yang melibatkan pegawai berpangkat rendah sebelum ini, pihaknya sentiasa memantau agar setiap penjawat awam yang berurusan dengan maklumat berdarjah (rahsia besar/rahsia/sulit) sentiasa patuh kepada akta tersebut.

"Kita tidak mahu siapa pun anggota ATM, tidak kira pangkat, terlibat dalam penjualan keluar maklumat... jangan kita terpedaya dengan mendedahkan maklumat demi kepentingan peribadi," katanya.

Bernama melaporkan dalam ucapannya semasa perhimpunan bulanan kementeriannya, Ahmad Zahid berkata penjawat awam dan anggota ATM perlu sedar pentingnya keselamatan negara sebagai teras dalam misi nasional menjayakan pelan pembangunan nasional.

"Kegagalan kita dalam memastikan perkara ini boleh menganggu keselamatan negara dan ini akan menggoyahkan keupayaan pertahanan negara," katanya.

Sementara itu, beliau berkata sekiranya ekonomi negara kembali pulih dalam masa terdekat ini, kementerian akan mempertimbangkan kenaikan kadar baru gaji dan elaun ATM sepertimana yang diperolehi anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menikmati skim perkhidmatan baru pada Rabu.

Ahmad Zahid kemudian menerima kunjungan hormat Ketua Staf Tentera Udara Peranchis Jeneral Jean-Paul Palomeros kira-kira 20 minit di pejabatnya di kementerian itu di sini.

Terdahulu, beliau melancarkan Talian Bebas Tol Aduan Mindef 1-800-222-700 sebagai talian utama mengenai aduan, bantuan dan pertanyaan berhubung kementeriannya.

Pada majlis yang sama, Ahmad Zahid turut melancarkan Kempen Derma Darah Mindef.

Menurut beliau, Kementerian Pertahanan merupakan penyumbang terbesar kepada bekalan Pusat Darah Negara tahun lepas dengan lebih 18,000 penderma di kalangan warga ATM, pelatih Program Latihan Khidmat Negara dan agensi lain.

Jumlah itu merupakan lima peratus daripada keseluruhan kutipan darah oleh Pusat Darah Negara di seluruh negara, katanya.-4/2/2010



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.