Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 03 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Zahrain tidak keseorangan…seorang lagi MP PKR lepas geram pada Guan Eng

Zahrain tidak keseorangan…seorang lagi MP PKR lepas geram pada Guan Eng

Ketika kes liwat Datuk seri Anwar Ibrahim masuk hari pertama Rabu…’ tembak menembak’ dalam pakatan pembangkang di Pulau Pinang belum nampak tanda-tanda bakal reda.

Siapa kata Ahli Parlimen PKR Bayan Baru Datuk Zahrain Hashim yang hingga hari ini tidak berganjak dari kenyataannya menghentam Ketua Menteri Lim Guan Eng keseorangan.

Rabu Ahli Parlimen PKR kawasan Nibong Tebal, Tan Tee Beng tampil memberi sidang akhbar di Kuala Lumpur mendakwa Guan Eng yang berasal dari Melaka sudah tidak layak menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Tan berkata sudah tiba masanya untuk rakyat Pulau Pinang menentukan kedudukan Guan Eng pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya beliau tidak kisah kalau pemimpin DAP anak tempatan lain ambilalih asalkan bukan Guan Eng.

Lebih teruk beliau mendakwa Guan Eng melayan wakil rakyat PKR seperti anjing.

"Sebenarnya beliau tidak endahkan wakil rakyat PKR langsung dan terlalu berlagak dengan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang," katanya.

Kata Tan lagi hampir semua wakil rakyat di negeri itu sudah muak dan bosan dengan janji-janji Guan Eng yang kononnya akan memperjuangkan nasib rakyat.

"Bayangkan setiap kali mesyuarat dalam negeri atau perjumpaan biro diadakan, Guan Eng tidak pernah mengambil tindakan susulan daripada perkara berbangkit sebaliknya hanya cakap kosong.

"Sehubungan itu, saya sebagai wakil akar umbi bertindak menegur beberapa perkara berbangkit kepada Guan Eng namun beliau menuduh saya telah mengkritik kepimpinannya," katanya.

Tan turut mencabar Guan Eng menafikan dakwaannya itu jika ia salah.

Ditanya sama ada Anwar menyedari mengenai kebimbangan beberapa pemimpin PKR di Pulau Pinang terhadap Guan Eng,katanya beliau percaya Penasihat PKR itu menyedari keadaan terkini politik di Pulau Pinang tetapi tidak bertindak untuk menanganinya.

"Saya rasa beliau tidak bertindak menanganinya...mungkin beliau fikir berkompromi (dengan DAP) adalah cara terbaik," katanya.

Tan mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak akan menarik balik atau berhenti membuat kenyataan mengenai "keangkuhan" Lim meskipun menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussein Ali, supaya berbuat demikian.

Pulau Pinang ditadbir oleh pakatan parti DAP, PKR dan Pas.

Dalam perkembangan berkaitan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Dr Mansor Othman memberitahu wartawan di Georgetown PKR Pulau Pinang tidak akan terjejas jika ada seorang dua anggotanya mahu keluar daripada parti.

Beliau yang juga Pengerusi badan perhubungan parti negeri berkata, kedudukan PKR dalam pakatan pembangkang juga tidak akan tergugat dengan tindakan itu.

"Kami tidak akan menangis hanya kerana ada dua orang anggota mahu keluar parti," katanya ketika mengulas laporan media bahawa terdapat segelintir anggota PKR khususnya di negeri itu berhasrat keluar parti berikutan krisis kepimpinan.

Mengenai gesaan Ahli Parlimen Nibong Tebal agar PKR mendesak Ketua Menteri ditukar, Mansor berkata saranan itu bukan pendirian parti.

"Keretakan yang berlaku sekarang berpunca daripada seorang dua anggota baru yang hanya menyertai parti pada tahun kebelakangan ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri, Jeff Ooi menafikan wujud keretakan dikalangan anggota Exco.

Memang ada berlainan pandangan dan kami bebas bercakap, tetapi tidak ada di antara kami yang berkecil hati selepas keputusan dibuat," katanya.

Beliau juga menafikan dakwaan bekas anggota DAP, Tham Weng Fatt, bahawa ada perselisihan antara kalangan ahli Exco dari DAP dengan Guan Eng.

Sebuah akhbar harian berbahasa Malaysia hari ini memetik Tham sebagai berkata bahawa terdapat keretakan antara Lim dan beberapa anggota Exco seperti Phee Boon Poh, Law Hen Kiang dan Ooi sendiri, dan masalah itu semakin buruk.-3/2/2010.



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.