Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 03 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Pemberian jarum, kondom dilaksanakan sebab Aids di tahap bahaya, kata PM

Pemberian jarum, kondom dilaksanakan sebab Aids di tahap bahaya, kata PM

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata program perintis pemberian jarum dan kondom secara percuma kepada penagih dadah sebagai satu cara mengurangkan jangkitan HIV/AIDS di negara ini akan tetap dilaksanakan memandangkan keadaan sudah sampai ke tahap darurat.

"Langkah ini bukan satu pembaziran tetapi jika ada cadangan lain yang lebih baik kerajaan sedia menimbangnya," kata Perdana Menteri kepada wartawan
Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Selatan Kedua G77 bersama China yang berakhir di Doha Khamis.

Abdullah berkata majlis penerangan mengenai program itu akan diadakan secepat mungkin untuk kumpulan membantah.

Katanya semua majlis pertemuan dengan kumpulan pembantah itu yang diselaraskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin nanti akan turut disertai oleh Menteri Kesihatan Datuk Dr Chua Soi Lek supaya penerangan terperinci dapat diberikan.

Perdana Menteri berkata langkah memberi jarum dan kondom percuma itu terpaksa dilakukan kerana Chua telah mengesahkan pada mesyuarat kabinet baru-baru ini bahawa keadaan sudah sampai ke tahap darurat memandangkan golongan terbabit masih aktif mengamalkan penagihan dadah dan seks.

Abdullah berkata bahawa jika golongan itu tidak diberi bantuan jarum dan kondom, mereka mungkin menjadi kumpulan jangkitan penyakit kepada orang lain, sama ada isteri atau pasangan.

"Ini membahayakan kerana ia akan membiak," katanya.

Abdullah berkata menurut analisis Kementerian Kesihatan, pemberian jarum dan kondom secara percuma itu tidak membazirkan wang kerajaan sebaliknya ia lebih menjimatkan.

Katanya, jika sampai peringkat membahayakan orang ramai sebab penyakit itu boleh merebak dengan jangkitan, maka kerajaan merasa terdesak menggunakan pendekatan itu.

"Jika tidak mahu jangkitan bertambah, kalau mahu jangkitan boleh dikurangkan, perlulah kita ambil langkah sewajarnya," kata Abdullah.

Beliau berkata bahawa daripada segi agama, jika berlaku sesuatu darurat atau akan jadi darurat, maka tindakan yang dicadangkan itu boleh diambil sebagai pencegahannya.

Chua sebelum ini mengumumkan bahawa projek printis itu akan dilaksanakan Oktober ini di 10 klinik kerajaan dan swasta melibatkan 1,200 penagih dadah.



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.