Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 03 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Pelaksanaan Hudud hanya mainan politik PAS – Najib

Pelaksanaan Hudud hanya mainan politik PAS – Najib

PAS dilihat sengaja membangkitkan isu lapuk apabila membangkitkan semula mengenai pelaksanaan hukum hudud dan qisas sebagai isu politik menjelang pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Jan depan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan perkara itu sebagai "isu lama" berkata pelaksanaan hukum hudud dan qisas sering dibangkitkan setiap kali musim pilihan raya tetapi sehingga kini tiada apa yang dilakukan oleh PAS untuk melaksanakan slogan politik mereka itu.

"Dah lama cerita tu...bukan benda baru. Di Kelantan dan Terengganu (sebelum pilihan raya umum Mac lepas) mereka tidak buat (laksana hukum hudud), tiap kali (pilihan raya) jadikan perkara ini sebagai isu," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang memberi jaminan PAS akan melaksanakan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah negara pada masa depan.

Pada wacana perdana bertajuk "Transformasi Politik Islam" di Kota Baharu dua hari lepas, Husam berkata parti itu tidak pernah melupakan dasar perjuangannya untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini, termasuk melaksanakan hukum itu.

Bagaimanapun ia tidak berupaya melaksanakan undang-undang Islam itu disebabkan kuasa mutlak berada pada Kerajaan Persekutuan.

Mempersoalkan agenda sebenar parti itu, Najib turut mempersoalkan mengapa isu itu tidak diperjuangkan di dalam manifesto parti ketika Pilihan Raya Umum ke-12 Mac lepas, sebaliknya parti itu memperjuangkan slogan negara kebajikan dan bukannya mengenai pelaksanaan hukum hudud.

"Tetapi sekarang nampaknya pemimpin PAS bercakap mengenai pelaksanaan hukum hudud. Ini soal kredibiliti. Mereka menjadikan isu ini sebagai isu politik," katanya di Kuala Lumpur Isnin.

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail yang juga merupakan Timbalan Menteri Pelajaran.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Jan depan sebagai tarikh penamaan calon dan pengundian pada 17 Jan.

Barisan Nasional telah menamakan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon, manakala PAS bakal mengumumkan calon parti itu pada 1 Jan depan.- 22/12/2008



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.