Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 03 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Pemakaian perkabungan di Johor sukarela dan bukan paksaan

Pemakaian perkabungan di Johor sukarela dan bukan paksaan

Pemakaian pakaian perkabungan di kalangan rakyat Johor berikutan kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar pada Jumaat lepas, adalah secara sukarela dan tiada unsur paksaan, kata Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli.

Sehubungan dengan itu beliau menafikan sekeras-kerasnya khabar-khabar angin yang mengatakan mereka yang tidak memakai pakaian perkabungan akan dikenakan tindakan seperti denda atau ditangkap.

"Baginda (Sultan Johor Sultan Ibrahim) telah meminta saya untuk menyatakan bahawa pemakaian perkabungan itu adalah secara tulus ikhlas daripada rakyat dan tiada sebarang unsur-unsur paksaan."

"Pemakaian perkabungan itu adalah untuk menunjukkan taat setia dan kasih sayang rakyat kepada (Almarhum) baginda dan adalah dilakukan secara tulus ikhlas," katanya pada persidangan akhbar di Johor Bharu, hari Isnin.

Bernama melaporkan beliau berkata, Sultan Ibrahim merasa terkilan dengan penyebaran khabar-khabar angin itu kerana Tuanku amat prihatin kepada keadaan rakyatnya dan tidak mahu menimbulkan sebarang kesusahan kepada mereka.

Abdul Rahim berkata, penyebaran khabar-khabar angin itu bertujuan untuk memburuk-burukkan Sultan Johor.

"Ia tidak masuk akal dan tidak benar (dakwaan tentang tindakan terhadap mereka yang tidak memakai pakaian perkabungan)," katanya.

Beliau berkata pakaian perkabungan bagi lelaki Islam di Johor adalah songkok yang berlilit kain putih selebar 5.0sm manakala bagi wanita Islam pula adalah dengan memakai tudung putih.

Bagi rakyat Johor yang bukan beragama Islam pula menurutnya, mereka boleh mengenakan lilitan kain hitam selebar 7.62sm di lengan kiri atau memakai tali leher berwarna hitam.

Tempoh pemakaian perkabungan katanya, adalah selama tujuh hari bermula dari tarikh kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar pada Jumaat lepas.

Abdul Rahim turut menjelaskan bahawa penutupan pusat-pusat hiburan di Johor dan pembatalan permainan adalah hanya pada hari pemakaman Almarhum Sultan Iskandar pada Sabtu lepas.

Beliau juga berkata, gelaran Sultan Johor kini adalah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Di Pertuan Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim.

Bagi permaisuri baginda pula, gelaran yang diperkenankan ketika ini adalah Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Bagi Raja Muda Johor, beliau berkata gelaran yang diperkenankan adalah Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim.

Mengenai tulisan di dalam sebuah blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar, beliau yang tidak membacanya menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan mengenainya.

Semalam Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pihaknya telah menerima sebanyak 25 laporan polis daripada mereka yang marah dengan tulisan blog terbabit dan menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat serta mengheret pihak yang bertanggungjawab ke mahkamah.-25/1/2010



TUNKU IBRAHIM ISMAIL DIMASYHURKAN SULTAN JOHOR

Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar,52 telah dimasyhurkan secara rasminya sebagai Sultan Johor berikutan kemangkatan Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail awal Jumaat malam.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di Singgahsana Istana Besar Johor Bahru pada 10.31 pagi Sabtu.Tunku Ibrahim Ismail dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1985.

Baginda telah dilantik sebagai Pemangku Raja jam 5.10 petang Jumaat ekoran kegeringan Sultan Iskandar.-23/1/2010


Sultan Johor mangkat...


AL-FATIHAH... Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail mangkat jam 7.15 malam Jumaat selepas dilmasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bharu kerana gering.

Pengumuman kemangkatan Almarhum dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Almarhum yang telah bersemayam di takhta Johor sejak 11 Mei 1981 mangkat pada usia 77 tahun meninggalkan Sultanah Zanariah dan 10 orang putera puteri.

Almarhum juga pernah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong kelapan pada 15 November 1984.

Sepanjang hayat Almarhum, baginda amat terkenal dengan sikapnya yang amat dekat dengan rakyat khususnya di negeri Johor serta sering menganjurkan aktiviti bersama masyarakat.

Terdahulu pada sebelah petangnya, ekoran kegeringan Almarhum, Jumaah Majlis Diraja Johor memasyhurkan Tuanku Mahkota Johor, Tuanku Ibrahim Ismail sebagai pemangku Raja pada satu istiadat di Istana Besar.

Abdul Ghani pada sidang akhbarnya selepas pengumuman kemangkatan Sultan Johor itu turut memaklumkan pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor pada jam 1 tengah hari di Istana Besar sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar.

Beliau turut mengumumkan cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan semua majlis rasmi termasuk hiburan serta keramaian dibatalkan, manakala tempoh berkabung ialah selama tujuh hari dengan semua bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang.

Manakala Istiadat pemakaman Diraja akan bermula pada jam 9 pagi ini di Dewan Besar Istana Besar di sini, dengan orang ramai boleh menziarahi jenazah sehingga jam 10.30 pagi.

Menteri Besar berkata, mulai 11 pagi hingga 12 tengah hari pula adalah penghormatan terakhir untuk orang kenamaan dan kerabat Diraja.

Beliau berkata, jenazah Almarhum akan dibawa dari Istana Besar pada jam 1.30 tengah hari sebelum disembahyangkan di Makam Diraja, Bukit Mahmoodiah pada 2 petang.

Beliau turut berkata semua masjid dan surau dikehendaki mengadakan majlis tahlil selama tujuh hari se lepas istiadat pemakaman jenazah.

"Tempoh berkabung bagi kerabat Diraja ialah 40 hari manakala rakyat biasa selama tujuh hari," katanya.

Peraturan berkabung bagi lelaki Melayu ialah bersongkok lilit putih dua inci manakala bagi bangsa lain ialah kain hitam lebar tiga inci di lengan kiri.

"Bagi upacara pemakaman, lelaki Melayu berbaju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam dan bagi lelaki bukan Melayu, sut hitam bertali leher dan kain hitam tiga inci di lengan kiri," katanya. - 22/1/2010



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.