Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 03 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Dr Mahathir ‘tak gembira’ PPSMI dimansuhkan

Dr Mahathir ‘tak gembira’ PPSMI dimansuhkan

Tun Dr Mahathir Mohamad yang meluluskan perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menjelang akhir pentabirannya tahun 2003 dulu ‘ tidak gembira ‘ dengan keputusan kerajaan memansuhkannya.

Beliau anggap ia akan menjejas masa depan anak-anak, sekaligus menjadikan mereka mangsa kepada keputusan kerajaan itu.

Bekas Perdana Menteri itu mengesahkan beliau ada diberi taklimat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan para pegawai Kementerian Pelajaran sebelum keputusan pemansuhan nak dibuat.

Katanya beliau tidak bersetuju ia dimansuhkan."Kerajaan sudah buat keputusan. Saya cuma diberi taklimat, saya cuba beri cadangan, minta kalau tak boleh dibuat semasa sekolah rendah, sekurang-kurangnya di sekolah menengah, tapi mereka tolak dan tak terima. Jadi itu bukan consultation, tapi cuma taklimat," katanya.

Semasa mengumumkan perkara it pada sidang akhbar di Putrajaya Muhyiddin berkata Dr Mahathir umumnya menerima hakikat mengenai perlunya dasar itu diubah.

Katanya, beliau dan pegawai kanan kementerian itu telah berbincang lebih tiga jam dengan Dr Mahathir bagi menerangkan mengenai kesukaran untuk meneruskan PPSMI, masalah keupayaan guru dan murid menguasai bahasa Inggeris serta jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar, dan antara sekolah kebangsaan dan bukan kebangsaan.

"Dr Mahathir umumnya menerima hakikat ini," kata Muhyiddin.

Menurut Dr Mahathir berkata, usaha memartabatkan Bahasa Melayu tidak akan menyentuh PPSMI berikutan subjek sains dan matematik tidak mempunyai sebarang pertalian dengan pembelajaran bahasa.

"Kata mereka ini untuk memartabatkan bahasa kebangsaan, tapi di sekolah Cina, mereka guna Bahasa Mandarin dan di sekolah Tamil mereka guna Bahasa Tamil. Lagipun kita tak boleh belajar bahasa melalui sains dan matematik. Bahasa mempunyai subjeknya sendiri," katanya. Pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana,Putrajaya.

PPSMI diperkenalkan pada 2003 dan kumpulan pertama murid-murid yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak Tahun Satu ialah mereka yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas.

Sementara itu Bekas Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan pemansuhan proses Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah bukan satu proses yang mudah.

Beliau yang kini Menteri Dalam Negeri berkata, keputusan itu bagaimanapun mendapat sokongan majoriti yang melihat ia sebagai tindakan paling wajar berdasarkan fakta dan kajian terhadap prestasi akademik murid yang kurang memberangsangkan.

"Pendekatan dan keputusan yang dibuat bersandarkan kepada keadaan dan realiti yang berlaku dan selepas enam tahun kohort pertama melalui PPSMI.

"Justeru semua pihak harus sedar bahawa keputusan yang dibuat bukan mudah, dan mustahil mampu memenuhi kehendak semua pihak," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di Putrajaya Rabu.

Beliau diminta mengulas keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI berkuatkuasa sepenuhnya pada tahun 2012 di semua sekolah kebangsaan.

Menurut beliau, semua pihak perlu melihat keputusan itu dengan hati terbuka dan dalam konteks yang lebih luas memandangkan ia telah melalui perjalanan proses yang begitu panjang, bermula dari perbincangan meja bulat sehingga ke peringkat akar umbi.

"Saya juga nak ucapkan tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin merangkap Menteri Pelajaran kerana membentangkan hujah pemansuhan dengan lengkap bersandarkan kepada fakta, kajian dan pencapaian pelajar," katanya.

Segala keputusan Kementerian Pelajaran katanya, telah diambil selepas menggunakan secukup masa untuk berinteraksi dengan pelbagai pihak yang berkepentingan.

"Saya sendiri setuju dengan dasar-dasar baru yang dibentangkan dan banyak kerja yang perlu dibuat untuk mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan pengajar," katanya.
-8/7/2009



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.