Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 10 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Nasha Aziz pecah tradisi “beauty with no brain”

Nasha Aziz pecah tradisi “beauty with no brain”

Selalunya kecantikan akan dikaitkan dengan perkataan “beauty with no brain” tapi lain halnya dengan Nasha Aziz. Bukan saja berbakat, cantik, rajin bekerja dan mempunyai falsafah tersendiri tentang hidup.

Berbuallah dengannya dan anda tentu akan kagum dengan aktres jelita ini berbeza dengan model lain yang biasanya hanya mampu beraksi manja di depan kamera. Tapi Nasha Aziz mempunyai kelebihan yang melebihi kecantikan paras rupa.

“Saya tidak kisah orang kata tentang beuaty with no brain. Biarlah kerja saya saja yang menjawab segala-galanya. Bagi saya, setiap manusia mempunyai pemikiran, emosi, naluri dan kekuatan fizikal. Keempat-empat kesihatan dan kecantikan ini yang Allah bagi saya akan saya pelihara dengan baik,’ kata Nasha yang ketika ini bukan saja sibuk dengan minggu fesyen bahkan dua tugas lain yang sedang dipikul secara serentak.

Pertama dia menerajui jawatankuasa persembahan fesyen pada Malam Ku Punya Hati, satu persembahan amal anjuran Persatuan Karyawan bagi mengutip derma untuk tabung persatuan itu. Dalam tempoh kurang seminggu, Nasha berjaya mengumpulkan rakan-rakan artisnya untuk menjayakan persembahan fesyen yang akan mempamerkan rekaan 13 pereka fesyen terkemuka negara.

Antara mereka D & L, Zang Toim, Bill Keith, Tom Abang Saufi, Rizalman, Anggun, Alvin Couture, Lee K.H, Gallery Batik, Barakaff, Noor Arfa, Seeds, Amin Jauhari dan Adnan Hassan.

Buat pertama kali pakaian mereka akan digayakan oleh artis-artis terkenal seperti Betty Benafe, Ida Nerina, Serina Chef Wan, Maya Karin, Zahida Raiq, Nadia Mustapha, Nanu Baharuddin, Eja, Vanida Imran, Sheila Rusly, Farihin, Ako Mustapha, Tony Eusoff, Hans Isaac dan Nasha sendiri.

“Saya bangga dapat mengumpulkan pereka-pereka fesyen besar ini. Setakat ini mereka memberikan sokongan untuk kerja amal ini melalui koleksi pakaian mereka dan membeli meja. Ini satu penghargaan bagi artis dan saya merasa besar hati dengan kesungguhan mereka tampil membantu.

“Ini satu budaya bekerja yang sihat. Selama ini saya bantu mereka dan sekarang mereka pula bantu saya. Sememangnya dalam industri ini, kita saling memerlukan, bagai sebuah keluarga.

“Mereka tak rugi dan saya pun tak rugi. Situasi menang menang, kata orang,’ terang Nasha yang berjaya mengendalikan tugasnya dengan baik, sekalipun dalam waktu yang singkat.

“Saat ini saya terasa kesibukannya hinggakan mada 14 jam itu tidak cukup. Kerana pada masa yang sama, ada 3 filem lakonan saya yang belum tayang, semuanya melibatkan kerja promosi, ’ katanya.

Ketiga-tiga filem itu ialah Pelita Hatiku arahan Meor Hashim Manap, Cinta Luarbiasa arahan Rashid Sibir dan Tak Ori Tapi Ok arahan AR Badul.

“Bukan itu saja, sekarang ini saya sedang berbincang dengan Afdlin Shauki untuk filem terbarunya, Buli 2 di mana saja turut melabur di dalamnya.

“Jadi, inilah sebabnya saya rasa dalam masa terdekat ini sibuk betul, tetapi semuanya nampaknya semua berjalan dengan baik,’ katanya.

“Apa yang penting bagi saya ialah menghadapi hidup dengan semangat positif. Mungkin dulu Nasha Aziz tidak begini, tetapi bukankah kita ini makin hari semakin matang, tambahan pula tak lama lagi kita akan sambut Hari Kemerdekaan ke 48.

“Jadi, saya pun perlu merdekakan diri, dan melihat hidup dengan semangat baru. Saya bantu mana yang boleh, setakat yang termampu. Bidang saya lakonan dan modeling, jadi, biarlah saya bantu melalui kemampuan dan kemahiran saya, jika itu boleh menolong industri ini,’ kata Nasha mengakhiri perbualan.



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.