Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 03 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Sepandai-pandai tupai melompat…

Sepandai-pandai tupai melompat…

Mereka yang cuba mengeruhkan keadaan dengan tindak tanduk ganggu rumah-rumah ibadat pelbagai agama nampaknya tidak mungkin lepas begitu saja.

Setelah dua siri tangkapan sebelum ini,hari Sabtu polis berjaya menahan empat lelaki berumur antara 16 hingga 28 tahun termasuk seorang anak angggota polis kerana dipercayai terbabit dalam kes membakar surau di Muar dua hari lalu.

Kejayaan ini diumumkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Menurut beliau mereka diberkas secara berasingan di Muar awal pagi semalam, kurang daripada 48 jam selepas kejadian yang melibatkan dua buah surau, satu di Jalan Ismail Omar dan satu lagi di Jalan Salleh di Muar itu.

Katanya kesemua yang ditahan tinggal berhampiran kawasan kejadian dan ada yang bekerja sebagai pelayan restoran, telah diberhentikan sekolah dan juga pengganggur.

"Siasatan masih dijalankan. Tidak diketahui apa motif sebenarnya, mereka melakukan perbuatan itu tanpa berfikir panjang namun itu merupakan satu jenayah."

"Kita masih dalam proses mencari keterangan kukuh untuk mendakwa mereka ke muka pengadilan," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Ismail berkata polis turut menyiasat jika wujudnya unsur hasutan yang membawa kepada tindakan empat lelaki itu.

Beliau berkata polis sedang dalam proses mendapatkan reman terhadap suspek dan dengan tertangkapnya mereka, kes ini dijangka selesai tidak lama lagi.


Jumaat seramai tujuh lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian melempar bom petrol dan batu di dua gereja serta sebuah pondok pengawal sekolah di Taiping pada 10 Januari lalu ditahan.

Kejayaan pertama polis dalam usaha menyelesaikan segera kes-kes ini dicapai Rabu lalu bila lapan orang ditahan bagi membantu siasatan kes bakar gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dekat Kuala Lumpur 8 Januari baru ini. -23/1/2010


Bakar gereja : 8 lelaki Melayu ditahan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin beritahu sidang akhbar tengahari Rabu lapan orang ditahan bagi membantu siasatan kes bakar gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dekat Kuala Lumpur 8 Januari baru ini.

Berdasarkan kenyataan polis kesemua mereka lelaki Melayu berusia antara 21 dan 26 tahun dari kawasan Ampang.Dua antaranya adik abang dan seorang bapa saudara mereka.Mereka ditahan sekitar Kuala Lumpur semalam dan pagi ini.

Suspek pertama,seorang penghantar surat ditahan semasa dia pergi mendapatkan rawatan cedera melecur ditangan dan dada di Hospital Besar Kuala Lumpur jam 3 petang Selasa.

Susulan itu tujuh lain ditahan.Kesemua mereka ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan.Bakri kata polis percaya hasil tangkapan ini kes berkenaan selesai.

Menurutnya polis akan menjalankan siasatan rapi bagi menghadapkan mereka ke mahkamah -1.10 tgh 20/1/2010


Polis ada "wajah" dalang bakar Gereja Metro Tabernacle

Polis telah memperoleh maklumat berhubung dalang yang disyaki bertanggungjawab terhadap serangan di Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati,Kuala Lumpur, Jumaat lepas.

"Kita ada petunjuk mengenai wajah, (dan) fizikal mereka yang mungkin terlibat. Tetapi kita tak boleh dedahkan perkara ini kerana kita memerlukan masa untuk meneliti maklumat berkenaan," kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur Rabu, beliau berkata polis perlu membuat siasatan lanjut sebelum melakukan tangkapan untuk memastikan mereka yang diberkas benar-benar melakukan perbuatan terbabit.

Beliau berkata kes pembakaran gereja disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak membinasakan rumah dan sebagainya.

"Saya bagi amaran, jangan bermain dengan api. Mereka yang bertanggungjawab akan menerima hukuman," kata Ismail.

Bernama melaporkan mengenai seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang menulis dalam Facebook kononnya dia membakar gereja, Ismail berkata siasatan tetap diteruskan walaupun pelajar itu telah dibebaskan dengan jaminan polis.

"Kita lihat penuntut berkenaan sengaja mengambil kesempatan daripada isu yang sedang berlaku. Ini adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan perkara seperti ini bukan untuk berseronok-seronok," katanya.

Beliau berkata kes pelajar lelaki berumur 19 tahun itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara jika ada keperluan untuk mengambil tindakan susulan terhadapnya.

Pelajar itu ditahan di rumahnya di Desa Mentari, Petaling Jaya, malam semalam dan dibebaskan pada 12 tengah malam setelah siasatan mendapati dia tidak terlibat dengan insiden itu dan mengaku tulisannya dalam laman web sosial itu hanya 'main-main'.

Ismail mengingatkan orang ramai supaya tidak menggunakan ruang seperti Internet untuk menyebarkan rasa tidak puas hati.

"Setiap laporan kita akan siasat termasuk dakwaan laporan dalam Internet. Tolong jangan sulitkan keadaan, semua rakyat Malaysia harus bekerjasama bantu polis," katanya.-13/1/2010




Bakar gereja: Polis sudah ada bukti suspek

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, polis sudah mempunyai bukti untuk mengenalpasti suspek kejadian membakar gereja di Desa Melawati, Jumaat lalu tetapi tidak boleh mendedahkan butiran lanjut pada masa ini kerana kes itu masih dalam siasatan.

“Jika kita membuat tangkapan, kita tidak akan sembunyikan,” katanya ketika menjawab soalan Agendadaily dalam sidang media sempena lawatan kerjanya di Hentian Puduraya, Isnin.

Beliau seterusnya berkata, insiden gereja di bakar itu tidak harus dilihat dari aspek agama atau bangsa sahaja, tetapi keselamatan negara.

Hishammudin kelihatan tersinggug apabila seorang wartawan bertanyakan mengenai spekulasi yang mengatakan kerajaan dan polis tidak mengambil tindakan serius dalam menangani isu berkenaan.

“Tugas saya ialah memastikan keselamatan negara terjamin dan bukan untuk membuat spekulasi.

“Saya sendiri yang pantau komitmen mereka (polis). Saya sangat berpuashati. Mereka telah berjaya mengawal keadaan dengan baik dan mengelakkan daripada tercetusnya lebih banyak kejadian. Cara awak bertanya sangat nakal.

“Jika saya tidak puashati dengan mereka, maka saya tidak akan puashati dengan diri saya sebagai Menteri,” katanya.

Hishammuddin berkata, walaupun setakat hari ini sudah berlaku lapan kes membabitkan serangan ke atas gereja, keadaan adalah terkawal.

"Sejak empat hari lalu, lapan insiden telah berlaku dan hanya satu sahaja yang serius, iaitu kebakaran di sebuah gereja di Desa Melawati. Kes terkini ialah di Seremban di mana pintu gereja terdapat kesan kebakaran.,” katanya.

“Saya merasa lega kerana sejak insiden di Desa Melawati, tidak ada kejadian yang besar berlaku. Ini adalah perkembangan yang baik. Kejayaan ini adalah atas tiga faktor, iaitu pendirian tegas kerajaan, komitmen pihak berkuasa dan kematangan pemahaman rakyat,” katanya.

Menjawab satu soalan, beliau berkata walaupun keadaan sudah terkawal, kerajaan masih meneruskan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin agama secara konsisten dan tertutup memandangkan agama adalah isu sensitif.

“Untuk mengadakan dialog terbuka akan membangkitkan perbahasan sensitif, dan mungkin menimbulkan kemarahan dan pergaduhan,” katanya.

Hishammuddin turut memaklumkan pegawai-pegawainya telahpun memberi penerangan kepada wakil-wakil kedutaan luar negeri pada pagi Isnin untuk memberi penjelasan kepada situasi sebenar kepada beberapa insiden yang berlaku berikutan isu penggunaan perkataan Allah itu.

“Pegawai-pegawai saya telah menjelaskan situasi yang sebenar supaya mereka mereka tidak menyangka yang bukan-bukan,” katanya.

Dalam pertemuan dengan pegawai-pegawai kedutaan itu KDN diwakili Ketua Setiausaha, Mahmood Adam dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. – 11/01/10.


Gereja: bukan gerakan terancang

Nampaknya orang-orang tidak dikenali yang gatal tangan mahu bikin kecoh terus beraksi.Sejak Jumaat hingga Ahad jumlahnya sudah tujuh gereja dikacau termasuk yang dibakar di Desa Melawati,Hulu Kelang dekat Kuala Lumpur.

Terbaru ialah dua kes di Taiping,satu di Miri dan satu di Melaka.

Di Miri ,Gereja Good Sheperd dekat Lutong Bazaar, kira-kira 10km dari bandar itu, dua daripada tingkap kacanya pecah selepas dibaling bata.

Kejadian di Taiping pula membabitkan gereja All Saints dan pos pengawal Sekolah Menengah Convent.

Tiada kerosakan pada gereja yang terletak di Jalan Taming Sari itu tetapi hanya kerosakan kecil dilaporkan pada pos pengawal Sekolah Menengah Convent yang dilempar dengan molotov cocktail pada jam 3.30 pagi.

Insiden di gereja itu hanya disedari penjaga gereja jam 7.30 pagi.

Polis yang membuat siasatan selepas menerima aduan mendapati dua kesan tompok hitam di dinding gereja serta menemui dua botol yang telah pecah dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Sementara di Durian Daun Melaka,ada orang yang membaling cat hitam ke dinding gereja di situ.

Menteri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang bercakap dalam sidang akhbar di tapak ekspo Juara Rakyat di Bukit Sentosa, Bukit Beruntung dekat Rawang Ahad memberitahu semua kejadian di berbagai tempat itu bukanlah gerakan terancang oleh mana-mana pihak.

Beliau menilai ia cuma satu perbuatan berasingan dilakukan oleh pihak tertentu.

"Keadaan adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu khuatir dan diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan laporan-laporan di internet serta melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)," katanya.

Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak menerima secara total laporan media asing dan internet mengenai insiden membakar gereja kerana berita yang dilaporkan tidak menggambarkan keadaan sebenar.

Hishammuddin berkata terdapat segelintir media asing yang memberi gambaran kurang tepat, malah menggembar-gemburkan kejadian itu seolah-olah keadaan di negara ini tidak terkawal.

Sehubungan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan taklimat kepada para perwakilan kedutaan asing di negara ini bagi menerangkan kedudukan sebenar isu tersebut.

"Kita kena beri penjelasan kepada masyarakat luar negara kerana ada warga kita di luar sana yang mahu tahu perkembangan sebenar kerana isu ini sering digembar-gemburkan pihak-pihak tertentu, termasuklah apa yang diambil daripada internet.

"Saya bimbang gambaran yang diberikan itu tidak tepat. Jadi KDN telah memanggil wakil daripada kedutaan dan saya sendiri akan berjumpa dengan duta-duta untuk menerangkan apa yang sebenarnya berlaku.

Hishammuddin juga memberi ingatan kepada pihak yang cuba melibatkan Umno dan kerajaan dalam isu tersebut supaya menghentikan perbuatan itu, dan memikirkan sebaik-baiknya kerana mereka akan dipertanggungjawabkan sekiranya sesuatu yang buruk berlaku.

"Tuduhan mengatakan UMNO sebenarnya di belakang semua kejadian ini merupakan satu fitnah yang amat dahsyat dan akhirnya orang akan tahu kerana kita telah mempunyai maklumat-maklumat tertentu berhubung siapa yang terlibat," katanya-10/1/2010.


Satu lagi gereja cuba dibakar

Sebuah lagi gereja cuba dibakar.Kejadian menimpa Gereja Good Shepherd Lutheren di Jalan Othman Petaling Jaya.Perbuatan itu dipercayai berlaku malam tadi hingga ke pagi ini.Namun ia baru di sedari hari ini.

Polis yang baru menerima laporan jam 2 petang berkejar ke gereja untuk untuk menyiasatnya.

Gereja itu tidak terbakar dan hanya mengalami kerosakan kecil.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang ditemui wartawan semasa menyertai lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke gereja yang dibakar di Desa Melawati,Hulu Kelang mengesahkan mengenai hal berkenaan.

Katanya sekalipun laporan diterima awal petang ini ia tidak bermakna kejadian itu berlaku hari ini.

Dengan ini menjadikan empat gereja semuanya setakat ini menjadi sasaran perbuatan orang yang tidak dikenali.

Sementara itu dalam lawatannya ke gereja Desa Melawati Najib mengumumkan kerajaan meluluskan bantuan RM500,000 kepada pihak gereja yang terbakar sebagai tanda kerajaan ikhlas dan bersimpati dengan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Selain Hishamuddin antara yang turut hadir ialah Datuk Seri Dr Liong Tiong Lai dan Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Orangramai dari berbagai kaum yang berkumpul disekitar kawasan berkenaan untuk melihat lawatan Perdana Menteri telah beberapa kali memberi tepukan sebagai menghargai lawatannya.

Terdahulu dari itu ,Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasaruddin Mat Isa turut melawat gereja tersebut .- 8/1/2010


Modus operandi bakar gereja...

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dalam sidang akhbar di Bukit Aman tengahari Jumaat beritahu modus operandi bakar gereja Di Desa Melawati jam 12 tengah malam ( terbakar) dan dua lagi di PJ jam 4 pagi dan Damansara jam 9 pagi ( tak terbakar) ialah orang tak dikenali naik motor lempar bom api.

Katanya ada orang telefon ugut gereja jam 6 petang semalam kata jaga-jaga.

Katanya sejak itu polis sudah tingkatkan kawalan.hadir sama dalam sidang akhbar itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein-8/1/2010


Angkara siapa ni ?

Polis sedang siasat kejadian sebuah gereja yang terletak di deretan rumah kedai Desa Melawati, Hulu Kelang dekat Kuala Lumpur dibakar tengah malam tadi.

Dua lagi gereja sekitar Lembah Klang juga cuba dibakar malam dan pagi Jumaat.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein dalam sidang akhbar mengenai kejadian itu di Bukit Aman tengahari ini memberi amaran kerajaan akan mengunakan apa jua yang perlu termasuk ISA untuk kekalkan keamanan dan kenteraman negara.

Sementara itu Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman dipetik sebagai berkata ada terlalu awal untuk mengaitkan bantahan pengunaan kalimah Allah dengan kejadian di Desa Melawati.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam reaksi segeranya mengutuk perbuatan itu.

Beliau tidak mahu sesiapa cuba menyalahkan UMNO mencetuskan ketegangan dalam isu ini." Jangan tuding jari pada UMNO atau sesiapa",tegasnya.

Beliau juga mengarahkan polis meningkatkan kawalan sekitar kawasan rumah ibadat.

Dalam pada itu belum apa-apa lagi Datuk Zaid Ibrahim dari PKR dan Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man sudah kata UMNO dan kerajaan perlu ambil tanggongjawab atas kejadian ini.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang melawat gereja di Desa Melawati pagi ini meminta sesiapa jangan menuding jari pada sesiapa.

Katanya Pemuda UMNO tidak akan melakukan perbuatan seperti ini.


Berikut ialah kronoloji kejadian

7 jan: 6ptg - Polis terima aduan sebuah gereja dpt panggilan ugutan berbunyi: "jaga-jaga". Berikutan itu IGP kerah anggota polis di seluruh negara berjaga-jaga.

7 jan: 12tgh mlm - Di Desa Melawati seorang lelaki menunggang motor membaling topi keledar yg dlmnya berisi molotov cocktail ke tingkap sebuah gereja. Beberapa kerusi dan buku terbakar. Api berjaya dipadamkan.

8 jan: 4pagi - Seorang penunggang motor mencampakkan botol molotov ke perkarangan gereja berdekatan Assunta di Petaling Jaya. Tetapi botol dan pecah dan tak meletup.

8 jan: 9 pagi - Seorang penunggang motor mencampakkan botol di perkarangan gereja di Damansara. Tiada kebakaran.

8 jan: 12 tgh – Menteri Dalam Negeri Hishammuddin dan Ketua Polis Negara Musa Hassan adakan sidang akhbar tergempar di Bukit Aman sebelum solat Jumaat.

8 jan – 4 ptg – Mereka mengadakan sidang akhbar kedua di Bukit Aman.- 8/1/2010



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.