Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 03 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Insiden Gobalakrishnan tampar polis…siapa dalangnya

Insiden Gobalakrishnan tampar polis…siapa dalangnya

Insiden Ahli Parlimen PKR Padang Serai, N.Gobalakrisnan yang didakwa kerana menghalang tugas penjawat awam dengan memukul anggota polis ketika hari penamaan calon di hadapan IKBN, Bukit Mertajam pada 17 Ogos lalu masuk ‘episod’ baru.

Ini ekoran ada dakwaan beliau diarah menimbulkan provikasi pada hari itu oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin Hussein

mengunjungi pengundi di P.Pasir, Sabtu.

Perkara ini didedahkan oleh pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai, Jamaluddin Abu Hassan ketika sidang media mengumumkan keluar daripada parti itu bersama ADUN Lunas yang juga pemimpin PKR Kedah Mohamad Radzhi Salleh.

Mohamad Radzhi juga adalah Exco Kerajaan Negeri Kedah dalam kerajaan campuran PAS, PKR dan DAP.

Menurut Jamaluddin, beliau mempunyaii bukti rakaman perbualan telefon individu tertentu dalam PKR mendedahkan kejadian pada hari penamaan calon itu dirancang dan ada kaitan dengan Anwar.

Mengulas pendedahan itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, beliau juga ingin tahu perkara sebenar jika sah insiden pada hari penamaan calon yang dicetuskan Gobalakrishnan membabitkan dalang tertentu.

“Kalau itu perkara yang sah, memang pihak polis nak tahu. Kalau mereka ada dalang di belakang tindakan sebegitu rupa, saya juga nak tahu kerana ada undang-undang yang tidak membenarkan ia berleluasa,” katanya ketika ditemui selepas solat Asar di surau Indera Muda, Permatang Pasir.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Hishamuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata, anggota polis yang ditampar dalam kejadian itu akan membawa kes itu ke mahkamah atas tuntutan peribadinya.

“Mereka juga rakyat, ada hak dan tak boleh sewenang-wenang buat begitu apatah lagi kalau tindakan itu berpunca daripada dalang yang sanggup arah penyokong atau pengikutnya melakukan keganasan di jalanan,” katanya.

Dakwaan Jamaluddin jika betul, ia adalah sesuatu yang berat sekaligus mendedahkan bahawa pembangkang sanggup berbuat apa sahaja untuk meraih simpati terhadap pakatan PKR,DAP dan PAS.

Sesiapa yang melihat insiden kira-kira jam 11.30 pagi pada 17 Ogos lalu, Gobalakrishnan sengaja mencetuskan provokasi dengan menjerit-jerit mengecam pimpinan negara dan polis.

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Sementara itu mengulas dakwaan pembangkang kononnya UMNO membeli pemimpin PKR sehinggan mereka keluar parti, Hishamuddin berkata, apabila ada perkara buruk berlaku pada mereka, pasti UMNO atau BN yang dituduh.

“Itu cerita lama...macam surat khabar lama. Mereka sengaja tuduh UMNO kerana nak tutup keretakan dalam parti. Sebenarnya, mereka tidak ada komitmen untuk jadi pentadbir sehingga pemimpin mereka sendiri keluar parti,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, polis akan meningkatkan kawalan pada hari pengundian Selasa ini bagi membantu Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menguatkuasakan peraturan ditetapkan.

Antaranya larangan berkempen selepas jam 12 tengah malam, tiada pondok
dan tiada perayu undi pada hari pengundian 25 Ogos ini.- 23/8/2009



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.