Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 03 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Saiful sudah sedia beri keterangan, harap Anwar akur keputusan mahkamah

Saiful sudah sedia beri keterangan, harap Anwar akur keputusan mahkamah

Oleh: ROSLAN BIAN

“Saya sudah bersedia beri keterangan. Jangan tangguh lagi. Biar mahkamah tentukan perbicaraan kes liwat ini secara adil,”. Itu permintaan Mohd Saiful Bukhari Azlan sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Kuala Lumpyr pagi Selasa tolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengugurkan pertuduhan terhadapnya.

Bekas pembantu Ketua Pembangkang itu turut menyambut baik keputusan berkenaan dan bersyukur doanya supaya kes itu dibicarakan di mahkamah selepas sekian lama tertangguh dimakbulkan.

Melalui peguamnya Zamri Idrus, beliau memberitahu Agendadaily, Saiful berharap Anwar tidak lagi berdolak dalih mahupun terus berusaha mengagalkan kes itu dibicarakan.

“Saya berharap keadilan diperolehi melalui perbicaraan di mahkamah. Saya sudah bersedia sejak dulu lagi untuk memberi keterangan,” ujar Saiful.

Menurut Zamri, anak guamnya itu juga berpendapat tempoh sebulan bagi perbicaraan kes itu seperti ditetapkan Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah mencukupi.

Saiful juga katanya berterima kasih kepada orang ramai yang terus memberi sokongan moral kepadanya dalam penantian sehingga kes itu akan mula didengar Januari depan.

Bagaimanapun Agendadaily difahamkan, peguam-peguam yang mewakili Anwar akan merayu terhadap keputusan Hakim Mohd Zabidin sebelum kes itu bermula 25 Januari.

Jika ini dilakukan, Anwar secara tidak langsung dilihat mahu terus memastikan kes ini digugurkan tanpa memberi ruang satu perbicaraan adil diadakan.

Banyak pihak berpendapat, Anwar sepatutunya membenarkan kes itu dibicarakan ikut proses dengan mendengar keterangan saksi-saksi serta bukti-bukti bukannya berusaha menggugurkan kes itu hanya berdasarkan laporan doktor semata-mata.

Sementara itu, Salful dalam blognya semalam menulis, penangguhan perbicaraan itu jika berterusan dan digugurkan akan memberi implikasi besar terhadapnya.

“Saya boleh disaman tertuduh dan lebih teruk saya pula akan di penjarakan kerana secara tidak langsung ia membuktikan kononnya laporan polis yang dibuat tidak berasas dan menipu,” katanya.

Bahkan katanya, beliau langsung tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri dengan memberi keterangan serta bukti-bukti di Mahkamah jika ia tidak dibicarakan.-1/12/2009



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.