Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 03 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: ‘ Kadang-kadang persepsi itu lebih penting dari realiti’ – kata Mukhriz tentang Khairy

‘ Kadang-kadang persepsi itu lebih penting dari realiti’ – kata Mukhriz tentang Khairy



Semua orang tahu sasaran Datuk Mukhriz Mahathir kebelakangan ini adalah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Pendirian tegasnya mahu Perdana Menteri letak jawatan sebelum bermulanya mesyuarat cawangan-cawangan UMNO di seluruh negara tidak lama lagi.

Itu sudah cerita lama.

Bagaimana pula pandangannya tentang Khairy Jamaluddin.Beliau sebelum ini tidak pernah sentuh secara langsung tentang Naib Ketua Pemuda UMNO itu.Dalam interbiu ringkas dengan Agendadaily dan MStar di bangunan Parlimen petang Selasa Mukhriz sudah ‘ buka semua’ …

Sebenarnya tujuan asal untuk menemui Ahli Parlimen Jerlun ini dicelah beliau menghadiri sidang Dewan Rakyat ialah bagi mendapatkan reaksinya pada pendirian Badan Perhubungan UMNO Kedah Isnin malam yang meminta beliau menghentikan tindak tanduknya mengkritik Perdana Menteri secara terbuka.

Mukhriz nampaknya tidak berganjak.Beliau sebaliknya menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Datuk Mahdzir Khalid selepas mesyuarat badan itu sebagai ‘kenyataan orang yang dilantik’.

Katanya kedudukan Mahdzir sendiri tidak stabil kerana sudah ada suara-suara dikalangan bahagian-bahagian UMNO yang mahu Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah ditukar dengan orang lain.

Soalan tentang Khairy hanya soalan sampingan dicelah-celah beliau menghurai lanjut mengenai pendiriannya tentang Abdullah.Katanya itu TITIK dan tidak akan berubah.

Hubungan Mukhriz dengan Khairy memang dingin.Ini dapat dikesan dalam beberapa acara di mereka kedua mereka sama-sama hadir.Namun kedua mereka tidak pernah membuat sebarang kenyataan menghentam satu sama lain.

Menariknya semasa soalan mengenai pandangannya tentang Khairy dikemukakan padanya,Mukhriz nampaknya tidak teragak-agak untuk bersuara.

Beliau tersenyum bila ditanya apakah istilah yang betul untuk takrif tahap hubungannya kini dengan Khairy.” Tak gaduhlah …bolehlah kalau nak tulis ‘ perang dingin’…

“Saya boleh fahamlah kalau orang nampak saya ni proksi ( dalam krisis) antara ayah saya dengan Pak Lah …saya setuju dengan apa yang ayah saya buat dan mahu tak mahu saya kena suarakan dalam parti,”katanya.

Diminta mengulas pandangan sesetengah pihak bahawa Khairy adalah liabiliti kepada UMNO,beliau spontan berkata,” saya kira betul…saya sendiri sebut kepada beliau dalam mesyuarat Exco (Pemuda UMNO Malaysia) ..bahawa rata-rata kalau kita tanya orang di kedai-kedai kopi lepas pilihanraya hari itu…antara sebab kita kalah ialah faktor Pak Lah dan faktor Khairy.


“Ini orang sebut secara terbuka.”

Ditanya pula apa yang membuat beliau juga bersetuju Khairy adalah liabiliti kepada UMNO,Mukhriz menambah, “ persepsinya ialah bahawa campurtangan Khairy dari pemilihan calon-calon untuk bertanding.Selama ini pun orang bercakap..tapi kita biarkan.


“Kadang-kadang persepsi itu lebih penting dari realitikan… "

Ditanya apakah beliau ada bukti untuk menyokong persepsi itu,katanya “ contohnya dimana-mana beliau pergi untuk berkempen beliau sebut ini calon saya…jadi orang label orang ni calon Khairy.




Ditanya jadi apakah nasihat beliau pada Khairy dalam menghadapi persepsi ini,Mukhriz berkata itu terpulangkah kepada Khairy samaada nak bertanding atau tidak jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

“Beliau akan bawa pendekatannya sendiri…saya akan bawa pendekatan saya sendiri.”

Diminta pandanganya bukankah bila seseorang itu sudah dicop liabiliti kepada sesuatu organisasi maka dia harus ‘backout’ , Mukhriz segera berkata, “ tidak juga…ini apa yang orang cakap…terpulang kepada empunya diri.

Ditanya lagi apakah pandangannya dalam soal ini,beliau lantas berkata, “ kita tak ada tempat dalam UMNO nak mengikut cara dia…( kemudiannya Mukhriz jelaskan ini bermaksud jika Khairy tak ubah stailnya) salah satu sebab kekalahan BN ialah apa yang orang cakap sebagai neopotisme dalam UMNO...keduanya campurtangan keluarga dalam urusan parti dan negara yang akhirnya bawa binasa kepada parti.


“Ini yang saya kira susah nak kita perbetulkan sekiranya orang-orang seperti ini masih ada…ini bukan terhad soal beliau seorang saja…soal Tingkat 4 dan sebagainya.

“Saya teringat Datuk Seri Dr Lim Kheng Yaik ( bekas Presiden Gerakan) cakap lepas pilihanraya…pegawai-pegawai Tingkat 4 patutnya semua dibuang kerja.”

Mukhriz mendakwa Perdana Menteri lebih dengar cakap Tingkat 4 dari pihak-pihak lain.

“Sedangkan lepas pilihanraya baru sedar laporan-laporan pihak-pihak lain betul,”katanya.


Ditanya beliau sudah kenal Khairy lama apakah beliau sendiri percaya kepada dakwaan-dakwaan itu,Mukhriz berkata, “ yang saya fikir bagi diri saya…kalau separuh betul…itu pun dah cukup.




“Sebab yang nampak depan mata kita ialah mahu tidak mahu saya akan buat perbandingan dengan diri saya sendirilah,abang-abang saya sebab ayah saya bekas Perdana Menteri.

Katanya selama 22 tahun Dr Mahathir jadi Perdana Menteri mereka tidak pernah langsung campurtangan dalam pentabiran negara dan parti.

“Benda-benda yang berlaku sekarang…waktu saya tidak terfikir…tidak terlintas..”katanya.

Beliau lantas menceritakan satu perbualan antara bekas Presiden Indonesia Allahyarham Suharto dengan Dr Mahathir di Pulau Langkawi untuk membuktikan bapanya tidak mahu mereka terlibat dalam apa-apa hal.

“Ayah saya ni…campurtangan keluarga ni satu hal yang beliau tak boleh terima...tapi sekarang ni dah jadi macam perkara biasa…bila mula-mula dengar dulu orang rasa pelik…tapi sekarang orang dah terima bahawa keluarga ( Perdana Menteri ) main peranan dalam pentabiran negara.”

Ditanya lagi apakah semua persepsi itu betul, katanya, “walaupun ia persepsi ia mesti berlandaskan kepada realiti juga…malangnya dia tidak menafikan …dia tak pernah cakap dia tak pernah cakap dengan Pak Lah mengenai isu-isu penting…kita sendiri lihat dengan mata kepala sendiri dia telefon Pak Lah…bagitau apa yang kita buat sebagainya.Ini dah biasa.

Selain itu katanya keputusan-keputusan yang dibuat oleh Pemuda sendiri tidak banyak bertentangan dengan keputusan–keputusan Perdana Menteri sendiri.

Katanya sepatutnya Pemuda UMNO harus mainkan peranan sebagai pendesak tetapi ia tidak dibuat.

“Antara sebabnya kita ada Naib Ketua Pemuda…menantu Presiden parti.

“Baru saya teringat dulu abang saya (Mokhzani) jadi Bendahari UMNO…tapi dia tidak kemana-mana dalam Pemuda walaupun waktu itu ayah saya Perdana Menteri,”katanya.

Mukhriz berkata beliau ada bertanya kalangan bekas Exco Pemuda apakah suasana dalam mesyuarat Exco masa dulu.




Katanya dari cakap-cakap beliau dapati suasananya adalah berbeza semasa Khairy ada dalam sebagai Naib Ketua Pemuda.


“Mesyuarat Exco dulu ada suasana dialog dan debat yang sihat…sekarang beza semuanya endorse saja.Adalah pihak-pihak yang bangkitkan pandangan berbeza tetapi dalam kebanyakan hal kalau ada signal dari nombor dua kira on saja,"katanya.

Mukhriz juga mendakwa adakalanya beliau memberi pandangan yang panjang lebar dalam mesyuarat Exco tetapi tidakpun dimasukan dalam minit mesyuarat.- 28/5/2008






Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.