Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 10 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Kalimah Allah: Ada orang yang ‘terlebih pandai’…?

Kalimah Allah: Ada orang yang ‘terlebih pandai’…?

Ada kawan-kawan yang berkerut muka mengaku letih.Dah nak masuk dua minggu masuk tahun baru belum ada tanda nak selesai.

Ini mestilah bab isu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 31 Disember lalu benarkan Herald -The Catholic Weekly.

Tak lain tak bukan bab ni jadi suis ledakan isu terbaru yang terus menyinari sembang-sembang dan bincang-bincang di sana sini dialaf semua orang baru nak menyedut udara 2010.

Cakap sudah cakap,bising sudah bising,protes sudah protes.Di pihak yang nak pakai sangat kalimah tu terus tidak mahu berganjak.

Semuanya kini sedang menanti keputusan di mahkamah atas rayuan yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri.

Apakah keputusan itu kelak akan redakan isu ini?.Senang cakap ada kawan-kawan berani bet kata tidak.

Polimek ini dijangka akan berterusan.Apa lagi ada puak-puak yang sudah nampak angle politik yang baik punya untuk digunakan habis-habisan untuk tarik sokongan berpihak kepada mereka.

Isunya memang kecil.Hanya bab satu perkataan.

Kata orang kalau Herald tak pakai pun tak jadi kudis tang mana.

Bab agama memang sentiasa menyelinap dalam sanubari kebanyakan orang.Kata orang yang tak alim dan jarang ke masjid pun boleh berdiri tepuk meja.

Sebab itu ia dengan mudah bab-bab macam ni boleh menjadi hal yang mengundang berbagai risiko jika tidak ditangani dengan bijak.

Cakap lebih lebih punya nanti boleh masuk ketegori manghasut segala macam.

Pada waktu-waktu isu ini berkumandang ada juga Kawan dengar Hamba Allah yang bertanya ini satu ujian besar nak tengok sejauh mana orang Melayu bersatu dengan nada yang suara yang sealiran.

Kita selalu dengar ada orang politik yang kata mereka boleh berbeza ideloji tapi kalau bab kepentingan Melayu dan agama semuanya boleh diketepikan.

Apakah itu setakat cakap penyedap bicara?

Dalam sembang punya sembang dengan kawan-kawan ada juga kawan yang merumuskan di zaman lepas Mac 2008 pemikiran nampaknya lebih menjurus kepada untung rugi sokongan politik.

Berat menang berat kalau kepala otak dah tune begitu.

Kawan sendiri dah lama jadi orang suratkhabar.Macam-macam dah lalui dan tengok dengan mata kepala sendiri 1001 macam isu dari satu ke satu yang melanda negara dari masa ke semasa.

Keadaan sudah berubah.Kita bukan macam dulu-dulu lagi dimana ada saja isu yang menyangkut agama dan bangsa semuanya bangkit bersama.

Kini dah banyak orang yang ‘ terlebih pandai’ yakni merasa sokongan politik lebih utama dari nasib bangsa dan agama.

Sebab itu kita melihat pendirian yang berbeza dalam bab ini.

Siapa betul dalam bab ini.UMNO,PAS atau PKR yang berpendirian terbuka tidak kisah Herald guna Kalimah Allah.Malah anggap ia satu yang positif.

UMNO kata PAS tak betul,PAS kata UMNO tak Islamic,PKR kata dia hebat.

Bos-bos politik diatas satu bab.Dia orang nak kena jenguk juga apa orang dibawah punya feel.
Kalau satu usaha dapat tandatangan membantah pengunaan kalimah Allah melalui Facebook dah dapat lebih 200,000 sokongan itu bukan kecik anak .

Itu yang mahu bersuara secara terbuka.Banyak lagi pak cik mak cik abang kakak adik di kampong tu yang tak tau pakai internet.

Apakah nak tunggu sejuta tandatangan tu baru nak pusing cakap.

Sultan Selangor pun dah bertitah.Semua orang dah faham sangat apa pendirian baginda dalam bab ni.

Kawan dengar ada juga anak buah bos-bos dalam PAS dan PKR yang garu kepala.” Bos atas dah cakap macam tu..nak buat macam mana,” kata seorang pada Kawan.

Mungkin ada yang underestimate suara sebenar dibawah.

Tapi ada juga yang argue mereka peduli apa sebab boleh dapat sokongan sebelah sana.

Baguslah kalau itu yang menjadi hajat dihati.

Apapun kata orang tak usah pusing kot mana sekalipun bila tengok kiri tengok kanan kuasa politik Melayu memang semakin menguncup.

Ini sebenarnya yang ikut cakap kawan-kawan yang lebih membimbangkan dari segala isu sebesar mana pun yang ada.

Takut nanti sedar sedar bab kata semua kena balik kampong tanam jagung.

Kawan: nak minta permit bawa teksi.



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.