Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Tue, 13 May 2008 | [|] atau []





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- About Us
- EMAIL AGENDADAILY
- Berita Utama
- Menarik Minggu ini
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Ruhanie Ahmad -Kuda Kepang
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Gebang Aziz Desa
- Raihan - Aku Punya Suka
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Dunia - Ibrahim Yahaya
- Reme Ahmad
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- Cari Arkib









Apa dah jadi...?

Ketika Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sidang media di pejabatnya di Petaling Jaya petang Isnin di mana beliau masih lagi mempertahankan dakwaannya sudah mempunyai cukup bilangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan bersamanya membentuk kerajaan baru...di Dewan Rakyat lain pula suasananya. Nama-nama yang disebut akan berhijrah menyertai Anwar, satu persatu membuat penegasan mereka bukan sahaja akan tetap bersama BN tetapi menafikan akan menjadi penumpang kerajaan baru Anwar tersebut. Malah ada yang memberi penegasan yang dicari ialah keadilan bukan Parti Keadilan dan menyifatkan dakwaan Ahli-Ahli Parlimen BN dari Sabah yang paling ramai akan melompat sebagai satu penghinaan kepada mereka. - KLIK PADA TAJUK BERITA UTAMA UNTUK LAPORAN LANJUT.- 12/5/2008


-----------------------------

Apa cerita sidang akhbar Anwar...?

Terdapat sikit hu ha bila tersebarnya pengumuman Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim nak adakan sidang akhbar di pejabatnya di Petaling Jaya jam 2.30 petang Isnin.Pengumuman itu menjadi perbualan bukan saja dikalangan para wartawan dan orang politik tetapi sebilangan ahli parlimen yang sedang menghadiri sidang Dewan Rakyat juga tertanya-tanya apa ceritanya.Ada juga yang menduga kemungkinan sesuatu ‘ berita besar’ akan muncul dari sidang akhbar itu berdasarkan timing nya dalam senario hangatnya spekulasi kemungkinan ada ahli parlimen Barisan Nasional yang nak melompat ke pembangkang.- KLIK PADA TAJUK BERITA UTAMA UNTUK LAPORAN LANJUT-12/5/2008

-------------------------


Saya pegang cakap Mursyidul Am - Timbalan Presiden PAS


Gamat mengenai isu lompat parti selama ini hanya kedengaran daripada sebelah pihak Parti keadilan Rakyat (PKR). Sekutu rapat PKR iaitu PAS nampaknya sehingga kini msih belum membuat sebarang pendirian. Bagi mendapatkan gambaran apakah sentimen sebenar PAS, Agendadaily hari Isnin telah menemui Timbalan Presiden parti itu, Nasharuddin Md. Isa yang dalam perbualan ringkas dengannya, beliau berkata: “Secara peribadi saya berpegang kepada kenyataan Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat”. Nik Abdul Aziz sebelum ini menyifatkan perbuatan melompat parti sebagai tindakan yang tidak bermaruah. ‘‘Lompat parti ini bukan kerja orang politik tetapi kerja orang yang makan upah. Sebab masa kita hendak menang jadi wakil rakyat... mengundi bukan main lagi tetapi lepas itu, dia main-main lompat. - KLIK PADA TAJUK BERITA UTAMA UNTUK LAPORAN LANJUT - 12/5/2008

----------------------------

Asal jadi semasa sidang Dewan Rakyat kali ini

Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dikatakan sudah mendapat jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mencukupi untuk menyertai pakatan pembangkang tetap meletakkan harapan ‘penghijrahan’ tersebut akan berlangsung pada sesi sidang Dewan Rakyat yang akan berakhir pada 27 Mei ini. Sumber PKR memberitahu, segalanya hanya bergantung kepada soal masa dan jika jumlah yang ‘berhijrah’ itu tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan yang baru sekali pun ia tetap akan dilaksanakan. Difahamkan, bagi PKR ‘penghijrahan’ itu mesti berlaku tanpa mengambil kira jumlah yang terlibat kerana ia akan menjadi kemenangan moral dan mengesahkan bahawa mereka memang mempunyai sokongan daripada Ahli Parlimen BN untuk bersama-sama dengan pakatan pembangkang. Bagaimanapun sumber lain menyebut, soal penghijrahan Ahli Parlimen BN untuk menyertai pakatan pembangkang masih mempunyai halangan yang besar iaitu “apa pendirian PAS” sebagai sekutu politiknya.- 11/5/2008

------------------------------

Laporan video Linggam diputus Jumaat ini

Keputusan sama ada laporan siasatan Suruhanjaya Diraja mengenai rakaman video V.K. Lingam hanya akan ditentukan oleh kabinet pada mesyuarat mingguannya Jumaat ini.Perkara ini dimaklumakn oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim pagi Selasa. Minggu lalu, laporan tersebut telah disembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Pengerusi suruhanjaya berkenaan, Tan Sri Mohamed Haidar Mohd Noor mencadangkan agar laporan berkenaan dibuka kepada awam - 13/5/2008

---------------------------

Nak jadi hero...akhirnya kena laporan polis

Tertuduh kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibu, Azilah Hadri dan Sirul Azhar hari Isnin membuat laporan polis ke atas Raja Petra kerana memfitnah mereka mengancam keselamatannya semasa dalam tahanan reman di penjara Sungai Buloh. Raja Petra yang merupakan pengendali laman web Malaysia Today semasa keluar dari tahanan reman itu Khamis mendakwa, beliau terpaksa membayar ikat jamin walaupun pada asalnya tidak mahu berbuat demikian kerana alasan keselamatan. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT 12/5/2008


---------------------------

Keputusan muktamad Adnan Yaakob pasal jawatan Ketua Pemuda UMNO

Kalangan ahli Pergerakan Pemuda UMNO tidak perlu fikir lagi tentang Datuk Seri Adnan Yaakob.Isnin Menteri Besar Pahang beliau membuat pengumuman rasmi tidak pernah berminat untuk bertanding jawatan ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti Disember ini. Bercakap kepada para wartawan di Bentong beliau menjelaskan idea untuk calonkannya bertanding jawatan itu itu dibuat oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Datuk Khairuddin Yaakob.“Kalau saya tak keluarkan kenyataan, orang ingat saya baling batu sembunyi tangan, sebenarnya saya tidak tahu menahu cadangan mereka ini,”katanya. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT- 12/5/2008

---------------------------

Sidang Dewan Rakyat gamat masa Khairy bahas...

Suasana sidang Dewan Rakyat Isnin gamat dengan pertikaman lidah antara Ahli Parlimen pembangkang dan penyokong kerajaan semasa Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.Ia hinggakan memaksa Khairy tidak dapat menghabiskan ucapannya setelah masa perbahasannya dilanjutkan hampir sejam dari kebiasaannya 30 minit saja.Keadaan menjadi hangat apabila Khairy menyentuh isu kenaikan harga minyak dan mengaitkannya dengan agenda politik pembangkang yang memainkan isu itu untuk meraih sokongan pada pilihan raya umum lepas. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LAN JUT.- 12/5/2008

---------------------------

Karpal tidak berganjak...

Walaupun sudah ada 20 laporan polis dibuat terhadapnya kerana mempersoalkan kuasa Istana,Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh tidak berganjak dari pendirian asalnya dalam soal bahawa Sultan Perak tidak mempunyai bidang kuasa terhadap pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury.
Isnin semasa berucap membahaskan usul terima kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat orang kuat DAP itu menegakan beliau tidak lakukan perbuatan melanggar undang-undang.“Saya tidak mempersoalkan atau mencabar kedudukan Sultan Perak sebagai Ketua Agama Islam di Perak tetapi baginda tidak ada kuasa dalam hal untuk menarik balik pertukaran seseorang pegawai kerajaan,” katanya. GAMBAR - MENTERI BESAR PERAK DATUK SERI NIZAR JAMALUDDIN SEDANG BERBUAL DENGAN KARPAL SINGH SEMASA BELIAU BERADA DI BANGUNAN PARLIMEN ISNIN . KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT .- 12/5/2008

----------------------------

KLIK PADA LINK INI UNTUK ATURCARA PENUH HARI BELIA NEGARA 2008


Perbanyakkan dialog dengan Belia

Dialog antara pemimpin golongan belia perlu diperbanyakkan dalam usaha untuk mendengar dan mendapatkan pandangan mereka agar isu-isu belia dapat ditangani dengan lebih berkesan. Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Kementerian Belia dan Sukan memperbanyakkan inisiatif berkenaan bagi membolehkan semua program yang hendak dilaksanakan dapat mencapai matlamat mengikut cita rasa golongan itu. ''Pemimpin perlu memperuntukkan masa untuk mendengar suara golongan belia supaya mereka merasakan peranan mereka diiktiraf kerajaan," katanya. Berita sebelum ini ... Syarat pinjaman Tabung Ekonomi Belia dilonggarkan . KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT - 10/5/2008



Menjala ikan di Parlimen Malaysia

Sidang Parlimen masih berlangsung dengan saban hari ada sahaja pertikaman lidah yang belaku. Jika seminggu lalu, pertikaman lidah ini menjadi tarikan untuk ahli-ahli parlimen tidak mengsongkan tempat duduk masing-masing, kini mereka sekadar menjenguk di kaca tv di ruang rehat yang disediakan.Ahli-ahli parlimen ‘veteran’ atau senior dalam dewan sudah lazim dengan kerenah rakan-rakan mereka yang pakar dalam mengemukakan ‘standing order’. Bagi mereka, jika ada pihak lawan yang membangkitkan peraturan mesyuarat, ia adalah isyarat untuk ‘tembak-menembak’. KLIK PADA LINK INI UNTUK BACA SELANJUTNYA.
Berita Lanjut


Ini pesanan Tok Ali …Klik "Sembang Kawan-Kawan" atau gambar dibawah untuk baca selanjutnya


Dalam bab ni Kawan setuju sangat macam cakap Tok Ali Rustam bahawa orang Melayu tidak perlu menjerit-jerit seolah-olah hak dan kuasa mereka sudah hilang kerana semuanya masih termaktub dalam perlembagaan persekutuan yang telah dipersetujui bersama kaum lain.Ketua Menteri Melaka itu bagi contoh misalnya syarikat pemegang amanah kaum bumiputera dan agensi kerajaan yang menjaga hak orang Melayu perlulah buat kerja dengan sempurna.Betul Tok jerit pekik tak kan Melayu hilang di dunia saja tak bawa kita kemana apa lagi kalau itu ini ‘bocor’ tengah jalan… Ali Baba sana dan Ali Samy sini.Tak guna simbolik nak tayang keris macam bersemangat sangat tapi bila kena gertak lari lintang pukang.Zaman supersonik sekarang orang nak tengok apa cakap mesti serupa bikin.Tak gitu.
Kawan:Suka bisik…

Berita Lanjut

Muhyidin beri kenyataan 'terbuka'...


Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan sedia untuk bertanding jawatan lebih tinggi dalam parti telah memberikan jawapan ‘terbuka untuk ditafsirkan’. Beliau yang diminta penjelasannya mengenai perkaa itu berkata, beliau tidak pernah menyebut akan bertanding jawatan berkenaan tetapi pada masa yang sama menegaskan masih terlalu awal untuk membuat keputusan mengenainya. Beliau berkata, soal pemilihan masih jauh lagi untuk diperkatakan buat masa sekarang." Apabila tiba masanya terserah kepada para perwakilan untuk membuat keputusan,” katanya ketika diminta laporan akhbar The Sunday Star yang menyebut bahawa beliau telah menerima banyak maklum balas daripada akar umbi, menasihati dan mencadang masanya sudah tiba bagi beliau meningkat dalam hieraki parti.Sebelum ini, semasa lawatan Jawatankuasa Pengurusan UMNO ke negeri-negeri yang jatuh ke tangan...
Berita Lanjut


Rahim dan Shahidan tawar diri tanding Naib Presiden

Senarai mereka yang berminat untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO nampaknya semakin bertambah. Walaupun ada di antara mereka hanya disebut-sebut akan bertanding tidak kurang juga telah mengesahkan dirinya menawarkan untuk bertanding jawatan berkenaan.
Terbaru, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik secara terbuka memberitahu Agenda Daily, beliau akan menaarkan dirinya bertanding jawatan Naib Presiden UMNO dan menolak sebarang kemungkinan bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. “Saya pernah jadi Ketua Pemuda...

Berita Lanjut
Tak perlu Ketua Pemuda ‘stop gap’

Datuk Mukhriz Mahathir tidak setuju dicop sebagai penyambung lidah Tun Dr Mahathir Mohamad dalam langkahnya menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.“Saya pun ada fikiran saya juga tapi pada waktu yang sama tak salah juga kalau saya bagi satu kesinambungan untuk Tun dalam parti kita ni.“Tak bolehlah saya sebagai anaknya untuk menidakan apa yang diperjuangkannya selama ini,”katanya mengulas anggapan beliau tidak sesuai bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO kerana faktor itu.Ketua Pemuda Pahang Datuk Khairuddin Yaakob Khamis lalu berkata Mukhriz,Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Dr Khir Toyo tidak sesuai bertanding jawatan itu dalam situasi politik sekarang.
Berita Lanjut


Menyumbang, sumbang sembang, dan sumbing…di Parlimen

Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-12 diwarnai dengan suasana hiruk-pikuk bertikam lidah di antara ahli parlimen penyokong kerajaan dan pembangkang yang berkisar pada ‘mulut sumbang’ wakil DAP dari Bukit Gelugor, Karpal Singh.Dari hari pertama persidangan tanggal 28 April, nama Karpal terus berkumandang di dewan yang mulia hingga ke Khamis, 8 Mei. Dan, jutaan rakyat Malaysia pula dapat menyaksikan gelagat-gelagat ahli parlimen kerana RTM1 menyediakan perkhidmatan siaran langsung dari 10.00 pagi hingga ke 10.30 pagi.
Berita Lanjut

Isu Karpal Singh: Rakyat nak dengar pendirian wakil rakyat Melayu PKR

Datuk Ibrahim Ali yang diketahui umum sangat komited dengan soal Ketuanan Melayu meminta wakil rakyat Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat supaya menyatakan pendirian mereka mengenai isu Pengerusi DAP Karpal Singh mempertikaikan kuasa Istana.Ahli parlimen Bebas kawasan Pasir Mas,Kelantan itu menegaskan mereka tidak boleh bersikap membisu kerana rakkyat nak tahu pendirian mereka.Katanya sekalipun mereka mungkin takut untuk sentuh isu itu kerana sudah berpakat Pakatan Rakyat tetapi dalam hal ini mereka perlu pertahankan Istana jika tidak mahu orang Melayu , berpecah belah.
Berita Lanjut




A CAUTIONARY TALE OF TWO COALITIONS

ANTARA FITNAH DAN AYAT-AYAT CINTA

KLIK IKON DIATAS UNTUK BACA TERUS LAMAN INI

KLIK IKON DIATAS UNTUK BACA TERUS LAMAN INI

KEGAGALAN BARISAN NASIONAL

KARPAL SINGH DAN JANJI PAKATAN RAKYAT DI SELANGOR

KAH CHOON PENTINGKAN DIRI

MUDAH BERJANJI,MUDAH LAGI MEMUNGKIRINYA

KLIK IKON DIATAS UNTUK BACA TERUS LAMAN INI

SEHARIAN DI STOWE,VERMONT

KLIK IKON DIATAS UNTUK BACA TERUS LAMAN INI

HONEYMOON – PR AFTER THE LOVIN’

KEPUTUSAN PILIHANRAYA : SUATU MANIFESTASI DARI KEBEBASAN BERSUARA


KLIK IKON DIATAS UNTUK BACA TERUS LAMAN INI

WANITA PANAS ADA DESAKAN AZALINA TANDING RAFIDAH

KLIK IKON DIATAS UNTUK MELAYARI TERUS LAMAN INI


Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK




EMAIL BOLEH DIKIRIM KE

agendadaily@gmail.com



UMNO atau Melayu yang lemah….?


Lebih baik didik dari denda


Fikir-fikirkanlah….


Hentikan perang pendapat


Kementerian Kesihatan…ambil perhatian


Suara hati bapa saya




Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2007 Agenda Daily Dot Com Sdn. Bhd.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com Sdn. Bhd.

Powered by tmsPUBLISHER-e.