Printing Instructions: Select File and then Print from your browser's menu --- Article Information --- This article was printed from http://www.agendadaily.com:8080. Article's URL: http://www.agendadaily.com:8080/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_6622ec2d-ca9db1d0-15200be0-6844f2fc ---------------------------
Pemuda Umno turut tumpu penyediaan mesin pembersih air
Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan itu tidak saja memberi tumpuan kepada menyediakan tiga juta botol air mineral, tetapi juga mesin-mesin pembersih air kepada mangsa tsunami di Aceh.
Sementara itu di SHAH ALAM kata Pengerusi Korban Perdana 2005 Datuk Pirdaus Ismail berkata Pemuda Umno akan mengadakan program korban perdana di tiga negeri -- Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu -- sempena Aidiladha dengan kebanyakan daging korban akan diagihkan kepada mangsa tsunami di negara ini. Beliau berkata pusat korban perdana di Pulau Pinang akan diadakan di Teluk Kumbar, Balik Pulau dan Kota Kuala Muda, Kedah pada 23 Jan.
"Jika setakat air mineral, kita akan memerlukan ia dalam jumlah yang sangat besar kerana ia tidak boleh digunakan dalam jangka masa lama. Satu botol mineral hanya boleh bertahan untuk beberapa ketika sahaja.
"Kerana itu, sumbangan mesin-mesin pembersih air oleh beberapa syarikat tertentu adalah alternatif sangat efektif ke arah membantu mangsa-mangsa berkenaan mendapatkan bekalan air bersih mencukupi," kata Khairy kepada pemberita selepas melancarkan kempen `H2O For Life' di bawah naungan Pertubuhan Malaysians for Peace (Aman Malaysia) di Kuantan Selasa.
Khairy berkata beliau yakin sasaran tiga juta botol air mineral itu akan dicapai dalam jangka masa singkat jika mendapat kerjasama padu dari semua bahagian pergerakan.
Katanya, kempen tersebut akan dijalankan berterusan walaupun setelah sasaran dicapai.
Bernama diberitahu Pergerakan Pemuda Umno Pahang sendiri meletakkan sasaran sejuta botol air mineral dan ini dijangka dicapai sekurang-kurangnya menjelang minggu depan.
"Jika semua bahagian boleh mendermakan sekurang-kurangnya 100,000 botol air, sasaran itu akan berjaya dipenuhi dengan mudah," katanya.
Katanya, Ketua Pemuda Umno Datuk Hishammuddin Tun Hussein akan turut hadir di Kota Kuala Muda dan Teluk Kumbar pada hari korban perdana itu.
Pirdaus, yang juga exco Pemuda Umno Malaysia, berkata majlis korban perdana di Kuala Abang, Dungun pula masih belum diputuskan.
Kuala Abang dipilih memandangkan ia merupakan lokasi bagi program "Pemuda Masuk Kampung" pada tahun 2001 dan korban perdana itu merupakan program susulan pergerakan itu bagi penduduk setempat, katanya.
Beliau berkata setakat ini 40 ekor lembu telah dijanjikan oleh beberapa individu serta pelbagai organisasi dan syarikat untuk diserahkan kepada pergerakan itu sempena majlis korban perdana itu.
Pirdaus berkata pergerakan itu akan menerima sumbangan korban sehingga 17 Jan depan.
Katanya, pergerakan itu akan bekerjasama dengan Pemuda Umno negeri yang terlibat bagi menjayakan program itu.
--- end ---