Printing Instructions: Select File and then Print from your browser's menu --- Article Information --- This article was printed from http://www.agendadaily.com:8080. Article's URL: http://www.agendadaily.com:8080/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a ---------------------------
Ada-ada saja...nak minta tukar hakim pula
Karpal Singh memberitahu mahkamah mereka membuat permohonan itu kerana menganggap Mohamad Zabidin bersikap “bias dan tidak serius dalam melayani permohonan mereka supaya mengambil tindakan ke atas Utusan Malaysia kerana menghina mahkamah. Dalam notis tuntutan itu, Karpal berkata, Utusan Malaysia, pada 4 Februari telah menerbitkan berita yang bertajuk “ Tak Rela Diliwat Lagi ” dengan menyiarkan gambar Anwar dan Mohd Saiful Bukhari dan sebuah lagi artikel bertajuk “ Berhenti Kerana Tidak Mahu Diliwat Lagi .” Karpal telahpun memohon kepada mahkamah untuk bertindak kerana apa yang disiarkan oleh Utusan Malaysia adalah menghina mahkamah, tetapi Mohd Zabidin menolak dengan alasan artikel berkenaan tidak dilakukan di hadapan mahkamah dan tidak diterbitkan dengan niat jahat. Karpal juga mendakwa gambar yang disiarkan di Utusan Malaysia pada 5 Februari dengan kapsyen “Mohd Saiful Bukhari Azlan menunjukkan katil di bilik tidur utama tempat beliau mendakwa diliwat Anwar Ibrahim……..” merujuk kepada katil dan bukannya tempat di mana kesalahan dikatakan berlaku serta tidak tepat dan idak mencerminkan apa yang sebenarnya telahpun berlaku. Perbicaraan pada Isnin sepatutnya menyaksikan Mohd Saiful Bukhari Azlan disoal balas oleh peguam pembela yang diketuai Karpal yang turut dibantu oleh SN Nair, Param Cumaraswamy, CV Prabhakaran, Ram Karpal Singh Deo, Marisa Regina Fernando dan Mohd Razlan Jalaluddin. Sementara itu, SN Nair berkata, sekiranya Mohd Zabidin enggan menarik diri sebagai hakim perbicaraan kes ini, mereka akan mengemukakan satu lagi permohonan untuk menggantikan beliau. “Kami mahu Mohamad Zabidin ditukarkan dan jika dia enggan, kami akan buat permohonan lagi,” katanya.
Saiful lalui pusingan pertama dengan tenang...apa pula lepas ini?
Sesiapa sahaja yang berada dalam kamar Mahkamah Tinggi ketika perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti perasan dan mengakui betapa tenangnya Mohd Saiful Bukhari Azlan memberi keterangan diliwat bekas majikannya itu. Malah, berbual dengan Zamri Idrus, peguamnya yang juga jadi peguam pemerhati dalam perbicaraan berprofil tinggi itu, beliau berpuashati anak guamnya itu dapat melepasi hari-hari awal perbicaraan tanpa sebarang gangguan. Bercakap kepada Agendadaily, Zamri percaya semua itu diharungi Mohd Saiful dengan tenang kerana beliau sudah lama bersedia memberi keterangan serta bukti-bukti penting kes tersebut. Bagaimanapun, katanya, Mohd Saiful harus lebih bersedia ketika pihak pembelaan yang mewakili Anwar mula menyoal balasnya selepas selesai memberi keterangan. “Setakat ini, alhamdulillah, beliau memberi keterangan dengan lancar. Kita kini bersedia apabila pihak pembelaan akan menyoal balas,” katanya. Sebenarnya, Mohd Saiful sudah bersedia sejak 18 bulan lalu untuk mendedahkan apa yang berlaku kepadanya. Namun, pelbagai cara untuk mengenepikan kes itu dan melewat-lewatnya menyebabkan beliau terpaksa menunggu sebelum dapat hak dan keadilan bagi menyuarakan tekanan jiwanya selepas mendakwa diliwat Anwar. Ianya bukan proses yang mudah kerana selepas bersumpah laknat, masih ada pihak meragui kebenaran dakwaan itu malah tidak kurang juga yang mencacinya termasuk menuduh terbabit konspirasi menjatuhkan Ketua Pembangkang itu. Malah, dalam usaha terakhirnya, Anwar masih mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan serta Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes itu malah bersedia menghantar sapena meminta kedua-dua mereka hadir ke perbicaraannya. Mengimbas kembali perbicaraan sepanjang tiga hari lalu, Mohd Saiful sudah mendedahkan bagaimana beliau diperlakukan Anwar seperti dalam pertuduhan. Bermula dengan Anwar bertanyakan ‘Can I F**k You Today’, lawatan hakim ke kondominium tempat kejadian, pendedahan mengenai pelincir KY Jelly, seluar yang dihadiahkan tertuduh dan tawaran untuk Mohd Saiful menyambung pelajaran dengan gaji serta elaun penuh mengisi ruang perbicaraan. Perkara lain adalah mengenai pengakuan Mohd Saiful bahawa doktor Hospital Pusrawi memberhentikan pemeriksaan perubatan apabila beliau memberitahu kena liwat juga penting. Malah, doktor Mohd Osman tidak memberitahu beliau hasil pemeriksaan setakat itu. Ini sekaligus menjawab persoalan yang dibangkitkan penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang menyiarkan di blog Malaysia Today kononnya laporan doktor terbabit yang tidak membuktikan Mohd Saiful diliwat. Bagaimana doktor berkenaan boleh membuktikannya kerana dalam perbicaraan, Mohd Saiful memberitahu doktor itu menasihatkannya ke hospital kerajaan kerana hospital Pusrawi tidak cukup peralatan untruk pemeriksaan kes liwat berkenaan. Timbul persoalan, konspirasi siapa sebenarnya dalam hal ini hingga Raja Petra sanggup dipercayai mengeluarkan laporan perubatan palsu? Terpulang pada pihak berkuasa menyiasatnya kelak. Berbalik pada perbicaraan kes ini, Mohd Saiful ternyata sudah melepaskan segala tekanan perasaan yang membelenggunya ekoran kejadian itu. Kini terpulang pihak pembelaan menyoal balas pengadu Mohd. Saiful. Anwar pastinya berusaha seboleh mungkin memenangi kes ini apabila melantik peguam Karpal Singh mengetuai barisan pembelaannya selain Datuk Param Cumaraswamy, Datuk C.V. Prabhakaran, S.N. Nair, Ram Karpal Singh Deo, Marisa Regina Fernando, dan Mohd. Razlan Jalaluddin. Perbicaraan ini sepatutnya ‘straight forward’ kata peguam Mohd Saiful. Namun, Karpal sejak perbicaraan lalu, cuba mencuri perhatian dengan membangkitkan soal laporan akhbar Utusan Malaysia yang didakwa berniat jahat dan gambar-gambar lawatan ke kondominum yang dilihat sebagai jalan melewat-lewatkan perbicaraan. Sepatutnya peguam-peguam tersohor Anwar tidak perlu membuang masa dengan soal remeh temeh ini sehingga Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah juga tidak bersetuju cara Karpal mempersoal perkara itu. Mohamad Zabidin sebaliknya menyarankan pihak Anwar melaporkan kepada polis jika tidak berpuashati dengan laporan akhbar berkenaan. Sebenarnya, sudah tiba masa semua pihak berpijak di bumi nyata termasuk Anwar sendiri. Jika Moha Saiful yang baru setahun jagung berani bersemuka di mahkamah, mustahil Anwar, bekas timbalan perdana menteri, pemimpin politik dan dianggap ‘Sivaji The Boss’ takut berdepan dakwaan-dakwaan yang dibangkitkan Mohd Saiful di mahkamah. Rakyat mahu melihat satu proses perbicaraan yang adil dengan Mohd Saiful dan Anwar boleh membuktikan siapa benar, siapa salah. Anwar dituduh meliwat Mohd. Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Anwar, 63, Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan. Pihak pendakwaan diketuai Peguam Cara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden dibantu oleh timbalan-timbalan pendakwa raya Datuk Nordin Hassan, Wong Chiang Kiat, Mohamad Hanafiah Zakaria, Noorin Badaruddin, Farah Azlina Latif, Mira Mirna Musa dan Naidatul Athirah Azman.-8/2/2010
Apa jadi ‘Sivaji The Boss’…..?
Ingat lagi pilihanraya kecil kawasan parlimen Permatang Pauh pada bulan Ogos 2008 dimana Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding ganti tempat isterinya Datin Seri Wan Azizah Ismail.
Tiub KY Jelly dan seluar dalam ditunjuk di mahkamah pagi ini…perhimpunan haram sokong Anwar lepas solat Jumaat disertai tak sampai 30 orang
OLEH:ROSLAN BIAN
Perbicaraan hari ketiga kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula pada jam 9.50 pagi Jumaat dengan suasana sekitar komplek mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur agak lengang.
Kemudian beberapa barangan kes itu termasuk satu tiub KY Jelly yang Mohd Saiful Bukhari Azlan dakwa diserah kepada pegawai penyiasat polis pada malam 28 Jun 2008 ditunjuk kepada mahkamah.Turut ditunjuk ialah seluar dalam, baju dan seluar.
Mohd Yusof juga bertanya semula Saiful mengenai pemeriksaannya di Hospital Pusrawi.
Saiful memberitahu doktor berkenaan beliau sakit perut dan dubur.
Ketika doktor itu mahu memeriksanya dan membuat calitan, beliau memberitahu doktor tersebut apa yang diperlakukan Anwar dan doktor itu terus berhenti.
Menjawab soalan, Saiful menjelaskan, doktor berkenaan tidak memberitahu hasil pemeriksaan setakat itu.
Beliau juga memberitahu tidak buang air besar dua hari selepas diliwat Anwar.
Saiful juga memberitahu mahkamah, sejak sekian lama sebelum itu Anwar merupakan idolanya kerana melihatnya sebagai pemimpin yang berkarisma.
Dalam keterangannya juga, Saiful ditanya mengenai e-melnya kepada Anwar mengenai peletakan jawatannya.
Sementara itu walaupun terdapat usaha-usaha mengajak orangramai menyertai perhimpunan haram di Masjid Wilayah Persekutuan untuk menyatakan sokongan pada Anwar selepas solat Jumaat,tidak sampai 30 orang menyertainya.
Persoalan kenapa peguam Karpal Singh, semalam memohon agar keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan menceritakan apa yang berlaku di kondominium didengar secara tertutup antara bahan sembang orang ramai termasuk media di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, pagi Khamis. Macam-macam spekulasi mengenai perkara itu dikalangan petugas media msementara enunggu kebenaran masuk untuk membuat liputan pada hari kedua perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat Mohd Saiful. Terdahulu, suasana perkarangan mahkamah tenang tanpa kehadiran ramai penyokong Anwar seperti kelmarin dan semalam. Ketibaan Ketua Pembangkang itu jam 9.26 pagi hanya disambut beberapa orang yang rapat dengannya malah Datin Seri Wan Azizah Ismail serta anak-anak Anwar juga tidak kelihatan. Bagaimanapun, perbicaraan ini diteruskan dengan keterangan Mohd Saiful secara tertutup mulai jam 10.30 pagi hingga 11 pagi ini tanpa petugas media atau orang awam dibenar masuk ke bilik mahkamah. Mahkamah kemudian menetapkan lawatan ke tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara. Rombongan hakim, pihak pendakwaan dan pembelaan serta Anwar dan Mohd Saiful meninggalkan mahkamah pada 11.43 pagi. Mereka hanya kembali semua ke kompleks mahkamah kira-kira jam 1.15 petang manakala prosiding disambung semula jam 3 petang. Sebaik bermula, Karpal Singh memohon mahkamah mengenakan perintah menghina mahkamah terhadap akhbar Utusan Malaysia berhubung laporan akhbar itu berkaitan dengan prosiding kes liwat anak guamnya yang dikatakan tidak tepat dan tersasar maksud sebenar. Karpal menuduh laporan akhbar yang ada kaitan dengan Perdana Menteri dan UMNO itu itu dibuat dengan niat jahat. Peguamcara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden bagaimanapun berkata, apa yang berlaku hanyalah "laporan kurang tepat" dan itulah cara media melaporkan. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, kenyataan Karpal Singh mengenai pemilik akhbar itu adalah tidak wajar. Perbicaraan ditangguhkan selama lima minit bagi membolehkan hakim membuat keputusan. Apabila disambung semula, hakim Mohamad Zabidin memberitahu pasukan pembelaan Anwar supaya membuat laporan polis jika terdapat perbuatan menghina mahkamah. Prosiding diteruskan dan mahkamah ditunjukkan rakaman CCTV ketibaan Mohd Saiful ke dalam lif di kondo itu serta gambar dan masa beliau meninggalkan kediaman itu. Hakim juga membenarkan Anwar keluar dari kandang tertuduh dan duduk di kerusi peguamnya yang lebih hampir dengan skrin TV kerana beliau berkata tidak dapat melihat dengan jelas rakaman CCTV itu. Mahkamah kemudian diberitahu oleh Mohd Saiful bahawa beliau pergi ke tiga buah hospital untuk melakukan pemeriksaan termasuk di Hopsital Tawakal. Bagaimanapun, penyambut tetamu di situ memberitahunya hospital itu beroperasi separuh hari dan tidak boleh membuat pemeriksaan. Beliau kemudiannya pergi ke Hospital Pusrawi di Jalan Tun Razak dengan ditemani bapa saudaranya bernama Tuah Mohd Ali, iaitu adik kepada arwah ibunya. Mohd Saiful berkata di hospital itu, beliau telah berjumpa Dr Mohd Osman Abdul Hamid dan memberitahunya beliau sakit perut dan sakit di dubur. Beliau turut mengecam Dr Mohd Osman sebaik sahaja dipanggil pihak pendakwa ke dalam mahkamah. "Dr Mohd Osman telah meminta saya untuk membuka seluar dan beliau telah memasukkan sesuatu pada dubur saya dan pada masa itu saya telah berterus terang kepadanya bahawa saya telah diliwat dan mahu membuat pemeriksaan," jelas Mohd Saiful. Mohd Saiful berkata Dr Mohd Osman terus memberhentikan pemeriksaan dan memintanya memakai seluar. Ditanya Mohd Yusof adakah beliau ada menanyakan mengapa pemeriksaan diberhentikan, Mohd Saiful berkata doktor berkenaan ada menjelaskan bahawa hospital itu tidak mempunyai kelengkapan membuat pemeriksaan forensik dan laporan perubatan hospital swasta tidak boleh digunakan sebagai bukti. Beliau seterusnya mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Di HKL, Mohd Saiful berterus terang dengan doktor yang ditemuinya bahawa beliau diliwat oleh bekas majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mahkamah juga diberitahu, dua anggota polis dapat mengambil aduannya dan mahkamah juga ditunjukkan alatan yang digunakan oleh doktor di HKL bagi tujuan pemeriksaan terhadap Mohd Saiful. Ketika beliau memberi keterangan mengenai pemeriksaan itu, Mohamed Yusof memohon prosiding ditangguhkan Karpal Singh kemudiannya memohon mahkamah melawat semula Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara kerana pihak pembelaan dan Anwar telah meninggalkan kondominium tanpa menyertai yang lain melawat pejabat pengurusan di mana kemudahan CCTV ditempatkan. Hakim Mohamad Zabidin membenarkan permohonan itu dan menetapkan agar lawatan itu diadakan pagi esok. Pada Jumaat, Mohd. Yusof juga akan meneruskan soalannya kepada Mohd. Saiful sebagai saksi pertama kerana mempunyai 10 lagi soalan untuk saksi tersebut. Walaupun suasana hari kedua kes itu ‘dingin’ tetapi jumlah penyokong Anwar yang ketara berkurangan mula menimbulkan tanda tanya, apakah keterangan ‘panas’ Mohd Saiful termasuk ayat Can I f**k You Today?, menyebabkan mereka sudah mula tarik brek untuk bersama-sama Ketua Pembangkang itu. -4/2/2010
Suasana panas yang cuba dicetuskan penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di tingkat bawah serta perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta pada hari pertama perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang itu tidak menjadi. Lebih kurang 200 penyokongnya termasuk lelaki dan wanita warga emas menjerit-jerit manakala sebahagian lagi cuba melakukan provokasi terhadap anggota polis yang bertugas mengawal kenteteraman awam. Sebaliknya, suasana lebih ‘panas’ mula tercetus di kamar perbicaraan di Mahkamah Tinggi 3, apabila Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Anwar menjadi saksi pertama pendakwaan kes itu menceritakan bagaimana bekas ‘boss’ nya itu bertanya, "can I f**k you today". Terdahulu, suasana resah dalam ruang mahkamah setelah jam 2.45 petang, perbicaraan belum bermula kerana peguam Karpal Singh serta Anwar sebagai tertuduh belum hadir. Ada cakap-cakap kononnya Anwar sakit selain berada di surau di mahkamah itu untuk solat. Bagaimanapun, Karpal masuk ke mahkamah 10 minit kemudian dan diikuti Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah. Karpal mengemukan permohonan menangguhkan kes itu dengan alasan menunggu Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff menetapkan minggu ini satu tarikh bagi satu semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar mendapatkan beberapa dokumen bagi tujuan pembelaannya. Namun, Mohamad Zabidin berkata tiada sebab kes itu ditangguh sebaliknya meminta peguam mencari Anwar dan mengarahkan masuk ke mahkamah supaya perbicaraan dapat dimulakan.
Prosiding ditangguh sementara dan Anwar hanya memasuki kamar mahkamah jam 3.26 petang. Perbicaraan bermula dengan pertuduhan dibacakan di hadapan Anwar. Anwar tidak mengaku tidak bersalah sebaliknya menyifatkan pertuduhan itu ‘jahat dan fitnah’. Timbalan Ketua Penolong Pendakwaraya, Datuk Mohd Yusof Zainul Abidin kemudian membuat ucapan pembukaan pendakwaan yang antara lain menyebut bahawa sampel tisu bahagian luar dan dalam dubur Mohd Saiful telah diambil oleh doktor yang membuat ujian DNA. Pihak Pendakwa juga katanya akan membaca keterangan kesan air mani dan spesimen yang diambil dari dalam dubur Mohd Saiful telah disahkan pihak Jabatan Kimia sebanyak kepunyaan tertuduh (Anwar). Menurut Mohd Yusof, pihaknya juga akan membuktikan kesalahan tertuduh melalui keterangan langsung Mohd Saiful dan keterangan forensic serta doktor-doktor dan ahli kimia disamping keterangan mengikut keadaan serta keterangan dokumentar. Ketika ini suasana dalam mahkamah sunyi kerana semua pihak tertumpu kepada kenyataan Mohd Yusof yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes berprofil tinggi itu. Seperti diduga, Mohd Saiful yang merupakan saksi pertama dipanggil memberi keterangan. Ketika beliau masuk dan berjalan ke kandang saksi, terdengar suara seorang wanita yang duduk di barisan depan kerusi menempat orang awam termasuk Datin Seri Wan Azizah Ismail menyebut perkataan ‘bertaubatlah’.
Jam 3.46 petang, sebaik sahaja selesai Mohd Saiful mengangkat sumpah memberi keterangan benar, bermulalah perbicaraan yang menyebabkan ada antara mereka yang berada di mahkamah itu penuh debaran apabila mendengar keterangan pembantu Anwar itu. Petugas media juga terpaksa ‘memasang telinga; bagi meneliti keterangan Mohd Saiful serta soalan pendakwaraya kerana suara mereka kurang jelas kedengaran. Sebahagian petugas media ada terpaksa duduk bersila di lantai kerana tempat duduk disediakan sudah penuh sesak. Antara keterangan awal Mohd Saiful berkisar soal persekolahanya, pengajian di Universiti Tenaga Nasional sebelum dipelawa rakannya bekerja dengan Anwar pada Mac 2008. Anwar yang memakai kot biru gelap memerhati Mohd Saiful sambil duduk di kandang tertuduh. Mohd Saiful memberitahu mahkamah, antara tugasnya mengatur pertemuan Anwar dengan kumpulan ahli parlimen ( dipercayai merujuk kepada Ahli Parlimen BN yang mahu lompat parti), membuat dokumen sulit serta kawal selia telefon bimbit peribadi Anwar. Beliau juga mendedahkan diberikan wang 10,000 dollar Hong Kong ketika mengikuti Anwar ke negara itu selain menerima gaji bulanan RM1,000 sahaja. Pada perbicaraan hari ini, Saiful juga menceritakan kenapa beliau berhenti berkerja sebagai pembantu Anwar kerana tidak tahan dengan perbuatan Anwar "seperti dalam pertuduhan".
Mahkamah juga didedahkan mengenai nama ‘Mokhtar’ sebagai kata laluan untuk Mohd Saiful melepasi pondok keselamatan di Kondominium Desa Damansara serta masuk ke unit kondo milik teman Anwar dikenali Hasanuddin. Soalan pendakwa dan jawapan Mohd Saiful semakin panas apabila beliau menceritakan bagaimana Anwar bertanya “Can I f**k U today?,” menyebabkan suasana dalam mahkamah bising seketika. Untuk lebih jelas, Mohd Yusof meminta Mohd Saiful mengulangi sebutan itu. Beliau berkata, Anwar menjadi marah apabila pelawaannya itu ditolak dan mengarahkan beliau masuk ke bilik tidur utama dan membersihkan diri. Selepas keluar dari bilik mandi, Anwar sedang memakai tuala putih dan mengarahkan Saiful yang juga bertuala supaya datang ke arahnya sebelum memeluk bekas pembantu khasnya itu.
Juga kerana hampir jam 5 petang, perbicaraan kes liwat itu ditangguh sehingga jam 9.30 pagi esok dan mahkamah membenarkan permohonan pihak pembela supaya keterangan Mohd Saiful dibuat secara tertutup esok. Anwar, yang juga penasihat PKR dan Ahli Parlimen Permatang Permatang Pauh, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008. Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan. Hari kedua perbicaraan pagi Khamis tentu lebih ‘panas’ dengan kemungkinan Mohd Hsaiful meneruskan keterangan apa yang berlaku terhadapnya sehingga beliau membuat laporan polis terhadap Anwar pada 28 Jun 2008 mendakwa diliwat. -3/2/2010
Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim berjalan sekejap saja pagi Isnin dan terus ditangguh ke pagi esok.
Ini kerana peguamnya Karpal Singh mohon tukar hakim yakni Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ditukar.
Beliau membuat permohonan itu atas dakwaan wujudnya elemen berat sebelah hakim.
Maka esok mahkamah akan dengar permohonan itu dulu sebelum sambung dengar keterangan.- 8/2/2010
Waktu itu muncul Sivaji The Boss Malaysia...yakni gelaran yang diberi oleh penyokong PKR kaum India kepada Penasihat PKR itu.
Sana sini poster dan sepanduk Sivaji The Boss dari watak Rajnikanth ,pelakon macho dan popular filem Tamil diusung
Ini dikatakan untuk membakar semangat penyokong kaum India di negara ini yang ramai gilakan Rajnikanth.
Malah Anwar pernah berkata di satu ceramah yang dihadiri ramai orag India beliau adalah seperti ‘ Sivaji The Boss” yang memerangi apa yang didakwannya sistem korup negara ini.
Maka tidak hairanlah Anwar tampil dengan gaya Sivaji The Boss pada hari Selasa dan Rabu lalu bila perbicaraan kes liwatnya bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Apa dah jadi? Dengar cerita ramai juga yang bertanya kenapa Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah tidak tampil lagi dengan cermin mata hitamnya yang bergaya pada Khamis dan Jumaat.
Ikut ceritanya ramai kalangan penyokongnya yang nampak tidak ngammm Anwar tampil macho begitu pada perbicaraan kes liwatnya.
Ia dibimbangi mencetuskan persepsi yang akan mengurangkan markahnya lagi dikacamata umum dengan penampilan begitu.
Betul ke empunya cerita itu?
Entah le… sekurang-kurangnya sudah dua hari beliau menanggalkan cermin mata hitamnya dan lebih menarik pada satu ketika kelihatan dipapah oleh peguamnya sewaktu turun tangga mahkamah…-7/2/2010

Namun anggota FRU berkawal dipercayai untuk menghadapi kemungkinan adanya perhimpunan haram dari Masjid Wilayah Persekutuan lepas solat Jumaat.
Prosiding bermula dengan Peguam Cara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin menunjukkan 12 sampul berisi spesimen dan DNA yang diambil ketika pemeriksaan perubatan di Hospital Kuala Lumpur.
Dalam keterangannya Saiful memberitahu seluar hitam yang dipakai ketika kejadian dihadiahkan oleh Anwar kepadanya. Ini mengundang reaksi gelihati kalangan mereka yang hadir dalam kamar perbicaraan.
Katanya beliau bercakap dengan Anwar pada 27 Jun ( sehari selepas dakwa diiwat di kondo Desa Damansara) untuk beritahu hendak berhenti kerja ' kerana tidak ingin diperlakukan sedemikian lagi.'
Dakwanya Anwar juga cuba memujuknya supaya jangan berhenti kerja dengan menawarkan untuk taja pengajiannya dengan gaji dan elaun penuh.
Saiful berkata beliau menghantar e-mel kepada Anwar pada 27 Jun 2008, sehari selepas kejadian memaklumkan ingin meletak jawatan, bagaimanapun Anwar memintanya berjumpa dengannya di pejabat beliau di Seksyen 16, Petaling Jaya.
"Ketika itu saya takut berdepan dengan dia. Dia tanya kenapa saya nak letak jawatan. Saya katakan seperti dalam e-mel iaitu kurang berdisplin, sering datang lewat ke pejabat sehingga dia marah saya, serta kurang berkelayakan dan takut dipertikaikan kerana diberi keistimewaan lebih daripada staf yang berkelayakan," katanya.
Mohamed Yusof: Apa sebab sebenarnya anda meletakkan jawatan?
Saiful: Sebab sebenar saya meletakkan jawatannya ialah tidak mahu diperlakukan sedemikian lagi.
Di peringkat ini, peguam utama Anwar, Karpal Singh membantah penggunaan perkataan "lagi" memandangkan perkataan itu tiada dalam pertuduhan.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah kemudian menjelaskan bahawa perkataan "lagi" yang dimaksudkan oleh Saiful ialah "dia tidak mahu insiden itu berulang di masa depan."
Terdahulu, menceritakan bagaimana beliau mula berkhidmat dengan Anwar, Saiful berkata rakannya Rahimi Osman menelefonnya meminta beliau datang ke pejabat Rahimi yang juga merupakan pejabat Anwar untuk berbual kerana mereka lama tidak berjumpa.
Saiful berkata semasa berbual, Rahimi ada bertanya kepadanya sama ada beliau berminat untuk bekerja di pejabat itu sebagai pembantu pejabat bagi membantu Rahimi kerana mereka kekurangan kakitangan disebabkan ramai yang terlibat dalam pilihan raya umum ke-12.
"Lepas kami berbincang, saya mula-mula 50-50 sama ada nak setuju atau tidak. Lepas itu Rahimi ajak saya masuk ke dalam bilik mesyuarat. Rahimi kata ada mesyuarat dengan Anwar mengenai program ceramah pilihan raya," katanya.
Beliau duduk dalam bilik itu dan beberapa minit kemudian Anwar masuk dan diperkenalkan kepada Anwar oleh Rahimi.
Saiful berkata selepas mesyuarat itu, Anwar berkata "Saya hargai bantuan awak kepada kami", sebagai isyarat beliau menerimanya sebagai sukarelawan.
Mohamed Yusof: Ada Anwar tanya latar belakang anda?
Saiful : Ada
Mohamed Yusof : Ada anda minat kerja itu?
Saiful : Saya minat kerana Anwar adalah seorang pemimpin yang berkarisma dan idola saya masa kecil.
Pada prosiding itu juga, Saiful mengesahkan gambar dalam kamera litar tertutup pada pukul 4.35 petang, 26 Jun 2008, menaiki kereta berwarna merah keluar dari kondominium itu adalah beliau.
Perbicaraan ditangguhkan pada jam 11.30 pagi untuk lawatan lanjut ke kondo Desa Damansara,lokasi dimana Saiful dakwa diliwat.
Kesemua hakim,pihak pendakwa,peguam bela ,Anwar dan Saiful tiba di kondo itu jam 12 tengahari.
Lawatan pertama dibuat tengahari semalam.
Antara pemimpin PKR yang hadir Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul.
Ikut ceritanya mereka juga asalnya merancang untuk berarak ke komplek mahkamah yang terletak tidak jauh.Namun tak jadi kerana kes liwat Anwar ditangguh ke Isnin..-5/2/2010
Anwar dan Saiful di bawa semula ke kondo tempat kejadian liwat...
Hari pertama sudah panas...panas… bila Saiful dakwa Anwar ada bertanya “ can I f*** you today”


Dailognya ketika pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, Mohd Saiful berkata pelawaan Anwar itu dibuat selepas beliau menyerahkan dokumen yang dibawanya dari pejabat kepada Anwar ialah seperti berikut:
Mohd Yusof: Apa buat dengan dokumen bila masuk?
Mohd Saiful: Saya duduk di meja tersebut bertentangan dengan Anwar dan serahkan dokumen.
Mohd Yusof: Duduk, letak dokumen, apa lepas itu?
Mohd Saiful: Lepas serah dokumen, kami bincang tentang jadual kerja, tidak lama lepas itu beliau tanya satu soalan.
Mohd Yusof: Apa soalan itu?
Mohd Saiful: Can I f--- you today?
Mohd Yusof: Apa reaksi kamu ketika diajukan soalan itu?
Mohd Saiful: Marah dan takut.
Mohd Yusof: Ada kamu kata apa-apa?
Mohd Saiful: Tolak pelawaannya.
Mohd Yusof: Apa kamu kata bila menolak?
Mohd Saiful: Saya kata saya tidak mahu melakukannya.
Mohd Yusof: Anwar kata apa-apa bila kamu kata tidak hendak melakukannya?
Mohd Saiful: Dengan nada marah, Anwar kata "what" (apa)?
Mohd Yusof: Apa respon kamu?
Mohd Saiful: Saya ulang yang sama.
Mohd Yusof: Seterusnya?
Mohd Saiful: Anwar agak marah, dengan itu saya takut. Anwar arahkan ke bilik tidur utama.
Mohd Saiful berkata beliau kemudian mengikut arahan Anwar dan Anwar selepas itu menutup langsir dan lampu bilik.
Beliau berkata Anwar seterusnya meminta beliau untuk membersihkan dirinya di bilik air.
Mohd Yusof: Masa itu dah buka pakaian?
Mohd Saiful: Ya.
Mohd Yusof: Lepas bilas diri?
Mohd Saiful: Saya ambil tuala dalam tandas, saya keluar dengan bawa baju kemeja saya warna putih dan gantung di tempat pemegang almari.
Mohd Yuof: Kamu bertuala?
Mohd Saiful: Saya bertuala.
Mohd Yusof: Masa keluar dari bilik air, nampak di mana Anwar?
Mohd Saiful: Saya nampak, Anwar di hujung penjuru katil, di bahagian kaki sebelah kanan.
Mohd Yusof: Apa Anwar buat pada masa itu?
Mohd Saiful: Dia berdiri pakai tuala putih dan mengarahkan saya untuk pergi dekat dia, lalu dia peluk saya sambil berdiri.
Ketika itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar membuat permohonan agar prosiding seterusnya dijalankan secara tertutup.
--- end ---