Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 03 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Dr Mahathir sanggup junjung Al Quran dalam masjid…mari sama-sama sumpah

Dr Mahathir sanggup junjung Al Quran dalam masjid…mari sama-sama sumpah


Dr Mahathir disambut dengan persembahan silat kanak-kanak.Di kiri beliau ialah Mohd Azli Saad,Ketua Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara.


Sehingga ke saat ini Tun Dr Mahathir Mohamad tetap berpegang kepada dakwannya bahawa kerajaan Malaysia sebenarnya yang buat tawaran kepada Singapura untuk jual pasir dan buka ruang udara Johor kepada jet pejuang republik itu bagi mendapat persetujuan membina jambatan lurus bagi mengantikan Tambak Johor.

Kerajaan pula telah berkali-kali menafikannya dan sebaliknya berkata Singapura yang memohonnya dan sebab itu projek jambatan yang asalnya dicadangkan bengkok oleh Dr Mahathir itu dibatalkan terus.


Sedang berucap dalam majlis Jasamu Dikenang sempena mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara.

Bingung memang membingungkan jika difikirkan kenapa bekas Perdana Menteri itu tidak mahu berganjak dari dakwaanya.

Mahu tak mahu satu kepastian harus muncul dari polimek ini kerana ia bukan saja merupakan PUNCA UTAMA Dr Mahathir ‘mengamuk’ tetapi SIAPA BETUL ATAU SALAH dalam pertikaiannya dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terletak pada jawapan yang sebenarnya.



Sebahagian dari perwakilan Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara.

Agendadaily Sabtu mengemukakan lapan soalan mengenai hal ini dalam sidang akhbar selepas majlis 'Jasa Mu Di Kenang’ anjuran Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara sempena mesyuarat perwakilannya di Tropicana Golf and Country Resort,Petaling Jaya.


Ini adalah satu-satunya Pemuda UMNO Bahagian yang berani jemput Dr Mahathir ke majlis mereka.Majlis ceramah Dr Mahathir yang dicadang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Padang Besar,Perlis pada 26 Ogos ini mungkin batal kerana setakat ini belum dapat permit polis dan kebenaran guna dewan Institut Kemahiran MARA di situ juga ditarik balik.

Ketua Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara Mohd Azli Saad dalam ucapannya berkata beliau hanya takut pada Allah sahaja.Katanya sebagai ahli UMNO Dr Mahathir harus diberi peluang bercakap dengan orang UMNO dan jika akhirnya mereka dapati Dr Mahathir bercakap tidak benar mereka tidak lagi akan menyokongnya.


Di depan puluhan wartawan dalam dan luar negara serta pimpinan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara Dr Mahathir tetap bertegas dan berkata beliau sedia junjung Al Quran dalam masjid untuk bersumpah mengatakan Malaysia ada membuat tawaran itu kepada Singapura.



Sebahagian dari ahli UMNO,pemerhati politik dan orangramai yang hadir.

Sebelum itu dalam ucapannya lebih sejam kepada para perwakilan dan orangramai di dalam dewan bekas Perdana Menteri itu berkata beliau sedia berdepan dengan apa jua tindakan jika dakwaannya dalam isu-isu yang dibangkitkan selama ini tidak betul.


BERIKUT IALAH TRANSKRIP SOAL JAWAB DR MAHATHIR DENGAN PARA WARTAWAN SEMASA SIDANG AKHBAR SELEPAS MAJLIS ITU:

Wartawan:Majlis Tertinggi UMNO berkata ia akan mengambil tindakan keatas mana-mana bahagian UMNO yang melanggar arahan ( hanya ahli Majlis Tertinggi UMNO boleh rasmi mesyuarat UMNO Bahagian)...apakah majlis hari ini sesuatu yang engkar kepada arahan itu...sebagai bekas Presiden?

Dr Mahathir: Saya fikir ia amat tidak demokratik..untuk membolehkan ahli-ahli mendengar cerita sebelah pihak mereka sahaja...dan bertindak keatas mereka yang bercakap lain dari mereka.

Setahu saya...masa zaman saya bila Tengku Razaleigh,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menentang saya ( masa pemilihan tahun 1987 antara Team A dan Team B) mereka bebas ke sana kemari utuk bercakap kepada sesiapa saja...saya tidak menyekat.

Kenapa mereka melakukan sesuatu yang sangat tidak demokratik.Ini bukan tradisi UMNO...Tunku Abdul Rahman,Tun Hussien dan saya tidak pernah buat macam ni..apa yang mereka takutkan...

Apa yang membimbangkan saya mereka
cuba hendak menyembunyikan sesuatu sebab itu mereka tidak benarkan orang bercakap.

Saya yakin mereka akan bertindak menghukum sesiapa sahaja.Adakah ini tradisi UMNO untuk menghukum sesiapa saja...mereka bukannya melanggar apa-apa peraturan.

Mereka kata (mesyuarat) bahagian hanya boleh dirasmikan oleh Ketua Bahagian...ialah Ketua bahagian akan merasmikannya...tapi saya cuma dijemput untuk bercakap...saya bercakaplah.

Ni pi tahan sampai tak bagi tempat kepada orang...macam-macam buat...guna kuasa ...guna kuasa kerajaan...tahan orang ...ini tak baik...ini salah guna kuasa...jika gunakan mana-mana agensi kerajaan untuk sekat saya dari bercakap...itu salah guna kuasa.Salah... Saya minta maaf...itu tidak (tradisi) UMNO...

Wartawan :Bukankah ia agak sama ...masa Datuk Seri Anwar, Tun ada sekatnya?


Dr Mahathir: Masa saya...Datuk Seri Anwar bebas ke mana saja berucap...sekalipun waktu dia dalam penjara...dia ada menulis dari dalam penjara...sedangkan orang dalam penjara hanya boleh bercakap kepada para pelawat dengan kehadiran warder penjara..


Seperti yang kita tahu Datuk Seri Anwar ada telefon…ada telefon selular….menulis artikel untuk akhbar luar negara…walaupun dalam penjara dia bebas…sebelum (masuk) dalam penjara dia pergi sana sini berucap di merata tempat.

Wartawan: Tapi ahli-ahli UMNO tak dibenarkan hadir (dengar ucapan) ?

Dr Mahathir: Tidak….ahli-ahli UMNO pun hadir (dengar) ucapannya…kalau tidak bagaimana saya hilang sebilangan ahli UMNO...mereka mendengar ucapannya…Parti Keadilan semua orang UMNO.

Wartawan: Tun ada menulis surat kepada ahli-ahli UMNO (mengenai larangan mendengar penerangannya yang diedarkan di majlis itu) ?

Dr Mahathir: Ya..saya cuma hendak bertanya kenapa mereka tidak benarkan saya bercakap kepada ahli-ahli parti saya sendiri…saya adalah ahli UMNO…bekas Presiden parti...bila bekas Presiden tidak boleh bercakap kepada ahli-ahli…mesti ada sesuatu tak kena.

Kalau nak kata sesuatu (yang buruk) terhadap UMNO..ya (salah) …tetapi seperti yang anda dengar…saya menyokong UMNO…tetapi saya harus mengingatkan orang UMNO ialah mengenai perjuangan untuk Melayu,untuk negara dan untuk Islam…bukan untuk orang lain…bukan untuk Presiden…ia tidak kata begitu.

Soalan Agendadaily: Tentang surat kepada Singapura yang kerajaan sudah declassify … kerajaan telah jelas bukan kerajaan yang tawar pasir dan buka ruang udara…tetapi Tun tetap tuduh juga?

Dr Mahathir : keluarkan surat tawaran tu… ada pada kerajaan… Malaysia’s proposal to Singapore …ada…ada orang yang dah tengok...kerana mesyuarat antara Malaysia dan Singapura itu dihadiri oleh banyak orang…dan mereka kata ada surat itu…kalau tidak tak kan lah mereka nak buat tawaran..

Tunjuklah
surat itu… don’t hide behind OSA (Akta Rahsia Rasmi).Ini bila tanya ..Oh tunjuk bukti..tunjuk bukti…kalau kita nak tunjuk bukti kata Oh itu melanggar OSA...Official Secret Act…Kalau dok sembunyi belakang OSA... a lot of thing can be done which is wrong .

Soalan Agendadaily : Tun sure ada surat tu?

Dr Mahathir : ada…ada…mesti ada…jangan kata tak ada… how does Singapore know...how do we know ..ada tawaran…kalau tak ada hitam putih…tak kan cakap mulut saja..ini semua (rundingan dengan Singapura) diketuai oleh Tan Sri Fuzi (bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar).

Soalan Agendadaily : Tun tetap kekal dengan dakwaan itu?

Dr Mahathir: Kalau nak pergi saya pergi masjid junjung Quran pun… sama-sama sumpah…tapi dalam masjidlah...jangan macam kawan kita yang lama (dipercayai merujuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim) dia dok situ.. kami sumpah…

Soalan Agendadaily : Masalahnya sekarang orangramai dan rakyat masih keliru…Tun cakap ni ..kerajaan jelas ni?

Dr Mahathir : kerajaan tak jelas…kalau dia jelas...tak apa…saya kata tunjuk surat itu (surat tawaran jual pasir dan buka ruang udara) ..tapi tak tunjuk….dok tunjuk surat lain buat apa…surat lain pun orang (Singapura) dah tunjuk lama dah…





Wartawan: tapi mereka kata pembatalan jambatan bengkok itu ialah kerana package deal... ....?

Waktu ini Dr Mahathir meminta fail dari pembantunya dan meneliti serta membacakan kandongan surat kepada para wartawan.

“ Just in case orang tak percaya…saya bawa…

Mula-mula kita ada package …kerana tak ada package ni tak boleh dapat persetujuan langsung…jadi kita tak ada package..saya kata dalam surat saya kepada( Goh) Chok Tong (PM Singapura) .. I think we now have come to a point where it would be important..have to prirotise our discussion… priroty yang kita bagi ialah bagi individual case … so di sini dalam surat Chok Tong 11 April 2002…tak lama dekat-dekat saya nak berhenti tu…(Chok Tong kata) YAB Datuk Sri Dr Mahathir, PM Malaysia… dear Mahathir…kawan lama dia panggil Mahathir sajalah..tak payah Datuk-Datuk semua..

Dalam surat ni..di muka dua dia (Chok Tong) kata... if you wish to proceed immediately to replace just your side of the causeway with a bridge…I shall accept it though I think this is not ideal…( sambung Dr Mahathir )... there is no conditions.

Wartawan: Tapi kerajaan kata selepas ni Tun meminta dibatalkan package?

Dr Mahathir: saya meminta dibatalkan package tu sebelum ini lagi…sebab tu saya kata dalam surat ni..(beliau meneliti lagi surat dalam fail itu lalu membaca suratnya kepada Chok Tong bertarikh 7 Oktober 2002 ) … I Think we have now come to a point where it would be important for us to prioritise our discussions …tak ada package lagi…apa jawab dia… (Dr Mahathir rujuk kepada surat Chok Tong bertarikh 14 Oktober 2002) Towards the end of our meeting,you said that we should try to resolve the water issue,the sooner it was done the better .Satu isu saja…I agreed…dia tak kata dia disagree …pasal nak cakap water issue ..jadi package tu dah no longer operable ... this is 14th October 2002…tak ada apa…dia kata macam tu… so we went ahead…

Dr Mahathir baca lagi (perenggan kedua terakhir surat 14 Oktober itu)… since you want to deal with the water issue separately and discontinue ten package approach,these trade-off are no longer possible.And as the package deal is off..I have instructed my official to del with water and other issues individually and separately…its all, there …and this is published by Singapore…also published by Malaysialah..

Soalan Agendadaily: Tun satu lagi persoalan besar…semua orang bertanya sekarang…masa Tun nak buat Tun tak minta ke pandangan Peguam Negara tentang legal implication yang sekarang ini tiba-tiba timbul?

Dr Mahathir: Peguam Negara tak ada bantahan apapun …Singapura pun tak ada bantahan …dia kata I accept …kita jalan kerja..tak ada protest note daripada Foreign Affairs Ministry Singapore…kita dok buat kerja…tiba-tiba pi berhenti kerja..kononnya nak hak (jambatan) lurus…lepas tu nak bagi pasir...dia ada perjanjian nak bagi pasir kepada Singapura bukan sikit…nak bagi sampai 1 billion cubic meter .

Soalan Agendadaily :Sekarang AG (Peguam Negara) dah keluarkan dia punya pendapat mengenai pipe line ( di Tambak Johor) ?

Dr Mahathir: AG kata kalau ada tentangan dari Singapura.,..itu soal legal …boleh diselesaikan…you bawa pi mahkamah macam Singapura kata Sipadan dan Ligitan dia punya…kata kata kita punya…kita pi ke mahkamah….mahkamah selesailah…ini tak dan pi mahkamah dah surrender dulu dah…Oh ini Singapura tak mau…


Soalan Agendadaily :Masa Tun nak buat (jambatan) tu sedar dak ada legal implication ?

Dr Mahathir: There is no legal implication at that time… AG pun tak nasihat saya sapaya jangan start kerja dengan bridge until we settle …dia tak kata apapun…kita pun dah buat kerja..dah buat survey semua…jadi apa dia…kenapa pi stop…kalau continue tak ada masalah.

Berkali-kali Datuk Najib…PM pun kata…apa nama Syed Albar (Menteri Luar) pun kata…saya boleh tunjuk cutting from the press …yang mana tiga-tiga orang ni kata…bila kita buat jambatan disebelah kita…ini adalah masalah kita..kita boleh buat…kenapa sekarang kata tidak…dulu AG tak advise…

Wartawan; Apakah pandangan dia (AG) diminta semasa kerajaan buat keputusan untuk terus bina jambatan?

Dr Mahathir: Semua benda ini dirundingkan…bila ada rundingan wakil AG mesti ada sekali…jika ada sesuatu yang salah dari segi perundangan…surat-surat sentiasa beredar…AG ada peluang (tengok) ..tapi dia tak kata apa-apa…dia tak kata tidak…

Wartawan: Tun bukankah ia juga melibatkan soal paip air ke Singapura?

Dr Mahathir: Paip air ada wayleave agreement yang menyatakan paip, air itu boleh diubah jika kerajaan Malaysia mahukannya demikian…dan Singapura kena biayai kosnya…malah baru-baru ini paip air itu telah diubah bila mereka membina CIQ (di Woodlands)…paip air itu diubah…ia dibuat oleh Singapura atas permintaan Malaysia…itu adalah wayleave agreement.

Wartawan: Memandangkan keadaan sekarang apakah Tun bercadang untuk menubukan sebuah parti serpihan UMNO?

Dr Mahathir:… Tidak…tidak…tak ada serpihan…UMNO adalah satu…cuma satu dua pemimpin saja yang salah.

Wartawan: Tidakkah Tun bimbang tindakan Tun ini akan mencetuskan perpecahan dalam parti?

Dr Mahathir: Tidak…saya dah beritahu dalam tadi ( dalam ucapan) sentiasa terdapat perbezaan pendapat dalam UMNO…tetapi bila keadaan dah jelas…kedua-dua pihak didengari..UMNO akan bersatu semula.

Wartawan: Tun ada menyebut tentang satu kes rasuah yang tidak diambil tindakan lepas Tun bersara…boleh Tun bagi butirannya?

Dr Mahathir: saya tidak akan bagi butirannya..masalahnya mereka akan tangkap anda atas OSA …mereka bersembunyi belakang OSA…itu masalahnya sekarang..

Wartawan: Bukankah Tun pernah buat juga masa PM dulu?

Dr Mahathir : ya saya buat…tetapi untuk kepentingan negara…bukan kerana saya mahu jadi presiden parti..makanya saya sembunyikan…

Bila orang cabar saya…mereka boleh cabar…(masa pemilihan tahun 1987) boleh jumpa orang UMNO…kata apa saja mereka suka…termasuk saya seorang komunis...Pak Lah kata saya seorang komunis…ada kapal terbang sedang tunggu nak bawa saya ke
Russia jika saya kalah (dalam pemilihan itu)…

Saya tidak sekat dia…malah saya pilih dia jadi anggota kabinet saya...dan lepas itu naikkan pangkatnya jadi Perdana Menteri.


Wartawan: Apakah end game dalam soal ini?

Dr Mahathir: Anda selalu tanya pasal end game …apa saja yang baik untuk UMNO…saya sokong…itulah end game .

Wartawan: tentang kes rasuah itu apakah ia melibatkan menteri penuh atau timbalan menteri?

Dr Mahathir: saya tidak akan beritahu anda…

Soalan Agendadaily: Tun...katakan esok atau minggu depan pilihanraya umum…apakah Tun akan teruskan juga dengan tindakan ini (kerana ia mungkin akan menjejaskan undi parti kerajaan) ?

Dr Mahathir: Benda yang benar kita kena bercakap…UMNO tidak akan pernah kalah kerana menyatakan yang benar…UMNO selalu menang kalau ia menyatakan yang benar…apabila dia mula bohong kepada rakyat dia akan kalah….jangan bohong kepada rakyat.

Wartawan: Katakan kalau Pak Lah nak jumpa Tun…bagaimana?

Dr Mahathir: Ini bukan soal soal peribadi…ini soal projek itu…projek ini…buat tak kena…betulkan itu …selesai…tak payah salam pun … 13/8/2006




-------------------

Dr Mahathir akan buktikan dakwaanya…


Isu Tun Dr Mahathir Mohamad – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Rabu melangkah ke arina yang lebih panas bila bekas Perdana Menteri itu memberitahu beliau akan mendedahkan beberapa bukti mengenai apa didakwanya penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan.


Serentak dengan itu Dr Mahathir menggangap temuramah Abdullah yang disiarkan di TV3 Isnin malam tidak memberi apa-apa jawapan secara spesifik.


Beliau juga mempertikaikan kenyataan Perdana Menteri bahawa anaknya Kamaluddin Abdullah tidak mendapat peluang perniagaan di Malaysia.


Dr Mahathir juga berkata pihak berkuasa bebas menyiasat bagaimana anak-anaknya memperolehi harta kekayaan mereka.


Menjawab soalan para wartawan selepas menyampaikan ucapan pada satu majlis di Yayasan Perdana di Putrajaya Rabu beliau memberitahu bukti-bukti mengenai penyelewengan yang dimaksudkanya itu akan didedahkan satu pada satu masa.


"Ada beberapa perkara yang akan saya kemukakan…satu pada satu masa ( one at a time ) …bukti penyelewengan.Perdana Menteri kata perlu bagi bukti …kami sedang berusaha mendapatkannya…mungkin kami akan dapat beberapa,”katanya.


Beliau tegas menyatakan bahawa tidak pernah membantu anak-anaknya dalam perniagaan mereka semasa Perdana Menteri dulu.


"Pergilah siasat.Sudah tentu anak-anak saya adalah billionaires masa saya (Perdana Menteri ),katanya dengan nada sinis.


Sebaliknya dakwanya adalah salah Abdullah menyatakan anaknya (Kamaluddin) tidak ada perniagaan di Malaysia. “Anaknya dapat perniagaan bernilai lebih dari satu billion,"ujarnya.

Menjawab soalan tentang temuramah Perdana Menteri di TV3,Dr Mahathir berkata, “Dia tidak menjawab sebarang soalan.Apa yang dia kata saya orang yang baik,saya tidak akan buat ini,anak saya adalah orang yang baik dan tidak akan buat ini,saya orang yang berpegang pada ajaran agama,saya tidak akan buat ini.Tetapi jawapan spesifik…tidak ada.”


Beliau juga mendakwa berlaku coverup keatas siasatan Badan Pencegah Rasuah keatas seorang menteri kabinet.

“Saya tahu agensi itu telah menyiasat seseorang,tetapi ada coverup .Masa saya… saya ingat tindakan akan diambil…tetapi tidak.”katanya.

Ditanya siapa,beliau berkata, “ satu ketika… seorang menteri kabinet semasa pentabiran saya."

Dr Mahathir juga mempersoalkan kemampuan para penasihat muda-muda keliling Perdana Menteri menulis ucapan untuknya.


“Saya tulis sendiri ucapan saya…saya tak benarkan orang tulis ucapan saya,”katanya.


Beliau juga menegaskan Perdana Menteri harus buang para pegawai di ‘ tingkat 4’ di Jabatan Perdana Menteri yang dianggap ‘ power behind the throne’ .

“Masalahnya dia tidak harus buat benda-benda ini.Dia boleh membetulkan apa yang telah dilakukannya.Buang orang di tingkat empat,mereka tidak ada standing langsung dalam kerajaan.

“Anda boleh ada penasihat,tapi bukan penasihat yang bagi arahan kepada peagwai kerajaan apa yang boleh buat dan tak boleh buat,”katanya.


Menyentuh tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri, Dr Mahathir berkata beliau tidak pernah menahan sesiapa dibawah ISA kerana sebab-sebab politik.


“Mengenai Operasi Lalang saya dapat memberitahu anda bahawa saya memberitahu Lim Kit Siang yang dia tidak akan ditahan..tetapi kemudian polis menahannya kerana saya tidak boleh bagitau polis begitu saja jangan...kerana mereka ada sebab berbuat demikian.


"Ketika itu mereka memainkan sentimen perkauman Cina…sebab itu mereka ditahan .Saya tidak menahan pembangkang dan personaliti politik dibawah ISA...saya bebaskan mereka.


Kepada satu soalan Dr Mahathir menjelaskan beliau hanya bercakap secara umum saja tentang perlunya seseorang Perdana Menteri letak jawatan jika jual negara ( merujuk kepada sidang akhbar di Universiti Teknoloji Petronas ).

"Sekiranya Perdana Menteri seorang diktator kita harus menyingkirnya…tak boleh tunggu lima tahun.Tapi secara umum,saya fikir anda harus bagi seorang Perdana menteri lima tahun untuk beri peluang membetulkan kesilapannya. - 9/8/2006

--------------------------------------


Dr Mahathir hairan mengapa Khairy yang jawab soal MV Agusta


Tun Dr Mahathir Mohamad menolak desas desus yang mengatakan beliau berhasrat menjadi seorang perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO pada pertengahan November ini.Namun begitu,katanya beliau berminat untuk hadir pada mesyuarat UMNO Bahagian Kubang Pasu… jika dijemput.Dr Mahathir ialah bekas Ketua UMNO bahagian itu.Ia kini diketuai oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Johari Baharom yang juga bekas setiausaha politiknya.Beliau menyatakan demikian semasa menjawab soalan wartawan selepas menyampaikan satu ceramah mengenai pentabiran di Universiti Teknoloji Petronas di Bandar Seri Iskandar,Perak Isnin.Dr Mahathir juga mempersoalkan apakah Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin orang yang sepatutnya menjawab isu seperti penjualan MV Agusta yang dibangkitkannya.



BERIKUT IALAH TRANSKRIP PENUH SOAL JAWAB PARA WARTAWAN DENGAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD SELEPAS BELIAU MENYAMPAIKAN CERAMAH MENGENAI PENTABIRAN DI UNIVERSITI TEKNOLOJI PETRONAS DI BANDAR SERI ISKANDAR ,PERAK ISNIN.


WARTAWAN : berhubung kenyataan Setiausaha Agung UMNO Datuk Radzi Sheikh Ahmad yang menganggap 'roadshow' Tun akan menggugat UMNO dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang?


DR MAHATHIR : Saya tak tahulah… saya seorang aje, tak dak sapa pun sokong saya. Takkanlah satu kerajaan yang berkuasa, dengan menteri, dengan menteri besar dan dengan semua jabatan penerangan, nak takut pada satu orang.

Saya ingat… ini bukan pasal satu orang tapi takut nak dengar explanation yang orangramai boleh terima. Explanation mereka tak boleh diterima orangramai, itulah yang depa takut tu…pasal buat salah.


WARTAWAN (AGENDADAILY): Apakah Tun sedar bahawa tindakan ini boleh menggugat UMNO dan Barisan Nasional (BN)?


DR MAHATHIR : Saya tak menggugat UMNO ataupun BN, cuma pemimpin saja…pemimpin yang salah. Dulu Almarhum Tunku Abdul Rahman pun macam tu juga… Datuk Onn pun bila beliau buat sesuatu yang tak secucuk dengan UMNO… beliau terpaksa undur… tapi UMNO kekal.

Lepas itu Tunku Abdul Rahman pun…UMNO kekal. Lepas orang menentang saya, sampai nak bagi jatuh saya pun…UMNO kekal.

Kita bukan kecam UMNO…kita kecam kepimpinan yang tidak patuh kepada matlamat dan perjuangan UMNO… itu aje…

Saya tak pernah kecam UMNO dalam ucapan saya… saya kecam pemimpin yang menyeleweng daripada hasrat parti.


WARTAWAN : Khairy selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah mula menjawab beberapa persoalan yang mana Tun ajukan, apa komen Tun?





DR MAHATHIR : Jawab apa… dia bukan jawab. Di mana dia dapat duit RM9 juta… dia kata pinjam dekat kawan… siapa dia kawan yang bagi pinjam sampai RM9 juta..saya pun nak pinjam jugak.

Barangkali ada juga dikalangan Pemuda-pemuda UMNO nak pinjam RM9 juta nak beli saham ECM-Libra…boleh ke orang lain pergi pinjam. Pasal apa kawan tu bagi (pinjam)…kalau nak pinjam di bank, boleh ke kita pergi ke bank nak pinjam RM9 juta nak beli saham ECM-Libra.

Suruh ahli-ahli UMNO ke bank pinjam RM9 juta…kalau boleh dapat.


WARTAWAN : Bagaimana jawapan Khairy tentang MV Agusta dan isu ' tingkat 4' di JPM?

DR MAHATHIR : Yang tu saya hairan, apa kena mengena dengan dia…saya tanya Proton, apa pasal dia jawab, kenapa dia jawab…suruhlah Azlan (Pengerusi Proton) jawab…jawab soalan saya tu…


WARTAWAN ; Apakah itu bermakna Khairy berkuasa dalam hal tersebut…


DR MAHATHIR : …dia seolah memberi pengakuan, dia memang buat arahan tu…itulah saya punya tekalah, betul atau tak betul tak tahulah…

Saya nak tanya, apakah dia bagi arahan pada menteri besar dan menteri…tanya menteri, depa tak jawablah…dia kata kami sokong, itulah menteri besar sekarang, bukan dia jawab …dia akan kata kami sokong.

Apa Pak Lah buat kami sokong…jadi you nak pergi tanya diorang, apa yang you dapat…apa jawapan yang dapat…


WARTAWAN (AGENDADAILY) : Dalam jawapan Khairy ada menyentuh soal dua buah syarikat Malaysia yang telah dikuasai oleh syarikat dari Singapura iaitu Alliance Bank oleh Temasek Holding dan Pantai Holding Berhad pula oleh Parkway.Asalnya individu bumiputera tertentu telah miliki saham dalam syarikat tersebut kemudiannya telah dijual kepada bukan bumiputera seterusnya jatuh ke tangan syarikat dari Singapura.Khairy belum lagi dedah siapa individu terbabit…siapakah individu bumiputera terbabit, boleh Tun komen?


DR MAHATHIR : Barangkali adalah…anak sayalah kot. Anak saya dulu ada saham dalam Pantai Holding, dia dah tak boleh nak teruskan perniagaan, dia juallah sahamnya kepada orang
Malaysia.

Kalau orang
Malaysia nak jual saham pada orang Singapura, kerajaan ada hak untuk halang tapi kerajaan tak mahu tahan (halang).

Bahkan sekarang kerajaan encourage syarikat dari Singapura membeli saham syarikat Malaysia…5 persen, dalam Telekom dan lain-lain…semua itu under government encouragement … but not my governmentlah…some other government...






WARTAWAN : Bagaimana dengan roadshow' dan bila mulanya?


DR MAHATHIR : Saya tak ada roadshow , ada orang panggil… saya pergilah. Tapi ini sampai nak bercakap dengan orang UMNO tak bagi… nak cakap dengan bukan UMNO, dah kata bahaya…semua orang dilarang dengar saya bercakap. Barangkali kerana saya cakap benarlah kot, sebab tulah depa larang.


WARTAWAN : Adakah Tun buat susunatur roadshow tu?

DR MAHATHIR : No… ada orang panggil saya pergilah..tapi saya tahu setiap kali ada orang panggil (jemput saya) akan dapat panggilan telefon suruh batalkan program tu…

Macam Mubarak di Kelantan baru-baru ini, depa panggil saya…bekas wakil rakyat, kawan-kawan saya semua ni…tapi dapat panggilan telefon daripada
Perth Australia suruh cancel ..akhirnya Mubarak tarik diri tapi ada orang lain buat, Alumni bekas Ahli Parlimen yang ambilalih program tu…

Saya pi (pergi) lah… orang panggil, saya pergi.


WARTAWAN : Apa komen Tun ada dakwaan mengatakan ada usaha untuk halang Datuk Mukhriz merasmikan persidangan pemuda UMNO bahagian tertentu?


DR MAHATHIR : Ya..lah, itulah yang dianggap sebagai telus. Very transparent …sekarang ni very open…newspaper sekarang ni very open tulis report…support for the government.

Setiap kali ada sesuatu, pi tanya…yang Khairy buat ni…apa pendapat Adnan (MB Pahang), apa pendapat orang ni dan orang tu…masuklah gambar-gambar ni semua, semuanya sokong, tak payah dah bubuh gambar dah, kita pakai satu gambar saja kemudian yang lain kita pakai satu sentence …segala perintah patik sokong…





WARTAWAN : Dalam ucapan Tun ( semasa ceramah mengenai pentabiran) ada sentuh soal seseorang Perdana Menteri perlu diberi tempoh beberapa ketika, apakah Perdana Menteri sekarang diberi tempoh yang lebih panjang?


DR MAHATHIR : Itu terpulanglah pada rakyatlah…kalaulah kita dapat seorang Perdana Menteri yang menjual negeri ini, adakah kita nak tunggu
lima tahun…kita kena ambil tindakan awal sikit.

Kalau dia ada buat perancangan yang kita tidak tahu ia akan berjaya atau tidak, seperti perancangan SJER di Johor, pendapatnya tersendiri…tak dak siapa pengaruh dia…tapi tunggulah
lima tahun lagi.


WARTAWAN (AGENDADAILY) : Proton yang memiliki saham lebih 50 peratus dalam MV Agusta didakwa tidak ada kuasa dan terpaksa tunduk pada pemegang saham minoriti dalam membuat keputusan hal yang berkaitan dengan pengurusan, sejauhmana benar?


DR MAHATHIR : Ada satu syarat saja…kalau kita nak lupuskan saham kita pada orang tertentu maka pada ketika itu kita kena bagi tahu pada minority share holder …ini dimana-mana pun macam tu juga, kalau kita nak buat sesuatu yang mungkin menjejaskan pemegang saham minoriti, kita kena dapatkan persetujuan dari pihak minoriti.

Tapi dalam pengurusan Agusta, kita kuasa penuh, kita ada director , ekskutif pun ada dalam Agusta.Tanyalah Tengku Mahaleel apa syarat yang dia buat… bila kita tanya tak boleh masuk (tulis dalam akhbar)… you pun tak boleh masuk… you suratkhabar mana…?


Wartawan Agendadaily menjawab : saya dari Agendadaily, web news melalui internet


Tun Dr Mahathir menyambung : Internet…tak lama lagi internet pun nak kena juga…pasal kita open society …mesti censor semua internet…cuma mana perintah patik sokong saja boleh masuk (siar)…


WARTAWAN : Apakah seorang Perdana Menteri yang didakwa jual negara itu perlu ditukar sebelum
lima tahun?


DR MAHATHIR : I don't say …kalau dia jual negara...tak payahlah tunggu
lima tahun.

WARTAWAN : Apa cadangan Tun pada rakyat.


DR MAHATHIR : Janganlah cakap saya sokong…saya sokong…bila tanya,apa yang disokong…depa jawab tak tahu…tapi kata, kita sokong, kita sokong…macam kata Shahidan (Datuk Seri Shahidan Kassim Menteri Besar Perlis) dan Tajol Rosli (Menteri Besar Perak), kita 'support' dia sebelum ini, ketika beliau jadi Perdana Menteri dan kita support lah PM sekarang sebab Pak Lah PM sekarang.

Apa! tak dak fikir langsung ke…I don't want this supporters for doing something wrong , saya mahukan sokongan sekiranya saya buat sesuatu yang betul.


WARTAWAN : Adakah Tun tahu bahawa ada usul dari bahagian UMNO tertentu agar Tun diberi layanan baik, ada yang gesa agar MKT adakan mesyuarat khas kemudian panggil Tun agar diberi penjelasan sebaik mungkin dan tidak bersikap biadab terhadap Tun?


DR MAHATHIR : Saya tahulah ada usul itu dari ketua pemuda UMNO bahagian di Perak…tapi ianya tak boleh diterima.

Tak boleh buat macam itu ianya ditegah oleh Majlis Tertinggi…MT tidak benar buat usul yang menyentuh pemimpin bukan menyentuh UMNO.

UMNO tak dak apa-apa tapi pemimpin jangan ditegur…


WARTAWAN (AGENDADAILY) : Perkara ini apakah tidak pernah berlaku di zaman Tun menerajui UMNO dan negara. Apakah Tun bersikap terbuka semasa berkuasa dulu.


DR MAHATHIR : Saya bukan saja terbuka semasa memimpin parti bahkan saya dicabar oleh Tengku Razaleigh, Musa Hitam dan Pak Lah pun…mereka nak jatuhkan saya. Saya tak larang mereka pergi ke kampong-kampung, ke bahagian, ke cawangan…buat ucapan nak bagi jatuh saya…

Dan saya hampir jatuh, hanya menang 43 undi saja. Saya tak tahan mereka, mungkin mereka tak ingatlah sebab Melayu mudah lupa…Tengku Razaleigh kata, saya lebih dahsyat dari Pak Lah…agaknya dia terlupa dia pergi dok kempen semasa dia lawan dengan saya (rebut jawatan Presiden UMNO), dia lupa bahawa dia berjalan rata jumpa semua orang dan ceritalah apa keburukan saya dan kebaikan mereka…saya tak larang.

Sekarang saya tak boleh pergi dekat dengan orang bekas UMNO pun tak boleh...Mubarak adalah bekas wakil rakyat pun tak boleh juga…


WARTAWAN : Tun kata bukan hendak jatuhkan UMNO tapi nak perbetulkan keadaan, jadi apakah salahnya untuk Tun berbuat begitu.


DR MAHATHIR : Inilah demokrasi…demokrasi bermakna dengar sebelah pihak saja (sinis).


WARTAWAN ( AGENDADAILY) : Adakah Tun akan hadir ke mesyuarat UMNO Bahagian Kubang Pasu, juga ada desas desus kata Tun nak jadi wakil ke perhimpunan agong UMNO pertengahan November ini?.


DR MAHATHIR : Kalau boleh tu...kalau orang jemput saya akan pergilah…saya ada hak juga dipilih sebagai wakil daripada cawangan untuk hadir mesyuarat bahagian, saya akan pergilah. Kalau panggil atau dipilih…

Tapi nak jadi wakil ke mesyuarat agong (Perhimpunan agung UMNO di PWTC ) , tak payahlah kot…kalau saya jadi wakil pun tak boleh bercakap .- 7/8/2006





Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.