Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 03 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Khairy telah maklumkan akan jual saham dalam ECM Libra - PM

Khairy telah maklumkan akan jual saham dalam ECM Libra - PM

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata menantunya Khairy Jamaluddin telah memaklumkan kepadanya bahawa beliau akan menjual sahamnya dalam ECM Libra Avenue Bhd kerana tidak mahu syarikat itu menghadapi masalah dengan kehadirannya sebagai pemegang saham yang kecil.

Perdana Menteri berkata Khairy telah mengambil keputusan itu dan akan menanggung kerugian akibat daripada penjualan dengan harga 65 sen sesaham berbanding harga beliannya 71 sen sesaham pada Disember tahun lepas.

"Itu hak dia. Syer dia punya, bukan saya punya. Saya tidak ada apa-apa komen, dia pun hanya beritahu sahaja," katanya seperti yang dilaporkan Bernama semasa diminta mengulas tindakan Khairy, yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO, menjual semua sahamnya sebanyak 10.2 juta yang mewakili 1.23 peratus kepentingan dalam ECM Libra.

Khairy akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara berkenaan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Pengasas Yayasan Budi Penyayang dan pembukaan Bank Muamalat Malaysia Berhad cawangan Kepala Batas .

Selain Khairy, Pengerusi ECM Libra Avenue Datuk Kalimullah Hassan Masheerul Hassan juga mengurangkan kepentingannya dalam syarikat itu kepada 40 juta saham atau 4.8 peratus dan kini tidak lagi dianggap pemegang utama saham.

Sebanyak 26,467,220 saham milik Khairy dan Kalimullah dibeli oleh Hikkaya Jaya Sdn Bhd, anak syarikat AmcorpGroup Bhd membabitkan jumlah keseluruhan RM17.2 juta.- 13/8/2006

------------------------

Saya rela ditegur, saya bukan orang terbijak, kata Abdullah

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau rela ditegur pada bila-bila masa asalkan teguran itu ikhlas dan bertujuan memberi kebaikan kepada rakyat.

"Saya bukan orang pandai, terbijak.
Ada orang lain yang lebih pandai tapi saya Perdana Menteri dan bukan menjadi satu kesalahan saya mengambil masa untuk mengambil pandangan ramai untuk memberikan pandangan yang terbaik," katanya.

Berucap pada majlis perjumpaan dengan anggota-anggota perkhidmatan awam Pahang yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuantan Khamis, beliau berkata pandangan daripada pemikiran yang ramai bagi sesuatu keputusan lebih baik daripada pandangan seorang individu sahaja.

"Kadangkala keputusan yang dilakukan secara bersendirian itu mungkin berlaku kesilapan," kata Abdullah sambil memberi contoh mengenai fatwa bahawa pandangan seorang ulama boleh dipertikaikan berbanding fatwa yang dihasilkan daripada perbincangan ramai ulama.

Menurut laporan Bernama sambil merujuk kepada mesyuarat jemaah menteri semalam, Perdana Menteri berkata beliau memberi peluang kepada semua menteri kabinet memberi pendapat kepada setiap perkara yang dibincangkan.

"Semalam, saya mempengerusikan mesyuarat jemaah menteri, membincangkan tentang bajet untuk tahun depan. Sekarang ini, menteri-menteri kita banyak bercakap, tak macam dulu," katanya.

Perdana Menteri turut menggariskan empat faktor yang perlu dipatuhi semua pemimpin, pentadbir dan anggota perkhidmatan awam dalam melaksanakan tanggungjawab mereka iaitu mereka mestilah mempunyai sifat ihsan dan penyayang, beramanah, adil dan saksama serta keikhlasan dalam menunaikan tugas.

Dalam ucapannya, beliau berulang kali menekankan berkenaan dengan aspek keikhlasan dalam semua aspek termasuk dalam pelaksanaan projek pembangunan dan misi nasional.

Abdullah juga berkata kerajaan bergantung 100 peratus kepada anggota perkhidmatan awam dalam menjayakan projek-projek dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

Bagaimanapun, beliau berkata dalam melaksanakan projek-projek berkenaan, ada pihak-pihak tertentu yang bersikap seperti "iblis" yang cuba mengganggu usaha membangunkan negara kerana "iblis" merasakan ia lebih pandai daripada orang lain.

"Adam dihidupkan dan malaikat menerima Adam untuk menjadi khalifah. Dan yang menentang adalah iblis. Allah telah tunjukkan bahawa Adam itu lebih bijak daripada iblis.

"Jadi, asas utama Allah memilih Adam sebagai khalifah ialah kerana kepandaiannya," katanya.

Pada satu acara lain sempena lawatan dua harinya ke Pahang bermula hari ini, Perdana Menteri juga menasihati rakyat agar mengamalkan sikap tegur-menegur dan memberi pandangan untuk terus memperbaiki diri agar perpaduan, muafakat dan kerjasama antara rakyat tidak rosak.

"Jangan sesekali amalkan pendekatan yang boleh merosakkan perpaduan iaitu pendekatan yang menyusahkan muafakat dan kerjasama. Ini pantang dan jangan dilakukan.

"Wujudkan amalan tegur menegur dalam amalan kita bermuhasabah secara kumpulan dan beri pandangan untuk kita perbaiki lagi apa yang kita usahakan. Itu adalah penting untuk kita baiki muafakat dan kerjasama bagi menguatkan perpaduan," katanya ketika berucap kepada kira-kira 10,000 orang ramai di Stadium Tertutup Sukpa di sini.

Mengambil contoh kezaliman yang berlaku terhadap penduduk Lubnan, Abdullah berkata rakyat mesti bersedia menghadapi apa saja cabaran yang datang berbekalkan kekuatan dan keazaman.

"Kita di sini (
Malaysia) jangan buat angkara atau sebarang ancaman sesama kita dan jangan jadi perosak kepada kekuatan kita kerana kita hargai perpaduan, kerjasama dan muafakat yang ada dalam parti.

"Kita tidak akan benarkan sesiapa pun mengancam kita kerana kita ada tugas yang amat besar di depan kita yang perlukan kekuatan dan perhatian sepenuhnya," katanya.

Ketibaan beliau di Sukpa disambut 10,000 orang yang menunggu sejak awal pagi. Mereka membawa sepanduk-sepanduk yang mempunyai tulisan seperti `Kami Sokong Pak Lah, 'BN Pahang Tetap Setia Bersama Pak Lah', 'Hidup Pak Lah', 'Pak Lah Kami Sokong' dan 'Pejuang Islam Hadhari dan Modal Insan'.- 10/8/2006

------------------------

Selepas ini adalah kerja…

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjawab tandatanya apakah langkah beliau selanjutnya selepas memberi penjelasan berbagai isu yang menyelubungi dirinya,pentabiran dan keluarga dalam Program Bersemuka Dengan Perdana Menteri anjuran TV3 yang disiarkan Isnin malam lalu.

‘‘Selepas ini... selepas ini... selepas ini, adalah bekerja untuk memenuhi amanah besar pilihan raya yang diberikan oleh rakyat kepada saya dulu.

Perdana Menteri berkata sudah cukup baginya menjelaskan segala persoalan yang ditimbulkan berhubung diri dan pentadbirannya.

Beliau menyatakan demikian dalam ucapannya di majlis Malam Bersama Kelab Senator Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ,Kuala Lumpur Rabu malam.

Dalam ucapannya Abdullah memberitahu ramai yang bertanya apa selepas penjelasan menerusi TV3 itu.

Katanya beliau memberi sepenuh tumpuan kepada amanah besar yang diberikan oleh rakyat selepas pilihan raya umum 2004 dan tidak menghiraukan soal polimek berkenaan.- 9/8/2006

------------------------------

Kamaluddin dan Khairy tidak pernah dapat projek kerajaan, kata Abdullah



Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Isnin menafikan anaknya, Kamaluddin, dan menantu, Khairy Jamaluddin, menerima manfaat termasuk projek kerajaan daripada kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

Abdullah menegaskan sepanjang menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Kamaluddin dan Khairy tidak pernah menyalahgunakan hubungan keluarga untuk mendapat projek kerajaan.

"Kamal (Kamaluddin) tidak pernah menyalahgunakan hubungan dia dengan saya... Kamal tak pernah terlibat dalam syarikat tempatan ataupun konsesi-konsesi, tak ada. Tak pernah minta apa-apa pertolongan daripada kerajaan. Tak pernah dalam apa-apa yang perlu 'bail-out'," kata Abdullah yang mengambil alih teraju kepimpinan negara daripada Tun Dr Mahathir Mohamad pada penghujung 2003.

Menurut laporan Bernama Abdullah berkata demikian dalam wawancara khas "Bersemuka Bersama Perdana Menteri" selama 40 minit oleh Pengerusi Bernama Datuk Mohd Annuar Zaini yang disiarkan TV3 Isnin malam.

Kamaluddin merupakan pemilik saham terbesar syarikat perkhidmatan minyak dan gas Kumpulan Scomi manakala Khairy memiliki kepentingan kecil dalam bank pelaburan ECM Libra Bhd.

Perdana Menteri berkata Kamaluddin juga terpaksa mencari projek di luar negara kerana tidak mahu dikaitkan dengan bapanya.

"Kalau orang tanya mengapa keluar negeri, dia (Kamaluddin) kata itulah, dah bapak (Abdullah) jadi PM susah nak cari makan dalam negeri. Kontrak dia, bisnes dia 80 peratus dari luar negeri. Itu rezeki dia," katanya lagi.

Abdullah juga menafikan khabar angin yang menyatakan syarikat Scomi telah diperuntukkan projek monorel di Pulau
Pinang.

Mengenai Khairy, beliau berkata menantunya telah mengambil pinjaman untuk membeli saham ECM Libra.

"Tetapi kalau nak kata dia rampas projek, tak ada bukti kepada saya Khairy ambil projek kerajaan," tegasnya sambil berkata Khairy tidak pernah berjumpanya untuk meminta projek.

Abdullah berkata beliau juga tidak campurtangan dalam karier politik menantunya dan kedudukan Khairy sebagai Naib Ketua Pemuda Umno adalah atas pemilihan pergerakan itu sendiri.

"Ini saya cakap terus terang, saya tak tahulah (Ketua Pemuda Umno) Hishammuddin (Tun Hussein) marah pada saya. Hishammuddin kata, 'Pemuda telah memutuskan, saya telah memutuskan, saya nak cadangkan Khairy jadi Naib Ketua Pemuda, Pak Lah jangan kacau, ini hal Pemuda'," katanya.

-----------------


Jawapan Terbuka Perdana Menteri Terhadap Segala Tohmahan

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Isnin malam bercakap secara terbuka bagi menjawab segala prasangka dan tuduhan yang ditujukan terhadap beliau terutama berhubung gaya kepimpinan serta keputusan yang beliau buat selaku Perdana Menteri.

Dalam wawancara khas selama 40 minit yang disiarkan melalui TV3, Abdullah, antara lain mengakui sukar baginya menjadi "orang baik" (Mr Nice Guy) yang menyebabkan timbulnya pelbagai tohmahan terhadap beliau.

Katanya setiap keputusan yang beliau ambil, walaupun mengambil masa, adalah dibuat secara berhati-hati dengan mengutamakan kebenaran dan keadilan, untuk semua rakyat tanpa mengira kaum.

"
Ada masa kita perlu berhati-hati. Satu perkara yang saya tahu sejak saya jadi Perdana Menteri, apa yang saya buat buruk baiknya banyak orang yang akan terima kesannya.

"Kalau buruk, buruk padahnya, kalau kesan baik alhamdulillah, tapi yang saya bimbang kalau jadi salah, jadi tak elok, ramai yang akan menderita, ramai yang akan sengsara, ini yang saya takut," kata beliau ketika diwawancara oleh Pengerusi Bernama Datuk Mohd Annuar Zaini dalam program "Bersemuka Bersama Perdana Menteri" yang disiarkan melalui TV3 Isnin malam.

Perdana Menteri juga menjawab dengan panjang lebar bagi menafikan apa jua tuduhan terhadap anaknya, Kamaluddin, yang dikatakan meraih keuntungan sebagai anak Perdana Menteri, serta menantunya, Khairy Jamaluddin, yang didakwa mempengaruhi setiap keputusannya.

"Orang kata saya semua buat (keputusan) pasal Khairy. Mana ada Khairy? Takkanlah sampai berapa tahun menderita dalam politik, punya susah nak jadi Perdana Menteri, (lepas itu) serah kuasa kat dia. Mana boleh?" kata Abdullah.

Mengenai Kamaluddin, Abdullah berkata perniagaan anaknya itu beroperasi di luar negara dan tidak pernah terlibat dalam syarikat tempatan ataupun konsesi yang ditawarkan kerajaan.

"Tidak pernah minta pertolongan daripada kerajaan, tidak pernah terlibat dalam apa-apa yang perlu 'bail-out' (diselamatkan), tak ada apa-apa," katanya.

Apabila ditanya mengenai ada desas-desus kononnya projek monorel di Pulau
Pinang sudah diperuntukkan kepada Kamaluddin, Perdana Menteri berkata: "Apa cakap macam tu... sapa cakap? Saya nak cakap pada awak (Datuk) Annuar, susah nak jadi orang baik ni, tahu tak."

Mengenai tindakannya berdiam diri dalam isu kritikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Abdullah berkata beliau tidak mahu menjadikan media sebagai gelanggang untuk bertengkar dengan bekas Perdana Menteri itu.

Tambahan pula, kata beliau, soalan dan isu yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir adalah dituju kepada kerajaan, dan sewajarnya dijawab oleh menteri yang berkenaan yang lebih tahu mengenai bidang masing-masing.

"Dan memang Jemaah Menteri lebih suka kalau saya tak bercakap. Dan banyak orang menganggap bahawa saya tak bercakap itu adalah baik. Banyak orang kata pada saya, toksahlah Pak Lah you cakap, jadi kelam-kabut. Toksah. Biarlah menteri-menteri jawab sudah cukup," katanya.

Perdana Menteri berkata beliau juga tidak gemar untuk membincangkan soal keluarganya sekalipun mereka juga turut menjadi mangsa kepada tuduhan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

"Saya tahu anak-anak saya tak terlibat dalam perkara-perkara yang mungkin jadi tuduhan daripada orang-orang tertentu. Sekarang saudara (Annuar) dah tanya saya, saya kena jawablah," katanya.

Perdana Menteri yang juga ditanya mengenai gaya kepimpinannya yang dikatakan terlalu "lembut dan lembab", menegaskan bukan stail beliau untuk bertindak secara "gung ho" atau menunjuk-nunjuk.

"Tunggulah kejap... Saya ni orang kata kalau masuk main bola tak sampai 10 minit dah orang hukum saya... macam mana ni? Tunggulah kita nak panas, nak pick-up tempo, kita nak bergerak apa semua," katanya.

Abdullah berkata walaupun caranya itu berbeza dengan kepimpinan Dr Mahathir, beliau tidak pernah lari daripada matlamat sebenar iaitu mencapai Wawasan 2020 yang pasti akan dipenuhi dengan caranya tersendiri setelah mengambil kira keadaan semasa.

Beliau juga berpegang kepada prinsip tersendiri iaitu mahu dirinya dihormati berbanding dengan falsafah saintis politik terkenal Nicolo Machiavelli yang berpegang kepada pendekatan pemimpin ditakuti.

Kata Abdullah beliau mahu memimpin negara ini sepertimana perkahwinan beliau dengan Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood yang dipenuhi dengan kasih sayang dan keikhlasan serta adil.

"Ini amanah saya dan saya akan pegang," katanya.

--------------------

Abdullah Berdiam Diri Elak Perselisihan Dengan Tun Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata tindakannya berdiam diri daripada menjawab segala dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung beberapa keputusan kerajaan bertujuan mengelakkan perselisihan dengan bekas perdana menteri itu.

Sebaliknya, beliau berkata adalah lebih baik isu yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir dijawab menteri yang berkaitan memandangkan mereka lebih arif dalam bidang masing-masing.

"Saya memilih untuk berdiam diri kerana saya tidak mahu bertengkar dengan Tun dalam
surat khabar. Tun sendiri pernah kata dalam satu kenyataan yang dia buat, dia rasa kecil hati kerana maklumat yang dikehendaki tak dapat. Dia mengharapkan dapat diberi maklumat. Kalau PM sendiri tak bercakap berilah menteri bercakap," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diwawancara Pengerusi Bernama Datuk Mohd Annuar Zaini dalam program "Bersemuka Bersama Perdana Menteri" yang disiarkan melalui TV3 Isnin malam.

Perdana Menteri berkata memandangkan isu yang dibangkitkan Tun Dr Mahathir adalah berkaitan kerajaan maka wajar menteri berkaitan menjawab segala persoalan yang dikemukakan.

"Rakyat yang ingin tahu apa yang sedang berlaku. Itu yang dijalankan dan memang jemaah menteri lebih suka kalau saya tak bercakap," katanya.

Abdullah berkata ramai yang menyokong tindakan beliau berdiam diri bagi mengelak timbul keadaan kelam-kabut sehingga mengeruhkan hubungan antara beliau dan Dr Mahathir.

"Banyak orang menganggap bahawa saya tidak bercakap itu adalah baik. Banyak orang kata pada saya, Toksahlah Pak Lah cakap, jadi kelam-kabut. Toksah. Biarlah menteri-menteri jawab sudah cukup," katanya.

----------------------

Jangan Buat Tuduhan Tanpa Bukti Atau Terima Padahnya, Kata Abdullah

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari Isnin mahu pihak yang membuat tuduhan adanya penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan pimpinannya supaya tampil memberikan bukti atau menerima padah daripada pembohongan itu.

Perdana Menteri berkata tuduhan yang dilemparkan ke atas pentadbirannya telah memberi gambaran seolah-olah beliau telah menipu rakyat.

"Ini cakap fitnah ini, kalau dia betul-betul, tulis
surat, biar berani kerana benar. Cakap dan kita akan ambil tindakan. Saya nak dia buktikan macam mana, apa maklumat, di mana dia dapat maklumat, saya hendak. Kalau dia tak dapat, rasalah padahnya," katanya.

Abdullah berkata demikian ketika diwawancara oleh Pengerusi Bernama Datuk Mohd Annuar Zaini dalam program khas "Bersemuka Bersama Perdana Menteri" kira-kira 40 minit yang disiarkan TV3 Isnin malam.

Sebelum ini, pelbagai tuduhan telah dilemparkan terhadap kerajaan melalui Internet yang mempertikaikan kewibawaan Abdullah memimpin negara termasuk oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Yang terbaru adalah dakwaan kononnya pengumuman projek bernilai RM15 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan adalah satu sandiwara kerana kontraktor tertentu telah dipilih walaupun tender belum dikeluarkan.

Abdullah berkata selain dirinya, mereka yang membuat tuduhan itu juga boleh menulis
surat kepada polis, Badan Pencegah Rasuah dan agensi lain.

"Saya hendak dia jelaskan macam mana dia boleh kata begitu sebab ini pembohongan. Dia nak menghina kerajaan, dia nak menghina saya, macam mana boleh macam itu," tegas beliau.

Perdana Menteri berkata mereka yang menyebarkan fitnah itu sebenarnya berniat jahat untuk memperlekehkan beliau dan juga mungkin mempunyai agenda tertentu.

Mengenai dakwaan yang beliau lambat membuat keputusan, Abdullah mengakui beliau memerlukan masa kerana setiap keputusan yang dibuat akan memberi kesan kepada rakyat dan negara.

"
Ada masa kita perlu berhati-hati. Satu perkara yang saya tahu sejak saya jadi PM, apa yang saya buat, buruk baiknya banyak orang yang akan terima kesannya.

"Kalau buruk, buruk padahnya, kalau kesan baik alhamdulillah, tetapi yang saya bimbang kalau jadi salah, jadi tak elok, ramai yang akan menderita, ramai yang akan sengsara, ini yang saya takut," katanya.

Ditanya sikapnya yang dianggap terlalu berlembut, Perdana Menteri berkata beliau lebih suka menjadi pemimpin yang dihormati daripada ditakuti orang ramai sebagaimana pendapat saintis politik terkenal Nicolo Machiavelli.

"Saya tak percaya, sebagai orang Islam, pendekatan Machiavelli itu patut diamalkan, tak boleh. Kita tak boleh apa jua cara dapat dihalalkan asalkan apa yang mahu diperolehi. Saya tak berpegang kepada falsafah itu," katanya.

Menurutnya sikap berlembut atau keras bukanlah perkara penting untuk menjadi pemimpin tetapi yang utama menegakkan kebenaran dan adil.

"Kalau yang buat itu benar dan adil, maka di situlah ada ketegasan dalam keputusan itu. Tak payahlah nak 'gung ho' apa lagi. Saya biasa buat keputusan yang ada antaranya cukup susah kepada saya, tapi saya buat selamba saja. Tak payah nak tunjuk, itu saya punya stail," katanya.

Perdana Menteri menambah beliau sentiasa memantau perjalanan kerajaan termasuk tindakan menteri-menteri kabinet dan membuat teguran jika perlu.

"
Ada saya tegur dalam (mesyuarat) jemaah menteri. Ada saya tegur dalam telefon... Itu cara saya menegur orang, dalam kereta saya telefon," katanya



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.