Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Tue, 09 February 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT DAN EMAIL KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Reme Ahmad
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY
- test section



KLIK UNTUK SITUASI TERKINI INFLUENZA A (H1N1)


KLIK SINI UNTUK PERBANDINGAN HARGA DARI LAMAN KPDNHEP




|




Agenda Daily: Corak kempen pilihanraya sudah berubah…

Corak kempen pilihanraya sudah berubah…





Pernah dengar Laman Selera Pemuda BN.


Ini merupakan program baru dalam siri kempen dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Machap.


Di laman selera ini setiap Pemuda parti komponen membawa juadah makanan dari negeri masing-masing untuk di hidangkan kepada hadirin.

Pada hadirin berpeluang menikmati Laksa Sarawak dan Mee Kolok yang didatangkan khas dari Sarawak oleh Pemuda PBB, kuih muih dari Pemuda Gerakan dan MCA, Cucur Udang dari Pemuda UMNO, Roti Canai dan Tosai dari Pemuda MIC dan berbagai lagi juadah.


Majlis berkenaan berlangsung tengahari Isnin di peti undi kawasan Melaka Pindah.

Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Malaysia Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan isteri hadir pada majlis itu.

Beliau memuji majlis tersebut yang memberi gambaran bahawa kerjasama erat dikalangan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).

Katanya semangat begitu tinggi dalam perkongsian arah tuju sekaligus mengambarkan satu kekuatan dalam satu pasukan.





Hadir sama di majlis itu, ketua-ketua Pemuda UMNO Bahagian seluruh negara, ketua-ketua pemuda UMNO negeri, Khairy Jamaluddin,Naib Ketua Pergeraka Pemuda UMNO Malaysia, Ketua-ketua pemuda parti komponen BN, "Datuk Angkat' bagi Peti Undi Melaka Pindah, Datuk Paduka Mohd Norza Zakaria selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah
Persekutuan dan pemimpin-pemimpin lain.


Dalam ucapan bersemangat di depan lebih 500 orang jentera pemuda BN, Hishammuddin mahu setiap pengundi akan dapat dibawa menunaikan tanggungjawabnya demi memastikan BN menang besar sekaligus menghanguskan wang pertaruhan calon DAP.

"Kita mahu membuktikan bahawa anak-anak muda, pemimpin-pemimpin muda daripada pelbagai kaum dan pelbagai agama dibawah naungan parti keramat BN tahu amanah dan tanggungjawabnya," ujar beliau.

Lantas itu beliau mengarahkan arahan supaya jentera Pemuda Barisan Nasional “gempur rumah ke rumah’.




Hishamuddin mahu mereka keluar menunai tanggungjawabnya kerana dengan cara itu BN akan memperolehi kemenangan besar serta dapat menghanguskan wang pertaruhan pembangkang.

Bercakap kepada wartawan, Hishammuddin berkata rakyat di Machap tidak terpengaruh dengan dakyah DAP yang memainkan isu protes bagi meraih undi.

"DAP sudah ketandusan isu, tidak ada apa yang hendak diproteskan, janganlah kita terikut-ikut dengan cerita gembar-gembur DAP itu kerana selama ini pembangkang tidak pernah mempunyai perancangan dan wawasan," katanya.

Katanya, "kita sudah tengok di pilihan raya kecil Batu Talam, mereka hendak protes dengan tidak meletakkan calon tetapi kali ini mereka tidak konsisten dengan meletakkan calon tetapi mahu rakyat memprotes dengan menyokong mereka."

Hishammuddin yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menjelaskan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah membuktikan perancangan yang bukan sahaja untuk jangka pendek tetapi untuk jangka masa panjang yang lebih jauh ke hadapan.





Oleh itu, katanya, "kita memerlukan mandat yang besar, saya berharap rakyat jangan terikut-ikut dakyah DAP yang menganjurkan protes dengan cara menyokong mereka. Soal tingkatkan majoriti sebagai protes merupakan satu lagi helah DAP.Sepatutnya DAP tidak bercakap soal
peningkatan majoriti tetapi bercakap soal kemenangan yang bakal dicapai."

"Ini helah DAP, sudah tahu tak boleh menang, nak bercakap soal tingkatkan majoriti. DAP adalah orang yang sudah bangkrap idea politik." "-9/4/2007





Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.