Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Tue, 09 February 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT DAN EMAIL KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Reme Ahmad
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY
- test section



KLIK UNTUK SITUASI TERKINI INFLUENZA A (H1N1)


KLIK SINI UNTUK PERBANDINGAN HARGA DARI LAMAN KPDNHEP




|




Agenda Daily: Awas kalau nak buang sampah merata tempat di Selangor…

Awas kalau nak buang sampah merata tempat di Selangor…

Ini berita baik untuk para jurugambar amatur .Mereka bukan saja boleh buat duit tetapi boleh tolong jaga kebersihan negeri Selangor.

Mereka hanya perlu merakamkan gambar gelagat orang membuang sampah merata-rata di negeri itu dan menyerahkan gambar itu kepada mana-mana pihak berkuasa tempatan.Habuannya RM50.

Langkah yang unik diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo Khamis.Beliau berkata cadangan itu telah dibincangkan dalam mesyuarat mingguan exco minggu lepas dan disokong pelaksanaannya pada mesyuarat yang diadakan di Banting hari ini.
"Kita telah arahkan PBT untuk laksanakannya. Bila mahu dilaksanakan bergantung kepada PBT masing-masing. Bila-bila sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat bioteknologi milik Golden Hope Plantations Bhd dekat situ.

Dr Mohamad Khir berkata bukan ganjaran wang yang perlu diutamakan dalam perkara itu tetapi yang lebih penting ia dapat mewujudkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan.

Beliau berkata Selangor menghadapi masalah kebersihan yang disifatkannya sebagai kronik sehinggakan 40 peratus sumber kewangan yang diperolehi PBT digunakan untuk menguruskan isu kebersihan dan sampah di negeri itu.

"Tahap pendidikan makin tinggi tetapi tahap kebersihan makin rendah. Mintalah ubah sikap. Budaya pengotor ini kalau tidak dibendung akan membawa masalah yang besar," katanya.



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.