Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 03 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Dr Mahathir nak berentap ‘sampai ke lubang cacing’ jika….HIMPUNAN BERITA-BERITA MENGENAI ISU INI

Dr Mahathir nak berentap ‘sampai ke lubang cacing’ jika….HIMPUNAN BERITA-BERITA MENGENAI ISU INI

Ini adalah pertama kali bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap dalam satu acara khusus untuk menjelaskan kenapa beliau mengkritik kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Majlis dialog bersama Dr Mahathir anjuran Gabungan Badan-badan Bukan Kerajaan dan Rakan Media Alternatif berlangsung selama lebih dua jam di Kelab Century Paradise di Taman Melawati,Hulu Kelang dekat Kuala Lumpur pagi Sabtu 24 Jun.

Dalam majlis yang terbahagi kepada ucapan,menjawab soalan para hadirin dan sidang akhbar itu beliau telah memberi penerangan yang lebih terperinci kenapa beliau “meletup” membuat kritikan pedas secara terbuka terhadap Abdullah baru-baru ini.

Lebih 500 orang terdiri dari orang politik,para intelek dan ahli badan NGO hadir di majlis itu,Turut sama ialah empat orang pemimpin utama PAS iaitu Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa,Naib Presiden Datuk Husam Musa,Ketua Pemuda Salahuddin Ayub dan ahli jawatankuasa pusat Mahfuz Omar.


Selain mereka ialah Bendahari Parti Keadilan Rahman Osman,Ketua Penerangan parti DAP Ronnie Liu,bekas menteri pusat dan bekas Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Megat Junid dan bekas CEO Proton Tengku Tan Sri Mahaleel Ariff.

Semasa ucapannya Dr Mahathir terus memfokus penerangan lanjutnya kepada isu-isu pembatalan jambatan ganti Tambak Johor,AP,Proton dan penjualan MV Agusta.


Katanya sekarang ini kerajaan bukan nak tumpu kepada menjawab isu-isu yang disuarakannya tetapi cuba nak korek keburukan semasa pentabirannya.


Dalam ucapanya semasa menjawab soalan-soalan yang dikemukakan secara bertulis oleh para hadirin beliau antara lain secara terbuka memberi bayangan jelas bahawa pihak ketiga yang ‘menguasai ‘ pentabiran Abdullah ialah menantu beliau Khairy Jamaluddin yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.


Tanpa menyebut siapa mereka beliau beberapa kali menyebut orang yang belajar di Universiti Oxford.Katanya beliau tidak tahu siapa yang berkuasa dalam kerajaan sekarang.




Ketika menyentuh tentang kedudukan Khazanah Nasional dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sekarang ,Dr Mahathir berkata kini syarikat-syarikat ini mendapat khidmat dari pakar-pakar tertentu.

Katanya Khazanah Nasional kini sudah lari dari tujuan asal penubuhannya.

"Pakar-pakar tertentu akan memberi nasihat supaya itu dijualkan kepada orang ini..beli ini...ini semua nasihat yang baik.

"Mereka mempunyai pengalaman,pelajaran..dapat ijazah dari Universiti Oxford...saya tak pi...saya pi juga Universiti Oxford...pi situ sajalah..saya tak belajar di Oxford...siapa tak belajar di Oxford Universiti...di Cambridge Universiti...semua bodoh-bodoh,"katanya sinis sambil disambut tepuk gemuruh para hadirin.

Dr Mahathir juga menyebut istilah ' kepakaran tingkat empat' ( iaitu tingkat dibawah pejabat Perdana Menteri).

"Tingkat empat ni boleh telefon siapa saja dan nasihat untuk buat benda yang baik.Sebab tu hari ini kita tengok semuanya baik-baik belaka...tingkat lima Perdana Menteri duduk...lebih berkuasa dari tingkat lima....sebab dia lebih pandai...tingkat lima tak pi Oxford,"katanya disambut oleh gelak ketawa hadirin.

Menjawab soalan Agendadaily semasa sidang akhbar beliau ragu boleh duduk lagi semeja berbincang secara baik-baik menyelesaikan masalah antaranya dengan Abdullah.

”Tak taulah …ada orang yang lebih kuat dari saya…bila balik batallah,”katanya.

Kepada soalan lain sejauh mana beliau akan bertindak seperti sekarang jika tidak mendapat penjelasan memuaskan kepada isu-isu yang dibangkitkan,Dr Mahathir tegas menjawab…”sampai ke lubang cacing’.

Beliau menambah bukan setakat penjelasan tetapi juga membetulkan apa yang didakwanya tidak betul sekarang.


Dr Mahathir juga menyifatkan sokongan yang disuarakan oleh para menteri kabinet,menteri besar dan pimpinan UMNO kepada Abdullah kebelakangan ini sebagai ' sokongan tak ada kualiti'.





Dakwanya semuanya mereka sokong tanpa mengetahui apa yang mereka sokong.

Beliau menyifatkannya macam satu bunyi nyanyian beramai-ramai ( chorus line )

Mengenai peralihan kuasa,Dr Mahathir juga secara sinis berkata beliau lantik saja tanpa dapat menjangka apa yang akan berlaku lepas itu.

"Lepas tu apa dia nak buat mana saya tau...saya lantik Datuk Najib...lantik Pak Lah.Bila saya bagi kuasa kepada dia...dia nak bagi kat orang lain..itu hal dialah...saya tak kenakan syarat dulu...saya tak kata saya lantik awak jadi Perdana Menteri ...tak bolehlah bagi pada menantu.

"Saya tak kata macam tu...jadi tak kata bermakna bolehlah...kalau ada larangan baru tak boleh...jadi saya tak kata apa.

"Sekarang ni saya pun tak tau siapa yang berkuasa antara kita ini.Kerana dia tak jawab...sengap saja...bila kita kata... orang lain jawab."


Beliau seolah mempersoalkan kenapa Abdullah sendiri tidak memberi penjelasan kepada isu-isu yang dibangkitkannya dan sebaliknya diserahkan kepada kementerian-kementerian berkenaan.

Dr Mahathir berkata semasa pentabirannya apa jua teguran menyentuh tentang dirinya beliau akan jawab sendiri.

Katanya zaman pentabiranya banyak juga orang bagi pandangan."Saya dengar...tetapi tak semestinya saya ikut".ujarnya.

Sewaktu awal ucapannya Dr Mahathir berkata pembatalan jambatan ganti Tambak Johor yang - dakwanya merupakan satu keputusan tunduk kepada Singapura - membuatkan beliau mula ' mengkritik ' dan sebelumnya tentang isu AP dan sebagainya hanya sekadar ' bagi komen' sahaja.

Dr Mahathir yang tetap menyifatkan pembatalan itu sesuatu yang menjual maruah negara berkata beliau tidak sanggup melihat itu berlaku dan sedia ' berperang ' kerananya.





Beliau menerangkan sejarah bagaimana projek jambatan bengkok itu hendak dimulakan dimana ia tidak pernah dibantah oleh kerajaan Singapura.

Katanya Lee Kuan Yew dan Goh Chock Tong tidak membantahnya bila Malaysia memberitahu mereka nak buat jambatan bengkok.

Surat hitam putih untuk membuktikan hal ini pun ada.


Katanya kerajaan hanya beritahu mereka nak buat bukan pergi berunding dengan mereka kerana ia tidak perlu memandangkan sebahagian Tambak Johor adalah dalam wilayah Malaysia.

Bekas Perdana Menteri itu juga menolak anggapan bahawa Tambak Johor adalah milik bersama Malaysia-Singapura yang tidak boleh diusik kerana soal ada saluran paip air.

Katanya jika demikian halnya nanti Johor Bharu pun akan dikatakan milik bersamanya oleh Singapura.

Dr Mahathir berkata sepanjang pengetahuannya beliau tidak pernah dengar rakyat negara ini membantah projek jambatan bengkok yang sudah dimulakan kerja-kerja awal untuk pembinaannya sejak beliau masih Perdana Menteri.

Katanya yang semua orang tidak bersetuju ialah penjualan pasir dan membuka ruang udara kepada Singapura.

Beliau mendakwa penjualan pasir dan nak buka ruang udara itu ditawarkan sendiri oleh kerajaan Malaysia kepada Singapura untuk mendapat persetujuannya bagi membina jambatan lurus.




Katanya jika tidak betul kerajaan hendaklah menafikannya hal ini.

Beliau juga mendakwa projek jambatan itu dibatalkan ' kerana ada orang tak boleh jual pasir kepada Singapura.'


Dr Mahathir mengaku bila melepaskan jawatan dulu,beliau memang ada berjanji tidak akan campur hal-hal politik.

Namun begitu katanya dalam soal tunduk kepada Singapura ini beliau sudah hilang semua kesabaran.

Katanya tidak wajar langsung Malaysia tidak boleh buat keputusan hal dalam wilayah sendiri.

Menurutnya ini bererti kedaulatan negara sudah tercemar.

Katanya dari pengalamannya selama 22 tahun jadi Perdana Menteri nyata tidak berguna nak cuba berbuat baik dengan Singapura.

Secara sinis beliau berkata kalau setakat nak tepuk-tepuk belakang dan main golf boleh.

Dr Mahathir menggangap pembinaan jambatan berkenaan yang dipersetujui oleh seluruh anggota kabinet adalah merupakan satu perjanjian antara mereka yang tidak wajar dimungkiri.

Dalam menjawab soalan mengenai pengenalan Islam Hadari oleh Abdullah,Dr Mahathir secara terbuka berkata beliau tidak setuju dengannya.

Baginya ' Islam asas ' mengikut Al Quran dan Hadis sejak zaman Nabi Muhammad SAW adalah yang paling sempurna.

"Jadi kita balik kepada Islam yang satu...tak payah le Hadari ke tak Hadari...Islam sesuai sepanjang zaman.Jangan ingat zaman Nabi saja...zaman sekarang sesuai.Kalau kita ikut tafsiran Al Quran yang betul...ia sesuai untuk zaman seberapa moden sekalipun,"katanya.

Menyentuh tentang dakwaan beliau membelanjakan banyak wang untuk projek mega,beliau sebaliknya bertanya cuba gambarkan Malaysia sekarang tanpa Lebuhraya Utara Selatan,KLCC,KLIA,Monorail,LRT dan sebagainya.




"Cabut semua ini...tinggal apa,"katanya.


Dr Mahathir juga memberitahu kebelakangan ini ada dikalangan ahli perniagaan yang datang merungut kepadanya keadaan sekarang susah berniaga dan sebagainya.

Katanya beliau menasihatkan mereka supaya pergi bercakap hal ini kepada mereka yang berkuasa.

Menjawab soalan mengenai pembatalan landasan berkembar,beliau juga secara sinis berkata, "duit tak ada...tapi jalan-jalan jumpa RM 200 billion...jalan-jalan tepi jalan jumpa...tapi landasan ni tak boleh buat juga ...pasal duit tak ada.Yang ada pun kita bongkar balik...jual besi pun mahal.Kalau tak mau buat tu... ada saja alasan."

Beliau mendakwa kerajaan sekarang ada duit lebih banyak lagi berbanding sewaktu beliau Perdana Menteri.

Katanya ini kerana harga minyak dulu AS30 satu tong tetapi kini AS70 satu tong."AS40 untung tiap-tiap satu tong...duit banyak."katanya.

Menyentuh tentang masa depan negara,Dr Mahathir berkata beliau yakin negara ini boleh pergi jauh jika dikemudi dengan betul.


Katanya Malaysia mempunyai asas, kebolehan dan kriteria untuk terus maju." Tetapi kenalah pandai macam mana nak urus....kita boleh tanya... termasuk pakar-pakar dari Oxford...kita boleh tanya juga...tapi hingus tak berapa kering lagi...tak berpengalaman.

"Tapi perkara yang jarang kita buat...ialah kita tanya orang yang sudah bersara ...orang yang dah bersara ni tak payah kita tanya...orang yang sudah bersara ni tak guna pun,"katanya secara sinis lagi.



KLIK DI SINI UNTUK BACA BERITA :

Kritik PM:Zaid bebas bersuara dalam Parlimen - Najib

Lapan jam penuh debaran di Dewan Wawasan,Jitra




Isu Dr Mahathir-Pak Lah:Apa kata Datuk Kadir Sheikh Fadzir



Dr Mahathir kena terima kekalahan macam ahli UMNO biasa lain - Johari


Kubang Pasu:Orang-orang kecil yang kena buat keputusan besar



Biarlah Rahsia…



Dr Mahathir sanggup junjung Al Quran dalam masjid…mari sama-sama sumpah

Jual semua saham ECM Libra Avenue:Saya kena jadi lebih putih dari putih-Khairy

Setakat ini nampak macam Avenue Capital ‘hilang kuasa’ dalam penggabungan dengan ECM Libra – Shahrir

Khairy telah maklumkan akan jual saham dalam ECM Libra - PM


Kalau orang tak mahu pada dia, tunggu apa lagi…

Risiko jika siri jelajah Dr Mahathir berterusan..



Satu pengakuan’ pasal insiden semburan gas pemedih mata Dr Mahathir…Nazri buat kenyataan video



Jika bersalah…tindakan tegas menunggu tujuh anggota tentera yang diupah jadi pengawal keselamatan oleh Nik Sapeia




Dr Mahathir makin garang di Kota Bharu


Ini semua rancangan saya, bukan rancangan orang lain – Pak Lah


Gambar-gambar semasa Dr Mahathir di Kota Bharu



Media perdana tidak perlu ikut rentak laman web - Abdullah

Saya diajar cara lain…sekarang saya tengok cara lain – Muhd Taib



Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara nak pastikan penggabungan Avenue Capital dengan syarikat Kalimullah tidak rugikan kerajaan

Dr Mahathir sedia jumpa Pak Lah asalkan jawab persoalan

Pak Lah jawab dakwaan mengenai Khairy...' kita pun ada perasaan'

Lagi pasal Zahidi…


Rakyat di bawah tak keliru -Hishamuddin



Jumpa Dr Mahathir: Saya fikir ini bukan satu masalah…


Mengintai satu majlis penerangan isu Dr Mahathir-Pak Lah..…


Siapa tu…

Pak Lah kembali....

Sabtu:Kerajaan siar kandongan surat mengenai jambatan….Jumaat :Kerajaan dedah dokumen rahsia untuk jawab dakwaan Dr Mahathir

Jangan masukan pasir dalam hidup saya…

Sinar harapan dari Australia

Bekas Menteri nak usaha damaikan Dr Mahathir – Pak Lah


Alaaa...naik motokar pergi rumah dia…jumpalah dia…cakap dengan dia – Tengku Razaleigh

Dr Mahathir - Pak Lah:Soalan vs soalan

Mampukah sejarah berulang…

Melayu bersengketa siapa untung?

Bagaimana khalil Yaakob boleh muncul di rumah Dr Mahathir?

’Mahathir Menyinga’…masuk pasaran


Najib alu-alukan usaha Zam cari perdamaian isu Dr Mahathir-Pak Lah

Dimana Khairy?

Anwar tidak senang hati pemimpin PAS hadir di majlis Dr Mahathir


Pemuda UMNO : Kritik boleh….jangan perlekeh dan hina


Dr Mahathir-Pak Lah: Apa nak jadi…?


Dr Mahathir jawab soalan apakah beliau nak buat ' comeback '

VCD dialog dengan Dr Mahathir akan dipasarkan kepada orangramai

Nazri sedia berdebat dengan Dr Mahathir

Zam akui temui Dr Mahathir, luahkan perasaan hati semua pihak

---------------

Kalau Dr Mahathir masih tak puashati lepas penjelasan penuh diberi..." apa boleh kita buat" - PM





Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung lebih dua jam di ibupejabat UMNO di PWTC Isnin sebenarnya hanyalah mesyuarat rutin bulanan badan itu.

Kehangatan isu kritikan pedas secara terbuka Tun Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuatkan jumlah kehadiran wartawan yang datang membuat liputan lebih ramai dari kebiasaannya.

Semuanya menanti sesuatu ‘berita besar’ dari mesyuarat itu.

Ada juga yang sudah menyediakan berbagai soalan untuk ditujukan kepada Abdullah dalam sidang akhbar.

Seperti yang diduga tumpuan mesyuarat adalah mengenai isu Dr Mahathir.

Yang pasti tidak berbangkit langsung soal pemecatan Dr Mahathir seperti ‘ dijolok’ oleh Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa hingga ia mencetuskan desas desus hangat.

Sekalipun Abdullah tidak menyentuhnya atau soalan berkenaan ditanya dalam sidang akhbar,para wartawan kemudian telah mendapat pengesahan mengenainya dari kalangan ahli Majlis Tertinggi UMNO lain yang hadir.

Semasa bercakap kepada wartawan selepas satu acara di Kampar, Perak Ahad Perdana Menteri telah memberi indikasi jelas ia tidak akan berlaku bila berkata, “ kalau nak ikut apa cakap PAS susahlah kita.”

Berbeza dengan kebiasaan - Abdullah memulakan sidang akhbar dengan memberi penerangan ringkas serba sedikit apa yang dibincangkan.

Beliau kemudiannya menyerahkan kepada timbalannya Datuk Seri Najib untuk membacakan kenyataan berhubung pendirian Majlis Tertinggi UMNO.






Najib memberitahu semua lapisan pemimpin Umno di peringkat negeri dan pusat memberikan sokongan penuh terhadap kepimpinan Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Katanya ini membuktikan tidak wujud perpecahan dalam parti itu ekoran kritikan bekas Dr Mahathir terhadap kerajaan baru-baru ini.

"Tidak ada pemimpin utama yang tidak sokong Abdullah sebagai Perdana Menteri atau Presiden Umno dan tidak ada `faction' (puak) dalam Umno," katanya.


Najib berkata pendirian MT itu dibuat berdasarkan tiga perkara penting iaitu memperakui bahawa mandat yang diberikan oleh rakyat kepada Abdullah pada pilihan raya umum 2004 adalah mandat yang sangat menyakinkan justeru amanah itu perlu ditunaikan.

Katanya ia juga berdasarkan kepimpinan Abdullah amat penting untuk merealisasikan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang akan menjamin kesejahteraan rakyat.

Najib menambah MT turut berpendapat faktor ketiga ialah kerajaan yang komited terhadap mencapai Wawasan 2020, memerlukan kepimpinan politik yang bersatu-padu.

Sehubungan itu, Timbalan Presiden Umno itu menegaskan kerajaan berhak membuat apa-apa dasar atau keputusan berdasarkan situasi dan keadaan semasa.

Menyentuh kritikan Dr Mahathir terhadap pentadbiran Abdullah, beliau berkata semua pemimpin Umno perlu memberikan penjelasan kepada rakyat mengenai isu yang dibangkitkan dengan menggunakan fakta yang betul.

Pada masa yang sama, Najib mengingatkan semua pemimpin Umno agar terus melaksanakan amanah untuk berkhidmat kepada rakyat dan membantu menyelesaikan masalah mereka.

Selepas itu Abdullah secara ringkas menjawab empat soalan yang dikemukakan oleh wartawan.

Ditanya bagaimana jika Dr Mahathir masih tidak berpuashati dengan jawapan yang diberikan berhubung isu-isu yang disuarakannya,Perdana Menteri secara tegas memberitahu adalah muktamad.

“Setakat itu saja.Kita akan cuba sebaik mungkin untuk beri penjelasan,jika ada pihak termasuk Tun masih tidak senang hati..apa kita boleh buat …tetapi kita akan memberi penjelasan sepenuhnya.

Ditanya sama ada MT akan berjumpa dengan Dr Mahathir bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit, Abdullah berkata perkara itu tidak diputuskan dalam mesyuarat hari ini.

Ditanya pula samaada kritikan Dr Mahathir telah mencetuskan perpecahan dalam parti,beliau berkata, “tidak…itu telah dijawab (oleh Datuk Najib).

Kalangan pemerhati menilai hasil mesyuarat dan komen Perdana Menteri itu menimbulkan dua kemungkinan kepada isu kritikan Dr Mahathir iaitu samaada ia terus reda atau berlarutan.

Ini kerana pendirian tegas Abdullah tidak akan melayan apa juga rasa tidak puashati setelah penjelasan sepenuhnya diberi.

Tandatanya yang terus berlegar apakah Dr Mahathir u akan berpuashati dengan semua penjelasan yang akan dibuat oleh kementerian dan agensi berkaitan.

Bagaimana pula dengan isu AP dimana bekas Perdana Menteri itu mendakwa beribu AP telah diberikan kepada dua individu sahaja?

Ini kerana Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz ketika ditemui wartawan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO menegaskan beliau tidak akan memberi penjelasan tambahan dari apa yang dibuatnya di Perhimpunan Agung UMNO dan Parlimen tidak lama dulu.

Lojiknya jika Dr Mahathir berpuashati pasti beliau tidak akan membangkitkan lagi pasal AP.

Dalam soal penjualan saham syarikat motosikal Itali MV Agusta pada nilai 1 Euro pula ,Pengerusi Proton Datuk Azlan Hashim telahpun mengeluarkan kenyataan kepada media Jumaat lalu.

Tidak pasti samaada kenyataan itu dimana beliau antara lain mendedahkan pihaknya beberapa kali gagal mendapat temujanji dengan Dr Mahathir untuk menerangkan mengenainya berupa satu penjelasan rasmi.

Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar selaku ketua perunding mengenai isu jambatan bagi mengantikan Tambak Johor pula telah memberitahu Wisma Putra mungkin akan mendedahkan beberapa dokumen sulit ketika memberi penjelasan mengenai isu berkenaan nanti.

Turut sama menjadi persoalan ialah isu penyingkiran bekas CEO Proton Tengku Tan Sri Mahaleel Ariff yang Dr Mahathir pertahankan telah mentabir syarikat pembuat kereta itu dengan baik.

-------------------------

Pecat Dr Mahathir ? : Kalau ikut apa cakap PAS susahlah kita…

Politik adakalanya tidak memerlukan kata-kata yang panjang untuk membolehkan kita meneka maksudnya.Ini juga mengambil kira cara penyampaiannya.

"Kalau ikut apa PAS cakap susahlah kita."Itu saja kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan riak wajah seolah mengenepikan terus desas desus hangat mengatakan UMNO hendak memecat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri memberi reaksi spontan itu bila ditanya wartawan dalam sidang akhbar selepas melancarkan Pertandingan Literasi Minda Malaysia 2006 (Mentalite 2006) di Kolej Tunku Abdul Rahman di Kampar,Perak Ahad mengenai dakwaan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa baru-baru ini.

Beliau yang juga Exco kerajaan negeri Kelantan mendakwa mendapat maklumat dari sumber-sumber tertentu UMNO akan memecat Dr Mahathir.

Berbagai desas desus telah berlegar sejak Dr Mahathir membuat kritikan pedas secara terbuka terhadap Abdullah.

Dr Mahathir pernah dipecat kerana mengkritik bekas Perdana Menteri Allahyarham Tunku Abdul Rahman selepas peristiwa berdarah Mei 1969.

Desas desus itu telah dikaitkan dengan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung di ibupejabat UMNO di PWTC bermula jam 10 pagi ini.

Ada juga yang melihat ‘pergerakan’ para pemimpin UMNO termasuk perjumpaan tertutup Abdullah dengan Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri di Putrajaya Jumaat lepas sebagai petanda sesuatu besar akan berlaku.

Sedangkan bila ditanya mengenai pertemuan itu dalam sidang akhbar berkenaan, Perdana Menteri berkata ia adalah bagi membincangkan mengenai pelaksanaan RMK-9.


"Saya mahu penumpuan penuh kepada RMK-9," katanya.

Beliau juga menolak cakap-cakap bahawa Majlis Tertinggi UMNO akan bersemuka dengan Dr Mahathir sebagai satu andaian sahaja.

Ketika ditanya hal ini Abdullah bertanya balik dari mana wartawan dengar mengenainya.

Bila salah seorang wartawan memberitahu mereka ‘difahamkan’ begitu,Perdana Menteri lantas berkata, “ mana you all dapat information benda yang tak berlaku ni.Kalau you difahamkan from some other sources …lepas tu you buat cerita benda yang tak berlaku …jadi you buat macam-macam andaian…itu yang susah ni.”


-------------------------------

Tersingkir sekali lagikah Dr Mahathir ?

OLEH A Kadir Jasin

TUN Dr Mahathir Mohamad akan dipecat daripada Umno. Demikianlah khabar sensasi yang dibawa angin kencang sejak dua tiga hari kebelakangan ini.

Media massa arus perdana tidak menyiarkan berita itu tetapi akhbar-akhbar alternatif dan laman web hebat memperkatakannya. Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah ditanya wartawan, tetapi beliau sekadar berkata “ini bukan tempat membincangkannya.''

Soalnya, apakah Umno mempunyai alasan yang cukup kuat dan mendesak untuk mengambil tindakan yang begitu radikal?

Kesalahan Dr Mahathir, jika boleh kita bahasakan begitu, adalah kritikan terbukanya terhadap Perdana Menteri mengenai beberapa isu termasuk kesan AP ke atas Proton, penjualan MV Agusta, penamatan kontrak jawatan Tengku Mahaleel dan pembatalan projek jambatan bengkok.

Bergantung kepada siapa yang membuat analisis ke atas khabar ini, dua kesimpulan utama muncul. Pertama, tidak masuk akal mengapa Dr Mahathir mesti dipecat dan kedua, memang patut pun beliau dipecat.

Kepada kumpulan pertama, ia tidak masuk akal kerana:

Mahathir mengkritik Perdana Menteri dan bukan Umno; Mahathir menegaskan yang dia tetap setia kepada Umno; dan beliau tercetus kerana beliau mendakwa banyak soalan yang beliau kemukakan sama ada tidak dijawab atau jawapannya tidak memuaskan.

Kepada kumpulan kedua, ia masuk akal kerana: mengkritik Perdana Menteri secara keras dan terbuka; terhadap Perdana Menteri adalah kritikan terhadap Umno dan Kerajaan kerana Perdana Menteri adalah Presiden Umno dan Umno adalah parti induk Barisan Nasional; dan Mahathir sudah bersara, diam sajalah dan buat amal ibadat.

Kumpulan ini mengukuhkan hujah mereka dengan merujuk kepada penyingkiran kali pertama Dr Mahathir daripada Umno pada tahun 1969. Beliau mengkritik Perdana Menteri pada ketika itu, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra.

Sejarah Jadi Petunjuk

Apakah kesilapan akan berulang kerana manusia tidak belajar daripada sejarah?

Kita akan mengatakan mustahil Dr Mahathir akan dipecat jikalau kita berfikir secara waras dan percaya kepada mantera semasa mengenai ketelusan, keterbukaan dan kebertanggungjawaban.

Tetapi kita akan mengatakan tidak mustahil beliau dipecat jikalau kita berpegang kepada hakikat bahawa politik tidak sentiasa waras dan kepentingan jangka pendek sering mengatasi pengajaran sejarah.

Pada tahun 1969 politik hilang kewarasan. Akibatnya berlaku pertumpahan darah 13 Mei dan rentetan daripada itu Dr Mahathir mengkritik Tunku dan disingkirkan daripada Umno.

Pada waktu itu, Dr Mahathir tidaklah berpengaruh dan berjasa seperti sekarang. Dia hanya seorang bekas Ahli Parlimen sepenggal yang baru kalah pilihan raya.

Namun beliau tetap ada penyokong di dalam dan luar Umno. Antara penyokong beliau adalah Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Tetapi yang berkuasa pada waktu itu adalah Tunku. Tunku sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno tetap berkuasa dan berpengaruh walaupun kedudukan beliau telah menjadi begitu lemah kerana prestasi Parti Perikatan yang buruk dalam pilihan raya dan diikuti pula oleh peristiwa 13 Mei.

Penyokong-penyokong Dr Mahathir dan pihak-pihak yang bersimpati dengan beliau seperti Razak, Allahyarham Datuk Harun Idris dan Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman tidak dapat berbuat apa-apa atau sengaja tidak berbuat apa-apa. Mereka mendiamkan diri dan membiarkan Tunku memecat Dr Mahathir.

Senario yang serupa boleh berulang.Yang berbeza hanyalah keadaan. Pada tahun 1969 Dr Mahathir adalah seorang muda yang tegas dan baru kalah pilihan raya. Kini beliau adalah bekas Perdana Menteri dan negarawan veteran tetapi tetap tegas.

Kalau dengan takdir Dr Mahathir disingkirkan sekali lagi kerana amalan berdiam diri kembali menular di dalam Umno, maka beliau akan mencacat sejarah yang sangat unik.

Beliau akan menjadi ahli politik negara yang disingkirkan daripada Umno kerana mengkritik Perdana Menteri yang membawanya masuk menjadi Ahli Parlimen dan disingkir oleh Perdana Menteri yang beliau sendiri lantik sebagai pengganti.

Sejarah, jika ia tidak berbohong, akan tetap meletakkan Dr Mahathir di suatu tempat yang unik dalam annals (catatan) politik tanah air.

Phoenix Mungkin Menjelma Semula

Dan jikalau Dr Mahathir hari ini adalah Dr Mahathir yang sama -- yang bangun umpama phoenix yang menjelma daripada timbunan abu -- maka beliau pastinya mengalu-alukan pemecatan yang hangat diperkatakan sekarang.

Ibarat kata pepatah, pucuk yang dicita ulam mendatang , orang mengantuk disorongkan bantal.Tindakan sekeras ini, seandainya terlaku, akan menguji siapa di antara yang bertelagah lebih dipercayai dan disokong, lebih mendapat simpati dan lebih berwibawa.

Pertimbangan ini tidak kritikal bagi Dr Mahathir kerana beliau tidak lagi berkuasa dan mustahil mahu kembali berkuasa. Legasi tidak pernah utama bagi Dr Mahathir. Prinsip beliau adalah melakukan apa yang beliau fikirkan terbaik untuk rakyat.

Tetapi pertimbangan ini adalah kritikan bagi Abdullah dan pembantu-pembantunya kerana jatuh atau bangun mereka bergantung pada keyakinan rakyat jelata.

Kesimpulannya, berasas atau tidak berita sensasi yang ligat ditiup angin ini, Dr Mahathir masih boleh tidur lena.

Seperti kata ungkapan Inggeris, “ he has nothing to lose .”

Kalau ada hanya seorang rakyat Malaysia yang menyokongnya, Dr Mahathir sudah boleh berasa gembira kerana sokongan itu pasti “ genuine ”, pastinya ikhlas kerana beliau tidak lagi boleh menjanjikan apa-apa ganjaran kepada orang itu. Malah beliau tidak pun boleh menjanjikan perlindungan kepada orang yang itu.

Soalnya, adakah perlu politik Malaysia, khasnya politik Umno dan Melayu, menjadi seperti apa yang dihujahkan oleh Henry Adams (1838-1918) iaitu politik adalah pergerakan yang berasaskan kebencian?

Kata pendidik Amerika itu: “ Politics, as a practice, whatever its profession, has always been the systematic organisations of hatreds.”

Apakah mesti politik di negara, tidak kira di dalam profesion mana ia diamalkan, harus menjadi amalan dan organisasi yang secara sistematik dilandaskan di atas kebencian?

( Nota kaki: Bukan sahaja Perdana Menteri tidak menjawab pertanyaan Dr Mahathir sebaliknya menyerahkan kepada kementerian-kementerian berkenaan, nampaknya kementerian-kementerian pun mungkin tidak menjawabnya.Ini terbukti apabila jawapan mengenai Proton dibuat semalam bukan oleh “kementerian berkenaan” yang dalam konteks ini Kementerian Kewangan, tetapi oleh Pengerusi Proton, Datuk Azlan Hahim.)

Petikan dari: http://kadirjasin.blogspot.com/



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.