Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 03 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Komen Pak Lah mengenai Kongsi Raya bercanggah dengan hukum syarak

Komen Pak Lah mengenai Kongsi Raya bercanggah dengan hukum syarak

Berbagai reaksi telah timbul sejak Mufti Perak Datuk Seri Harussani memberitahu Muzakarah Ulama 2006 di Ipoh Selasa lalu meminta kerajaan mengkaji semula amalan Kongsi Raya dan rumah terbuka bagi memastikan amalan itu tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Jumaat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau melihat sambutan "Kongsi Raya" tidak berbentuk perhimpunan agama tetapi lebih berupa pertemuan sosial antara masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Katanya acara itu akan diteruskan selagi sambutan itu tidak berbentuk perhimpunan agama.

Perdana Menteri berkata kerajaan telah membincangkan kewajaran sambutan "Kongsi Raya" itu sebelum membuat keputusan menganjurkan.

Menjawab soalan wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan tertinggi Barisan Nasional di PWTC Jumaat beliau berkata ,"perayaan-perayaan itu telah disambut dengan baik dan tidak timbul masalah antara kaum.Ia juga bukan acara keagamaan tetapi satu acara sosial tanpa istiadat dan upacara agama."

Abdullah berkata sejak sambutan Kongsi Raya diadakan, tidak ada upacara keagamaan disertakan dalam majlis itu, tetapi dipenuhi pertunjukan kebudayaan dan kesenian rakyat Malaysia.

"Pertunjukan itu bukan satu acara keagamaan, dan bagi saya, tak akan menggoncang keimanan kita," katanya.

Tambahan pula, sambutan Kongsi Raya telah menjadi satu acara yang digemari rakyat Malaysia, kata Abdullah.

"Ini macam kita buat rumah terbuka semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri, tetamu datang ucap Selamat Hari Raya, dan kalau rumah terbuka Tahun Baru Cina, kita pergi ucap Selamat Tahun Baru Cina. Sama juga macam Hari Deepavali, kita ucap Selamat Hari Deepavali," katanya.

Abdullah seterusnya meminta masyarakat tidak menjadikan isu Kongsi Raya itu sebagai polemik yang boleh "meributkan" keadaan.

Mengulas mengenai laporan bahawa Al-Arqam masih wujud di negara ini, Perdana Menteri berkata perkara itu sedang dipantau oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim).

"Gerakan ini dah diharamkan, maka saya berharap ia tidak akan timbul lagi," katanya.

--------------------------

Kongsi raya bercanggah dengan hukum syarak...?

Ini satu perkembangan yang agak menarik perhatian. Perayaan kongsi raya dan rumah terbuka merupakan satu acara nasional yang telah diadakan di berbagai lokasi sekitar negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ia cetusan idea bekas Menteri Penerangan Datuk Paduka Kadir Sheikh Fadzir ketika beliau memegang jawatan Menteri Kebudayaan,Kesenian dan Pelancongan.

Tujuannya untuk menyemarakan lagi semangat perpaduan antara rakyat berbilang kaum semasa menyambut hari perayaan Hari raya Aidilfitri,Tahun Baru Cina,Deepavali, Krismas dan Gawai.

Acara ini diteruskan dikendalikan oleh Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan dibawah Datuk Rais Yatim – kementerian baru yang diwujudkan selepas pilihanraya umum lalu hingga sekarang.

Selasa semasa majlis penutupan Kerja Muzakarah Ulama 2006 di Ipoh, Pengerusi Jawatankuasa Kerjanya yang juga Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria memberitahu para ulama yang menghadiri satu muzakarah itu membuat keputusan bahawa meraikan perayaan agama lain merosakkan akidah dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.

Katanya mereka meminta kerajaan mengkajinya semula beberapa amalan seperti perayaan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Namun begitu menurut Harussani keputusan mereka masih dalam bentuk penulisan dan belum lagi diserahkan kepada kerajaan untuk tindakan.

Muzakarah itu turut merumuskan 22 resolusi lain yang akan diserahkan kepada Sultan Perak, kerajaan negeri, kerajaan pusat serta Majlis Raja-raja.

Harussani berkata antara resolusi yang diluluskan ialah meminta semua Majlis Fatwa negeri menubuhkan jawatankuasa bertindak khusus bagi menangkis sebarang hujah penganut fahaman liberalisme dan pluralisme yang menyerang akidah umat Islam.

Kerajaan juga diminta menubuhkan badan pemantau dianggotai ahli akademik dan ulama bagi menyekat penyebaran fahaman Islam liberal terutama menerusi internet.

"Saya juga difahamkan pengikut fahaman Islam liberal sedang menunggu resolusi ini supaya mereka dapat merangka strategi baru bagi menyerang balik keputusan ini," kata Harussani.

Muzakarah itu juga mencadangkan dialog diadakan melibatkan pelbagai pihak termasuk pengikut aliran Islam liberal dan agama lain untuk membetulkan salah tafsiran mengenai agama Islam serta memahami pandangan penganut agama lain.



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.