Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Tue, 07 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Lembaga Penapis Filem terlepas sensor…?

Lembaga Penapis Filem terlepas sensor…?

Oleh: DALIA ISMAIL

Oleh:DALIA ISMAIL

Bagi peminat filem tamil di negara ini mungkin ada di kalangan mereka yang telahpun menonton filem aksi percintaan berjudul `Ayutha Eluthu’ yang sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 21 Mei lalu.

Filem ini dipercayai mempunyai unsur-unsur lucah yang tidak disunting secara teliti oleh pihak Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF).

Malah filem ini juga silap diklasifikasikan di bawah kategori tontonan `UMUM’ sedangkan jalan ceritanya dan aksi pelakon-pelakonnya adalah `18SX’ yang tidak sesuai ditonton dikalangan remaja di bawah usia 18 tahun.

Perkara ini didedahkan oleh P.Gunaseelan, Pertubuhan Perkhidmatan Rakyat Malaysia (PPRM) yang datang ke lobi Parlimen untuk bertemu muka dengan Menteri di Kementerian Dalam Negeri, Datuk Azmi Khalid, Isnin untuk menyerahkan Memorandum Mengenai Tayangan Filem Tamil Berjudul `Ayutha Eluthu yang berunsur Lucah Keterlaluan.

Menurut Gunaseelan lagi, pihaknya kerap kali mendapat aduan daripada kaum India mengenai filem-filem tamil yang ditayangkan di pawagam-pawagam di negara ini yang mengandungi unsur-unsur seks yang keterlaluan.

“LPF seperti terlepas pandang terhadap garis panduan yang telah ditetapkan. Malahan ada filem-filem dari India Selatan ini kebanyakannya tidak begitu sesuai ditontonkan kepada masyarakat India dan peminat filem tamil di negara ini,” katanya ketika ditemui Agendadaily.

Justeru kata beliau lagi, sepatutnya LPF mempunyai obligasi moral untuk memastikan dan menentukan sama ada filem-filem tersebut ditapis sepenuhnya dan diklasifikasikan dengan tepat sebelum ditayangkan kepada umum.

Bahkan beliau juga mengesa pihak kerajaan mengadakan siasatan mengenai klasifikasi filem filem yang dipertanggungjawabkan kepada LPF untuk menapis semula filem `Ayutha Eluthu’ dan filem-filem tamil yang lain dan memastikan adegan yang berunsur seks keterlaluan ditapis dengan teliti.

Filem Ayutha Eluthu adalah filem aksi yang berkisar tentang cinta pelajar universiti.

Antara dakwaan PPRM ialah aksi pelakon lelaki Madavan memeluk dan meraba seluruh tubuh pelakon wanita Meera Jasmin dengan penuh asyik dan beliau tidur diatas badan Meera seakan sedang melakukan seks.

Dalam satu lagi adegan seorang pelakon lelaki Suria mengoyakkan baju yang dipakai oleh pelakon wanita Isa Deol di atas katil dan adegan ini sengaja ditunjukkan untuk beberapa ketika untuk menaikkan nafsu penonton.

Manakala seorang pelakon lelaki Sitharta bercumbuan dengan pelakon wanita Trisha dengan penuh ghairah ditepi pantai dan juga bercumbbu dengan seorang pelakon wanita dengan ganas di sebuah stesyen keretapi.

Bagaimanapun Agendadaily cuba menghubungi pihak LPF tetapi difahamkan mereka tidak mahu membuat sebarang komen mengenainya kerana belum menerima sebarang maklumat mengenai filem ini daripada mana-mana pihak.

PPRM adalah sebuah badan NGO yang banyak membantu kerajaan dalam menangani permasalahan sosial membabitkan masyarakat di negara ini.



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.