Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 03 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Isu suruh PM letak jawatan : Mukhriz bebas

Isu suruh PM letak jawatan : Mukhriz bebas



Mesyuarat Exco Pemuda UMNO Malaysia hari Selasa memutuskan tindakan exconya Datuk Mukhriz Mahathir yang menghantar surat kepada Perdana Menteri memintanya meletakkan jawatan dianggap tidak bersalah.

Keputusan ini dibuat kerana surat berkenaan bersifat peribadi dan penyebaran surat berkenaan dibuat oleh pihak lain tanpa pengetahun Mukhriz sendiri.

Keputusan Pemuda itu telah disambut dengan tepukan gemuruh oleh para penyokong Mukhriz yang turut berada di luar bilik mesyuarat semasa sidang media diadakan.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, ada agenda yang lebih besar yang perlu diselesaikan oleh Pemuda dan Pemuda mahu melupkan episod surat Mukhriz berkenaan.

Sementara itu, Mukhriz ketika ditemui wartawan selepas sidang akhbar berkenaan berkata, beliau tetap berpegang kepada surat yang dihantarnya kepada Perdana Menteri.

Beliau menjelaskan semasa mesyuarat Exco Pemuda keputusan yang dicapai ialah mereka bersetuju untuk tidak bersetuju berhubung dengan isu berkenaan. - 18/3/2008

----------------------------


Apa tindakan yang Mukhriz bakal kena..?

Kisah Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta beliau letak jawatan bukan lagi satu berita.

Fokus kini ialah bagaimana nasib anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengambil tindakan ‘bunuh diri’ itu.

Abdullah sendiri telah menyerahkan hal Mukhriz diputuskan oleh Pergerakan Pemuda UMNO manakala ketuanya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu sebarang tindakan yang akan dikenakan terhadapnya akan dibuat selepas mesyuarat Exco Pemuda UMNO tidak lama lagi.

Mukhriz berada dibawah naungan Pemuda UMNO atas kedudukannya sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi Biro Antarabangsa dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) sayap UMNO itu.

Jawatan Exco Pemuda dimenanginya semasa pilihan UMNO tahun 2004 manakala Pengerusi Biro Antarabangsa dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) adalah jawatan lantikan.

Mukhriz pernah buat hal sekali dulu semasa mengulas tentang ucapan Presiden UMNO semasa Perhimpunan Agung UMNO tahun 2006 tidak lama selepas Dr Mahathir mula mengkritik Abdullah.Kontroversi timbul bila beliau berkata tiada yang baru dalam ucapan itu.

Waktu itu beliau hanya mendapat teguran dari Pemuda UMNO dan kemudiannya Mukhriz meminta maaf kepada Abdullah.

Kali ini beliau melangkah lebih ke depan menerusi suratnya ekoran keputusan teruk BN dalam pilihanraya umum kali ini.

Suratnya kepada Abdullah bertarikh 12 Mac itu yang juga dihantar kepada beberapa orang pemimpin tertinggi UMNO telah tersebar luas dalam internet.

Ia dilihat lebih berat dengan kedudukan barunya sebagai Ahli Parlimen.

Tindakan yang paling berat yang boleh UMNO ambil terhadapnya ialah memecatnya dari parti.

Sebaliknya kedudukannya sebagai ahli parlimen tidak terjejas kerana beliau dapatnya menerusi undian rakyat sekalipun atas platform BN.

Pemuda UMNO juga tidak boleh memecatnya sebagai ahli Exco kerana beliau dipilih oleh para perwakilan Pemuda.

Paling tidak Pemuda UMNO boleh melucutkan jawatannya sebagai Pengerusi Biro Antarabangsa dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu jawatan lantikan.

Namun jawatannya sebagai Exco Pemuda boleh terpelanting dengan sendirinya jika UMNO memecat keahliannya.

Soalnya apakah Pemuda UMNO akan mengambil tindakan drastik mengesyorkan kepada Lembaga Disiplin UMNO supaya mengambil tindakan disiplin memecatkan.

Sumber Pemuda UMNO setakat ini menolak kemungkinan badan itu akan mengambil tindakan sejauh itu terhadap Mukhriz.

Ini kerana tindakan itu hanya akan memecahbelahkan lagi UMNO dalam keadaan baru saja menghadapi pukulan dari keputusan pilihanraya baru ini.

“Lagipun apa nanti pandangan umum masyarakat terhadap UMNO.Ini lagi berat”katanya.

Sumber itu menduga paling tidak Pemuda UMNO akan buat teguran keras terhadap Mukhriz dan menggangap suratnya itu adalah satu pandangan peribadi dan pendirian rasmi Pemuda UMNO tetap menyokong Abdullah.

“Saya kira isu ini mungkin akan settle begitu saja untuk elak kontroversi berterusan,”katanya.

Lagipun Mukhriz ada para penyokongnya yang tersendiri dalam Pemuda UMNO. “ Saya rasa tindakan drastik hanya akan memecahkan kekuatan Pemuda dalam keadaan semua perlu merapatkan barisan sekarang,”katanya.- 15/3/2008



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.