Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 10 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Kes liwat:Ini antara Saiful dengan Anwar bukan antara kerajaan dan Anwar – Tengku Adnan

Kes liwat:Ini antara Saiful dengan Anwar bukan antara kerajaan dan Anwar – Tengku Adnan

Ke manakah perginya rakan reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim di saat-saat beliau amat memerlukan sokongan moral dan semangat untuk menghadapi liku-liku perbicaraan yang mendapat perhatian dunia.

Di hari pertama perbicaraan, Rabu, 3 Februari 2010, kawasan Komplek Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta telah digambarkan penuh warna-warni, riuh rendah, hiruk pikuk, jeritan, laungan ‘reformasi’… ‘fitnah’…

Disamping penyokong yang dianggarkan tidak melebihi 250 orang, kes perbicaraan itu juga mendapat perhatian dari pemerhati antarabangsa dan wakil kedutaan asing.

Turut berada di situ wakil Persatuan Peguam Antarabangsa Jennifer Robinson yang berpejabat di London, wakil Suruhanjaya Antarabangsa Pakar Undang-undang dan Peraturan Asia, Mark Trowell dan pemerhati dari Kesatuan Eropah (EU).

Bagi memastikan momentum kehadiran penyokong berterusan di sepanjang hari perbicaraan kes liwat Anwar, Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Akin memberitahu wartawan mereka akan mengadakan taklimat setiap malam di ibupejabat parti itu di Petaling Jaya.

Namun suasana menjadi ‘dingin’ dan tidak bermaya bila hari kedua perbicaraan, penyokong Anwar semakin berkurangan bukannya semakin ramai.

Malah pada hari ketiga perbicaraan, Jumaat, satu usaha dibuat oleh para penyokong Anwar untuk mengadakan perhimpunan besar-besar selepas solat Jumaat kemudian berarak ke Komplek Mahkamah yang berada 150 meter dari Masjid Wilayah Persekutuan pun tidak menjadi.

Pasukan polis Simpanan Persekutuan (FRU) telah membuat persiapan bagi menghadapi suasana terancang itu namun apa yang berlaku tidak lebih 30 orang penyokong Anwar berpekik-pekik terlolong-lolong dan antara pemimpin PKR yang hadir Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah tidak ada penyokong lagi malah ianya satu gembar-gembur semata-mata.

“Yang pergi reformasi itu pun yang tidak tentu halatuju dan sekiranya terpaksa menyeru untuk datang ke mahkamah untuk sokongan moral pada dia (Anwar) menandakan dia sudah kehilangan sokongan,” kata Tengku Adnan yang ditemui Agendadaily selepas menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan yang di pengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin, Isnin malam.

Tengku Adnan berkata, “kalau ramai penyokong sudah tentu ramai yang hadir...dia kena sedar diri dia bahawa dia tidak ada penyokong.

Beliau beranggapan Anwar telah kehilangan penyokong ketika mula dibuang dari UMNO lagi dan mereka yang mengikut Anwar sebelum ini adalah mereka yang terpedaya, tidak tahu, tidak faham, terkeliru dan taksub dengan jajaan Anwar yang ‘menjual’ dirinya.

“Bila pemimpin jual diri untuk ketaksuban akhirnya ianya akan luntur apabila dia tidak mengikut apa pengikutnya kehendaki,” kata Tengku Adnan.

Beliau juga menjelaskan bahawa tidak timbul soal sekatan untuk penyokongnya hadir dan seperti biasa mereka akan katakan apa saja yang dilakukan mereka tidak berjaya maka UMNO dipersalahkan, ianya berlaku sejak dulu lagi…sejak dia kena buang dari UMNO lagi, dia katakan Tun Dr Mahathir salah padahal karenah dia.

Katanya, “hari ini, apa yang berlaku pun dia tuduh kerajaan campurtangan padahal seorang insan yang hendak mencari kebenaran terhadap apa yang dilakukan pada dirinya. Tidak ada kena mengena dengan kerajaan. Kes liwat ini adalah antara Saiful dengan Anwar bukan antara kerajaan dan Anwar.”

Ketika diminta mengulas usaha untuk ketepikan hakim yang bertanggungjawab mengendalikan kes itu Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, Tengku Adnan berkata, “sebab dia dah tidak ada modal, mungkin banyak pihak sudah tahu…kenapa semua barisan peguamnya semua bukan orang Islam. Ini adalah taktik untuk melambatkan waktu perbicaraan sahaja kerana sekiranya didapati bersalah ianya terus ‘ke dalam (penjara)’ tiada sebarang hukuman denda…”

“Biar apa pun helah yang dilakukan rakyat akan tahu dan rakyat akan menghukumnya,” ujarnya.



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.