Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 10 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Saiful lalui pusingan pertama dengan tenang...apa pula lepas ini?

Saiful lalui pusingan pertama dengan tenang...apa pula lepas ini?

Sesiapa sahaja yang berada dalam kamar Mahkamah Tinggi ketika perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti perasan dan mengakui betapa tenangnya Mohd Saiful Bukhari Azlan memberi keterangan diliwat bekas majikannya itu.

Malah, berbual dengan Zamri Idrus, peguamnya yang juga jadi peguam pemerhati dalam perbicaraan berprofil tinggi itu, beliau berpuashati anak guamnya itu dapat melepasi hari-hari awal perbicaraan tanpa sebarang gangguan.

Bercakap kepada Agendadaily, Zamri percaya semua itu diharungi Mohd Saiful dengan tenang kerana beliau sudah lama bersedia memberi keterangan serta bukti-bukti penting kes tersebut.

Bagaimanapun, katanya, Mohd Saiful harus lebih bersedia ketika pihak pembelaan yang mewakili Anwar mula menyoal balasnya selepas selesai memberi keterangan.

“Setakat ini, alhamdulillah, beliau memberi keterangan dengan lancar. Kita kini bersedia apabila pihak pembelaan akan menyoal balas,” katanya.

Sebenarnya, Mohd Saiful sudah bersedia sejak 18 bulan lalu untuk mendedahkan apa yang berlaku kepadanya.

Namun, pelbagai cara untuk mengenepikan kes itu dan melewat-lewatnya menyebabkan beliau terpaksa menunggu sebelum dapat hak dan keadilan bagi menyuarakan tekanan jiwanya selepas mendakwa diliwat Anwar.

Ianya bukan proses yang mudah kerana selepas bersumpah laknat, masih ada pihak meragui kebenaran dakwaan itu malah tidak kurang juga yang mencacinya termasuk menuduh terbabit konspirasi menjatuhkan Ketua Pembangkang itu.

Malah, dalam usaha terakhirnya, Anwar masih mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan serta Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes itu malah bersedia menghantar sapena meminta kedua-dua mereka hadir ke perbicaraannya.

Mengimbas kembali perbicaraan sepanjang tiga hari lalu, Mohd Saiful sudah mendedahkan bagaimana beliau diperlakukan Anwar seperti dalam pertuduhan.

Bermula dengan Anwar bertanyakan ‘Can I F**k You Today’, lawatan hakim ke kondominium tempat kejadian, pendedahan mengenai pelincir KY Jelly, seluar yang dihadiahkan tertuduh dan tawaran untuk Mohd Saiful menyambung pelajaran dengan gaji serta elaun penuh mengisi ruang perbicaraan.

Perkara lain adalah mengenai pengakuan Mohd Saiful bahawa doktor Hospital Pusrawi memberhentikan pemeriksaan perubatan apabila beliau memberitahu kena liwat juga penting.

Malah, doktor Mohd Osman tidak memberitahu beliau hasil pemeriksaan setakat itu.

Ini sekaligus menjawab persoalan yang dibangkitkan penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang menyiarkan di blog Malaysia Today kononnya laporan doktor terbabit yang tidak membuktikan Mohd Saiful diliwat.

Bagaimana doktor berkenaan boleh membuktikannya kerana dalam perbicaraan, Mohd Saiful memberitahu doktor itu menasihatkannya ke hospital kerajaan kerana hospital Pusrawi tidak cukup peralatan untruk pemeriksaan kes liwat berkenaan.

Timbul persoalan, konspirasi siapa sebenarnya dalam hal ini hingga Raja Petra sanggup dipercayai mengeluarkan laporan perubatan palsu?

Terpulang pada pihak berkuasa menyiasatnya kelak.

Berbalik pada perbicaraan kes ini, Mohd Saiful ternyata sudah melepaskan segala tekanan perasaan yang membelenggunya ekoran kejadian itu.

Kini terpulang pihak pembelaan menyoal balas pengadu Mohd. Saiful.

Anwar pastinya berusaha seboleh mungkin memenangi kes ini apabila melantik peguam Karpal Singh mengetuai barisan pembelaannya selain Datuk Param Cumaraswamy, Datuk C.V. Prabhakaran, S.N. Nair, Ram Karpal Singh Deo, Marisa Regina Fernando, dan Mohd. Razlan Jalaluddin.

Perbicaraan ini sepatutnya ‘straight forward’ kata peguam Mohd Saiful.

Namun, Karpal sejak perbicaraan lalu, cuba mencuri perhatian dengan membangkitkan soal laporan akhbar Utusan Malaysia yang didakwa berniat jahat dan gambar-gambar lawatan ke kondominum yang dilihat sebagai jalan melewat-lewatkan perbicaraan.

Sepatutnya peguam-peguam tersohor Anwar tidak perlu membuang masa dengan soal remeh temeh ini sehingga Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah juga tidak bersetuju cara Karpal mempersoal perkara itu.

Mohamad Zabidin sebaliknya menyarankan pihak Anwar melaporkan kepada polis jika tidak berpuashati dengan laporan akhbar berkenaan.

Sebenarnya, sudah tiba masa semua pihak berpijak di bumi nyata termasuk Anwar sendiri.

Jika Moha Saiful yang baru setahun jagung berani bersemuka di mahkamah, mustahil Anwar, bekas timbalan perdana menteri, pemimpin politik dan dianggap ‘Sivaji The Boss’ takut berdepan dakwaan-dakwaan yang dibangkitkan Mohd Saiful di mahkamah.

Rakyat mahu melihat satu proses perbicaraan yang adil dengan Mohd Saiful dan Anwar boleh membuktikan siapa benar, siapa salah.

Anwar dituduh meliwat Mohd. Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar, 63, Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Pihak pendakwaan diketuai Peguam Cara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden dibantu oleh timbalan-timbalan pendakwa raya Datuk Nordin Hassan, Wong Chiang Kiat, Mohamad Hanafiah Zakaria, Noorin Badaruddin, Farah Azlina Latif, Mira Mirna Musa dan Naidatul Athirah Azman.-8/2/2010



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.