Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Tue, 07 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Bendahari PKR, 100 anggota PKR Bandar Tun Razak sertai UMNO

Bendahari PKR, 100 anggota PKR Bandar Tun Razak sertai UMNO

Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR)Norasidi Salim secara rasmi mengumumkan keluar daripada parti itu dan kembali menyertai Umno Isnin malam.

Turut mengikut jejaknya adalah empat lagi anggota PKR iaitu Timbalan Ketua Bahagian PKR Putrajaya Azmi Hassan, Ketua Penerangan PKR Wilayah Persekutuan Ishak Hamzah, anggota jawatankuasa PKR Putrajaya Daud Ahmad dan penggerak reformist 1999-2008 Mohd Solleh Ibrahim.

"Keputusan ini diambil dengan rela hati tanpa desakan daripada mana-mana pihak. Ianya dibuat setelah difikirkan dengan masak-masak kedudukan kami dalam PKR dan menghalusi perjuangan parti.

"Apa yang kami dapati PKR tidak ada perjuangan membela rakyat yang jelas, malahan setiap tindak tanduk kepimpinan parti diselubungi oleh agenda persendirian," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan kepada Timbalan Presiden Umno, yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada majlis itu, Norasidi turut menyerahkan 100 lagi borang permohonan keanggotaaan Umno daripada anggota PKR bahagian Bandar Tun Razak.

Bernama melaporkan Norasidi berkata pemimpin PKR gagal memperjuangkan nasib rakyat khususnya selepas Pilihan Raya Umum 2008, sebaliknya bertelingkah sesama sendiri seperti yang berlaku di Sabah, Pahang dan Pulau Pinang.

"Kebelakangan ini, kita juga dengar saranan daripada kepimpinan parti PKR seperti Menteri Besar Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) dan Ketua Penerangan (Latheefa Koya) supaya ahli-ahli PKR yang tidak sehaluan dengan kepimpinan parti, supaya keluar parti," katanya.

Norasidi berkata beliau mengambil keputusan kembali kepada Umno kerana yakin dengan budaya politik parti yang sudah kukuh dan telah melalui onak dan duri dalam perjuangannya.

Malah, beliau yakin Umno dapat mengembalikan kepercayaan rakyat dan mentadbir negara dengan baik demi kesinambungan kesejahteraan rakyat. 8/2/2010



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.