Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Tue, 07 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Kritik PM:Zaid bebas bersuara dalam Parlimen - Najib

Kritik PM:Zaid bebas bersuara dalam Parlimen - Najib

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menilai kenyataan ahli parlimen Barisan Nasional Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim dalam sidang parlimen mengatakan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih tidak membawa perubahan seperti yang dijanjikan selepas memegang jawatan Perdana Menteri tiga tahun lalu merupakan ‘ satu pandangannya’.

Beliau berkata kerajaan menggalakkan kebebasan bersuara asalkan ia tidak menyalahi peraturan dan disampaikan di dalam Parlimen.

Najib berkata Abdullah sendiri mengharapkan anggota Parlimen memainkan peranan yang lebih berkesan supaya orang ramai tidak bergantung kepada pembangkang.



”Maknanya Zaid mesti sokong kerajaan dan beliau tidak boleh berbuat sesuatu yang boleh menjejaskan kepentingan parti, katanya.

Najib juga menjelaskan bahawa tiada tindakan akan diambil terhadap Zaid.

"Dia boleh beri apa-apa pandangan yang dia suka dalam Parlimen asalkan tidak salah dari segi peraturan Parlimen dan dia patuh pada peraturan dari segi writ... dan kita ambil kira apa yang beliau suarakan," katanya menjawab soalan wartawan mengenainya dalam sidang akhbar selepas merasmikan projek perumahan keluarga Angkatan Tentera di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang Isnin.


Timbalan Perdana Menteri berkata Zaid hanya memberikan pandangan, dan yang penting sekali kerajaan hari ini dan Perdana Menteri, telah mendapat sokongan yang berterusan dan dengan ini Abdullah boleh membuat keputusan yang boleh memberi kebaikan kepada rakyat.

Beliau juga tidak nampak mengapa anggapan Perdana Menteri hilang kawalan dalam kepimpinannya harus timbul.

‘‘Rakyat perlu faham bahawa setiap Perdana Menteri mempunyai gaya kepimpinan dan pentadbiran yang berbeza dan tidak boleh disamakan dalam apa cara sekali pun.

‘‘Saya tidak nampak bagaimana isu ini boleh timbul sebab Perdana Menteri mengetuai kerajaan dan kerajaan mendapat mandat yang cukup besar dalam pilihan raya umum lalu,”katanya.- 18/9/2006

-----------------------------

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau tetap komited membawa perubahan dalam pentadbirannya tetapi tegasnya pengkritik haruslah menerima bahawa beliau mempunyai caranya sendiri untuk melakukannya.

Sambil menafikan dakwaan kononnya beliau telah "hilang kawalan" selaku pemimpin, Perdana Menteri berkata beliau tidak akan tergesa-gesa dalam tindakannya dan sentiasa merujuk pandangan Jemaah Menteri dan Majlis Tertinggi UMNO.

"Tapi masih banyak orang yang tidak faham, mereka kata Pak Lah sudah hilang kawalan. Itu cara saya melakukan sesuatu perkara. Setiap orang mempunyai caranya sendiri melakukan sesuatu. Matlamat tetap di depan dan tidak berubah tetapi cara itu, cara sayalah," katanya kepada wartawan
Malaysia pada penghujung sidang kemuncak Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) di Havana,Cuba,Sabtu.

Bernama melaporkan menjelaskan secara panjang lebar mengenai perkara itu, Abdullah berkata sebenarnya sesuatu perubahan tidak boleh dilakukan dengan mengharapkan mendapat hasilnya dengan segera.

"Bukannya kita (saya) lupa langsung atau tidak ambil kisah langsung, tapi nak buat satu perubahan ia mesti dimulakan dengan teliti, tidak boleh tiba-tiba nak dapat hasil," katanya.

Abdullah diminta mengulas komen anggota Parlimen Datuk Zaid Ibrahim di Parlimen baru-baru ini yang mengatakan Perdana Menteri masih tidak membawa perubahan seperti yang dijanjikan selepas memegang jawatan Perdana Menteri tiga tahun lalu.

Katanya segala tindakan harus dirujuk kepada Kabinet dan juga parti, kerana kerajaan berpegang kepada pendirian bahawa "kekuatan parti menyokong kerajaan, kekuatan kerajaan menyokong parti".

Beliau berkata banyak isu penting yang perlu dihalusi secara mendalam sehingga mungkin memakan masa yang lama.

Perdana Menteri berkata: "Saya lebih suka... kita lambat sikit pun tidak apalah asalkan kita dapat halusi segala yang berhubung kait dengan sesuatu isu yang hendak dikupas itu".

Jelas beliau, reformasi dalam perkhidmatan awam memerlukan perubahan mental ke arah mengurangkan birokrasi agar tidak membebankan banyak pihak, dan ini memerlukan pegawai kerajaan bersiap sedia membantu ke arah itu.

Abdullah menyebut beberapa usahanya untuk membawa perubahan seperti penubuhan Institut Integriti Nasional, memantapkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan peranan Parlimen yang lebih terbuka.

Beliau berkata Parlimen kini menubuhkan beberapa jawatankuasa pilihan untuk meneliti banyak perkara berbangkit dengan memberi peluang seluasnya kepada penyokong kerajaan dan juga pembangkang untuk memberikan pandangan.

Begitulah sepatutnya Parlimen berperanan yang membolehkan mereka turut mengkritik kerajaan tetapi biarlah dengan tujuan membina iaitu untuk membangunkan negara, katanya.

"Bukannya dengan niat hanya untuk mewujudkan kontroversi seperti yang berlaku pada waktu ini.

"Tapi itu pandangan oranglah, apa boleh buat mereka berpandangan begitu," katanya sambil menegaskan bahawa beliau tetap akan melakukan apa yang difikirkan baik.

Perdana Menteri berkata semua tindakan yang diambil kerajaan adalah tindakan Kabinet dan beliau sendiri akan melaporkan perkembangan dalam Kabinet untuk dibincangkan dalam Majlis Tertinggi UMNO untuk mendapatkan pandangan.

Dari segi politik, Abdullah berkata sebenarnya tidak wujud masalah, baik melibatkan ahli politik mahu pun melibatkan Jemaah Menteri.

"Mungkin ada pandangan Jemaah Menteri yang nampak bercanggah pendapat, dan itu dihukum sebagai `lost control' , itu bukanlah kehilangan kawalan," katanya dan menjelaskan bahawa jika berlaku keadaan seperti itu, beliau akan rujuk kepada Jemaah Menteri untuk diperbetulkan keadaan.

Beliau berkata percanggahan pendapat antara ahli politik atau Jemaah Menteri bukanlah sesuatu yang berlaku setiap hari tetapi mungkin kerana ada pertindihan tugas antara kementerian tertentu .-18/9/2006

-------------------------

Arah Mahathir 'tutup mulut' bukan jalan penyelesaian, kata Zaid Ibrahim




Seorang anggota parlimen hari Rabu menyarankan supaya kerajaan mempraktikkan kehendak semasa dan melakukan perubahan untuk mengatasi masalah yang dihadapi kepimpinan negara kini termasuk isu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Datuk Mohd Zaid Ibrahim (BN-Kota Baharu) berkata tindakan "menutup mulut" atau mengarahkan Dr Mahathir supaya diam tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi itu, yang menurutnya "berpunca daripada keengganan kerajaan untuk berterus terang dan mengakui punca kelemahan sebenarnya".

"Saya anggap saranan ataupun amaran Tun Dr Mahathir haruslah kerajaan dan menteri-menteri dan perdana menteri mengambil kira. Bukan dengan menutup mulutnya (Dr Mahathir), kerana kita tidak boleh menutup mulutnya kerana beliau berhak memberi persoalan.

"Cara kita mengatasi tuduhan-tuduhan Tun Dr Mahathir, cara kita mengatasi kembalinya Mahathirisme ke negara kita bukan dengan menutup mulutnya, bukan dengan tidak memberi dia peluang untuk menjadi perwakilan, itu perkara kecil.

"Tetapi kita harus melawan idea itu dengan kita mempraktikkan kehendak semasa dan melakukan perubahan-perubahan. Perkara pokok ialah reformasi kerajaan itu sendiri yang membezakan antara kita dan beliau... itu caranya," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2007 di Dewan Rakyat.

Bernama melaporkan Mohd Zaid berkata kerajaan sepatutnya memberikan tumpuan yang lebih besar dalam menangani isu-isu negara seperti menyelesaikan masalah-masalah yang ditimbulkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terutama Penerbangan
Malaysia yang sentiasa mengalami kerugian.

Beliau berkata sebagai contoh, kegagalan syarikat-syarikat GLC tidak seharusnya disalahkan sepenuhnya kepada para ketua pegawai eksekutif syarikat berkenaan kerana masih ada kepimpinan tertinggi yang mempunyai kuasa pemutus untuk syarikat-syarikat berkenaan.

Mohd Zaid berkata pemimpin-pemimpin kerajaan juga tidak sepatutnya hilang arah tujuan dan terbawa-bawa dengan isu-isu remeh yang mudah menjadi tajuk utama akhbar-akhbar dan melupakan agenda negara yang lebih besar.

"Hari ini kita melihat soal RM200 di Kubang Pasu mendapat tajuk utama akhbar seolah-olah ini perkara baru... sebelum ini kita ada Datuk K jadi tumpuan nasional... tumpuan nasional sepatutnya ialah di manakah arah tuju kita sebagai kerajaan," katanya.

Mohd Zaid yang memulakan perbahasannya dengan mengutarakan kebimbangannya terhadap "pertembungan" antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dr Mahathir, berkata masalah antara pemimpin dan bekas pemimpin itu mungkin boleh menggugat kestabilan politik negara yang boleh menggagalkan tugas-tugas yang lebih besar.

Mohd Zaid turut mengkritik pentadbiran kerajaan dan menteri-menteri kabinet hari ini yang dikatakan susah untuk menerima cadangan daripada luar.

"Kita banyak kali dengar mengenai anjakan paradigma dan 'thinking outside the box', sekarang adalah masanya untuk melaksanakan perubahan itu," katanya.

Beliau berkata walaupun anggota parlimen sentiasa membangkitkan isu-isu berhubung kelemahan sistem penyampaian kerajaan, malangnya sehingga kini banyak perancangan yang belum dilaksanakan sepenuhnya termasuk Pelan Integriti Nasional (PIN) bagi membanteras rasuah.



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.