Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Tue, 07 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Dua enjin jet yang hilang dijumpai di Uruguay

Dua enjin jet yang hilang dijumpai di Uruguay

Kerajaan Uruguay telah menghantar notis kepada kerajaan Malaysia bahawa mereka telah pun menemui dua enjin jet F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail Jumaat.

Katanya kerajaan menangani perkara itu dengan penuh kesungguhan dan sedang mengambil langkah perlu bagi mendapatkan kembali dua enjin berkenaan setelah menerima makluman daripada kerajaan Uruguay tentang penemuannya.

"Kejayaan yang dicapai setakat ini, hingga membawa kepada penemuan dua enjin jet milik TUDM itu, adalah hasil usaha dan kerjasama rapat antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Uruguay," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya kerajaan telah mendapatkan bantuan pihak berkuasa di Uruguay untuk mengesan dua enjin yang dicuri itu yang dipercayai telah dibawa ke Uruguay.

Bernama melaporkan beliau berkata sebagai pemilik sah enjin jet yang dicuri itu, kerajaan juga menghubungi Kedutaan Uruguay di sini serta Badan Penasihat Pusat bagi Bantuan Perundangan Bersama Uruguay dan telah memberi notis awal berhubung penemuan semula dan penghantaran enjin berkenaan melalui bantuan bersama dalam rejim hal berkaitan jenayah.

Langkah itu sejajar dengan Akta Bantuan Bersama Berkaitan Hal-hal Jenayah 2002, katanya.

Abdul Gani juga menyatakan penghargaan beliau terhadap Kedutaan Uruguay di sini, khususnya Duta Besar Pablo Sader, atas segala bantuan yang diberi kepada Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Pejabat Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia, yang membawa kepada penemuan semula enjin yang dicuri itu.

Dua enjin berkenaan dilaporkan hilang sejak 2007.-5/2/2010



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.