Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Tue, 07 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Isu royalti minyak: Kerajaan Kelantan ada kejutan

Isu royalti minyak: Kerajaan Kelantan ada kejutan

Oleh: LUKMAN ABDULLAH

Kerajaan negeri Kelantan akan membuat kejutan yang tidak terfikir oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam usaha mendapatkan royalti petroleum tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Datuk Husam Musa berkata pelbagai cara untuk melaksanakan tuntutan telah dibuat dan cara kerajaan negeri Terengganu dulu tidak akan digunapakai.

“Kita ada cara yang mungkin akan memeranjatkan kerajaan Malaysia, bagaimanapun kita berharap perkara ini diselesaikan dengan cara elok dulu,” kata Husam pada Agendadaily yang ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur, pagi Selasa.

Bagaimanapun Husam enggan mengulas samada tindakan mahkamah akan diambil tetapi berkata, “saya tidak boleh jelaskan kerana ada ‘option’ luar jangkaan, pelan tindakan sudah ada dalam kepala, contohnya ceramah Tengku Razaleigh adalah sesuatu diluar jangkaan UMNO.”

Husam diminta mengulas langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri Kelantan berhubung isu royalti minyak dan tindakan beberapa pihak dalam UMNO membidas Tengku Razaleigh Hamzah berucap di hadapan ribuan rakyat Kelantan dan para pemimpin utama PAS Kelantan di Stadium Sultan Mohamed IV Kota Bharu, Khamis lepas .

Menurut Husam, Tengku Razaleigh adalah orang yang terlibat secara langsung dengan perundangan penubuhan Petronas serta perjanjian dengan kerajaan-kerajaan negeri terbabit.

Katanya, “beliau (Tengku Razaleigh) mempunyai autoriti dan ‘credential’ manakala pendiriannya selari dengan kehendak perjanjian itu”.

“Bagi saya pendirian Tengku Razaleigh harus dihormati oleh kerajaan Malaysia kerana implikasi daripada pencerobohan perjanjian itu sangat besar dan kerajaan Kelantan tidak akan berdiam diri,” tambah Husam.

Beliau juga menafikan kononnya Tengku Razaleigh berucap di atas pentas PAS kerana yang menganjurkan program itu adalah badan bukan kerajaan (NGO).

Sambil mengakui Tengku Razaleigh sebagai seorang pemimpin yang jujur dan akur pada kehendak peraturan dan undang-undang, Husam berkata, “selain mengunakan apa saja pentas, beliau telah buat beberapa saluran termasuk membuat kenyataan dan menulis surat kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi menjelaskan memang wajib Petronas membayar kepada Kelantan dan dalam kes Terengganu pula beliau telah bersetuju menjadi saksi dan affidavit pun telah disediakan.”

Husam yang juga Pesuruhjaya II PAS Kelantan berharap kerajaan Malaysia bersikap profesional dan bermaruah terutama bila berdepan dengan kenyataan-kenyataan bertulis seperti oleh bekas Ketua Setiuasaha Negara Tan Sri Abdullah Ayub yang menyatakan bahawa Petronas berkewajipan membayar lima peratus (5%) kepada negeri-negeri yang terlibat walaupun pengeluaran itu berada di luar tiga batu nautika.

Menurut Husam lagi, dua affidavit yang telah siap oleh bekas Peguamcara Negara Tun Salleh Abas dan affidavit yang ditandatangani oleh bekas Ketua Menteri Sarawak TunAbdul Rahman Yaacob yang jelas mengenai royalti petroleum itu perlu diakui dan dihormati.

“Kalau kerajaan Malaysia ada maruah, kena hormat pada kedua-dua affadivit ini dan kami bercadang untuk mencetaknya supaya masyarakat boleh tahu bahawa bukan saja Tengku Razaleigh bercakap benar tetapi Tun Salleh Abas, Tun Abdul Rahman dan Tan Sri Abdullah Ayub juga bercakap benar,” kata Husam.

Husam juga mempersoalkan tindakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan Mustapa Mohamed yang umumkan untuk membayar RM20 juta berdasarkan lima peratus.

Katanya, “lima peratus bukan wang ehsan tetapi ianya adalah royalti, ini merupakan satu penipuan.”

Dalam pada itu Husam menegaskan bahawa kerajaan Kelantan tidak akan mengiktiraf wang ehsan dan pembayaran wang royalti mesti melalui kerajaan negeri.-3/2/2010



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.